My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, October 20, 2010

Kisah Housewarming Kami di London

Pada 9 October yakni hari Sabtu lepas, aku dengan housemates aku berpakat untuk mengadakan housewarming dan jamuan makan-makan di rumah baru kami nie. Jadi kitorang jemput ramai jugaklah member-member kitorang di sekitar London untuk berjamu selera makanan free : hasil masakan kami sendiri. Selalunya kitorang yang pergi makan free di tempat lain tapi this time kitorang pulak yang kasi orang lain makan free. *muehehehehe*


cara membuat housewarming>Semua tengah beratur menunggu giliran untuk ambil makanan<


cara membuat housewarming>Malam sebelumnya di tempat yang sama : sedang bertungkus-lumus<


Kitorang berempat dengan bantuan tiga orang member yang lain memang dah lama berpakat untuk mengadakan housewarming nie : cuma kekadang masa tidak mengizinkan. Sempena dengan housewarming nie jugak, kitorang plan untuk masak pelbagai jenis masakan. Antara yang sempat kitorang masak adalah soto, rendang, nasi himpit, sambal pedas dan macam-macam lagi. Selain itu, ada jugak kuih-muih raya yang kitorang bawa daripada Malaysia serta garlic bread yang dibeli dari Tesco berhampiran. Air pun kitorang beli dalam 12 botol yakni 2 catton. Memang besar-besaran tullah ^_^


cara membuat housewarming>Head chef dengan menyediakan bahan masakan dan makanan<


cara membuat housewarming>Perancangan yang cukup rapi yang telah diaturkan daripada awal<


cara membuat housewarming>Antara makanan yang sudah siap untuk dijamu<


Memandangkan anggota tetap rumah nie adalah empat orang, maka kitorang budget untuk setiap seorang daripada kami akan membawa sepuluh orang tetamu dan mungkin boleh mencecah sehingga 50 orang. Kitorang hanya panggil member-member yang terdekat : lagipun takut makanan tak cukup sahaja. Namun, lain pulak yang jadinya pada hari housewarming. Bilangan tetamu yang datang hampir mencecah 70 orang (berdasarkan guest book kitorang) dan kitorang terpaksa memasak nasi goreng as backup sebab makanan yang lain semuanya dah habis. -_-"


cara membuat housewarming>Masa nak ambil gambar : semua pakat buat-buat makan sedikit<


cara membuat housewarming>Jumlah kasut menunjukkan betapa ramainya tetamu yang datang<


cara membuat housewarming>Tengah lepak-lepak sambil berjamu selera<


Papepon, proses merancang dan membeli bahan-bahan masakan sebenarnya sudah bermula 4 hingga 5 hari sebelum hari housewarming nie lagi. Namun kitorang hanya start masak petang Jumaat yakni sehari sebelum hari housewarming. Luckily yang kitorang punya dapur agak besar dan proses memasak boleh dijalankan dengan rapi. Sambil-sambil masak tu, kitorang ambil kesempatan untuk menyusun atur rumah dan membersihkan sebersih yang mungkin. Plan asal kitorang adalah untuk membuka dua biji bilik untuk dijadikan tempat lepak tapi last-last, semua bilik "diceroboh" Ahakz!!


cara membuat housewarming>Aku ambil kesempatan untuk bergambar dengan senior<


cara membuat housewarming>Tengok guest book kitorang : bukankah amat comel?!<


cara membuat housewarming>Klik untuk pemesaran dan tengok page belah kanan : ada LONG TERBAEK<


Housewarming yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam tu amat mendapat sambutan dan turut mendapat pelbagai feedback positif : terutamanya masakan yang amat best dan layanan yang terbaik. Kerjasama antara kami : Syafiq dan Nonnel as tukang masak, Zaki dan Hadi as tukang layan tetamu, Amin dan Faris as tukang penghibur dan juga aku as backup dalam semua tugasan membuahkan hasil yang terbaik. Perghh!! Tahun depan plan nak buat jugaklah. Tapi janganlah korang semua pakat datang sekaligus. Camner aku nak layan 2000++ tetamu?! *kuikuikui*


*Berpakaian baju melayu tapi tak lengkap hanya bersempena housewarming nie*
[Besok mahu turun pergi shopping di Portsmouth : agak kepenatan sebenarnya]

