My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, May 12, 2010

Malaysia Menang Q-Final Thomas Cup : Terima Kasih Aku?!!

Akhirnya Malaysia berjaya menempah tempat ke separuh akhir Thomas Cup bertemu dengan China hari Jumaat nie kalau tidak silap aku rasanya. Eh kejap, napa tajuk entri amat poyo?! Sebab pemenang mata kemenangan Malaysia adalah Hafiz Hashim : sama nama dengan aku. Ngeh3!! Sebenarnya aku plan nak tulis entri lain pada hari ini tetapi memandangkan aku begitu excited dengan kemenangan Malaysia, maka aku tulis serba sedikit mengenai Thomas Cup nie. Entri yang betul-betul aku akan post cam aku cakap semalam akan diterbitkan dalam 5 hingga 7 jam lagi. Yakni selepas aku habis study karang. Jadi, pastikan korang utamakan entri itu berbanding entri ini. Entri ini umpama sesi bermain-mainlah~!!


piala thomas hafiz hashim>Ihsan Google : Hafiz Hashim memenangi mata akhir untuk Malaysia<


piala thomas hafiz hashim>Ihsan Google : Banner dan info untuk Thomas Cup this time<


Aku amat happy dan aku rasa amat bersemangat sekarang. Untuk pengetahuan semua, aku pergi ke LSE dalam pukul 11.00 pagi tadi : yakni dalam pukul 6 petang di Malaysia. Biasanya bila sampai di LSE, aku akan bukak PC first dan online Facebook dahulu-pastu baru start study. Then, aku ternampak status member aku pasal Thomas Cup. Rupa-rupanya Thomas Cup sedang berlangsung ketika itu. Aku pun dengan kadar segera terus bukak internet streaming tetapi plugin untuk tengok video takda untuk PC di LSE. Aku pun terus bekejar balik ke hall aku yang jaraknya setengah jam perjalanan dari LSE. Semangat punya pasal kan?! Masa aku sampai, terus bukak laptop. Kasut dan jacket pun tak sempat tanggalkan lagi masa itu. Ngee~~

Masa aku bukak web tu, Malaysia mendahului Denmark 1-0 melalui kemenangan yang diraih oleh Lee Chong Wei. Perlawanan ketika itu adalah beregu first antara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong melawan beregu Denmark. Aku punya seronok sangat sebab dah mendahului 2-0 selepas mereka pun menang match diorang. Namun, Malaysia menerima dua kekalahan berturut-turut menerusi Wong Choon Hann dan juga beregu bidang terjun : Zakry Latif dan Hoon Thien How. Waktu match keempat tu, memang busy tul aku dengan Twitter dan juga Facebook. Bermain-main dan berlawan-lawan status dengan member-member : terutama yang di Malaysia. Memang aku semangat betul kalau melibatkan any sport Malaysia. Bola? Hockey? Badminton? Gimnastik?! Semua layan!! ^_*


piala thomas hafiz hashim>Kalau dapat tewaskan China : Maybe kita akan berjaya!!<


piala thomas hafiz hashim>Aku memang suka Rexy Mainaky punya coaching<


Kedudukan sekarang seri 2-2 dan semuanya terletak di tangan Hafiz Hashim. Orang Kelantan nie memang tidak membazirkan 6 jam aku menonton match selepas dia menang straight set. Memang yang terbaik betul Hafiz Hashim nie. Anda sememangnya membanggakan sesiapa sahaja yang bernama Hafiz : termasuklah aku. Terima kasih kepada Encik Hafiz kerana memberi kemenangan kepada Malaysia. Aku mengharapkan agar Malaysia dapat menang masa lawan China nanti. By the way, berikut adalah keputusan penuh perlawanan :

Lee Chong Wei kln Peter Gade Christiensen
21-17, 21-17

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong kln Carsten Mogensen/Mathias Boe
21-17, 21-19

Wong Choon Han kk Jan O Jorgensen
20-22, 21-16, 18-21

Zakry Latif/Hoon Thien How kk Lars Paaske/Jonas Rasmussen
26-24, 12-21, 19-21

Hafiz Hashim kln Joachim Person
21-12, 21-10


piala thomas hafiz hashim>Adakah sejarah 1992 akan berulang?!<


piala thomas hafiz hashim>Aku harapkan agar pemain Malaysia nie dapat ulanginya<


Jadi, begitulah keputusan penuh peringkat suku akhir Thomas Cup yang melibatkan pasukan Malaysia. Aku mengharapkan agar perlawanan yang seterusnya, Malaysia akan mampu untuk memberi yang lebih baik dan result yang better. Tak mustahil untuk kita mengulangi sejarah 1992 : kali terakhir Malaysia memenangi Thomas Cup. Syabas dan all the best!! Ayuh kita sokong Malaysia!! Eh jap, sebelum tamatkan entri, aku ada satu teka-teki untuk semua. Ini teka-tekinya : Match start pukul 4 petang waktu Malaysia dan berakhir dalam pukul 11.30 malam waktu Malaysia. Tetapi, aku tengok penonton macam tak surut-surut dan still maintain ramai. Soalannya ialah adakah diorang sembahyang Maghrib sambil bersorak untuk Malaysia?! Fikir-fikirkan dan renung-renungkan!!


