My Followers Who Follow My Blog

Monday, June 28, 2010

Sharing Quotes Untuk Direnungi

Memang gempak tul Germany semalam. Tak sia-sia aku support. Puas tul hati aku semalam. Wakakaka!! *tukar topik* Oh ya, aku semakin hari semakin dekat untuk mendapatkan modem dan broadband aku sendiri : hanya menunggu stock modem baru untuk sampai jer sekarang. Kalau belum sampai gak by aku ke Kuala Lumpur rabu nie, mungkin aku akan dapatkannya di Kuala Lumpur kut. Kalau takda gak, maka akan sunyilah aku dan blog nie untuk dua bulan yang akan datang. Confirm korang akan rindukan aku kan?! Or tak rindu?! Papepon, aku pasti akan mencuba yang terbaik!! ^_^


kata-kata ayat manis>Quotes to remember : Adakah korang ingat quotes aku share nie?!<


Untuk hari nie, aku nak share dengan korang semua tiga quotes yang aku terfikir ataupun yang biasa aku jadikan status di Facebook ataupun Twitter. Selain itu, aku juga akan sertakan sekali kenapa aku boleh terfikir mengenainya.Kalau ada grammar errors, ignorekan yerk. Ahakz!! Papepon, jom layan :

Quote Satu : The Best Decision is The Decision Made On That Moment.
Penerangan : Aku percaya yang kita semua selalu merenung kembali keputusan-keputusan yang pernah dibuat dahulu dan kadang kala menyesal dengan keputusan tersebut. Pada pendapat aku, walaupun pilihan-pilihan lain yang ada pada ketika itu mungkin memberikan lebih banyak kebaikan, namun, keputusan yang dibuat mungkin adalah yang terbaik berdasarkan kepada situasi dan juga keadaan sekeliling pada ketika itu. So, janganlah menyesal dengan sebarang keputusan yang dibuat tapi cuba untuk lihat from the good side of it. (^_^)/


kata-kata ayat manis>Keputusan yang pernah kita buat semuanya terbaik<


kata-kata ayat manis>Effort : Mungkin akan dikenang tapi generasi akan datang tak tahu<


Quote Dua : In coming years, nobody will look on the effort. Just the winners gonna be part of the histories.
Penerangan : Quote nie aku terfikir semasa aku tengok match-match World Cup 2010. Walaupun sesebuah pasukan memberi usaha yang 120% dan bermain dengan permainan yang amat menarik : namun, hanya pemenang yang akan menjadi sebahagian daripada sejarah. Orang akan bercakap mengenai effort dalam satu atau dua tahun sahaja dan kemudiannya : hanya pemenang yang akan dikenang. Mungkin agak tidak adil tetapi itulah dunia yang sebenar. Mungkin ada yang tidak bersetuju tapi aku rasa majoritinya adalah sebegitu. Sorry kalau tak setuju yerk!! TT__TT

Quote Tiga : Memang masyarakat kita : Pelbagai komen dengan hanya satu pandangan.
Penerangan : Untuk quote yang nie, aku rasa tak perlu untuk komen panjang-panjang kut sebab korang sendiri pun sedar dengan “masalah utama” masyarakat kita nie. Kalau aku keluar ke bandar ataupun pergi ke kenduri, aku selalu tengok sekumpulan orang yang duduk bersama dan sibuk mengusha orang lain. Selepas itu, pelbagai pendapat akan dikemukakan. Kalau nampak orang tu kurang kemas : komennya ialah penganggur yang menyusahkan mak bapak. Kalau nampak orang tu berbini muda : komennya ialah guna sihir or bomoh. Ada pelbagai lagilah komen-komen lain yang aku yakin korang pun tahu kan?! Harap-harap tiada lagilah sikap macam nie di masa akan datang. InsyAllah : beringat-ingat sesama kita.


kata-kata ayat manis>Hanya pemenang yang akan menjadi sebahagian daripada sejarah<


kata-kata ayat manis>Orang kita memang selalu ada banyak feedback<


Jadi, itulah tiga quotes yang aku terfikir dan dah lama ingin aku share dengan korang semua. Aku memang selalu terfikir quotes yang menarik bila aku membaca ataupun melihat suasana di dalam masyarakat kita. Kalau ada quotes menarik lain yang aku terfikir, aku akan kumpul banyak-banyak dan akan aku share dengan korang semua lagi. Aku tak tahulah samada korang fikir nie quotes yang menarik ataupun tidak : tapi silalah nyatakan pendapat dan komen ikhlas korang yerk. *kuikuikui*


*Besok aku mahu menulis mengenai World Cup 2010 : Sorry England!!*
[Hari rabu nie aku akan turun ke Kuala Lumpur : Anyone nak jumpa?!]

