Sewaktu entri nie ditulis, aku baru sahaja langsai menonton kekalahan Jepun di tangan Paraguay menerusi sepakan penalty. Ini bermakna bahawa cabaran Asia di World Cup 2010 sudah pun tamat. Namun, tahniah kepada mereka (terutamanya Korea Selatan dan Jepun) kerana semangat juang yang tinggi dan cara permainan yang boleh diconsider sebagai world class. Kita akan kembali dengan lebih kuat dalam masa empat tahun yang akan datang. So, sekarang bolehlah aku focus kepada dua pasukan utama aku : Germany dan Holland (errk..mungkin Argentina sekali) *muehehehe*
Malam nie aku akan menaiki bas ke Kuala Lumpur dan dijangka sampai awal pagi besok. Aku akan berada di sana dalam dua bulan untuk program internship aku. Selain itu, sebelum aku balik ke rumah nanti, aku akan pergi register Celcom Broadband di Mydin Mall. Kalau sempat jugak, aku plan nak makan kepci jap memandangkan dah hampir setahun tak makan kepci. Eh jap, korang tau tak apakah itu kepci?! Kepci ialah KFC!! *kuikuikui* Oh ya, bila difikirkan balik kan, semasa aku kecil-kecil dulu, mana ada kepci-kepci nie. Best tul budak-budak zaman sekarang kan?! Memang banyak tul perbezaan budak-budak zaman dulu (Generasi Aku yakni di akhir 80-an) dan budak-budak zaman sekarang (Generasi Adik Aku yakni di alaf baru). Antaranya ialah :
Generasi Aku : Kalau masa kecil-kecil dulu, biasanya waktu petang pergi main kejar-kejar ataupun sembunyi-sembunyi. Selain itu, permainan lain ialah wau, buah getah, congkak, lastik burung dan galah panjang. Kalau panjat pokok ataupun mandi sungai tu dikira aktiviti harian.*wakakaka*
Generasi Adik Aku : Kalau aku tengok adik-adik aku, diorang still main kejar-kejar lagi. Tapi kalau bebudak lain, confirm ada console game yang pelbagai. Senaraikan jer : PS One, PS Two, PSP, PS Three, Gameboy, Xbox dan macam-macam lagi : confirm ada. Ada yang siap bawak ke sekolah lagi!!
Generasi Aku : Aku biasanya akan bawak seringgit sahaja ke sekolah masa sekolah rendah. Dengan seringgit tu, aku boleh makan dengan kenyang dan siap boleh simpan dalam tabung buluh lagi. Tak perlu bawak bekal ke sekolah pun takpa. Ahakz!!
Generasi Adik Aku : Kalau bawak seringgit, confirm takleh nak simpan. Nak tak nak kena bawak dua ringgit ke sekolah setiap hari. Kalau bawak bekal, bolehlah untuk bawa duit belanja seringgit. Tu pun belum tentu cukup lagi nak belanja untuk benda lain.
Generasi Aku : Yuran sekolah hanya perlu dibayar sekali sahaja yakni ketika pendaftaran. Semuanya settle pada waktu tu. And then, kes murid-murid kena rotan tu perkara biasa sahaja. Tak perlu bangkit-bangkit!!
Generasi Adik Aku : Sepanjang tahun pembelajaran, mesti akan ada pelbagai yuran yang berbangkit. Kadang-kadang ada yuran yang cam tak perlu pun tak mengapa. Selain itu, kalau murid-murid kena rotan : confirm masuk akhbar kebesokan harinya. Adoi~~
Generasi Aku : Apakah itu handphone, internet dan juga gadget?! Aku mula menggunakan computer pada usia 11 tahun, mula gunakan internet pada umur 13 tahun dan mula gunakan handphone pada umur 16 tahun. Lambat tul berkembang aku nie!!
Generasi Adik Aku : Lahir-lahir sahaja terus nampak gadget yang pelbagai. Baru umur bawah sepuluh tahun tetapi dah pandai guna computer, internet dan juga handphone. Kadang-kadang handphone yang ada tu lagi advance berbanding yang parents punya. Ngeh3!!
Generasi Aku : Pengangkutan rasmi adalah basikal
Generasi Adik Aku : Pengangkutan rasmi adalah motorsikal.
Jadi, itulah serba sedikit perbezaan antara dua generasi yang berbeza. Aku percaya ada banyak lagi perbezaan antara zaman sekarang dan zaman akhir 80-an dulu tapi kalau tulis panjang-panjang, takut ada yang tak baca lak nanti kan. Ahakz!! Oh ya, ini adalah ditulis secara umum. Mungkin ada yang dapat diaplikasikan kepada diri korang dan mungkin tidak. Papepon, kita menuju ke zaman yang lebih maju : cuma kena pastikan akidah tak tertinggal sekali. Kalau korang ada perbezaan antara dua generasi yang lain, mungkin bolehlah sharekan kut!! ^_^
*Entri baru lambat sikit : Tunggu aku settle down di KL dulu yerk*
[Masih belum mengemas lagi walaupun bas pukul 10 malam nie : Anyone?!]









