My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Saturday, June 26, 2010

Komen Aku : Wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan?!

UPSR dan PMR adalah antara peperiksaan awam utama di Malaysia. Aku percaya yang ramai antara rakan pembaca adalah pelajar lepasan UPSR ataupun PMR. Oh ya, baru-baru nie gempar dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan UPSR dan juga PMR daripada sistem pendidikan negara. Cadangan pemansuhan nie telah mendapat pelbagai feedback daripada pelbagai pihak : pro dan juga kontra. Sebenarnyakan, aku pun ada pendapat aku sendiri jugak. Diterima tak agak-agak?! Ngeh3!!


pemansuhan upsr dan pmr>Perbanyakkan soalan aplikasi pembelajaran dalam UPSR dan PMR<


pemansuhan upsr dan pmr>Mungkin kita diajar yang A lagi penting daripada ilmu yang diajar<


Selain daripada pendapat mengenai pemansuhan exams nie, cadangan-cadangan lain seperti pengenalan exam khas untuk kemasukan ke asrama dan beberapa lagi turut dibangkitkan. Ada antara rakan pembaca yang bertanyakan pendapat aku sebelum nie : wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan?! Jadi, aku pun menulis entri nie untuk menjawab persoalan tersebut. Sekiranya ada yang kurang bersetuju ataupun mempunyai pendapat lain, bolehlah dinyatakan di bahagian komen dan akan aku balas dalam masa terdekat. Perbincangan yang sihat! ^_^

Pada pendapat aku, UPSR dan PMR tidak wajar dimansuhkan. Sebagaimana yang kita semua tahu, kebanyakan urusan akademik adalah berdasarkan kepada keputusan UPSR dan juga PMR. Kemasukan ke asrama, pemilihan course di university, pemilihan aliran di tingkatan empat dan banyak lagi melibatkan result UPSR dan PMR. Selain itu, bagi mereka yang tak mampu untuk belajar tinggi-tinggi, sijil PMR mungkin diperlukan untuk apply kerja. Banyak gunanya UPSR dan PMR nie dalam menentukan hala tuju para pelajar. Agak-agakkan, korang setuju tak dengan statement aku yang last tu?! *kuikuikui*


pemansuhan upsr dan pmr>Siapakah kita?! Hafalan ataupun praktikaliti?!<


pemansuhan upsr dan pmr>Kalau buat past years, B dah dalam tangan : Study past years jerla<


Aku setuju bila dikatakan bahawa exams UPSR dan PMR mengakibatkan para pelajar lebih mengejar bilangan A yakni menghafal berbanding memahami apa yang dipelajari. Jadi, cara untuk atasi problem nie ialah dengan menaikkan taraf soalan-soalan peperiksaan tersebut. Lebih banyak soalan-soalan yang bertemakan aplikasi kepada pembelajaran wajar ditanya berbanding dengan soalan-soalan yang cedok 100% daripada buku teks. Aku ingat lagi, kalau zaman PMR dulu, jawapan untuk exams Agama Islam boleh digunakan beberapa kali untuk soalan yang berlainan. Jawapan seperti "Mendapat keredehaan Allah" dan "Agar hidup lebih tenteram dan aman" wajib muncul dalam skema jawapan. Aku percaya korang pun sama kan?! Jangan wat-wat tak tahu lak. *muehehehe*

Sekiranya dibandingkan dengan system pendidikan United Kingdom, kebanyakan soalan-soalan yang ditanya di sana adalah berlandaskan kepada kefahaman pelajar dengan apa yang dipelajari. Kalau pelajar tak faham betul-betul dengan apa yang diajar, confirm lingkuplah. Kalau di Malaysia pulak, pelajar-pelajar dah siap boleh agak topic per yang akan keluar exams nanti. So, diorang pun study topik-topik tertentu sahaja. Aku pernah menduduki peperiksaan English O Level UK dan memang taraf soalan agak jauh lebih tinggi berbanding SPM di Malaysia. Oh ya, O Level UK adalah sama seperti SPM Malaysia yakni exams yang diambil di tahun akhir sekolah menengah. Paham semua?! Baguih!!


pemansuhan upsr dan pmr>Semua orang mengejar A : Bezanya cara untuk mengejar<

pemansuhan upsr dan pmr
>Kalau di UK : Pembelajaran lebih melibatkan aplikasi<


So, itulah serba sedikit pendapat aku mengenai wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan ataupun tidak. Aku tahu yang pembaca-pembaca blog aku nie terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang bekerja sebagai cikgu, ada yang dari bidang professional dan ada yang masih lagi belajar. Aku yakin yang setiap daripada korang ada pendapat masing-masing yang berlandaskan sebab-sebab tersendiri yang munasabah. Tapi pada masa yang sama, aku juga percaya bahawa kita semua (YERP!! Semua orang termasuk ANDA!!) inginkan system pendidikan yang lebih baik pada masa yang akan datang. Walau apapun keputusan di akhirnya, itulah yang kita mahukan. InsyAllah. Harap mampu direalisasikan!! (^_^)/


