My Followers Who Follow My Blog

Saturday, January 15, 2011

Europe Trip 2010 : First Day Luton Airport dan Paris Aiport

Tahun nie memang aku kuat travel berbanding tahun lepas dan 20-28 Dec hari tu aku sempat ke Paris, Germany dan juga Switzerland. Dua minggu sebelum tu aku ada jugak buat lawatan ke Brussels, Belgium yang diceritakan di entri nie dan entri nie. Memandangkan ada antara kita semua yang mungkin tak berkesempatan untuk ke Eropah maka aku akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengalaman aku sepanjang seminggu lebih di Paris, Germany dan Switzerland. Harap korang semua layan yerk!! (^_^)/


trip ke eropah>Tengok : banyak flight yang cancel dan delay : paling bawah mine!!<


trip ke eropah>Sampai di Luton Airport pada jam 2.30 pagi lebih kurang<


trip ke eropah>Muka baru bangun tidur ketika di Luton Airport untuk check-in<


Memandangkan flight aku ke Paris adalah pagi 20 Dec yakni jam 7.30 pagi, jadi aku dan dua orang member aku : Zaki dan Nabilah terpaksa tidur di atas lantai Luton Airport pada malam sebelumnya. Kitorang tiba di Luton Airport dalam jam 2.00 pagi : itupun selepas bas rosak di tengah jalan dan terpaksa tukar bas lain. Selamatlah Luton Airport tak sejuk sangat memandangkan heater ada dipasang walapun kurang kuat. Pada waktu itu memang banyak flight yang delay dan stranded disebabkan cuaca yang amat teruk : korang di Malaysia pun ada dengar kisah ribut salji yang lebat di seluruh Eropah kan?! -_-"


trip ke eropah>3 ticket dan jugak 3 passport : ready untuk depart<


trip ke eropah>Makanan yang kitorang angkut semasa tengah tunggu flight yang delay<


trip ke eropah>Muka stress tengah tunggu flight ke Paris yang delay<


Selepas kami bertiga check-in di Luton Airport untuk ambil flight ke Paris pada jam 5.30 pagi, kami segera ke Departure Hall. Memang banyak flight yang dah cancel masa itu dan seriously risau kalau flight kami turut akan cancel. Dahla kalau flight Paris nie cancel, maka flight-flight kami yang lain mungkin akan burn sebab kami akan fly dari satu tempat ke satu tempat (Paris->Berlin->Basel->Munich->London). Once sampai di departure hall, kami mendapati flight kami delay daripada jam 7.30 pagi kepada 3.00 petang. Seterusnya flight tu delay ke jam 5.00 petang dan seterusnya 6.45 petang. Boleh diconsider sebagai plan kami untuk spend sehari di Paris memang dikira hancus!!

Memandangkan flight EasyJet itu delay, maka EasyJet menyediakan kupon-kupon untuk kitorang belanjakan di Departure Hall. Setiap seorang dapat dalam GBP 13.00. So, kami bertiga kongsi kupon tersebut dan berbelanja untuk lunch dan dinner. Memang masa itu amat stress dan amat marah sekali sebab risau kalau trip kami ke tempat-tempat lain terpaksa dicancel jugak. Dahlah hampir GBP 165.00 untuk ticket flight ke semua tempat lain itu!! Rugilah kalau habis semua. TT__TT Jam 5.00 petang, kami diberitahu bahawa semua flight ke Paris cancel yakni tiada flight langsung yang dibenarkan untuk masuk ke Paris pada hari itu. Kecewa yang amat : terus kami keluar daripada Departure Hall ke main entrance. *sobsob*


trip ke eropah>First picture di Paris : walaupun hanya di CdG Airport<


trip ke eropah>Berlatarbelakangkan flight-flight yang baru mendarat di CdG Airport, Paris<


trip ke eropah>Dalam train or metro menuju dari satu airport ke airport lain<


Memandangkan dah redha dengan flight Paris yang cancel dan mengakibatkan flight-flight kami ke tempat lain turut burn, kami pergi beratur di kaunter EasyJet untuk me-refund ticket flight London ke Paris. Namun betapa terkejutnya kami apabila diberitahu bahawa flight tu masih ON dan belum cancel. Kami terus berlari ke kaunter sekuriti untuk masuk kembali ke departure hall. Malangnya boarding pass or ticket kami tak lepas scanner sebab sudah discan di sebelah paginya. Kami diarahkan untuk issue boarding pass yang baru. Terus kami berlari ke kaunter check-in dan potong queue orang lain!! *wakakakakaa*

