My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, June 01, 2010

Aku Yang Addict Coke : Keburukan Coke

Alhamdulillah. Menerusi respons entri semalam, nampaknya ramai yang amat concern mengenai keadaan kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa 10 ribu tan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini merupakan satu situasi yang amat memberangsangkan kerana kita cuba untuk berjuang dengan apa saja cara yang kita mampu : walaupun dengan hanya doa dan ibadat. Teruskan mengikuti update Freedom Flotilla yang aku percaya ada banyak terdapat di internet : Facebook, Twitter, Google dan any sumber lain. Hanya terpulang kepada kita untuk mencari. Aku percaya kita semua mampu!! ^_^


keburukan coca cola
>Coca-cola di mana-mana sahaja : Support bisnes tempatan<


Semalam suasana di demonstrasi memang amat tegang dan hari ini aku agak kepenatan. Selain itu, disebabkan hujan semalam, aku hari ini agak kepanasan badan (nak demam) dan juga suara pun dah hilang. Tapi tak mengapa, aku percaya yang aku mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT nanti. InsyAllah. Oh ya, hari ini aku cuba untuk beralih ke topic yang lain sebab semalam topic dah agak tegang dan stress. Hari ini kita berbicara pasal entri yang santai-santai sahaja. Okay?! Lain kali la pulak yerk aku tulis yang pasal tazkirah dan sharing lak. Ngeh3!!


keburukan coca cola>Aku cuba untuk kurangkan minum air gas<


keburukan coca cola
>Piknik hari itu pun aku ada bawak Pepsi<


Siapa kat sini suka minum minuman berkarbonat? Alamak! Perkataan minuman berkarbonat panjang sangatlah. Aku nak tukar kepada panggilan air gas. Aci tak?! Sesiapa yang tak setuju, bagitahu aku yerk. Biasanya orang Terengganu panggil minuman berkarbonat sebagai air gas. Disebabkan aku dah terbiasa, maka aku assume korang fahamkan perkataan air gas. Aku memang seorang yang amat addict dengan air gas. Sebut sahaja air gas jenis apa : maybe hampir semua aku dah pernah test. Coke? Pepsi? F&N pelbagai perisa? Mirinda pelbagai perisa?! Semua aku dah test. Sehinggakan jenama-jenama Malaysia pun aku dah cuba : Madura, Maduria dan pelbagai lagi coke tiruan. Hebat tak aku?!

Kalau korang semua nak tahu, semasa aku di zaman Form Three, aku minum hampir setin Coke setiap hari. Minum-minum dan bila nak sedawa, tutup mulut. Biar kasi gas tu keluar ikut hidung. Pergh2!! Nikmat tul!! *Budak-budak dibawah 12 tahun dilarang mencuba* Kuat jugak aku minum Coke semasa tu sampaikan kena bebel dengan cikgu. Last-last aku pun kurangkan. Semasa aku di Form Five pulak, setiap minggu, sekurang-kurangnya aku akan minum 3 botol kecil 100 Plus Active (yang warna putih tu) sehinggakan satu bilik penuh dengan botol-botol yang aku kumpul. Gila betulkan?! Agak-agak ada lagi addict berbanding aku tak. Tapi, warning untuk semua : Please don’t try this at home, school or whatever sebab tak baik untuk kesihatan. Percaya tak?! Kalau tak percaya, kita sambung baca bawah!! (Nie baru mukadimah nie. Hahaha!!)


keburukan coca cola>Agak-agak Coke boleh ganti pencuci baju tak?!<


keburukan coca cola>On the way ke Newcastle : Mai coke secawan<


Memandangkan Coke merupakan air gas yang paling "keras" dan "urmph!!", maka aku sharing sedikit fact mengenai Coke. Sumber rujukan adalah internet, kengkawan dan lain-lain. Mungkin selepas korang baca nie, korang akan kurang berminat untuk minum coke dan mungkin berhenti terus. Aku belum berhenti lagi tapi on the way sekarang nie. Ahakz!! Inilah fakta mengenai (keburukan) coke :

1. Orang Yahudi tak minum Coke ataupun Pepsi sebab di dalamnya terdapat bahan kimia yang boleh mengakibatkan seseorang mandul. So, diorang produce tapi diorang bagi kaum-kaum lain minum supaya bangsa-bangsa lain tak boleh berkembang.