*Smash terpantas direkodkan oleh Fu Haifeng dengan kelajuan 332 km/h*
[Ini bukan entri utama aku hari ini : Tunggu pagi besok yerk]

Sunday, May 09, 2010

Dengar Cerita Hukum Hari Ibu Haram : Benarkah?!

Nampaknya entri semalam agak kontroversi yerk. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Ada yang puji melambung dan ada yang bagi sindiran pedas. Aku tak kisah memandangkan aku menulis secara umum dan hanya kes-kes terpencil sahaja. Yang penting, kita menuju ke hadapan yerk. Kita tinggalkan isu dan entri semalam dan focus kepada entri baru hari nie. Nampaknya tajuk agak kontroversi kali nie. Oh ya , sebelum aku start apa-apa, internet hall aku server down. Adakah sebab aku mengomen pasal betapa slownya internet semalam?! -_-"


Hukum Hari Ibu Haram>Sentiasa untuk ingat doakan parents kita selalu<


Hukum Hari Ibu Haram>Jumpa di Google : Kan best kalau dapat makan kek nie<


Memandangkan ada yang cakap entri aku selalu panjang berjela-jela, this time aku cuba untuk pendekkan. Aku harap menjadilah cubaan nie. Kalau melalut dan panjang jugak, aku tak boleh nak buat apa-apalah. Di luar kemampuan beta. *muehehe* Semalam aku buat blogwalking dan sampai ke blog seorang mamat nie. Nie adalah fakta yang dia perolehi pasal Mother’s Day : <Maka jawabnya HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari "The Mother of God" dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan. Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja. Aku try bukak wikipedia dan terjumpa maklumat ini. Pastu, aku tanya naqib dan senior aku yang boleh diconsider terror bab ilmu agama dan aqidah. Ini komen beliau : "Setahu aku, okay jer. Selagi benda tu tak bertentangan dengan syarak dan tak ada unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah. Tambahan pulak, kita memang digalakkan meraikan jasa ibu kita" Selain itu, rujukan tambahan boleh dibuat di sini, di sini dan di sini. Korang buat research dan google sendiri yerk. Eh, panjanglah pulak paragraph nie. Aku taknak komen apa-apa tetapi aku hanya berkongsi apa yang aku jumpa. *FULL STOP*

Alright. Kita tinggalkan isu di atas untuk perbincangan lain kali dan dengan orang lain yang lagi mahir dan fasih bab ilmu agama. Sebabnya, kalau aku nak komen apa-apapon tapi tak cukup ilmu, lain pulak jadinya. Semalam ramai betul yang post entri pasal Mother’s Day or Hari Ibu. Seriously, aku memang tak tahu yang Hari Ibu adalah pada hari ini (waktu London). Sebabnya, bagi aku, setiap hari adalah Hari Ibu. Okay2!! Tu memang poyo. Memandangkan korang semua pun cerita pasal ibu korang, takkan korang taknak tahu pasal ibu aku lak kan?! Seorang ibu yang melahirkan seorang pelajar yang berada di London sekarang~!! Ahakz!!


Hukum Hari Ibu Haram>Korang boleh Google sendiri untuk tahu pasal hukum-hakam<


Hukum Hari Ibu Haram
>Manfaatkan setiap detik dan masa bersama keluarga<


Nama emak aku ialah Norishah Binti Muda. Dilahirkan pada 5 November 1964 di Marang, Terengganu. Kalau di dalam family aku, tugas emah dan ayah aku adalah terbalik. Ayah aku yang memasak tetapi mak aku yang bekerja lagi banyak. Ayah aku kemas rumah tetapi mak aku jaga adik-adik. Ayah aku basuh baju tetapi mak aku yang drive kereta. Kan terbalik tu kan?! Tapi tak mengapa. Yang penting, keluargaku lancar dan aman damai. Aku yakin yang korang (terutama lelaki) memang amat segan nak cakap “Saya Sayang Mak” ataupun menangis di depan mak korang dan meminta maaf. Selepas beliau pergi, baru nak menyesal. Jadi, nasihat aku kepada korang : buang ego dan kalau boleh, ucap setiap hari. Kalau tak dapat pun, time Hari Ibu nie pun tak mengapa. ^_^

Jom bercerita pasal pengalaman pulak : antara aku dengan mak aku sekarang nie yerk. Ada beberapa pengalaman yang aku ingat dari dulu sampai sekarang. Pengalaman-pengalaman ini adalah yang macam dah sebati dengan pemikiran. Ia termasuklah :

