Nampaknya World Cup 2010 menjadi semakin rancak sekarang setelah beberapa pasukan pilihan telah pun tersingkir seawal peringkat kumpulan dan juga pusingan kedua. Jadi, aku pun rasa tertarik untuk menulis entri kedua aku yang berkisarkan World Cup 2010 : selepas entri pasukan yang aku sokong sebelum nie. Rasa lega jugaklah memandangkan dua pasukan utama yang aku sokong (Germany dan Belanda) masih belum tersingkir. Oh ya, entri nie adalah untuk berkongsi komen aku mengenai prestasi pasukan-pasukan top yang telah tersingkir tau!! ^_^
Berdasarkan kepada ranking terbaru FIFA, 10 pasukan terbaik di dunia telah berdepan dengan nasib yang berbeza. Ranking sepuluh pasukan terbaik mengikut urutan 1-10 adalah seperti berikut : Brazil, Spain, Portugal, Belanda, Italy, Germany, Argentina, England, Perancis dan Croatia. Daripada sepuluh pasukan tersebut, Croatia gagal untuk melayakkan diri ke World Cup 2010. Setakat entri nie ditulis, England, Italy dan juga Perancis telah pun tersingkir dan ini yang akan aku kongsi pendapat aku. Jom layan bawah :
Pasukan : England (Ranking FIFA : 8)
Prestasi : England telah berjaya layak ke pusingan kedua selepas menjadi naib juara di peringkat kumpulan. Bagaimanapun, mereka tewas di tangan Germany dengan keputusan 4-1. Sedar ataupun tidak, mereka hanya menjaringkan tiga goal yakni menerusi Gerrard (1-1 vs USA), Defoe (1-0 vs Slovenia) dan Upson (4-1 vs Germany)
Komen Aku : England terlalu bergantung kepada prestasi semasa Wayne Rooney yang ternyata agak merudum ketika di World Cup 2010 dan gagal menjaringkan sebarang goal. Tanpa penyerang kedua yang berkelas dunia, serangan England agak tumpul. Aku sebenarnya peminat setia England semasa World Cup 2002 tetapi sejak aku belajar di sana, aku sedar yang England tak sekuat yang diperkatakan. Kegagalan Capello untuk membawa Walcott, terlalu bergantung harap kepada beberapa pemain utama dan juga beberapa sebab lain menjadi punca kegagalan England di World Cup 2010. Seriously, England masih jauh dibelakang : berdasarkan pemerhatian aku setahun berada di England!!
Pasukan : Italy (Ranking FIFA : 5)
Prestasi : Italy telah pun tersingkir sejak di peringkat kumpulan. Lebih memalukan ialah Juara World Cup 2006 ini berada di tempat tercorot dengan hanya satu mata : di belakang pasukan New Zealand yang sukan utamanya bukan bola sepak. Mereka bolos lima goal : satu kegagalan untuk pasukan yang mengutamakan pertahanan.
Komen Aku : Aku tak tahu kenapa Marcello Lippi taknak membawa penyerang yang lebih berkualiti seperti Rossi, Marco Borriello dan juga Cassano. Pilihan pemain yang dilakukan oleh Lippi telah pun menjadi satu kontroversi sebelum World Cup 2010 bermula lagi. Beliau memilih pemain-pemain yang agak veteran seperti Cannavero dan Gatusso dan kapten Italy itu tidak lagi sehebat World Cup 2006. Selain itu, Buffon yang cedera mungkin mejejaskan prestasi Italy : namun Morgan de Santis adalah antara penjaga goal terbaik di Italy. Kelemahan utama pasukan Italy untuk tahun nie ialah pertahanan dan serangan. Pemain yang lebih muda dan berkualiti juga wajar diketengahkan!!
Pasukan : Perancis (Ranking FIFA : 9)
Prestasi : Sebagaimana Italy, finalis World Cup 2006 ini turut berada di tempat tercorot di peringkat kumpulan dan hanya mendapat satu mata. Walaupun dibarisi penyerang berkelas dunia, mereka hanya mampu menjaringkan satu goal yakni menerusi Malouda ketika tewas 2-1 menentang Afrika Selatan. Masalah dalaman turut menambah luka Perancis.