2. Dulu bising isu di Malaysia pasal seorang pekerja Bangla jatuh ke dalam tangki simpanan Coke. Samada Coke itu dikeluarkan, aku pun tak tahu. Yang penting, kita pun minum. Chup! Coca-Cola!! Pergh!! Perisa bangla siot!!

3. Sekiranya korang memasukkan tulang ke dalam satu cawan yang berisi coke, nescaya tulang tu akan hancur dalam masa dua hari. Kalau letak coke dalam perut?! Kesan hakisan dan karat juga dapat dihilangkan dengan hanya menyapu kesan-kesan itu menggunakan aluminium foil yang telah dicelup dengan coke. Dapat hilangkan pengaratan.


keburukan coca cola>Masa Form Four aku gila-gilakan 100 Plus pulak<


keburukan coca cola
>Mirinda dulu amat famous di Malaysia<


4. Rasa-rasa korang pernah jumpa najis yang susah disental tak? Senang sahaja tekniknya. Ambil satu tin air coke dan jiruskan di atas najis tu. Tunggu sejam dan flush. Aku confirm dan cuci berseri : better than pencuci tandas yang lain.

5. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

6. Selain itu, coke juga digunakan dengan meluas sebagai racun serangga. Kandungan asid dan gula yang kuat juga boleh menghancurkan gigi yang direndam di dalamnya. Dipercayai juga bahawa coke mempunya 18 sudu teh gula. Standard kita minum kopi ataupun teh pun, doctor nasihatkan letak 3 sudu jer kan?!

7. Ini rumors yerk : Ada seorang pernah makan roti canai 10 bijik dan on the spot terus minum coke, kesannya perutnya pecah disebabkan tekanan gas yang terlampau tinggi. Selain itu, kesan bahan kimia yang amat berbahaya boleh member effect kepada organ dalaman sekiranya diminum terus-menerus. Take into consideration!!


keburukan coca cola>Better pergi beli orange dan perah sendiri kan?!<


keburukan coca cola>Pilih yang di sebelah kanan dan bukannya di sebelah kiri<


Aku pun memang dalam usaha untuk stop minum air gas dan belanjakan lebih duit aku dalam membeli minuman seperti jus dan air mineral. Selain itu juga, Coke nie memang 100% kepunyaan pemilik-pemilik yahudi dan menyokong sebarang bentuk tindakan Israel. Aku harap entri kali nie, bolehlah membuka mata semua orang sedikit pasal Coke nie. Bukan untuk korang sahaja, tapi untuk aku jua. Harap semua terima dengan hati terbuka. Cakap tak suka Israel kan?! ^_^


*Dulu memang aku addict Coke : Sekarang tidak lagi : Yahudi Laknatullah!!*
[Saya rindu dengan orang-orang di Malaysia : Mahu bercuti post entri kejap kut]

Monday, May 31, 2010

Eksklusif : Gambar & Video di Sekitar Demonstrasi Terhadap Israel di London!!

Pagi tadi aku dikejutkan dengan mesej daripada Presiden Islamic Society LSE (Talha Ghannam) yang berbunyi "Israel has attacked the ships carrying humanitarian aid to Gaza, killing at least 10 activists and injuring more than 60. EMERGENCY DEMO : 2pm Monday 31st, outside 10 Downing Street (Westminster Station)" Aku pun on the spot terus bukak laptop dan sebarkan berita ini kepada rakan-rakan aku di Twitter dan Facebook. Sekurang-kurangnya aku membuat sedikit contribution terhadap penentangan kepada tindakan kejam Israel terhadap activists.


