My Followers Who Follow My Blog

Saturday, September 18, 2010

6 Jenis Handphone Yang Pernah Aku Guna

Aku percaya korang semua mesti pernah menggunakan handphone kan?! Kalau tak pernah guna, aku memang terdiam seribu bahasalah. Zaman sekarang nie, budak sekolah rendah pun dah ada handphone canggih tahap 3G tau : berbeza dengan zaman aku kecil-kecil dahulu. Aku mula mengenal handphone semasa aku di Form Three dan sekarang boleh dikira expert jugaklah bab nie. Sejak daripada zaman tu sampai sekarang, dah banyak kali aku bertukar phone. Antara phone yang aku pernah guna ialah :

review handphone
>Hasil kerja pertama aku dalam bidang Adobe : tak cantik!!<


Phone No.01 : Samsung Lipat (errr..model tak ingat) – February 2005
Komen serba sedikit : Ini merupakan handphone pertama yang aku miliki dalam hidup aku dan ia dibeli semasa aku baru nak masuk Form Four. Masa tu memang aku tak tahu langsung tentang brand dan function yang berkaitan : aku just target handhpone lipat jer sebab nampak macho sedikit. Last sekali handphone nie rosak skrin selepas 9 bulan aku guna. Cepat tul rosak!! TT__TT

Phone No.02 : Nokia 2300 – February 2006
Komen serba sedikit : Nokia 2300 merupakan handphone Nokia cikai yang boleh digunakan untuk mendengar radio, mesej dan call : SAHAJA. Selepas Samsung lipat aku rosak, aku pun nak hantar kedai baiki dan mendapati kosnya ialah RM200++ So, better aku angkut Nokia 2300 nie daripada baiki Samsung tu. Handphone nie masih tahan lasak selepas pelbagai dugaan bersama. Ahakz!!



review handphone
>Aku pernah guna handphone Samsung zaman muda-muda dulu<


Phone No.03 : Sony Ericsson K750i – January 2007
Komen serba sedikit : Aku menggunakan Nokia 2300 selepas zaman Samsung lipat sehinggalah awal tahun 2007. Aku kumpul duit dan aku gunakan duit tu untuk membeli SE K750i nie. Namun, SE K750i hanya bersama aku selama 3 bulan selepas ia dicuri di masjid semasa hari result SPM aku keluar. Selepas kena bebel dengan mak aku, aku kembali menggunakan Nokia 2300 di atas. Rugi duit aku jer!!

Phone No.04 : Sony Ericsson K610i – July 2007
Komen serba sedikit : Oleh kerana aku berpuas hati dengan handphone Sony Ericsson, maka sebelum aku menjalani program A Level, aku angkut sebiji lagi SE K610i. Kali nie aku beli handphone nie dengan menggunakan duit kejayaan SPM. Sehingga sekarang handphone nie masih up to standard dan dijadikan handphone back-up aku di UK : in case kalau handphone utama aku rosak jer. *muehehehe*



review handphone>Memang handphone nokia jugak yang paling tahan lasak<


review handphone
>Handphone Sony Ericsson nie la yang masih bersama aku sekarang<


Phone No.05 : Sony Ericsson K770i – August 2009
Komen serba sedikit : Sebelum aku ke London, aku plan untuk berjimat sakan di sana. Jadi, aku belilah handphone baru semata-mata untuk aku gunakan di London. Tapi aku on nombor Celcom aku menggunakan handphonne nie sepanjang aku di overseas. Handphone masih lagi bermutu tinggi dan memang nampak masih baru. Handphone kedua utama aku untuk buat masa sekarang. *kuikuikui*

Phone No.06 : Blackberry Curve 8920 – October 2009
Komen serba sedikit : Kepada pembaca blog nie, mesti pernah baca entri aku mengenai blackberry aku kan?! In case yang belum tahu : korang boleh straight untuk membuka entri di sini : Blackberry Curve Aku Diberi Nama Si Pinky. Segala penerangan sudah dipanjang lebarkan di situ yerk. Ahakz!!




review handphone >Sony Ericsson K750i aku kena tibai dengan pencuri<


review handphone
>Aku memang suka brand Sony Ericsson dan boleh diconsider hard-fan<



