My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, January 26, 2011

Europe Trip 2010 : Third Day Two Countries : Basel & Konstanz

Sebelum nie aku sudah pun bercerita mengenai dua hari pertama perjalanan Europe Trip 2010 aku : Hari Pertama di Paris, France dan Hari Kedua di Berlin, Germany. So, sekarang aku nak membebel pasal hari ketiga perjalanan aku pulak. Bangun sahaja daripada port tempat tidur kitorang di Berlin Airport, kitorang terus berkemas dan get ready untuk check in. Lebih kurang selepas Subuh, aku dan dua orang member aku yakni Zaki dan Nabilah sudah pun bersiap sedia untuk flight kitorang yang akan depart jam 6.15 pagi. Oh ya, next stop selepas Paris dan Berlin adalah : Basel, Switzerland!! Yeehaaa!!


trip ke eropah>Ikut sini sekiranya anda mahu pergi ke Switzerland!! Yeehaa!!<


trip ke eropah>Sedang cuba untuk memahami struktur jalan Basel<


trip ke eropah>Gambar di luar Euro Airport masa mula-mula sampai<


trip ke eropah>Inilah stesen utama kepada semua bas dan trem di Basel<


trip ke eropah>Muka menahan kesejukan nampaknya Zaki<


trip ke eropah>Aku sedang menunggu ketibaan tram di Centre Basel<


trip ke eropah
>Di dalam tram sedang menuju ke Basel Train Station<


Untuk hari ketiga Europe Trip 2010, kitorang plan untuk gerak ke Basel, Switzerland dan selepas itu ambil train ke Konstanz, Germany yang mana member kitorang ada study di sana. Kitorang tiba di Basel Mullhouse Freiburg Euro Airport pada jam 8.15 pagi selepas langsai dengan imgiresen. Oh ya, airport nie ada tiga gateway tau : satu keluar ke France, satu keluar ke Germany dan satu lagi keluar ke Switzerland. Memang airport nie terletak betul-betul ditengah sempadan : hebat gila!! Kitorang keluar ikut pintu Basel, Switzerland dan terus ambil bas di luar airport untuk pusing-pusing Basel jap. *muehehehe*


trip ke eropah>Aku sedang membeli ticket train dari Basel ke Konstanz<


trip ke eropah>Once sampai di Konstanz : kena ambil gambar kasi puas<


trip ke eropah>Siapa yang terror cakap bahasa Germany sila translate<


trip ke eropah>Inilah Idayu : member kitorang yang study di Konstanz : sudah berpunya<


trip ke eropah>Salah satu arkitekture yang menarik perhatian kitorang<


trip ke eropah>Cantik Konstanz walapun sedang berada di musim winter<


trip ke eropah>Simbol salib itu merupakan lambang bendera Konstanz<



Basel nie kecil jer kawasannya dan takda apa sangat. Selepas travel naik bas, kitorang travel naik tram pulak pusing Basel. Pas dah langsai ambil gambar sekadar cukup syarat, kitorang terus ambil train daripada Basel, Switzerland ke Konstanz, Germany. Mahal jugaklah ticketnya : yakni region group ticket bernilai 29 Euro untuk kami bertiga. Sesampainya di Konstanz selepas tiga jam train travel, kitorang disambut oleh Idayu : member kitorang yang study di sana. Oh ya, Idayu nie juga merupakan sepupu kepada Zaki. Begitulah connectionnya tau!! Faham semua?!


trip ke eropah>Sekitar Konstanz : lagi tepat di tengah-tengah Konstanz<


trip ke eropah>Sila fokus kepada kami dan bukannya kepada patung yang seksi<


trip ke eropah>Sedang beratur untuk membeli pisang yang bersalut coklat<


trip ke eropah>Itu kapal yang berlabuh di tasik tepi Konstanz : ada kedai dalam itu<


trip ke eropah>Memang Konstanz nie berada betul-betul di hadapan tasik<


trip ke eropah>Berjalan-jalan di sekitar Christmas Market di Konstanz<


trip ke eropah>Comel binaan kecil diorang nie kan?! Penuh salji!<


trip ke eropah
>Di dalam shopping complex Lago di Konstanz bersama tourist guide<



Selepas letak bebarang kitorang di bilik Idayu, kitorang pun rehat dan lunch sekejap. Sempat jugaklah jumpa dengan member Idayu bernama Shahafizi yang aku dan Zaki akan tumpang menginap di sebelah malam nanti. Pas dah siap mandi, rehat, sembahyang dan lunch, Idayu terus ajak kitorang keluar tour bandar Konstanz. Kitorang yang masih agak kepenatan terus follow jer. Seharian suntuk sampai ke malam kitorang di bawa berjalan-jalan pusing Konstanz : daripada tasik di tepi bandar Konstanz kepada attraction dan bangunan bersejarah sehinggalah Christmas Market di sebelah malamnya. Enjoy betullah!!