*Besok cuti umum di Terengganu : Maknanya tiada entri baru besok yerk*
[Masalah kewangan yang dihadapi : Aku sekarang membudget duit]

26 comments:

tiha said...

wah begitu terperinci Mr'Long kita bagi pendpt but actually x ptt la diorg lupuskan UPSR dan PMR kan..^^,

nairaariaa said...

sy mmg tak stuju pmr n upsr dimansuh kan...tu peperiksaan penting...kal tak dedahkan pelajar sekolah rendah dgn exam nie,cam tak da makne sgt pengajaran...stakat ujian....cam biase bt je...huu2...lgpom,da cm tradisi da...

tak stuju...hee

FarHa said...

salam..

personally sy setuju je sbb sbg teacher to be, memang agak bisab dgn sistem yang ada, tak salah kalo phk kerajaan memansuhkan UPSR dan PMR sabb masih byk kaedah yg boleh digunakan..

cth: dak2 from4 sentiasa rilex sbb spm lambat lagi katanya. jika benar dimansuhkan, sistem pemarkahan boleh dilaku seprtimana kaedah U jalankan, thats menas all student kena bersedia..

hehe tu pendpt sy la..per2 pon tahniah idea yg bernas long *thumbs up!

Anonymous said...

emmm...payah gak..mansuh untuk kemajuan,kekalkan untuk...?exam tu bgus p pelaksanaan dan kesesuain dan x brapa ngam ngan otak budak2 la nih..mesti ada mekanisma baru yg lbh komptetif dan bijak with skill baik gak..amba dok exam nih dul pun bleh agak pa yg kuar...bak kt blogger nh..jwpan siap bleh ulang tayng hehehe..bukan 1 paper jer...kdg2...answer 4 bm blh letak kat pen.islam...do something untuk anak2 muda akan datang...kt slu menidakkan yg datng dr barat hanya kerana kelaziman budaya..tp x suma budayya mereka salah...tepulang mcmna kt adunkan semula..hehehheh...bleh pakai x...

Alif Irfan said...

salam..
bagi saya memang x patut dimansuhkan
sbb utama saya seperti long cakap mungkin ada org berkelilusan stakat upsr atau pmr.jika dimansuhkan mungkin menyusahkan mereka dan membebankan.mungkin juga idea ni drpd cikgu mungkin.dah la gaji dah besar,keja plak nak snang...itu pendapat saya.

Ila said...

tak patut mansuhkan sbb kita nk mengukur kebijaksanaan para pelajar.
dari upsr la bole nilai budak tu mcm mana.
btw, entry yg menarik.

Izan Ishak said...

salam long...

saya rasa agak susah jugak kalau upsr n pmr nak dimansuhkan. sbb banyak perkara kena diambilkira. kesian pula pada anak2 saya nanti~ nak tahu juga atas penilaian apa yg digunakan utk mengukur ilmu yg diajar di sekolah.

tp betul juga, utk org yg kurang mampu atau kurang bijak...pmr boleh digunakan utk mencari kerja kelak.

muara said...

salam!
Kerajaan kena berikan 10 sebab kenapa nak mansuhkan upsr pmr! Kalau tak dapat bagi sepuluh sebab jangan nak mansuh!
itulah kerajaan Malaysia?! rakyat digilababikan dengan dasar yang tak konsisten! srp, spm , upsr,pmr. Sekarang rakyat kena bangkit dan perjuangkan nasib sendiri! Dah tak boleh biarkan pemmimpin yang gila duit membuat dasar pelajaran.
Rakya kena faham setiap dasra yang nak diubah mesti ada kajian yang menyeluruh! Bukan perbincangan dikedai kopi, lasti sekali jadilah masam pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris! yang ini pun tak selesai lagi! Dah nak tamabah masalah baru! Rakyat pening gila babi

Anonymous said...

