My Followers Who Follow My Blog

Friday, April 23, 2010

Kontest London dan Mengundi di London, UK

Aku menulis entri lagi?! Biar benar nie yerk!! Buat pertama kalinya aku menulis dua biji entri dalam masa dua hari berturut-turut. Sebenarnya aku takda mood untuk study dan benda yang aku boleh buat dan bermanfaat adalah dengan hanya menulis entri baru. Sekarang nie, hidup aku hanya ada dua benda sedang difokus yakni revision dan juga blog. Bangun tengahari dan terus ke library LSE untuk study. Balik pada waktu malam dan terus buka blog : samada update pape yang perlu ataupun entri baru. Oh ya, jangan risau memandangkan aku takkan lupa pasal solat aku. Don't worry yerk~!!


pengalaman pertama mengundi
>Have a hand in history : Tangan aku sekali kan?!<


Hari ini aku ada dua benda baru yang nak diupdate dengan korang semua. Dua benda yang akan aku cerita ini adalah dengan amat pendek dan ringkas seadanya. Dua-dua hanyalah sekadasr pemberitahuan. Satu mengenai Kontest Baca London : Menang London dan satu lagi pasal pilihan raya yang akan datang di UK nie. Jadi, aku harap korang semua takdalah bosan untuk membaca benda-benda yang akan aku mengarut nie. Biasalah kan, orang baru lepas study : kepala tak berapa nak betul sangat. Masih lagi duduk nenong... T__T

Update Satu : Kontest Baca London : Menang London

Untuk sesiapa yang mengikuti blog aku, mesti korang perasan yang aku ada mengadakan satu kontest yang bernama Kontest Baca London : Menang London. Segala maklumat dan details boleh didapati di sini. Namun, aku hairan kerana kontest ini agak kurang mendapat sambutan. Aku pun tak tahu kenapa dan aku taknak tahu pun mengapa. Yang penting, lagi sekali aku menyeru rakyat jelata sekalian bahawa kontest ini akan berterusan sehingga 04 May 2010. Pastikan korang tak ketinggalan untuk join kontest ini. Hadiahnya ialah GBP 15.00 untuk dua orang pemenang bersama-sama keychain London dan juga mouse pad London. Nak cakap hadiah tak menarik, aku dah guna 20% elaun bulanan aku semata-mata untuk kontest ini. Entahlah. Aku pun tak tahu mengapa yerk. -_-"


pengalaman pertama mengundi>Poster utama Kontest Baca London : Menang London<


Update Dua : Official Election Poll Card Aku Dah Sampai!!

Bagi sesiapa yang belum tahu dan buat-buat tak tahu, pilihan raya umum UK akan diadakan pada 06 May 2010 yakni hari Rabu dua minggu lagi. Antara syarat menjadi pengundi di sini ialah menjadi residents UK dan berumur 16 tahun ke atas. Entah macam mana hari itu, aku menggatalkan tangan aku untuk pergi register sebagai pengundi. Senang sahaja nak register sebab 100% menggunakan internet. Dan secara tak langsungnya, aku sudahpun mendaftar sebagai pegundi di United Kingdom walaupun aku masih belum register sebagai pengundi di Malaysia.

Nak dijadikan ceritanya, Official Election Poll Card aku sudahpun sampai pagi tadi dan semalam. Ada dua keping poll card yang mana satu untuk parliment dan satu lagi adalah untuk local government. Oh ya, tujuan dua pool card ini adalah menunjukkan details peribadi aku dan ke mana perlu aku pergi untuk membuang undi. Cuak dan excited pun ada memandangkan ini merupakan kali pertama aku mengundi. Mengundi pulak di negara orang yakni luar Malaysia. Jadi, sebab itu aku nak berkongsi keceriaan aku dengan korang semua. ^_^


