My Followers Who Follow My Blog

Thursday, March 04, 2010

Korea Menjadi Idaman Kehidupan

Sebelum aku memulakan entri ini, mesti korang perasan kan yang lagi sekali aku punya template or layout or langsir (or watever korang nak cakap) berubah kan?! Kalau beberapa hari lepas, temanya ialah warna pink tapi sekarang dah tukar jadi warna hijau. Aku tukar atas beberapa sebab yakni : 01. Dapat gelaran jambu walaupun aku nie manusia dan bukannya buah. 02. Ada lelaki ingat blog ini kepunyaan seorang girl yang comel. 03. Aku dah kena sound dengan awek aku [-_-"] So, aku ambil keputusan untuk tukar lagi sekali. Ngeh3~!!


awek korea hot>Bendera Korea yang simple macam bendera Jepun<


awek korea hot>Makanan favret Korean : Kimchi!!<


Oh ya, aku dengar cerita yang Malaysia tengah kemarau sekarang nie yerk. Sampai jarang betul hujan turun kan?! Sedih betul aku dengar kisah korang. Cuaca di sini sekarang on the way menuju musim bunga. Matahari pun dah bersinar dengan riang. Just angin sahaja yang masih lagi kuat. Selepas itu, lagi dua minggu aku akan start cuti term. Masa inilah yang akan aku ambil untuk study macam nak gila sebab banyak aku ketinggalan sejak daripada last term lagi. Eh, nie macam dah lari tajuk nie. Tajuknya lain, mukadimahnya lak lain. Sorry2!! Jom scroll down untuk masuk ke tajuk utama.

Sebelum ini, aku ada post pasal Jepun kan? Pasal macam mana Jepun boleh menginfluence dalam kehidupan seharian. Daripada selipar Jepun sehinggalah handphone Jepun. Daripada anime Jepun kepada manga Jepun. Semua Jepun nak kebas. Jadi, untuk entri kali ini, aku hendak berkongsi pula peranan sebuah lagi negara yakni jiran Jepun, Korea dalam kehidupan kita. Oh ya, Korea yang aku maksudkan ialah Korea Selatan yerk. Bukan Korea Utara. Takut kena bom nuklear pulak blog aku nie nanti kan. Huuuu~~


awek korea hot>Wonder Girls dari kalangan remaja girl<


awek korea hot>Big Bang yang popular gila di Jepun dan Korea<


Unsur Satu : Lagu dan Artis Korea
Bagaimana?! : Aku tahu dan amat yakin bahawa mesti ramai antara korang yang layan lagu dan muzik Korea kan?! Semasa aku berblogwalking pun, banyak blog yang berbackgroundkan lagu Korea. Memang aku tak nafikan yang orang Malaysia ini memang sukakan lagu Korea sangat-sangat. Antaranya ialah Girl's Generation, Big Bang, Wonder Girls (bukan Wonderpets yerk!!), DBSK, Super Junior dan bertimbun-timbun lagi untuk aku listkan di sini. Aku pun ada juga layan lagu Korea ini tetapi bukan selalu dan bukan sampai tahap gila. Sekali sekala sahaja. Lagu-lagu Korea seperti Nobody, Tell Me, Heaven, Lies, Last Farewell, Mirotic, Sorry Sorry dan banyak lagi : aku yakin mesti ada yang sampai hafal lirik dan tarian diorang nie kan?! Lagu diorang memang catchy dan rancak dan itu yang menarik minat orang untuk mendengar walaupun sebenarnya tak paham apa-apa pon. Aku yakin kalau diorang datang Malaysia, mesti penuh stadium tempat konsert diorang itu. Kalau artis Malaysia buat konsert??! Paham-paham sendirilah~!


awek korea hot
>Girl's Generation yang baru keluarkan single baru<


Unsur Dua : Drama Jiwang Korea
Bagaimana?! : Kalau aku sebut cerita Winter Sonata, korang tahu tak? Ala, yang lagu tema drama ini ditranslate ke dalam BM dan dinyanyikan oleh Hazami dan menjadi Sonata Musim Salju. Memang drama ini menjadi satu kegilaan semasa aku kecil dulu. Tetapi aku rasa, aku tak ingat pun pasal cerita ini dan aku tak rasa yang aku sempat habiskan semua episode. Cerita A Succesful Story of A Bright Girl tu sahaja aku pernah tengok sampai habis masa kecil. Drama Korea memang selalu jiwang dan sebenarnya berada dalam kelasnya tersendiri sekiranya ingin dibandingkan dengan drama Jepun dan drama Malaysia. Drama-drama seperti Boys Over Flowers dan You're Beautiful memang tengah popular sekarang ini. Aku pun baru habiskan cerita IRIS akhir tahun lepas dan awal bulan ini dan memang best serta berbeza dengan cerita Korea jiwang yang lain. Pelakon seperti TOP, Lee Byung Hun, Kim Tae Hee, Jang Rina dan ramai lagi memang popular habislah. Bukan hanya di Korea tetapi di Jepun, Malaysia dan negara-negara Asia yang lain. Lagipun, penuh drama-drama Korea di channel TV di Malaysia.