I like your blog !!Thank you. They are really great .
do not miss my goods , they are very beautiful !!
Fashion watches
Discount watches
Antique pocket watches
Engraved pocket watches
pocket watch
Keychain Watches

deqnamalu said...

mesti ade pros n cons die.
kalo nak mansuhkan exam tu pastikan ade back up plan.

bukan mansuhkan n doing nothing.

actually,skrg ni kerja akan lebihkan org yg boleh aplikasikan ape yg dorg blaja.

kalo A's tu dah beribu2 org boleh dapat.

just my humble opinion..

ain fathihah said...

nota 1 : apa kaitan cuti umum dgn takda entri baru? hehe..

nota 2 : jangan mansuhkan UPSR n PMR..kalau nk elakkan pelajar Malaysia terlalu berorientasikan hafalan utk peperiksaan, ubahkan soalan lebih pada soalan2 aplikasi, macam yg awak cakap ni...

ain fathihah said...

nota 1 : apa kaitan cuti umum dgn takda entri baru? hehe..

nota 2 : jangan mansuhkan UPSR n PMR..kalau nk elakkan pelajar Malaysia terlalu berorientasikan hafalan utk peperiksaan, ubahkan soalan lebih pada soalan2 aplikasi, macam yg awak cakap ni...

Aida Effarina said...

no comment laa. sy dh lepas UPSR & PMR tu n alhamdulillah, result pun okay. hehee :D

e m y said...

tak patot kot mansuhkan upsr n pmr..mcm mane kite nak taw thp IQ seseorg without those exams..

Peri PiA said...

yup,that's the word...naik tarafkan

tehr said...

setuju upsr dihapuskan tapi pmr dikekalkan

♥CIK SHA♥ said...

setuju sebab sependapat dengan anda..

ni entri saya yang membincangkan soal ni..

http://riesha-ariesha.blogspot.com/2010/06/penting-sangat-ke-exam-bila-belajar.html

noor afzan said...

saya ada buat entry pasal isu ni..
sila la rujuk komen saya di sana yea

ENTRY PASAL ISU UPSR/PMR MANSUH

[z@ck] said...

tak wajar dimansuhkan.

puteri farah said...

saya juga tidak bersetuju dengan pemansuhan UPSR dan PMR, SPM. mana mungkin benda ni bg impak yang positive. ish. tak setuju lah. UPSR membantu tuk melangkah ke sekolah menengah, PMR tuk pilih aliran utk SPM. SPM lak arah tuju pelajar ke alam universiti. huhu. setuju sangatlah ngan pandangan long nihh. :)

Anonymous said...

tak setuju UPSR dimansuhkan:
1. tidak dapat menilai tahap pelajar peringkat sekolah rendah.

2. memberi pengalaman kepada pelajar sekolah rendah untuk menghadapi exam penting (exam peringkat awal).

3. pusat tuisyen boleh tutup beb....ekonomi negara tidak boleh dijana.

4. Pelajar sekolah rendah akan leka, tidak adventure,

Anonymous said...

tak setuju UPSR dimansuhkan:
1. tidak dapat menilai tahap pelajar peringkat sekolah rendah.

2. memberi pengalaman kepada pelajar sekolah rendah untuk menghadapi exam penting (exam peringkat awal).

3. pusat tuisyen boleh tutup beb....ekonomi negara tidak boleh dijana.

4. Pelajar sekolah rendah akan leka, tidak adventure,

ibunoor said...

Salam Long,

Jika digantikan pemansuhan ini dengan system CGPA setiap tahun mengikut sekolah akak amat setuju. Yang akak nampak pula...UPSR dan PMR memang banyak kelemahannya.

Tapi takpe...masih di peringkat awal lagi. Kita tunggu dan lihat. Sebolehnya kita berikan input yang baik.

biianczahun said...

mybe pelajaran skola rendah akn dinaik taraf kowt~

Faeza said...

hyee .well, i agree i agree wth ths pndpt .erm, im 14 .in my cls, ALL of us didnt agree if UPSR n PMR especialy dmnsuhkn .for the main reason, student will be LAZY n all teachers will teaching smbil LEWA cuz, pkir lma lg SPM .sdh laa, cls kmi ni cls aliran Arab, so, akn mmbebankn kmi sdikit .so, we're begging to the goverment, please think twicely n pkirkn ttg student2x yg akn d bebankan .kmi TIDAK SETUJU IF UPSR & PMR DIMANSUHKAN !!

raihan haron said...

bismillah.
salam..

rasenyer elok d'mansuhkn sbb pljr2 yg lemah spt x pndai m'bace atau lmbt bljr sesuatu blh d'ajr dngn lbh teliti. x la ckgu2 t'kejar-kejar nk habiskn silibus sbb nk kjr pekse. n pljr2 pun t'abai. lg pun p'setuuan ini d'bncgkn dngn presiden australia. kan?yeke? klau slh sorry. walau apapun sesuatu p'kare tu de buruk n baiknya. yg beze cume baik yg bnyk atau buruk yg bnyk. this is just my opinion. klau x stuju.. x per.. hihi.. ;)

    Related Posts with Thumbnails