Pakcik di kaunter check-in inform kami bahawa flight ke Paris itu sudah cancel tapi kami lawan dia : cakap yang itu masih belum cancel. Selepas penat explain kat pakcik tu, dia terus telefon kaunter sekuriti untuk bagi kami lepas terus di sekuriti. Dengan pantasnya, kami terus berlari ke kaunter sekuriti untuk masuk ke Departure Hall. Seriously memang kami jadi tumpuan utama di Luton Airport ketika itu : berlari ke sana sini. Semua orang duk pakat tengok saja. Ahakz!! Lantaklah dan kami berjaya untuk masuk ke Departure Hall on time dan terus beratur untuk naik flight ke Paris. Ngam-ngam jer timing. Walapun memang agak teruk info dan layanan staff EasyJet, namun Alhamdulillah kami sempat untuk naik flight ke Paris. Once sampai di Airport CdG Paris, kami terus ambil train untuk ke Airport Orly Paris pada jam 11.00 malam memandangkan flight kami ke Berlin pada kebesokan paginya adalah daripada sana!!


trip ke eropah>Gambar di dalam metro : nie lah sahaja kenangan di Paris for now<


trip ke eropah>Ketika sampai di Orly Airport pada jam 12.00 malam<


trip ke eropah>Sedang tidur di Orly Airport : muka terpaksa di hidekan<


trip ke eropah>Inilah lapangan Orly Airport, Paris : gambar ketika aku berjalan-jalan<


Walaupun kami tak sempat untuk menjajah Paris dan hanya sempat untuk menjajah dua airport utama Paris yakni CdG Airport dan Orly Airport tapi kami bersyukur yang amat kerana dengan cuaca yang amat teruk, kami masih mampu untuk meneruskan perjalanan dan Europe Trip kami. Pada malam 20 Dec, kitorang tidur di Airport Orly untuk ambil flight awal pagi 21 Dec ke Berlin. Namun aku memang tak lelap sangat tidur pada waktu itu : maka aku berjalan-jalan di sekitar Orly Airport dan tengok manusia-manusia lain yang tidur di sana. Itulah sahaja kenangan di Paris mungkin?! Ahakz!! Papepon, nantikan kemunculan entri sambungan selepas nie yerk!


*Entri berikutnya adalah mengenai Europe Trip Hari Kedua kitorang di Berlin, Germany*
[Aku berjaya install Football Manager 2011 tanpa sebarang bayaran : terror jugak aku pirate]

Monday, January 10, 2011

3 Langkah Lindungi Privacy Anda Daripada Google, Facebook dan Retargeting Program

PERHATIAN. Ini adalah entri khidmat masyarakat. Walaupun tidak semenarik entri regular di Blog Coretan Perantau, harap dapat diambil iktibar yang mungkin. Aku rasa zaman sekarang nie tiada lagi unsure privacy : semuanya dishare dengan rela hati di Google dan Facebook. Kalau boleh hampir setiap jam ataupun minit nak update Facebook status, upload gambar dan berinteraksi di Facebook. Google dan Facebook nie memang compeletly menguasai dunia internet kita sekarang. Memang unsur privacy dah dianggap as outdated!!


lindungi privacy daripada google>Privacy policy : pernahkah korang kisah mengenai isu privacy policy nie?!<


Google adalah syarikat terbesar di alam internet dan salah satu kuasa besar dalam dunia business. Aku rasa setiap jam kita gunakan Google dan kalau ada nak buka any website, kita just Google terus : tak payah taip URL website itu lagi kan?! Tapi sedarkah korang bahawa setiap kali korang search Google, ia akan direkodkan : bukan hanya keyword carian tapi every link yang kita klik, semuanya bercampur membentuk satu profile habit kita semua. Kalau korang guna Google Chrome, setiap single letter yang korang taip di address bar turut akan di stor di Google : walaupun mereka pledge yang 98% data akan dimusnahkan dan hanya 2% yang akan disimpan. Selepas itu, data yang dikumpul akan di link dengan any Google services yang kita gunakan seperti Gmail dan YouTube.

Tapi mengapakah Google stor semua data nie?! Tujuannya adalah untuk diorang buzz out korang semua dengan iklan-iklan yang lagi relevan dan pada masa yang sama menjadi income untuk diorang. Papepon, korang jangan risau kerana kita boleh take action yang sepatutnya untuk lindungi privacy kita semua. Segala data yang Google ada mengenai kita boleh diview di Google Dashboard. Di bawah adalah step by step untuk stop Google daripada terus mengumpul maklumat pasal kita semua :


lindungi privacy daripada google>Permandangan di dalam Google Dashboard : mungkin ada web history<


lindungi privacy daripada google>Sekiranya korang gunakan Google Chrome : lagi banyak data kita distor<


Complete the following steps if you have a Google account (you may have an account without realizing it!):

1. Visit Google.com/dashboard
2. Sign in using the details of a Google account (such as iGoogle, Gmail or YouTube)
3. Dashboard lists all the Google services that store your data, from emails to search queries. Select the service you wish to view and edit your privacy.
4. Scroll down to “Web History” and click “Remove items or clear web history”. If you don’t find this service, it means you’re not activating Web History and your privacy is protected for now.
5. In case you already activated “Web History” and wanna stop Google from collecting any more data and placing it into your account, you must first complete step 4 and then click the “Pause” link on the left of the page.
6. You can keep editing your privacy setting on Google Dashboard.

