Kebelakangan nie bila sahaja aku menulis pasal entri baru, mesti entri aku ada kaitan dengan exam dan study kan?! Untuk meredakan sedikit ketegangan aku nak exam subjek killer besok yakni Economics, entri kali ini aku takkan berbicara pasal exam aku. Kita lari daripada tajuk common sedikit sekali sekala. Untuk kali nie, aku nak share beberapa gambar aku semasa zaman retro masa muda-muda dulu. Semua gambar nie aku bahagikan kepada dua galeri yakni galeri berkisarkan dengan gambar potrait dan galeri berkisarkan student life. So, untuk galeri gambar potrait, inilah entrinya!! ^_^
So, macam mana selepas tengok separuh daripada gambar-gambar itu semua?! Terpegun dengan kehenseman aku semasa zaman retro dahulu kala ker?! Biasalah. Masa itu gambar-gambar semua masih lagi dalam keadaan hitam putih dan takda gambar kaler-kaler macam korang semua sekarang. Dahulu guna kamera yang besar tu tapi sekarang dah ada kamera digital lagi. Semua gambar-gambar ini aku tangkap masa nak ambil gambar untuk potrait buku tahunan sekolah. Alright!! Aku tipu sahaja!! Semua gambar ini aku ambil dengan menggunakan pengeditan internet dan komputer. Ngeh3!! Teringin mahu tahu?! Baca last perenggan!!
Aku yakin yang mesti ramai antara pembaca semua tahu bagaimana aku boleh menghasilkan gambar-gambar sebegitu?! Menggunakan Adobe Photoshop?! Tidak! Aku tak pandai guna Adobe tapi aku buat semua ini dengan hanya menggunakan satu website di internet. Aku amat yakin yang korang semua mesti tahu apakah website tersebut kan?! Sekiranya tidak tahu, nanti aku bagitahu besok yakni segmen kedua galeri gambar retro : berorientasikan kehidupan sudent pulak. Apa-apapon, aku nak kena sambung study nie. Teruskan menikmati gambar-gambar zaman retro aku masa muda-muda nie. *muehehe*
*Sekali sekala share gambar zaman muda-muda dengan korang*
[Aku nak kena sambung study : Sorry for the short entri : Tinggalkan komen yerk!!]
