awek korea hot>Poster IRIS yang akan ada 2nd season nanti<


awek korea hot
>Ini petikan dari Winter Sonata<


Unsur Tiga : Bola Sepak Korea
Bagaimana?! : Dua unsur di atas besar kemungkinan hanya untuk perempuan, unsur ini pula mempengaruhi para lelaki. Aku yakin yang ramai antara kita yang mengikuti kisah bola sepak Korea. Untuk World Cup tahun ini, kedua-dua buah pasukan yakni South Korea dan North Korea akan bertanding di sana. Selain itu, South Korea juga pernah sampai ke peringkat separuh akhir semasa World Cup 2002. Itu memang pencapaian yang hebat sebab negara di Asia ini, semua pemain-pemain kecil-kecil sahaja badan. Dahla tewaskan Italy semasa quater final walaupun agak kontroversi punya match. Selain daripada itu, ada ramai pemain Korea yang berbased kan di Eropah. Antaranya ialah Lee Chung Yong di Bolton, Park Ju Young di Monaco, Ki Sung Yong di Celtic dan ramai lagi. Tetapi yang paling popular mestilah Park Ji Sung. Sebenarnya aku penyokong Arsenal tetapi aku still suka Park Ji Sung sebab dia mampu untuk jadi salah seorang first team player Manchester United. Memang bebetul hebat lah dia. Aku pun respek dan nak tabik spring kalau boleh. O> (ini image orang tabik yerk!!)

Unsur Empat : Lain-Lain Korea
Bagaimana?! : Aku yakin yang ada banyak lagi unsur lain tetapi tidak diketengahkan di sini ataupun hanya memainkan peranan kecil dalam kehidupan orang lain. Antaranya ada juga yang layan kartun Korea seperti Pucca dan Dooly. Selain itu, ada juga yang lain yang suka makan makanan Korea seperti mee segera buatan Korea yang entah hahal or tak dan juga kimchi. Korang pernah dengar tak kimchi? Senang cerita, kimchi ialah jeruk sayur-sayuran yang baunya memang "terbaiklah." Yang aku hairannya, orang Korea memang suka gila makan kimchi ini. Selain daripada itu, ada rakyat Malaysia yang selalu pasang impian nak pergi Korea. Tak teringin nak pergi London ker? Tempat aku sekarang ini. Tapi aku memang akui yang tempat-tempat percutian di Korea memang best pon dan aku pun kalau boleh nak juga pergi sana kan. [o.O]


awek korea hot>Aksi Park Ji Sung berjersey Korea<


awek korea hot>First Team Korea World Cup 2006<


awek korea hot>Pucca yang comel sangat-sangat<


Aku rasa itulah antara unsur-unsur Korea yang memang selalu bermain dan bersangkar di dalam kehidupan kita. Korang jangan cuba untuk nafikan sebab aku yakin yang mesti ada unsur itu walaupun sedikit kan? Kalau boleh, kurangkanlah dan jangan sampai gilakan sangat Korea itu. Better korang gilakan benda lain seperti unsur arab ker yang memang aku jarang nampak. Apa-apa pon, Korea memang best. Ada masa, cubalah untuk cari duit dan peluang untuk ke sana. Oh ya, South Korea yerk. Bukannya North Korea. Kan tak pasal-pasal kena tangkap lak kan. Aku tak tahu~~!!!

Wednesday, March 03, 2010

Poskad Free Daripada London

Sejak aku tukar template ini, ramai yang nampaknya kata aku ini jambu. Mentang-mentang aku pakai template yang ceria-ceria gitu. Pergh~!! Itu memang silap besar memandangkan jambu dengan aku adalah umpama buah dan manusia. Totally different! And then, ramai juga yang minta souvenirs dari London. Mentang-mentanglah aku baru balik dari Manchester yerk. Korang nie, memang demand betul. Aku hanya seorang insan yang selalu puasa untuk jimat kos tau~!! [-_-"]


poskad free london
>Inilah aku semasa program di Manchester<


Aku post entri kali ini adalah dengan satu tujuan yang jelas dan nyata. Entri ini juga akan menjadi pendek dan mampat. Aku harap korang percaya dakwaan-dakwaan aku ini. Sepanjang aku check komen-komen di shoutbox, aku menyedari yang ada blogger yang tag aku dalam post diorang dan ada juga yang tulis entri pasal aku. Aku bebetul hargai korang semua yang sentiasa memberi sokongan kepada aku-sehingga dah mencecah 500 followers dalam masa 2 bulan.
Jadi, aku terfikir untuk menge"post" 21 keping poskad London kepada yang 21 orang peminat yang bertuah. Berminat tak?! Kalau berminat, teruskan membaca sampai habis!!

