My Followers Who Follow My Blog

Monday, November 08, 2010

Musim Luruh di United Kingdom

Sekiranya aku sebut pasal musim luruh ataupun autumn, apakah yang korang dapat bayangkan?! Mesti korang semua imaginekan daun-daun kekuningan yang jatuh dan angin sempoi-sempoi bahasa seperti gaya Winter Sonata gitu. Selalunya pada musim luruh begini, orang akan ambil peluang untuk bersiar-siar ataupun bersantai di taman-taman sekitar London. Begitu juga dengan aku!! Aku sempat untuk berjogging pada waktu tengahhari di sini!! Kalau di Malaysia, confirm hanguslah!! *kuikuikui*


permandangan gambar musim luruh>Sekitar Hyde Park di London pada waktu tengahhari<


permandangan gambar musim luruh>Itik-itik di Nottingham<


permandangan gambar musim luruh>Lagi kekuningan di sekitar Hyde Park<


permandangan gambar musim luruh>Penuh dengan keemasan di sekitar Hyde Park<


permandangan gambar musim luruh>Tak nampak orang sebab aku ambil gambar di kawasan non-people<


permandangan gambar musim luruh>Dah nampak orang tengah jalan-jalan<


permandangan gambar musim luruh>Berada di bawah pokok : nampak seperti kebun<


permandangan gambar musim luruh>Masih ada rumput yang berwarna hijau<


Selalunya musim luruh akan bermula pada awal September sehingga akhir November. So, sepatutnya sekarang masih lagi dalam musim luruh : yakni daun-daun kuning keguguran dan sebagainya. Namun lain pulak yang jadi. Dilaporkan bahawa winter tahun nie akan tiba awal dan lagi sejuk berbanding biasa. Contohnya suhu hari nie serendah 3 degree dan angin sekuat 75km/j pada pagi tadi. Semasa aku keluar daripada rumah pagi tadi pun, memang kuat betul angin. Rasa macam nak beku tangan dan muka aku. Dahla hujan agak lebat. TT__TT


permandangan gambar musim luruh>Sinaran matahari yang agak terik tapi sejuk<


permandangan gambar musim luruh>Pokok-pokok yang lengkap berwarna kekuningan<


permandangan gambar musim luruh>Ramai jugak orang yang berjalan-jalan di sekitar Hyde Park<


permandangan gambar musim luruh>Ini pemandangan pada jam 1.00 tengahhari lebih kurang<


permandangan gambar musim luruh>Nampak tak daun-daun kekuningan yang gugur?!<


permandangan gambar musim luruh>Permandangan di Nottingham : tiada unsur-unsur Adobe yerk<


permandangan gambar musim luruh>Lagi permandangan indah di sekitar Nottingham<


permandangan gambar musim luruh>Kalau dijadikan tempat bergolek-golek nie pun best<


Namun, korang semua bernasib baik kerana aku sempat untuk tangkap gambar musim luruh untuk korang semua. Hari Sabtu dua minggu lepas aku bersiar-siar di Hyde Park dan aku berkesempatan untuk menangkap gambar-gambar pemandangan musim luruh di sekitar Hyde Park. Memang boleh nampak daun-daun yang kuning dan sinaran matahari yang sejuk. Mungkin gambar aku tangkap tidak sehebat kemara DSLR tapi ini yang termampu dengan menggunakan Blackberry aku. Harap korang semua enjoy gambar di atas tadi yerk. (^_^)/


*Trimas kepada member aku yang contribute beberapa gambar di atas yerk*
[Hari Rabu nie ada demonstrasi besar-besaran di London : wajarlah aku join kan]

Saturday, November 06, 2010

6 Perkara Kalau Lelaki Jadi Perempuan

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang wish birthday aku walapun sudah hampir seminggu berlalu. Tahun nie aku tak dapat apa-apa hadiah tapi ramai jugaklah yang belanja aku makan. Habis rosak plan aku nak diet. Cheh!! Papepon, xie xie semua. Semalam masa dalam lecture finance, aku sempat on Twitter menggunakan blackberry aku. Masa tengah on tu, banyak betul tweets pasal #kalaulakijadiperempuan dan #kalauperempuanjadilaki. So, macam menarik la pulak kalau tulis entri pasal benda nie. *muehehehe*


perempuan macam lelaki>Kena ada protection sebegini untuk elak daripada dirogol<


Setakat 21 tahun aku di muka bumi nie, aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki. Tak pernahlah pulak aku terfikir nak menjadi perempuan ataupun berperangai seperti perempuan – lain macam jer bunyinya kan?! Sebagai seorang lelaki yang sejati, aku takda bakat untuk berperangai seperti nyah. Ngeh3!! Namun sekiranya lelaki jadi perempuan :

1. Rasa amat bersyukur sebab kalau jadi perempuan, confirm pahala mengalir masuk dengan derasnya. Perempuan memang senang nak dapat pahala : pakai tutup aurat, layan suami sebaiknya dan banyak lagi. Tapi kalau tak buat semua tu, senang dapat dosa pulak. -_-"

2. Kena pakai super protection dan bawak air sabun ke mana-mana sahaja. Kalau boleh, kena belajar silat ataupun kung fu. Kayu hoki ataupun batang baseball bersama selalu. Takut-takut nanti ramai yang kejar sebab nak rogol ataupun culik. Bahaya siot!!


perempuan macam lelaki>Tiada lagi kentutan yang semacho ini selepas jadi girl<

perempuan macam lelaki
>Perempuan lagi sensetif mengenai berat mereka berbanding lelaki<


3. Kalau nak sedawa ataupun kentut, terpaksalah cover walaupun depan member-member kamcing. Kalau budget bunyi cam kuat, pergi sedawa dan kentut jauh-jauh. Malu-malu kucing gitu. Ahakz!!

4. Terpaksa budget dan kawal makanan sebab nak kena jaga badan. Kalau terlebih berat nanti, takda laki yang nak pulak. Lagipun, kalau kurangkan expenditure makanan, bolehlah gunakan duit selebihnya untuk pergi shopping. Teehaaaa!!

5. Mak cakap kena pandai masak. Kalau tak, takda lelaki nak masuk meminang. Pastu, kalau menyanyi sambil masak di dapur, dapat suami tua. Kalau tua dan kaya, takperlah. Ahakz!! Tapi kalau tak pandai masak, terpaksalah berbekalkan perencah Adabi. ^_^

6. Kalau taknak melahirkan anak aci tak?! Orang cakap kalau bersalin nie memang memenatkan dan memang menyakitkan. Lagi sakit daripada bersunat masa kecil-kecil. Serun tul bunyi!!


perempuan macam lelaki>Emergency help sekiranya korang tak pandai nak masak<


perempuan macam lelaki>Teehaaaa!! Bolehlah bershopping sakan selepas nie : habiskan semua duit!!<


Itulah enam perkara yang aku terfikir sekiranya laki berubah menjadi perempuan. Ada yang macam logic di fikiran dan ada yang macam entah hapa-hapa jer. Papepon tak kisahlah samada kita nie laki ataupun perempuan, kita hendaklah terima diri kita seadanya. Kalau korang semuanya boleh ubah jantina : dari lelaki kepada perempuan atau dari perempuan kepada lelaki ataupun dari kedua-duanya kepada nyah, apa yang korang nak buat?! Ada idea yang pelik tak agaknya eh?! *kuikuikui*


*Pretending that you are so pious beriman beramal on FB is so not cool dude*
[Selamat hari lahir kepada ibuku 05 Nov dan makcikku 03 Nov : Aku lak 01 Nov ^_^]
    Related Posts with Thumbnails