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Saat aku mula-mula sampai sini<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Semua orang memegang banner masing-masing<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Semuanya diadakan dengan aman dan tanpa kekerasan<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Ada polis yang berkawal ketenteraman<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Media berada di mana-mana sahaja<


Demonstrasi Terhadap Israel di London
>Perlu ker menutup muka?! Banggala wei!!<


Untuk sesiapa yang belum tahu, tentera rejim Zionis telah menyerang kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa 10 ribu tan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Konvoi yang mula berlayar dari Cyprus semalam itu terdiri dari lebih 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah. Setakat jam 3.00 petang tadi waktu London, aku mendapat tahu bahawa hampir 20 orang telah terbunuh. Selain itu, ada dua belas orang Malaysian menyertai gerakan nie. Aku mengambil tindakan pantas dengan menyebarkan semua events, fan page, group dan segala macam jenis cara dalam usaha memberitahu dunia mengenai kekejaman Israel nie. Penuh Facebook dan Twitter dengan muka aku hari ini. -_-"


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Laki dan perempuan semua ada<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Nampak tak apa yang ditulis tu?! Sila baca!!<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Di sekitar demonstrasi di London<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Lagi gambar disekitar kawasan demonstrasi<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Arab-English-Bangla-Melayu : Semua ada!!<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Pelbagai society dan NGO mengambil bahagian<


Aku dengan pantas sembahyang Zuhur tadi dan terus bergerak ke House of Parliament yang mana terletaknya tempat demonstrasi itu di adakan. Aku rasa hampir mencecah ribuan orang dan kebanyakan mereka juga adalah terdiri daripada pihak media. Jeritan "Free Gaza!", "Free Palestine!", "We Want Freedom!" dan "Viva Viva Palestine!!" kedengaran memenjakkan bumi London. Dijangkakan jeritan dan sahutan itu boleh didengari dalam radius 2-3 kilometer. Semasa di sana, aku terjumpa dengan ramai Malaysian. Salah seorangnya adalah pelajar PhD di Reading University. Menurut beliau, sepupu beliau adalah salah seorang yang menyertai konvoi kemanusiaan ke Gaza.


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Tentangan, sahutan dan jeritan terus-menerus<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Cameron dan Clegg diminta bertindak segera<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Eh, itu aku!! Nampak rambut sahaja<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Penat berada di centre : Aku keluar ke bahagian luar<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Ucapan oleh salah seorang pemimpin NGO<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Aku cuba untuk menyeludup ikut belakang pentas<


Selepas itu, pelbagai ahli-ahli politik dan wakil-wakil NGO berucap mengatakan ataupun berkongsi kencaman mereka terhadap tindakan kejam Israel nie. Mereka meminta Kerajaan Gabungan David Cameroon dan juga Nick Clegg melakukan sesuatu untuk membanteras tindakan-tindakan nie. Media-media antarabangsa memenuhi ruang legar House of Parliament sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas. Pelbagai bangsa dan kaum bersatu padu termasuklah warga Yahudi sendiri bersatu padu menyatakan kencaman mereka.


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Gambar dari atas pentas<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Betapa ramainya yang melakukan kecaman<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Bersiap sedia untuk menyediakan banner<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Golongan Yahudi turut mengambil bahagian<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Mereka turut menyuarakan pendapat mereka<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Dapat tak korang baca apa yang ditulis di situ?!<


Demonstrasi Terhadap Israel di London
>Aku mula beransur-ansur untuk mengundur diri<


Dipercayai mereka akan berarak ke Kedutaan Israel untuk menyerahkan referendum. Aku terpaksa bertolak balik awal kerana ada benda yang lebih penting untuk disettlekan. Aku juga ada merakam beberapa gambar dan video dengan menggunakan blackberry aku untuk perkongsian dengan korang semua. Inilah hasilnya ketika demonstrasi menentang kekejaman Israel di Gaza. Oh ya, sekiranya tidak silap aku, besok akan diadakan demonstrasi besar-besaran di Malaysia. Ini aku tidak pasti. InsyAllah korang boleh Google. Sebarkan kisah nie. Bekalkan saudara-saudara kita di dalam konvoi itu dengan segala jenis ibadah dan doa yang mampu kita lakukan. Ya Allah, berikanlah mereka kejayaan!!


>Video Rakaman Satu<


>Video Rakaman Dua<


>Video Rakaman Tiga<



*First time aku menulis entri dengan penuh keseriusan*
[Seribu kemaafan sekiranya entri ini tidak semenarik sebelum nie]
    Related Posts with Thumbnails