My Followers Who Follow My Blog

Thursday, May 06, 2010

Mudahnya Mengundi di United Kingdom (UK Election 2010)

Sebelum aku menulis entri, aku nak tanya korang semua nie. So, korang enjoy tak tengok gambar-gambar bunga yang aku post sebelum tu?! Ada tiga galeri gambar bunga semuanya dan ketiga-tiga aku tujukan kepada para pembaca. Aku harap korang semua enjoy dan suka yerk. Yang penting, aku tak boleh nak petik bunga tu daripada Hyde Park. Jadi, kalau korang semua teringin nak bunga-bunga itu, sila datang dan petik sendiri yerk. Tak dapat aku nak menolong. Ngeh3!! Kalau diikutkannya, aku ada masa lebih kurang seminggu lagi sebelum exam. Jadi, entri hari rabu yang akan datang nie merupakan entri terakhir for now dan aku akan sambung balik selepas exam. Korang boleh terus melawat dan membaca entri-entri zaman dulu-dulu : mana-mana yang belum dikhatamkan~!!


uk election 2010
>Time is running out : Amat busy sekarang<


Aku dengan ini ingin memohon seribu kemaafan daripada semua yerk. Buat masa sekarang aku hanya mampu menulis entri baru dan berblogwalking dengan kadar Touch N Go. Aku tak sempat langsung dan tak cukup masa langsung untuk membaca entri korang semua dan juga mengomen apa-apa yang patut. Tapi aku percaya, selepas aku habis exam nanti, aku akan lawat blog korang dan membaca serta mengomen mana-mana yang perlu. Selain itu, aku juga meminta maaf sebab tak sempat nak ambil award, tag, wasiat or whatever sebab otak aku bercelaru nak exam. Aku harap korang semua boleh memahami situasi aku. Buzz aku balik selepas aku habis exam nanti.


uk election 2010>Frank Dobson : Calon Labour Party untuk parlimen aku<


uk election 2010
>Ini pula Jan Shaw : Calon Lib Demokrat di kawasan aku nie<


Jadual memang buzy, otak yang memang dah padat dengan fakta-fakta ekonomi dan akaun tetapi ingin diserapkan lagi dengan fakta statistics dan juga ekonomi dan kehidupan yang mungkin agak kurang terurus sekarang menjadikan aku agak stress. Time is running out. Tetapi, aku tetap menunaikan tanggungjawab aku sebagai salah seorang Resident UK untuk pergi or keluar mengundi pagi tadi. Ada ramai calon yang bertanding untuk kawasan parlimen aku tetapi hanya dua yang utama boleh diconsider. Sebagaimana juga tajuk entri aku di atas, sememangnya senang untuk mengundi di United Kingdom. Aku pun tak tahu kenapa tapi kalau nak compare dengan Malaysia, mengundi di United Kingdom adalah jauh lebih senang berbanding di Malaysia. Mari aku ceritakan cara-cara mengundi di UK kepada kengkawan semua. Sila rujuk langkah-langkah di bawah yerk~!!

Langkah Satu : Mendaftarkan diri korang sebagai pengundi menerusi website yang telah ditetapkan. Antara syarat menjadi pengundi ialah umur 18 tahun ke atas dan juga rakyat Kommenwel ataupun UK. Of course aku layak!!

Langkah Dua : Pooling Card akan dihantar ke alamat yang telah berdaftar yang menunjukkan details diri dan segala maklumat untuk pergi mengundi. Ini termasuklah tempat mengundi, kawasan parlimen dan yang sewaktu dengannya. Pooling Card sudah aku tunjukkan dan ceritakan di sini yerk.

Langkah Tiga : Semasa hari pembuangan undi, pergi ke tempat yang telah ditetapkan. Bila aku sampai di sana, ada orang yang akan jaga kaunter. Aku bagitahu nama aku dan address aku. Selepas itu, diorang bagi form undian dan pergi mengundi macam biasa. Selepas siap, masukkan undi di dalam box yang ditetapkan.