pengalaman pertama mengundi>London Local Government Election Pool Card<


pengalaman pertama mengundi>Arahan-arahan mengundi yang perlu dituruti<


pengalaman pertama mengundi>Ini pula ialah Official UK Parliament Pool Card<


pengalaman pertama mengundi>Lagi sekali tata tertib mengundi : Nampak tak?!<


Jadi, itulah dua update yang serba ringkas daripada aku. Kekadang aku hairan dan terfikir, best juga jadi blogger yang popular yerk. Diorang tak perlu ada shoutmix, tak perlu berblogwalking tetapi diorang hanya perlu menulis entri. Tetapi, pada masa yang sama aku rasa gembira memandangkan aku ada korang semua sebagai pembaca dan pengikut setia kisah poyo aku di London dan juga peribadi aku di masa akan datang. Terima kasih, arigato, jazakallah khair dan semualah yang korang rasa perlu diucapkan. Akan aku terus supply entries yang fresh dan berkualiti dari ladang untuk korang semua. InsyAllah~!!


*Jom join kontest yang aku buat dan promotekan tu*
[Mengundi?! Siapa patut aku sokong yerk?! BN or KeADILan?!]

Thursday, April 22, 2010

Resipi : Chef Long Memasak Nasi Goreng London

Testing2!! Anyone?! Poyo la pulak untuk seketika. Kepada semua pembaca blog aku nie yerk, aku ingin memberitahu bahawa ruangan-ruangan tertentu akan di update setiap hari : sekiranya ada soalan baru dan ada sesiapa yang nak exchange link. Jadi, pastikan setiap kali korang datang, singgahlah seketika di dua ruangan tersebut. Harap tidak hanya singgah untuk tulis di shoutmix dan terus pergi tak kembali. Sedih tau!! T__T Oh ya, di atas shoutmix, aku sudahpun meletak satu kotak pesanan yang menunjukkan any pesanan dan update baru daripada aku. Aku harap korang peka lah yerk. InsyAllah~!!


resepi nasi goreng london>Inilah dapur hall aku : Nampak tak periuk nasi mini di bawah tu?!<


resepi nasi goreng london>Sebelum memasak, sediakan bahan-bahan secukupnya<


resepi nasi goreng london>Cara untuk ukur samada air dah cukup lum : Orang rumah aku ajar<


Jom kita masuk topik utama. Sebelum aku fly ke United Kingdom last September, aku memang langsung tak reti nak masak apa-apa. Setakat nak masak nasi putih, masak telur goreng, jerang air dan masak meggi tu memang aku expertlah. Tapi kalau nak masak lauk ataupun yang lagi expert daripada itu, memang aku langsung tak pandailah. Jadi, sementara menunggu untuk fly, aku pun belajar memasak dengan ayah aku. Diulang, dengan ayah aku dan bukannya mak aku yerk!! Ayah aku nie bekas tukang masak askar, jadi dia memang terror bab-bab masak. Aku sempatlah belajar beberapa lauk basic dan juga menggoreng nasi. Kira cukuplah untuk aku survive kan?! ^_^

Namun, ketika aku sampai di London dan aku tengok kitchen hall aku, memang tak boleh untuk digunakan sebagai tempat memasak sebab tak cukup kelengkapan dan memang sempit. Tetapi, dua bulan lepas, aku dan member aku telah menggunakan kitchen tu dengan bijak dan kami pun berjaya memasak nasi goreng. Ini adalah kali pertama dan juga kali terakhir aku masak di hall aku dan ini juga yang akan menjadi tajuk utama aku kali nie. Mari kita bersama-sama memulakan rancangan "Mari memasak Nasi Goreng London bersama Chef Long!!"


resepi nasi goreng london>Bilas dan cuci beras itu bersih-bersih : Tak perlu suci<


resepi nasi goreng london>Inilah hasilnya : Nasi putih yang dah putih<


resepi nasi goreng london
>Tumis ramuan : Perencah Adabi sehingga ada bau sedap<


Langkah Satu : Sediakan bahan-bahan secukupnya. Antara bahan yang kita perlukan adalah seperti di bawah :-
1. Perencah nasi goreng Adabi (paling penting dan utama)
2. Telur
3. Beras
4. Minyak
5. Gula, garam dan anything yang secukup rasa
6. Sos cili, kicap dan sos tomato
7. Tupperware sebagai perhiasan.

