My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, June 16, 2010

World Cup 2010 : Teams Aku Support Setiap Masa

Alhamdulilah. Internet di Public Library semalam agak laju berbanding kebiasaannya. Hasilnya aku berjaya untuk melangsaikan dalam 30 pages shoutmix. InsyAllah hari nie aku akan cuba untuk habiskan yang selebihnya. Selain itu, semalam jugak kami sekeluarga pergi makan di A&W dan pada masa yang sama celebrate birthday adik aku yang ketiga tu. Memandangkan aku terlupa nak bawa kamera, maka cubaan untuk tulis entri mengenai birthday dia mungkin tak berhasil. Nanti aku sumbatkan pasal isu tu di mana-mana tempat lain kut. Sorry yerk Haziq!!


pasukan bola sepak liga malaysia>Lagi sekali aku cakap : Makhluk nie seriously comel<


pasukan bola sepak liga malaysia>First time World Cup di South Africa<


pasukan bola sepak liga malaysia
>Antara sebab aku sokong Germany : Sebab Ballack tak main<


Sepanjang aku menyelongkar shoutmix aku semalam kan, ada ramai yang minta untuk aku menulis pasukan yang aku support semasa World Cup 2010 nie. Terus-terang yang aku cakap bahawa aku jenis yang sokong banyak team kalau dalam mana-mana kejohanan tau. So, daripada 32 team yang berada di Afrika Selatan sekarang, inilah teams yang aku support. Cuba teka?! Jawapannya di bawah :

Team Support No. 01 Germany : Aku mula untuk sokong Germany sejak daripada World Cup 2006 di Germany kerana jurulatih diorang yang sporting (Jurgen Klinsmann) dan keeper diorang yang world class (Oliver Khan dan Jens Lehmann). Selain itu, kebanyakan pemain diorang betul-betul mempunyai skill dan bukan hanya bergantung kepada popularity. Contohnya ialah Mesut Ozil, Cacau, Mertasacker, Badstuber, Khedira dan ramai lagi. Serangan yang mantap tapi pada masa yang sama pertahanan yang kental : playing style yang aku minat. ^_^

Team Support No. 02 Holland : Belanda, Holland ataupun Netherlands mula aku support semasa Euro 2008 sebab penyerang utama mereka yakni Robin van Persie adalah penyerang team favourite aku : Arsenal. Seperti mana Germany, Holland juga penuh dengan pemain yang berskill tetapi tidak begitu popular. Serangan mereka memang mantap dengan adanya Sneidjer, Van der Vaart, Afelaay, Kuyt, Babel dan bertimbun lagi. Style diorang yang main flow attacking football memang kena dengan taste aku jugak. Selain itu, legend diorang yakni Dennis Bergkamp merupakan pemain kegemaran aku selama-lamanya. *muehehe*


pasukan bola sepak liga malaysia>Alex Frei : Memang permata Switzerland<


pasukan bola sepak liga malaysia>Belanda : Kalau Bergkamp main lagi mesti gempak<


Team Support No. 03 Team Asia : Setiap kali kejohanan besar, aku memang akan support teams dari Asia. Diorang wakil kita, lebih-lebih lagi memang payah nak tengok Malaysia di World Cup kan?! Aku support juga South dan North Korea dan juga Jepun. Australia tak sokong sebab belum cukup Asia. Ahakz!! Gembira tul aku sebab South Korea dan Jepun memulakan kejohanan dengan cemerlang. Pemain-pemain seperti Hasebe, Honda, Park Ji Sung, Lee Young Pyo dan juga the legend, Ahn Jung Hwan memang antara star bagi benua kita. Kalau aku main game (computer) Football Manager kan, mesti aku akan beli pemain-pemain Asia. Aku harap diorang dapat pergi jauh this time. Second round pun takper dah!!

Team Support No. 04 Team Underdogs : Selain daripada pasukan-pasukan besar, aku juga menyokong beberapa team undergogs. Antaranya ialah Denmark, Mexico dan Switzerland. Aku sokong diorang sebab aku percaya yang diorang mampu untuk membuat kejutan. Aku just support team-team nie bila diorang lawan dengan team yang macam poyo hebat seperti Italy, France dan England. Pemain seperti Vela, Dos Santos, Bendtner, Sorensen, Frei dan Banetta memang ada skill yang hebat. Mungkin lagi hebat daripada pemain-pemain yang popular. Search youtube dan korang akan percayakan aku. Wakakaka!!


pasukan bola sepak liga malaysia>Korea memang tak pernah mengalah : Malaysia?!<


pasukan bola sepak liga malaysia>Mexico : Aku minat sebab perempuan dia hot kut?!<


pasukan bola sepak liga malaysia
>Bendtner dan van Persie : Permata Arsenal<


Jadi, itulah team yang memang aku support sepanjang masa untuk World Cup 2010. Kalau dirangkumkan, untuk edisi kali nie aku sokong Holland, Germany, Japan, South Korea, North Korea, Denmark, Mexico dan Switzerland. Dah suku daripada keseluruhan team. Banyak betul kan tapi inilah team yang aku betul-betul support. Aku minat style dan semangat diorang bermain. Diorang ada skill dan tidak hanya berbekalkan kepada nama sahaja. Sesiapa yang tak setuju, sorry yerk. Nie pilihan aku!! Korang pulak bagaimana?! Sharela wei!! Oh ya, besok aku tulis pasal team yang aku sokong dulu tapi sekarang dah kurang!! Team apakah?! Have a guess?!