Saturday, October 16, 2010

Pelbagai Vending Machine Pelik di Jepun

Entah kenapa sejak balik ke London nie, jadual aku menjadi amat padat sehinggakan tak dapat nak luangkan masa seketika untuk menulis entri. Jadual agak pack dan aku masih cuba membiasakan diri. Kadang-kadang aku tak sempat nak makan lunch pun dan just beli coklat bar ataupun mineral water daripada vending machine. Di sini memang ada banyak vending machine di mana-mana sahaja. Ada vending machine untuk air, coklat dan ada jugak untuk kondom. Pergh!! Kondom pun ada jual jugak eh?! -_-"


jepun hot stuff>Tengok!! Ada aiskrim dijual guna mesin nie<


jepun hot stuff>Cuba teka nie apa?! Jawapannya adalah tisu tandas<


jepun hot stuff>Mata kail, batang joran dan umpan pun boleh dibeli di sini<


jepun hot stuff>Ada jual pop corn jugak : mungkin lagi murah daripada di cinema<


jepun hot stuff>Siapa suka makan ramen?! Ramen panas ada dijual di sini<


jepun hot stuff>Pergh!! Tengok tu : payung pun ada jual jugak<


jepun hot stuff>Let say korang ada yang berminat nak buat business card<


jepun hot stuff>Gaya petani moden : ada mesin untuk kisar beras<


jepun hot stuff>Kalau di luar negara, kena ada gas heating untuk pemanasan<


jepun hot stuff>Mesin mainan camnie pun ada di Malaysia tapi lagi sedikitla<


jepun hot stuff>Vending machine coke diorang lagi canggih daripada Malaysia dan UK<


Walaupun ada banyak jenis vending machine di London yang menjual pelbagai jenis bahan tetapi still tak boleh nak compete dengan Jepun. Jepun adalah sebuah negara pencipta yang paling hebat aku rasa. Diorang ada vending machine untuk pelbagai jenis benda : ada untuk air, makanan, pakaian bayi, kondom dan jugak pil perancang tau. So, hari nie aku nak share antara vending-vending machine di Jepun : yang mungkin sebahagiannya agak pelik. Korang semua boleh tengok gambar-gambar yang dah aku mampatkan di bahagian atas perenggan nie dan juga di bahagian bawah. Banyak woo!!


jepun hot stuff>Tak perlu delivery suratkhabar jauh-jauh kalau camnie<


jepun hot stuff>Kodak dan kamera yang boleh di disposal kan<


jepun hot stuff>Kalau nak pergi tempat lain : boleh panaskan makanan di sini<


jepun hot stuff>Benda-benda yang dapat digoreng seperti kentang goreng dan burger<


jepun hot stuff>Mesin recycle : masukkan bebarang recycle dan dapat duit<


jepun hot stuff>Nak pergi date?! Dapatkan bunga di sini<


jepun hot stuff>Bateri pun ada jual guna vending machine nie<


jepun hot stuff>Yang nie pulak merupakan vending machine untuk beras<


jepun hot stuff>Bukan vending machine tapi nampak tak belakang motor tu ada per<


jepun hot stuff>Tengok ia bertukar menjadi transformers<


jepun hot stuff>Jeng! Jeng! Jeng!<


jepun hot stuff>Tadaa!! Inilah tujuannya kalau nak tahu<


Terkejut tak?! Diorang memang hebat gila dalam gadget sehinggakan motor polis trafik boleh bertukar menjadi seperti di atas. Ingat transformers ker?! *muehehehe* Entah bila Malaysia mahu menjadi secanggih tu yerk?! Kan senang kalau ada banyak vending machine pelbagai jenis di Malaysia : tak perlu berjalan jauh untuk pergi shopping market. Papepon, yang penting ialah vanding machine itu digunakan ke arah kebaikan dan bersesuaian dengan masyrakat setempat. Tapi kalau ada vending machine untuk kondom dan pil perancang memang tak bagus lah sebab nanti banyak lagi bayi yang tak berdosa akan dilahirkan. Malaysian kan?! Korang sendiri pun boleh faham kot. Ahakz!!



*Nanti aku capture vending machine yang terdapat di sekitar London pulak*
[Tadi dah pergi satu open house : malam karang ada satu lagi di Queensway]
    Related Posts with Thumbnails