Korang semua mesti perasan kan yang entri aku kali ini adalah sehari awal daripada kebiasaannya kan?? Biasanya aku akan post entri baru pada hari Jumaat malam Sabtu tapi kali ini aku post pada hari Khamis malam Jumaat. Sebabnya, hujung minggu nie aku akan bertolak ke Manchester dalam pukul 3.00 pagi besok menaiki kereta. Aku akan berada di sana sampai petang Ahad. Jadi, aku postlah entri aku awal-awal sikit. Korang tak kisah kan?! kan?! kan?!!
>Antara masyarakat muslim di Malaysia<
Aku rasa kali ini aku nak post entri pasal kehidupan dan susur galur orang-orang di Malaysia. Bukannya nak mengkaji sejarah kehidupan kita tapi...tapi...entahlah nak cakap macam mana. [-_-"] Apabila aku berada di London ini, aku melihat Malaysia dari luar tau. So, ada benda yang aku rasa yang orang Malaysia buat ini agak pelik. Contoh macam benda yang tak sepatutnya pelik, tapi dipelikkan. Bahkan benda yang tidak sepatutnya pelik, dipelikkan pula. Eh, korang paham tak nie?! Aku pun dah rasa pelik nie~!! @.@
Orang pelik kalau : Anak-anak mereka join usrah or tarbiyah.
Tapi tak pelik bila : Anak-anak mereka join konsert or match bola.
Penerangan?! : Korang pun tahu kan yang program-program keagamaan macam usrah, tarbiyah dan lain-lain bagus untuk kerohaniaan. Tapi, yang hairannya, ada ibu bapa yang tak bagi anak-anak mereka join aktiviti-aktiviti itu. Bahkan, mereka menggalakkan anak-anak mereka untuk pergi keluar malam-malam, lepak mamak dan macam-macam lagilah. Ada yang siap bagi duit untuk beli ticket bola or konsert. Ada lagi yang cakap macam, "Jangan join usrah! Ekstrem!!" Diorang nie tak fikir yang terbaik untuk anak-anak ker?! Pelik kan?! Or biasa saja bagi korang?!!
>Tapi tak ramai yang datang untuk ini<
Orang pelik kalau : Jumpa perempuan pakai tudung labuh.
Tapi tak pelik bila : Jumpa perempuan free hair.
Penerangan?! : Owh!! Nie lagi satu. Kalau kita jalan-jalan dan terserempak dengan perempaun pakai tudung labuh, benda first masuk fikiran ialah: "Eh..ekstremnya..Mesti alim nie..Takut..takut" Takut pula yerk bila terjumpa perempuan pakai tudung labuh ataupun yang bertudung tapi apabila tengok perempuan free hair , tiada pula perasaan takut tu kan?! (seronok tu lagilah~!!) Padahal, kalau tengok aurat perempuan, boleh tambah dosa diri sendiri. Kita sendiri kena pandai bezakan mana satu yang wajar digeruni dan mana satu wajar diteladani. So, fikir-fikirkanlah di mana keadaan kita dan di mana kita berada. :)
Orang pelik kalau : Pahlawan or Tokoh Islam dijadikan idola.
Tapi tak pelik bila : Artis dijadikan idola dan dipuja-puja.
Penerangan?! : Okayla. Aku akui yang aku sendiri pun ada lah juga minat artis-artis macam Korea dan Jepun dan English dan banyak lagilah. Semua aku layan TETAPI janganlah layan sampai gila-gila. Aku rasa mesti korang pernah dengar Wardina Shaffiyah cakap apa kepada peminatnya : “Nak ambil yang ciri-ciri positif sahaja boleh, tapi tak perlulah nak dijadikan(artis) idola" Kalau boleh, jadikanlah tokoh-tokoh Islam macam Nabi Muhammad SAW, Umar al-Khattab, Hassan al-Banna dan ramai lagilah sebagai contoh dan role model. Nie tak, nak juga Justin Timberlake eh?! (Mungkin ini aku di zaman dahulu o.O)
>Tak rasa comel jer awek nie bertudung?!<
Orang pelik kalau : Duduk baca Quran or buku agama di dalam LRT or Tren or Bas.
Tapi tak pelik bila : Duduk mengumpat orang berjamaah di dalam LRT or Tren or Bas.
Penerangan?! : Sebenarnya, aku sendiri pun tak pernah nak baca Quran atau buku agama di dalam LRT dulu. Tapi aku pernah tengok orang baca dan ada yang macam tengok errrkk~~ Tapi kalau diwujudkan majlis MeNGUMpul maklumAT (Mengumpat!!), confirm ramai saja yang join. Yang tak kenal pun boleh nak join sekali. Aku hairan betullah. Kalau bab-bab kumpul pahala, memang slow jer. Tapi kalau bab kumpul dosa, laju tul~~ (ngeh3!!)
Orang pelik kalau : Tak pernah khatam or baca Quran.
Tapi tak pelik bila : Tak praktiskan apa yang Quran cakap.
Penerangan?! : Aku yakin sangat yang korang semua mesti dah pernah khatam Quran kan walaupun sekali?! Bagus dan itu memang yang terbaik-sampaikan sesiapa yang tak pernah khatam or baca Quran itu dianggap pelik. Namun, aku rasa lagi pelik sekiranya bahan yang di dalam Quran itu tidak diamalkan. Di dalam Quran ada banyak larangan dan arahan Allah SWT. Tetapi, masih ada yang tidak mempraktiskan dalam kehidupan. Wajarkah aku hairan?!
Orang pelik kalau : Tiada action diambil terhadap penghina Rasulullah SAW.
Tapi tak pelik bila : Kita sendiri tidak mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Penerangan?! : Sesiapa yang pernah baca entri pasal "Hadapi Serangan Terhadap Islam" mesti akan paham kan?! Ramai betul yang naik angin bila Rasulullah SAW dicerca or dicaci. Aku akuilah yang confirm aku pun marah juga. Namun, korang rasa, adilkah sekiranya aku kata : "Korang perlu marah diri korang dulu sebab ada sunnah Rasulullah SAW yang kita tidak amalkan." Orang-orang bukan Islam melihat tutur cara kita dan sekiranya kita mengikut sunnah Rasulullah SAW, mesti isu-isu agama takkan wujud. Pelik betul aku-cara terbaik untuk bela Rasulullah SAW adalah dengan mengikut sunnahnya!!
Eh..panjanglah pulak aku membebal bab agama malam ini. Aku hanya insan biasa yang hanya mampu menyuarakan pendapat aku di sesetengah bahagian saja. Kalau ada sesiapa yang terasa, aku minta maaf dan aku juga bangga sebab dapat buat anda sedar peranan anda as a muslim. Post kali ini memang Zass!! dan pedas jugalah bila aku baca balik. Tapi, aku sendiri mahu mengingati diri aku yang sebenar.