Korang mesti rasa macam "down" sikit kan sebab aku hanya bagi poskad kan? Tapi jom aku bercerita sedikit kepada korang semua kos satu poskad:-
  • Harga Poskad : 70 pence (RM 3.85)
  • Kos Posting : 65 pence (RM 3.60)
  • Poskad dari London : Priceless (Infinity)
Itu baru kos satu poskad yakni dalam RM7.45. Kalau 21 keping, agak-agaknya berapa harganya yerk? Korang fikir dan kiralah sendiri. Tetapi itu sahaja yang aku termampu buat sekarang ini. Nanti dah nak balik Malaysia, bolehlah lagi berharga barang-barang itu. Lagipun dalam poskad itu akan ada handwritting aku. Spesel betul kan?! *wink2!!*


poskad free london
>Tempat aku akan post poskad London ini<


poskad free london>Antara poskad yang akan menjadi milik korang nanti<

CARA UNTUK AKU BAGI KORANG POSKAD INI DAN SYARAT-SYARAT:

01. Perlu ker menjadi follower?! : Tidak! Anda sama sekali tidak perlu untuk menjadi follower kepada blog aku ini kalau nak dapatkan poskad London yang akan aku hantar itu. Tapi, korang rasa mungkin tak aku akan utamakan follower aku dulu?? Ngeh3!!
02. Keutamaan kepada siapa?! : Aku akan memberi keutamaan kepada bloggers yang ada tag aku or tulis pasal aku dalam entri diorang. Sila kemukakan link sebagai resit pengesahan yang ada nama aku dalam blog korang itu. Thanks sebab sudi tag aku~!!
03. Berapa banyak penyertaan?! : Korang boleh mereka dan memikirkan seberapa banyak penyertaan korang nak. TETAPI, sila hantar or submit 2 penyertaan terbaik sahaja. Kalau banyak-banyak, payah aku nak pilih nanti.
04. Cara hantar penyertaan?! : Caranya mudah dan senang sahaja yakni korang hanya perlu post penyertaan anda itu di ruangan komen entri post ini. Kalau takut orang lain baca post penyertaan anda, boleh saja kalau nak hantar ke mail aku di llonghaffiz@gmail.com
05. Selama mana penyertaan?! : Anda boleh menghantar penyertaan anda sebaik sahaja entri ini dipost ke blog (yakni sekarang!!) sehinggalah ke 15 Mac 2010. Ingat tau!! 15 Mac 2010 yakni hari Isnin pukul 5 petang waktu London.
06. Apa lagi yerk?! : Aku yang akan mengadili slogan mana ataupun statement mana yang paling best, paling mengancam dan juga paling terbaik. Tak kira lah samada slogan atau statement korang itu poyo ataupun skema. Lagi satu, keputusan juri (yakni aku :P) adalah muktamad. Kalau korang nak post surat ke sini sebab nak komen keputusan juri, aku alu-alukan yerk!!
07. Anda kena setuju!! : Korang perlulah juga setuju yang sekiranya korang dipilih sebagai blogger bertuah yang akan mendapat poskad dari London ini, korang perlu berkongsi alamat rumah or universiti or alamat apa-apa pon nanti. Ini adalah bertujuan untuk hantar poskad London ini. Kalau tiada address, macam mana nak hantar bah~~
08. Apakah yang kena buat sebenarnya?! : Senang sahaja caranya. Ia takkan mengambil masa selama lebih dari 1 minit pon. Sila lengkapkan ayat di bawah dengan statement ataupun ayat yang tak lebih daripada 32 patah perkataan. Ayatnya adalah di bawah :

"Inche Long Haffiz kena hantar poskad London kepada saya sebab ............"


poskad free london
>Bersinar-sinar poskad ini menunggu korang<


poskad free london>Antara pilihan poskad yang ada<


poskad free london>Nie gambar sampingan : Bersama muslim worldwide<


Contoh jawapan (dilarang hard copy yerk!!) :-
...sebab kalau dia tak bagi, saya akan nangis sampai dia balik Malaysia nanti. [T.T]
...kerna aku hanya akan rasa diriku puas dan berada di London setelah aku empunya poskad itu.
...sebab saya merasakan bahawa saya adalah peminat setia blog ini dan saya wajar mendapat penghargaan daripada Inche Long Haffiz.

So, macam mana? Senang dan mudah sahaja kan?! Sorrylah. Buat masa sekarang aku hanya boleh menghantar 21 keping poskad. Lain kali aku akan buat macam ini lagi dan aku akan tambah bilangan poskad yang akan dihantar. Kalau nak beri barang-barang Zara or bagi duit memang payah sebab aku sekarang di UK dan korang pula di Malaysia. Jadi, kalau yang melibatkan barang-barang or pakaian or duit pound, aku akan buat later. Buat masa ini-itu sahaja yerk~!!


*Mari ramai-ramai berebut poskad London yang dicop setem London*
[Aku rasa macam aku nie kedekut betul sebab hanya bagi poskad saja : Sorry~~~]
    Related Posts with Thumbnails