Itulah enam bijik handphone yang pernah dan masih aku guna pakai sehingga sekarang : empat daripadanya masih dalam keadaan bermutu tinggi.Aku memang tiada plan langsung untuk tukar phone baru ataupun set-up phone contract baru di London. Namun, mungkin ada possibility untuk aku upgrade blackberry curve aku tu. Papepon, aku puas hati dengan keadaan sekarang. Korang pulak camner?! Guna phone per?! Mesti ada yang pernah guna Nokia 3310 kan?! Baling anjing pun tak mati handphone tu. Wakakaka!! ^_^




>Banner di atas merupakan hasil kerja amatur pertama aku : nanti aku update<
[Sesiapa yang rasa nak letak banner blog aku tu : silalah ambil dan bagitahu yerk]

Tuesday, September 14, 2010

4 Masalah Timbul Selepas Raya

Aku perasan yang beberapa hari kebelakangan nie traffic blog tak serancak di bulan Ramadhan. Mungkin korang semua masih sibuk beraya sakan kut. Papepon, blog still perlu dijaga dengan rapi dan entri baru masih perlu ditulis. Dua entri terdahulu : 3 golongan yang terbebas masa 1 Syawal dan 5 golongan yang beraya selepas Hari Raya : mungkin korang masih belum check lagi. Jadi, ringan-ringankanlah tulang korang untuk mengkahatamkan dua entri tersebut. Ahakz!! ^_^


tips kuruskan badan mudah>Macam-macam masalah leh timbul lepas raya tau<


Sekarang masih lagi di dalam mood beraya dan kita semua mungkin tak sedar dengan masalah-masalah yang akan timbul selepas musim Hari Raya. Selepas bergembira, mestilah ada saat kesusahan pulak kan?! *kuikuikui* Papepon, antara masalah yang mungkin timbul selepas musim Hari Raya ialah :

1. Hutang yang bertimbun : Golongan yang sibuk beraya sakan dengan budget yang rendah mesti akan berhutang untuk berbangga di Hari Raya. Selepas itu, semua hutang-hutang tersebut kenalah dibayar semula. Tambah pulak dengan perbelanjaan harian seperti bil-bil yang bertimbun, belanja family dan macam-macam lagi : boleh botak kepala nanti. *muehehehehe*


tips kuruskan badan mudah>Korang rasa nak dibebani hutang?! Selepas raya terasalah<


tips kuruskan badan mudah>Setiap kali balik beraya mesti macam nie lah kesnya<


2. Traffic jam & kereta breakdown : Bagi yang beraya jauh di kampung halaman, mestilah kena travel dengan menggunakan kereta kan?! Kadang-kadang kereta tu boleh breakdown di atas highway dan mencetuskan masalah lain pulak. Masalah jam pulak memang sudah sebati dengan musim raya. Kadang-kadang boleh gila sebab stuck dalam jam lama sangat. TT__TT

3. Mengejar dateline : Sekiranya korang apply cuti yang panjang sepanjang raya nie, mesti korang mempunyai waktu yang sedikit untuk siapkan kerja-kerja di pejabat. Pastu, bagi students yang ada exam atau assignments kena hantar selepas raya, confirm masa study korang makin singkat. Jadi, pada masa inilah korang give all out untuk siapkan tugasan yang ada. Wakakaka!! Padan muka korang!!

4. Perselisihan faham : Seperti mana yang aku cakap dalan entri tiga golongan terbebas 1 Syawal, mesti ada yang akan sibuk mengumpat di Hari Raya. Kalau umpatan tu melampau sangat, mungkin akan timbul perselisihan faham selepas Hari Raya. Standardlah Hari Raya nanti semua akan sibuk untuk bermaaf-maafan tetapi selepas Hari Raya, entah apa yang akan jadi. Aku tak tahu!!


tips kuruskan badan mudah>Assignments, homeworks dan memacam lagi menunggu<


tips kuruskan badan mudah>Semasa raya sibuk bergosip. Selepas raya?!!<


Empat masalah di atas merupakan masalah yang mungkin akan timbul selepas musim perayaan habis. Sekiranya korang rasa korang ada risiko untuk menghadapi masalah-masalah di atas, ambillah jalan penyelesaian seawal mungkin. Oh ya, sekiranya korang ada terfikir masalah-masalah lain yang turut akan timbul : sharelah sebab aku pun nak tahu buah fikiran korang semua jugak. Papepon, jangan lupa check dua entri sebelum nie dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!! (^_^)/


*Less than dua minggu kembali ke London, UK : Kena makan bebanyak nie!!*
[Bagaimana nak pro Adobe nie?! Payah tulla..sobs..]
    Related Posts with Thumbnails