Aku sepatutnya sekarang sedang study statisctics tapi entah ke mana hilangnya mood aku nie mengakibatkan aku takda semangat nak study. Tapi tak mengapa, nanti aku akan sambung study balik dan plan nak habiskan syllabus statisctics besok. Aku harap sempat untuk wrap up semua benda sekaligus. Oh ya, tadi aku tengok match Barcelona lawan Inter Milan. Aku bukan tengok di stadium yerk tapi guna internet streaming sahaja. Memang aku suka benar sebab Inter Milan menang agregat. Sudah terbalas dendam kekalahan Arsenal hari tu. Wakaka~ *gelak excited*
Aku sebenarnya takda cerita apa sangat nak kongsi dengan korang. Cerita London memang banyak dan bertimbun-timbun tetapi not in mood untuk menulis. So, aku kongsi cerita lainlah yerk. Lagipun this time aku nak menulis entri yang santai dan lepak sahaja. Kalau pasal London ataupun isu yang berat sedikit, aku kena buat research dan kena susun atur ayat bebaik untuk bagi nampak best dan menarik. So, kalau entri kali nie kurang menarik ataupun tak berapa mengancam berbanding yang lain, mintak maaflah yerk. Apa-apapun, sebarang komen dan feedback boleh kongsi di komen entri. ^_^
Bercerita pasal pengalaman diri aku sendiri, aku ada banyak benda yang boleh dikongsi daripada aku kecil sampailah aku dah besar panjang sekarang. So, kalau nak bercerita pasal pengalaman mestilah start dengan cerita masa aku kecil-kecil dulu kan?! Kisah aku sekolah rendah, sekolah menegah dan persediaan tu lain kali boleh aku cerita. Dahulu, masa kecil-kecil, aku ada satu hobi yang confirm pelik. Hobi tersebut ialah suka makan beras. Kalau makan nasi tu memang tak menghairankan tapi nie makan beras yang mentah tu. Rasa cam sedap dan rangup. Pelik! Memang pelik! Aku pun tak tahu kenapa. Tapi dulu jerla, sekarang dah tak ada langsung dah. Eh, nie top secret nie!! -_-"
>Mak aku masa zaman muda-muda : Retro siot!<
Memang mak aku marah betul aku makan beras tetapi aku ada seorang "kawan rapat". Aku panggil dia dengan gelaran "Opah." Aku tak ingat apa hubungan dia dengan aku tapi kalau tak silap, dia tu makcik kepada atuk aku. So, kira camner tu yerk?! Aku pun tak tahu. Masa aku kecil-kecil, opah nie yang jaga aku dan main-main dengan aku. Masa tu aku tak ada kawan-kawan rapat dan aku juga merupakan anak sulung. Biasalah, umur baru 5-6 tahun. Opah nie selalu seludup beras dan kasi aku makan. Pastu, mak aku pun bebel kat opah sebab kasi aku makan beras. Kesian opah. T__T
Semasa tahun 1997 kalau tak silap, opah pergi menemui Yang Maha Esa. Masa tu aku dah berada di sekolah rendah. Jadi, aku dah ada kawan-kawanlah. Memang masa opah "pergi" tu, aku nangis macam gila-gila punya nangis sebab opah memang yang paling aku sayang dan dia yang jaga aku sejak daripada kecil. Opah dikebumikan di Marang sebab asal usul dia daripada sana. Semasa aku di sekolah menengah yakni time otak dah matured, aku ada ajak family aku melawat kubur opah. Tapi probnya, kubur dia dah tak tahu terletak di mana sebab banyak batu nisan dan kitorang dulu tak tanda pun batu nisan opah. Sedih tu memanglah tapi aku selalu bacakan Yassin untuk dia sekadar termampu. Mak aku pun selalu tanya aku : "Tak ingat opah ker?!" Nangis lagi T__T
Eh, sedihlah pulak jadinya entri nie. Memang sedih pun sebab opah dah berzaman tinggalkan aku. Nak buat macam mana, Allah lagi sayangkan dia. Okay2!! Jom kita tukar mood! Semasa aku tadika dahulu, aku pernah jatuh tangga tau. Jatuh tangga, bergolek-golek dan kepala aku terhantuk pasu bunga dan berdarah. Selepas itu, aku tak tahu apa jadi sebab aku hanya ingat kisah tu sampai setakat tu sahaja. So, sorrylah yerk. A bit suspens!! Masa aku kecil-kecil dahulu, aku budak baik sahaja. Takda buat jahat ataupun apa-apa. Tetapi kalau conteng dinding rumah tu memang wajiblah. Sampai sekarang kesan contengan tu ada lagi. Contohnya : "Long Haffiz Power Rangers Merah."
Haha! Sudah siap satu entri yang mengarut dan santai daripada aku. Ini kisah-kisah sebelum aku masuk sekolah rendah. Kisah sekolah rendah di lain entri la pulak yerk. Aku tak berapa nak ingat sangat kenangan masa zaman kecil-kecil except yang betul-betul sebati dengan minda aku macam kisah opah, kisah aku makan beras dan kisah aku jatuh tangga. Bila fikir balik, korang ada kisah menarik macam aku ker?! Ngeh3!!
*Kalau raya, aku selalu pergi bersih kubur atuk dan nenek aku di Losong*
[Forza Inter Milan : Kan best kalau statistics tak wujud di dunia]