Separuh daripada komuniti di UK menggunakan Facebook hampir setiap hari yakni dalam 31 juta orang. Memang aku akui yang Facebook agak addictive dan semua benda kita mahu share di Facebook : samada photos, status, info dan semuanya. Tapi tahukah korang yang Facebook turut mengumpul segala info korang?! Setiap interactions dan setiap kali korang klik button Facebook, ia akan di add-up ke dalam personal profile kita. Kalau korang chat atapun wall to wall, data itu turut akan dikumpul. Maknanya Facebook ada ribuan dan mungkin jutaan sets of data untuk setiap daripada kita. Itulah kenyataannya tau!

lindungi privacy daripada google
lindungi privacy daripada google>Facebook Places dan Facebook Privacy : adakah privacy kita terjamin?!<


Sebelum nie Facebook privacy policy ada 50 settings yang berlainan dan 170 options : dan privacy policy itu sendiri ada 5830 patah perkataan dan lagi panjang daripada US Constitution. Tapi aku tak rasa kita semua berminat untuk membaca privacy policy nie dan terus tekan button “Agree to terms and conditions”. Kalau difikirkan sejenak, bila last time korang baca any privacy policy?! Mungkin tak pernah kut. Oleh sebab banyak sangat komplen, maka Facebook pun memudahkan privacy policy nie untuk lagi senang difahami. Ada dua cara untuk korang claim privacy korang daripada Facebook : beware dengan apa sahaja yang korang buat di Facebook cam approve friends, benda korang post dan so on. Kita taknaklah kalau pencuri dengan senangnya pecah rumah kita ataupun menjejaskan prospek kerja kita di masa akan datang. Papepon, satu lagi cara adalah seperti di bawah :

1. Click on the Accounts option (top right hand side of every page)
2. Select “Privacy Settings”
3. Facebook offers a number of choices. To be sure that only your friends and family see your data, click on “Friends Only”, then the “Apply these settings” button. You can adjust in any ways you want
4. Facebook have a “Recommended” option. But be warned before selecting it : this allows the whole world to see your status updates, photos and posts, along with a list of all your friends.
5. When it comes to Facebook Places, select “Customize settings” on the main privacy page
6. Look for “Places I check in to”. By selecting “customize”, you can hide your location from certain people. Click “Save settings”
7. Back on the main privacy screen, you’ll find “Include me in “People here”. By default, this allows anyone in the local area to see who else is there. If you don’t want this, untick “Enable”.

Pernah tak korang lawati any retailer’s website dan view any products kat situ namun pada masa yang sama, korang tak complete the transaction. Cuba korang fikir sejenak, pernah tak berlaku yang next time korang mungkin ternampak product yang sama yang korang view itu tetapi kali nie sebagai iklan? Jadi, bagaimanakah benda nie terjadi sebenarnya?! Kebanyakan retailers guna “cookies” untuk kenal pasti siapa korang dan product apa yang korang view. Jadi diorang akan gunakan “cookies” itu untuk terus menerus buzz korang dengan advert product yang diorang jual tu. Proses nie dinamakan “Retargeting”. Kalau korang sedar, tiada sesiapa pun yang ask permission korang untuk kumpul data-data itu : tapi semuanya dikumpul bersama dan digunakan as advert!! So, aku akan ajar korang cara untuk opt out daripada segala pengumpulan data secara haram nie. Privacy perlu terus dilindungi dengan cara :

1. Visit networkadvertising.org, the industry trade body’s website
2. Click on “Consumer opt out”
3. This will list all of the retargeting networks that are storing your browsing history. Simply click the “Select all” button, then the “Select” button, which allows you to stop all 60 networks from storing data in one swoop.


lindungi privacy daripada google>Nie adalah website networkadvertising yang senaraikan semua cookies<


lindungi privacy daripada google
>Spread the word to the world<


Bukan niat aku untuk takutkan korang semua dengan fact bertimbun-timbun nie tapi privacy kita semua tetap perlu dilindungi daripada segala ancaman : samada disedari ataupun tidak. Jadi, tujuan aku adalah untuk berkongsi kesedaran nie dengan korang semua. Jangan sampai data kita semua sudah digunakan ke jalan yang salah ataupun kita semua terus dieksploitasi tanpa kita sendiri sedar. Mungkin ada yang tak kisah pasal isu nie tapi aku meminta jasa baik korang untuk sebar-sebarkan entri nie bagi kebaikan semua!! *Kebanyakan isu, data dan fact di dalam entri nie adalah petikan daripada artikel Benjamin Cohen bertajuk : Reclaim your online privacy daripada Reader’s Digest December 2010*


*Sebarkan entri nie untuk kebaikan kita semua : lindungi privacy kita sekadar termampu*
[Hari nie merupakan hari pertama aku bersekolah selepas cuti : malas still terasa]
    Related Posts with Thumbnails