Langkah Dua : Selepas sediakan bahan-bahan di atas, kita ambil beras dan cuci beras itu. Cuci secuci-cucinya tapi jangan guna sabun dahla. Selepas itu, budget-budget air yang banyak mana diperlukan untuk masak beras itu. Kalau boleh, ukur dengan menggunakan jari yakni dua "timbulan" di jari itu. Masak nasi dan hidupkan suis periuk nasi.

Langkah Tiga : Tunggu sehingga nasi masak. Dijangkakan nasi akan siap masak dalam masa setengah jam. Ambil nasi yang dah masak itu dan masukkan ke dalam tupperware. Biarkan di tepi untuk seketika. Kita beralih ke dapur sekarang dalam keadaan kuali sudah ready.

Langkah Empat : Hidupkan gas dan letak kuali di atas dapur. Letak minyak dan tunggu sehingga minyak itu panas. Cara untuk uji minyak samada dah panas ataupun belum adalah dengan merenjis sedikit air. Korang jangan pergi ambil satu jug air lak letak dalam kuali. -_-"


resepi nasi goreng london>Sedang menggoreng di dapur hall yang amat kecil<


resepi nasi goreng london>Kekuatan tangan amat penting ketika korang menggaul nasi goreng tu<


resepi nasi goreng london>Kalau dah penat gaul, tukar shift lak. Ini Khalil<


Langkah Lima : Selepas diyakini bahawa minyak sudahpun panas, masukkan perencah nasi goreng Adabi ke dalam kuali. Sekiranya korang berminat nak letak daging ataupun ayam, sila masukkan sebelum perencah memandangkan daging keras dan ambil masa untuk masak. Tumis perencah itu sehingga berbau sedap.

Langkah Enam : Selepas timbul bau sedap itu, masukkan nasi yang kita dah ready awal-awal tadi. Tumis dan goreng sehingga korang berasa puas hati. Sekiranya ingin masukkan sayur, sekarang adalah masa yang paling sesuai memandangkan sayur ini memang lembut dan cepat masak. Goreng dan terus menggoreng.

Langkah Tujuh : Pastikan korang rasa nasi goreng korang itu. Sekiranya kurang rasa, masukkan garam ataupun gula. Kurang pedas, masukkan sos tomato, sos cili dan kicap. Kalau kicap terlebih, masukkan apa sahaja yang boleh digapai di dalam dapur sehingga dapat rasa yang best dan memuaskan hati.

Langkah Lapan : Sebagai langkah terakhir, korang tebuk lubang di tengah-tengah nasi goreng itu. Pecahkan telur dan masukkan telur ke bahagian tengah itu. Sebelum telur itu menjadi telur goreng, korang gaulkan nasi goreng itu bersama-sama telur. Lagi banyak telur, lagi sedap menjadi. Teruskan menggoreng nasi. Lagi lama goreng, lagi sedap nasi itu jadinya.

Langkah Sembilan : Selepas korang dah penat menggoreng nasi, bolehlah untuk dihidangkan. Tutup api gas dan letak nasi itu di dalam tupperware ataupun pinggan. Hidangkan untuk makan bersama-sama dengan serunding ataupun kicap. Nak lagi sedap, boleh makan dengan ayam goreng yang dibeli dari somewhere else.


resepi nasi goreng london>Tebuk lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur<


resepi nasi goreng london>Sebiji beras umpama setitik peluh petani : Banyaknya peluh?!<


resepi nasi goreng london>Selepas siap, hidangkan untuk di makan bersama kengkawan<


Jadi, pembaca-pembaca sekalian, itulah pengalaman pertama dan juga terakhir kami masak di hall kami. Selepas itu, tak masak dah di hall sebab tak selesa dan malas. Aku pun masak nasi putih jer dan just beli ayam goreng dari tempat lain untuk di makan bersama. Kepada pembaca entri perempuan, komen korang amat diperlukan untuk improve masakan aku nie. Apa-apapun, selamat mencuba "Nasi Goreng London!" Ngeh3!! (Cam lawak dan ntah apa-apa entri aku kali nie!!)


*Seriously nasi goreng hari itu agak rasa terbakar dan hangus*
[Alhamdulillah : Kenyangnya makan nasi putih, kicap dan juga ayam goreng tadi]
    Related Posts with Thumbnails