22 comments:

HaiDa HiDa said...

mmg menariklah quotes ni semua..

yg pertama tu betul gak, kekadang akak sndiri ada terfikir balik tntg keputusan2 yg dah lepas, rasa mcm rugi dan nyesal jer.. tpi bnda tu semua ada hikmahnya kan.. semuanya adalah yg terbaik dari diri kita..

yg kedua plak.. biasa la jika sang juara yg hanya di kenang.. tapi jgn di lupa jika sang juara itu buat kesilapan, teruk di kutuknya.. hehehe..

yg ketiga.. ada sorang nurse pernanh cakap kat akak.. ciri2 orang yg mcm tu adalah orang yg psiko.. ianya juga adalah satu tanda2 mental kecil.. huhuhu.. tpi betullah mmg takleh lari dari sikap mcm tu..

Ain Zulaikha said...

errr.. nak komen ape eh? wahhh saya takde quotes sendiri.. T__T"

Unknown said...

sgt menarik long...tQ for sharing~kamu dpt ni kat malaysia ke kat sana?wahahaha
Latest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya?Bagaimana mahu menyatakan sayang yg sebenarnya?

Anonymous said...

setuju sangat dgn semua quotes di atas. esp yg last one.
tak phaam dengan pemikiran masyarakat skang!

a'ai

anatayuni said...

hmmm....nice sharing....;)Suka yang pertama The Best Decision is The Decision Made On That Moment...

tapi sy ada satu quote yg sy suka dlm hidup..
THE FUTURE BELONG TO THOSE WHO BELIEVE THE BEAUTY OF THEIR DREAM..;)
tu je...hehhe.

Zinedine Zaiddin said...

Ayat last sekali tu best...siap promote lagi tu, sape nak jumpa dengan dia..haha

Alif Irfan said...

ada maksud tersurat dan tersirat dlm quotes tu,mana ada boring,satu cara cara utk memotivasikan diri....akhir kata winner never quit,quitter never win

En iLHAM said...

setuju dengan semua quote tu
memang up to date sangat dengan keadaan sekarang ni

Mellyana Sara said...

quote 1 : urm.setuju sgt~ kadang2 kita nyesal atas apa keputusa kita buat pada masa lalu.tapi bila dikenangkan...itu utk kebaikan kita pada masa tue..dan buka skunk... :) so....rasanya...elok2 pk masak2 sampai rentung sblm buat keputusan.

quote 2 : situasi nie sama la macam lembu punya susu sapi dapat nama.hee! bukan semua mampu untuk dikenang.yang terbaik dalam yang terbaik sahaja yang akan naik.cam football player tue la. :)

quote 3 : ini amatlah setuju.orang kita suka menilai seseorang hanya dari sudut pandangan pertama.macam2 la pdgangn yang keluar.

=)

simple n3 tapi nice! gud job!

Ieeko. said...

Brazil :DDDD

ZF said...

setuju2.. ;))
turun KL.. dtg la Puchong terus.. :)

OrenLimau said...

ehehe..

live well,live hell,
u choose....~Hlovate.
sgt suka semua quote dr beliau.

nice =)

Teh Ais Gula Madu said...

i like quotes!!

Sheherazade said...

sgt setuju dgn ini -Quote Dua : In coming years, nobody will look on the effort. Just the winners gonna be part of the histories.

kalah memang xbest :(

Dyla Dahlan said...

hurm..knl syamil izmi x?kt london gak, amek math..

AishaAminudin said...

btui2.. yg no 2 tu

Anonymous said...

lepas ni tak payah pikir byk kali la? hehe

farysa said...

i like the quotes!

~moCha@yuMiko~ said...

semua sya setuju!=)

Norshahadah Rusli said...

wahhh complete nyer...hmm no komen..
heheheh

fasham said...

interesting quotes la mr.long..hoho

ibunoor said...

Salam Long,

Alhamdulillah...antara quotes yang akak pegang zaman sekolah dulu "Ambition without knowledge is just like a boat on a dry land". Alhamdulillah...berbaloi dan menginsafkan.

Cita-cita kalau setinggi mana pun kalau tanpa ilmu tak berguna juga...

Kita berkongsi wallahua'lam...

    Related Posts with Thumbnails