Langkah Empat : Tunggu untuk keputusan diumumkan di rumah ataupun tempat tinggal masing-masing. Dijangkakan kerajaan dapat dibentuk dan keputusan pilihanraya diumumkan by early morning of the next day.


uk election 2010>Tempat aku mengundi jam 10.00 pagi tadi : Mana ada orang<


uk election 2010>Baca itu semua : Pooling station yakni stesen mengundi<


uk election 2010>Klik untuk pembesaran : Statement di FB aku dah mengundi<


Untuk pengetahuan korang semua, biasanya pilihanraya akan diadakan pada hari Khamis atas tujuan yang tertentu. Diorang setkan hari Khamis sebab diorang risau, kalau diorang buat election pada hari weekend, mungkin ada pengundi yang dalam keadaan mabuk akan datang mengundi dan diorang tidak mengundi atas dasar kewarasan akal. Selain itu, weekend dianggap sebagai masa bersama keluarga dan biasanya weekend tak boleh diganggu untuk orang-orang UK. Selepas penat bekerja, inilah masa rehatnya. ^_^ Memang tidak dinafikan, UK Election dan Malaysia Election memang ada beberapa perbezaaan. Antaranya ialah :-

Beza Satu : UK Election bermula pada jam 7.00 pagi sehingga 10.00 malam dan berbeza dengan Malaysia yang bermula dalam pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Selain itu, lebih banyak tempat pembuangan undi dan untuk aku, tempatnya adalah di sebelah hall aku sahaja. Ini bagi mengelakkan berlakunya kesulitan dan kesesakan.

Beza Dua : Kalau di Malaysia, election umpama festival ataupun karnival. Kalau tempat pembuangan undi, penuh dengan orang yang beratur panjang dan dengan penyokong kedua-dua belah parti bersorak. Lain pulak terjadi di UK. Tiada khemah dinaikkan, tiada festival, tiada berbaris panjang!! Yang ada hanyalah tempat untuk mengundi, kotak undi dan pembantu untuk menolong apa-apa yang patut.


uk election 2010>Ketika musim pilihanraya di Malaysia<


uk election 2010>Nak pergi mengundi umpama ingin berarak or berperang<


uk election 2010>Umpama ada karnival ataupun festival : Tidak di UK!<


Beza Tiga : Kaedah mengundi tidak kurang bezanya. Di Malaysia, selepas kita masukkan kertas undi di dalam box, akan ada pembantu yang guna pembaris panjang untuk menekan kertas undi tu ke dasar kotak undi. Tujuannya : undi anda rahsia. Tetapi di sini, tiada edisi pembaris panjang. Undi hak individu dan tak perlu bersusah payah untuk tekan dalam-dalam sampai ke dasar kertas undi itu.

Beza Empat : Di Malaysia, kita memang betul-betul takutkan dengan kewujudan pengundi hantu. Setiap undi mesti nak kena check IC. Kalau datang mengundi tu, IC kena jaga betul-betul. Biar nyawa melayang tetapi jangan IC yang melayang. Di UK, aku pergi tadi hanya perlu bagitahu nama dan terus boleh mengundi. Takyah nak check identiti ataupun sewaktu dengannya. Semua sama adil pertandingannya!!

Beza Lima : Ini lagi satu beza yang paling ketara dan paling berbeza di Malaysia. Ia adalah kempen ketika proses pilihanraya. Kalau di Malaysia, akan ada poster ataupun banner yang akan ditampal ataupun digantung di sekitar tempat mengundi. Tetapi di London, benda-benda sebegitu tidak wujud. Tiada poster ataupun banner digantung. Pengundi mendapat idea tentang manifesto melalui sumber media diorang yang tidak biasa dan tunjuk semua sekaligus. Kan dah jimat kos kan?!


uk election 2010>Kena target high point untuk exam akan datang nie<


uk election 2010>Macam tiada masa sahaja : Mampukah aku yerk?!<


Sudah langsai satu tanggungjawab aku sebagai seorang yang berada di London, United Kingdom. Aku harap undian aku tadi dapat menjadi salah satu bahan untuk mengubah UK ke arah yang lebih baik dalam masa yang akan datang. Memang senang nak mengundi di sini dan aku raa agak bertuah sebab undian pertama aku adalah di negara luar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya, aku merupakan sebahagian daripada sejarah pembentukan sistem pemerintahan UK untuk tempoh yang akan datang. Bangga seketika!! *_*


*Selesai mengundi : I've done my part in UK history*
[Selesai satu new entri, sekarang masa untuk terus sambung study]