*Kalau bercakap pasal bola sepak dengan aku : Memang tak habis-habis*
[Rasa macam nak makan nasi dagang tapi makin hari makin boolat aku nie]

Monday, June 14, 2010

Perempuan dan Bola Sepak

A Girl : Sapa lawan sapa bola tu? Siapa menang?
Aku : Germany lawan Australia. Germany mendahului 2-0.
A Girl : Hebat Germany. Malaysia?
Aku : Malaysia dah menang tadi. 2-1 lawan Portugal.
A Girl : Yerker? Malaysia join gak yerk?!
Aku : Yerla. Tak tahu ker?
A Girl : Tak pun. Hebat jugak Malaysia eh.


perempuan main bola>Semua orang sukakan bola : Samada laki or girl<


Entri ini ditulis ketika half time perlawanan antara Germany dan Australia untuk World Cup 2010. Keputusan separuh masa pertama ialah 2-0 dan aku harap Germany boleh score lagi banyak goal dalam second half nanti. Selain daripada Germany, aku turut menyokong beberapa pasukan lain. Antaranya ialah Holland, Denmark, Sweden, North dan South Korea, Japan dan juga Mexico. Banyak tul pasukan aku support kan?! Harap-harap ada satu team yang akan menang World Cup 2010. Korang pulak macam mana?! *_? Memandangkan hampir semua tengah demam bola dan kebanyakan blog pun bercakap pasal World Cup 2010, aku sendiri pun taknak ketinggalan. Tetapi berbeza dengan blogger-blogger lain yang banyak membuat entri rangkuman match World Cup 2010, aku mahu tulis pasal isu bola yang lain. Asalnya aku nak tulis pasal pasukan-pasukan yang aku support tapi takut ada yang tak sekepala kan. Pastu aku ingat nak cerita tentang pengalaman semasa World Cup dulu-dulu tapi risau bosan pulak. Jadi, aku mengambil keputusan untuk tulis pasal "Perempuan dan Bola Sepak"


perempuan main bola>Penyokong perempuan bola sepak Brazil<


perempuan main bola>Yang nie pulak penyokong Korea : Tutup mata semua<


Semasa di awal entri nie, aku sertakan perbualan antara rakan girl aku dan aku semasa tengah tengok match World Cup 2010. Tergelak jugaklah aku sebab dia percaya dengan dakwaan aku pasal team Malaysia tu. Untuk Malaysia bermain di World Cup, masih terlampau jauh lagi. Adoi! Gelak guling-guling lagi aku nie!! *muehehehe* Kesian dia sebab tak tahu sangat pasal bola sepak. Pada pendapat aku, sukan bola sepak memang sinonim dengan lelaki dan kalau ada girl yang minat ataupun fanatic dengan bola sepak, mungkin agak janggal nampaknya. Tapi ada kemungkinan berlaku kan?! Bila aku tengok World Cup 2010, nampaknya makin ramai penonton dalam kalangan perempuan. Aku harap diorang semua enjoy match dan bukan semata-mata nak tengok pemain-pemain yang hensem jer. Di Malaysia pun, aku percaya ada girl yang sanggup tak tidur malam untuk tengok bola. Lagipun ramai jer blogger girl yang dalam demam World Cup sekarang nie kan? Selain itu, ada juga girl yang suka dan enjoy bermain bola sepak ataupun futsal. Ini memang perkembangan yang bagus dan bola sepak bukan lagi diconsider sebagai sukan untuk lelaki sahaja. ^_^


perempuan main bola>Tahukah korang bola sepak wanita wujud?!<


perempuan main bola>Aku sokong Germany jua : Korang pula bagaimana?!<


Pada pendapat aku kan, bola sepak nie sukan yang universal dan sesiapa saja boleh join tanpa mengira jantina. Samada minat ataupun tidak. Kalau si lelaki boleh minat bola jaring, kenapa si perempuan tak boleh minat bola sepak kan?! Yang penting, minat tu pun minat jugak. Jangan sampai dah terlebih masyuk dan benda-benda lain dipinggirkan. Selain tu, sesiapa yang berjaga malam untuk tengok bola tu, korang boleh sambung buat solat sunat dan qiamulail terus sementara menunggu subuh. Tak ke bagus kalau macam tu?!


*Aku nak tahu: Korang sokong siapa?! Cepat cakap!!*
[Entri ditulis semalam tapi dipublish hari nie di Cyber Cafe]
    Related Posts with Thumbnails