Komen Aku : Walaupun Perancis mempunyai ramai pemain Arsenal tetapi aku tak pernah sokong Perancis dalam mana-mana perlawanan ataupun kejohanan. Kegagalan Perancis di dalam World Cup 2010 berpunca daripada pelbagai sebab : kegagalan Domenech yang tidak membawa bersama Karim Benzema dan Samir Nasri (dua pemain terbaik Perancis) ke Afrika Selatan, strategi pasukan yang berterabur dan tidak berdisiplin dan juga masalah dalaman. Kelemahan Evra sebagai kapten, pemboikotan training oleh para pemain dan juga penyingkiran Anelka menyentap lagi semangat pemain Perancis. Seriously : aku nampak diorang macam tak bersemangat untuk bermain. Itu pendapat aku jer yerk. *muehehehe*
Pergh!! Memang panjang lebar entri aku kali nie : padahal aku baru mengomen pasal tiga pasukan dan belum lagi pasukan-pasukan lain. Aku memang banyak membaca artikel-artikel bola sepak dan mempunyai banyak idea mengenainya. Kalau korang seperti aku (yakni fanatik bola sepak), korang akan rasa entri nie memang menarik. Namun, sekiranya korang agak kurang fanatik : mungkin ada yang tak faham dengan apa yang aku tulis. Papepon, ini hanya pendapat aku. Kalau korang ada pendapat lain, silalah untuk berkongsi dengan aku yerk. Aku memang suka borak pasal bola sepak. Ngeh3!!
*Alang-alang aku check Ranking FIFA semalam : Malaysia di tangga 149*
[Mungkin akan memberi analisis dan pendapat untuk semua pasukan : Siapa mahu?!]







19 comments:
yeyyyy.. sy sokong argentina haha..
yeay, saya tak faham apa pun. hik3
wah sokong Germany ke???? apa2 pun teruskan menyokong tau..heheheh
uhh.. penyebab kekalahan england.. tp england pn satu hal..aish
mmg kekalahan england adalah terlalu mgharapkan si rony yg kononya gah kat eropah.. lpas ni harga mesti jatuh merundum.. sian plak tgk muke beckam yg toye tu..
wat perancis, of coz ksalahan utama x bwk player yg sepatutnya dan konflik antara player n jurulateh..ala besa la tu..ego memasing
italy plak.. takde ape nk komeng..x minat pon
okay dik..akak skore brazil n german pg final..hope so
nape pompuan jer yg sokong argentina ni? erk!
perancis bg ak mmg x layak la, england maen style lama dan permain sume da veteran byk..huhu
then..italy kuat, cme nasib xde. dan skang ney, argentina nmpak cm bgus je.
tak perlu cerita italy dan france. hancur betul tahun ni~ iskkk!! dah tua dengan coach macam hape. hehe :)
bola lagi?tak minat bola camne?hehhehe...
mana shoutbox?aku tak jumpa pun...huhu
saya nak sokong yang mana menang, boleh x? ;p
ade pendapat mengatakan negara yg menentang islam ramai kluar awal macam amerika,england..
bab perancis pon hampir sama sebab domenech sisih pemain2 islam macam benzema,nasri,lassana diarra..anelka die hantar balik..
jerman ade pemain bola islam yg hebat..mesut oezil..
kekalahan englad yg memalukan...ngaa~~~
go go go germany!!! heee~
italy ngan england mmg nasib x baik la tahun nih..
huhu~
Pemerhatian yg baik bro!aku sgt setuju pasal France tuu!!siyes nyamoah giler ngn manager dorg..sian france kalah awal
Latest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?
go spain go.kalahkan german+belanda.haha.
kalau malaysia kat tangga 149,sape kat tangga 150?
spain la...skrg misi utama nak baham paraguay...pas 2 baru fikir lain..
Jom baca entri terbaru disini..
http://tengku-boyz.blogspot.com/2011/12/contest.html
tahukah,,mykad kita boleh buat wang??jom tengok cara dia,,mai sini nak ajar,,=)
Post a Comment