1. Semasa aku berada di zaman Form One di MRSM YT Besut, aku nie agak homesick awal-awal. Biasalah, masih di dalam bulan pertama study. So, aku kal mak aku suruh datang melawat. Masa tu mana ada handphone lagi. Mak aku cakap mungkin tak dapat datang dan aku pun merajuk. (errkk?!!) So, time weekend aku pun pergi ke Bandar Besut dengan member-member semua. Balik MRSM , baru aku sedar yang mak dan family aku tengah menunggu aku dalam 3 jam. Dahla Besut dengan Kuala Terengganu tu agak jauh. Peristiwa nie memang aku masih ingat. Oh ya, sila baca dari point of view seorang budak Form One yerk. Kesian beliau~~

2. Peristiwa kedua yang aku ingat ialah semasa aku Form Three. Masa itu mak aku tengah mengandungkan adik aku yang bongsu. Namun, aku ada majlis penyampaian hadiah di MRSM Kuala Lipis. Aku mintaklah family aku datang memandangkan aku antara Top 10 masa tu dan aku malas nak balik sendiri di akhir tahun. Korang tahu kan yang ayah aku tak pandai drive. Jadi, mak aku yang drive (dalam keadaan mengandung 6 or 7 bulan) masa tu. Selamat makcik aku ikut sekali sebagai support. Kesian mak aku bila difikirkan balik.


Hukum Hari Ibu Haram>Aku dan mak dan adik-adik aku sebelum aku fly<


Hukum Hari Ibu Haram>Yang nie semasa berhenti rehat di Serdang<


Hukum Hari Ibu Haram>Itu abang aku ker?! Tidak2!! Itu ayah aku yang awet muda<


3. Lagi sekali peristiwa semasa aku di zaman Form Three. Aku nie memang jenis yang berhati batu sedikit. Jenis yang kurang ada perasaan sedih or memang payah nak menangis. Semasa di Form Three, ada penceramah bebas datang MRSM Kuala Lipis. Dia bagi ceramah punya best dan ada sesi kena tutup mata dan kena ingat pengorbanan mak or ayah. Member-member aku termasuk yang macho-macho semua pakat menangis. Aku pulak boleh gelak. Apa kejadahnya aku masa tu?! Teruk gak eh aku zaman dulu-dulu!!

4. Korang kalau bercakap dengan mak, apa korang guna untuk membahasakan diri korang?! Along?! Achik?! Or panggilan nama sendiri?! Tetapi aku pulak membahasakan diri aku dengan perkataan "Saya". Jarang jumpa orang macam aku nie kan?! Kadang-kadang kawan aku pelik bila aku kal mak aku dan membahasakan diri dengan perkataan "Saya."

5. Pernah menangis tak semasa korang kal mak korang?! Kalau perempuan mungkin pernah tetapi kalau lelaki tu, aku rasa teramat jarang sekali or tak pernah. Setahun sebelum aku fly ke London, aku kena pergi kem motivasi Petronas sebagai salah satu syarat nak fly. Nak dijadikan ceritanya, ada satu sesi yang agak bermain dengan physocology. Berbanding kem motivasi semasa Form Three di atas, ini lebih memberi kesan. Nak dijadikan ceritanya lagi, aku menangis sampai hingus keluar dan mata pun boleh merah. Teresak-esak semasa bercakap. Nie memang sesi menangis paling teruk sepanjang hidup aku rasanya. Selepas habis program, aku on the spot aku kal mak aku dan cakap "Saya sayang mak dan taknak kehilangan mak. Mintak maaf kalau ada silap apa-apa dan bla..bla..bla" Tak boleh banyak sangat, segan aku. Mak aku punya gabra, terus kal Cik Asliza Ahmad untuk bertanya “Okay tak anak aku nie?!” *muehehe* (Cubaan untuk ketawa bagi cover kesedihan anak rantau)


Hukum Hari Ibu Haram>Cilok daripada ILuvIslam.com : Bermanfaat kan?!<


Hukum Hari Ibu Haram>Di saat kita susah ataupun senang : Mesti ada mak kan?!<


Jadi itulah pengalaman aku dengan mak aku. Aku hanya nak share pengalaman sahaja dengan korang semua kali nie. Ini belum lagi masuk pengalaman dan pengorbanan zaman aku nak fly. Lagi menyayat hati. Taknak bagi apa-apa pendapat ataupun beceloteh panjang. Kepada pembaca semua, hargailah mak korang selagi mana dia berada di hadapan korang. Sambutlah diorang setiap hari dan sematlah diorang di dalam doa korang setiap masa. Jangan tunggu sehingga dia pergi baru nak menyesal. Aku yang berada di London pun boleh kal mak aku walaupun agak mahal, korang yang berada di depan mata tu, wajar untuk buat lebih daripada itu. Ingat semua!!


*Besok akan ada sambungan entri nie : Terpaksalah nak kasi pendek*
[Entri ditaip jam 4 petang UK tetapi dipost pada jam 10.15 malam : Internet!!]
    Related Posts with Thumbnails