Tuesday, May 04, 2010

Galeri Gambar Bunga Tiga : Di Awal Spring Hyde Park

Dengan ini aku mengumumkan bahawa Kontest Baca London : Menang London ditutup dengan rasminya. Aku akan menilai segala penyertaan dan kami akan cuba untuk umum pemenangnya dalam masa yang terdekat. Dua pemenang utama mesti dah tahu hadiahnya apa kan?! Jadi, jangan lupa untuk pastikan korang sentiada datang ke sini untuk tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan kontest ini. Selain itu, setelah dua hari galeri gambar bunga berturut-turut, hari ini merupakan hari terakhir aku akan berkongsi gambar bunga-bunga ini dan aku harap ini adalah galeri yang terbaik sekiranya ingin dibandingkan dengan dua hari yang lepas. Yang penting, korang nilailah sendiri yerk. Scroll down pelis~!! ^_^

bunga musim luruh>Ada pembaca cakap nie pokok maple : Yerker?!<


bunga musim luruh>Siapa yang suka warna ungu, mesti minat gambar nie kan?!<


bunga musim luruh>Ada macam-macam warna : Pilih sahaja<


bunga musim luruh>Ungu + Kuning = Hijau?!<


bunga musim luruh>Hutan belantara di tengah Hyde Park<


bunga musim luruh>Gambar nie aku tak zoom pun tau<


bunga musim luruh>Ini pokok sebenar : Berada di belakang pagar<


Untuk pengetahuan semua, London sepatutnya musim bunga sekarang dan aku expect suhu akan naik dan tiap-tiap hari akan cerah dan ada matahari. Tetapi lain jadinya hari ini dan dua tiga hari lepas. Cuaca memang tak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Contohnya, semalam hujan seharian. Hari ini pulak, suhu mencecah 5 darjah celcius dan angin memang kuat. Tadi aku pergi LSE dalam keadaan terketar-ketar sebab aku ingat cuaca panas. So, bila aku expect camtu, aku pakailah t-shirt lengan pendek, jeans dan sandal sahaja. Tetapi suhu bapak punya sejuk. Menggigil aku tadi. Last-last kena balik bilik semata-mata nak pergi salin baju. Luckily gambar-gambar yang ditangkap nie dah ditangkap daripada awal-awal lagi. Tak sanggup aku nak pergi Hyde Park dalam keadaan cuaca macam ini. Oh ya, sesiapa yang nak ambil gambar-gambar ini untuk apa-apa tujuan : silakanlah yerk. Jangan segan-segan. *Muehehehe*


bunga musim luruh>Terasa macam berada di kebun bunga<


bunga musim luruh>Yang nie aku zoom : Budget-budget setting kamera<


bunga musim luruh>Terasa macam nak golek-golek sahaja tetapi rosaklah bunga<


bunga musim luruh>Tulip?! Mawar?! Ungu?!<


bunga musim luruh>Kalau boleh petik, aku petik untuk semua follower blog<


bunga musim luruh>Agak-agak, macam mana ketika kemuncak Spring eh?!<


bunga musim luruh>Antara gambar terakhir sebelum aku blah<


bunga musim luruh>Yang nie khas untuk sesiapa yang mahu : Amik2!!<

Jadual aku sekarang akan menjadi makin pack selepas ini memandangkan aku hanya ada masa kurang daripada dua minggu untuk study dan bersiap sedia untuk exam. Minggu nie ada Pilihanraya UK, Housing Fair dan juga Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein nak datang ke London untuk berjumpa para pelajar nanti. Minggu depan pulak betul-betul kena solely fokus exam. Sekiranya korang tak nampak new entri, janganlah bersedih. Aku percaya yang ada banyak lagi entri-entri terdahulu yang korang masih belum khatam kan?! Ambillah masa ini untuk membaca entri-entri zaman dulu yang masuh belum dibaca. Oh ya, jangan hanya datang untk blogwalking dan terus pergi : umpama sistem Touch N Go!! -_-"


*Aku cuba untuk fokuskan blog : Boleh juga baca entri dulu-dulu kan?!*
[Bilik aku dah kembali kucar-kacir balik selepas dua hari kemas]
    Related Posts with Thumbnails