trip ke eropah>Angkut cawan itu ke mana-mana sahaja : di depan gereja<


trip ke eropah>Kitorang naik kuda jerami di depan sebuah bar<


trip ke eropah>Makan aiskrim yang amat best : 1 euro untuk 1 scoop<


trip ke eropah>Permandangan Christmas Market di Konstanz pada sebelah malam<


trip ke eropah>Tengok rumah comel yang amat comel dan kiut miut<


trip ke eropah>Yerp! Betul! Di belakang itu adalah gadis melayu<


trip ke eropah>Tengok itu : kolam yang sudah pun membeku dan kesejukan!!<


trip ke eropah>Aku dan Zaki sebelum masuk tidur : di bilik Shahafizi<



Pas dah penat pusing Konstanz, kitorang dinner di tempat Idayu. Selepas itu, aku dan Zaki terus gerak ke bilik Shahafizi yang takdalah jauh sangat daripada situ. Memang bilik Bro Shahafizi nie gempak gila : penuh dengan hasil gambar-gambar DSLR beliau. Memang expert betullah dia pasal teknik ambil gambar nie. Bilik dia siap ada desktop besar yang memang menjadi idaman semua gamers dengan sound system yang pergh!! Selepas settle down semua hal, aku dan Zaki terus terlelap kepenatan sambil Shahafizi lak terus lepak game dia. Seriously aku dan Zaki memang K.O. dah masa itu. First time dalam Europe Trip kitorang : kitorang dapat tidur dalam keadaan selesa. Ahakz!! Sebab sebelum nie semuanya tidur airport!! (^_^)/


*Sesiapa cam pening dengan map bolehlah try Google tengok position Basel & Konstanz*
[Banyaklah pulak gambar aku share this time : tak nampak kepenatan langsung kan?!]

Saturday, January 22, 2011

Kisah Perjalanan Ismail Lepat atau Ismail Ariffin

>Bro Ismail Lepat tengah sharing pasal ketidakpuasan hati dan kedukaan beliau<

Korang semua pernah ternampak tak video di atas di YouTube ataupun di Facebook mungkin?! Itulah luahan perasaan Brother Ismail Lepat ataupun nama sebenarnya Ismail Ariffin mengenai ketidakadilan yang menimpa dirinya mengenai kes beliau pada 13 tahun yang lepas. Papepon aku yakin mungkin ada yang tak berminat nak tengok video di atas memandangkan duration pun dah sejam lebih kan?! Tapi aku strongly menyeru korang semua untuk tengok video nie sebab video nie mungkin lebih banyak mencetuskan soalan berbanding jawapan dalam semua perkara. Fikir3!! (^_^)/


Kes Ismail Lepat>Ismail Lepat ataupun Ismail Ariffin bersama Siti Aminah 3 tahun lepas<


Kes Ismail Lepat>Facebook Ismail Ariffin (Ismail Lepat) yang boleh dicapai di sini<

Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat adalah seorang kartunis jalanan yang sekarang nie menetap di Bremen, Germany. Kalau aku tahu pasal Abang Ismail Lepat nie sebelum aku turun Germany, sah-sah aku pergi lawat beliau. Oh ya, bagi sesiapa yang mungkin tak ada idea langsung pasal Ismail Lepat ataupun Ismail Ariffin nie, ikutilah kronologi kes beliau di bawah :

• Ismail Ariffin (Ismail Lepat) berkahwin dengan Aisyah Jane Abdullah ataupun nama sebenarnya ialah Jane Brummit dan dikurniakan dengan seorang anak bernama Sunni Sazali lebih kurang 14 tahun yang lepas yang dilahirkan di Malaysia
• Mac 1996 : Aisyah Jane melarikan anak Ismail Ariffin (Ismail Lepat) yakni Sunni Sazali ke England dan kemudian Ismail Lepat mengikuti jejak mereka ke England. Ismail Lepat membawa lari Sunni ke Amsterdam dan seterusnya ke Pulau Pinang pada Oktober 1996
• Keluarga Aisyah Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail Lepat memulangkan semula Sunni. Aisyah Jane Brummit kemudian kembali ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
• Pada 1 April 1997, Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Aisyah Jane Brummit hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan.
• 5 Julai 1997 : Sunni dilarikan oleh Aisyah Jane Brummit semasa Sunni berada di dalam Custody Mahkamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
• Menurut Berita Harian 18 Mac 2010, menurut kenyataan Ketua Polis Negara pada ketika itu, polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri Ismail Ariffin (Ismail Lepat), Aisyah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni ke England 13 tahun yang lepas. Siasatan kes berkenaan adalah berdasarkan Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik daripada penjagaan sah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun.
• Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat kini menetap di Bremen, Germany bersama isteri barunya, Nor Azlina Ceasar Abdullah dan terus bergiat aktif sebagai seorang pemuzik dan pelukis jalanan.


>Siti Aminah : Kalau tak silap adalah anak Ismail Lepat yang sekarang<

Kes Ismail Lepat>Ini pula adalah Myspace kepunyaan Abang Ismail Ariffin (Ismail Lepat)<


Kes Ismail Lepat>Artikel Berita Harian bertarikh 13 Mac 2010 mengenai kes Ismail Lepat<


Kes Ismail Lepat>Mungkinkah ini Facebook Jane Brummit yakni bekas isteri Ismail Lepat?!<


Itulah sedikit sebanyak kisah pahit dan liku-liku disebalik kehidupan seorang pelukis jalanan biasa yang bernama Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat dalam usaha untuk mendapatkan anak kesayangan beliau semula : Sunni. Sebagai insan ataupun orang biasa, usaha beliau lagi payah dan terus ditekan sehingga sampai ke limit. Oh ya, segala data dan maklumat yang aku sharing di sini adalah input daripada kajian aku sendiri serta sumbangan info dan data daripada BeritaSemasa dan Abang Kamato yang pernah menemu bual Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat 3 tahun yang lepas. Bagi sesiapa yang tak tengok lagi video itu, bolehlah rujuk seketika luahan hati Abang Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat nie. Paling aku ingat ayat beliau ialah : ‎"perjuangan berdasarkan pengenalan hakikat.." Injustice anywhere is a threat to justice everywhere.


*Aku cuba seaccurate mungkin dalam memberi info kepada semua : silap bagitau*
[Harap disebarkan mengenai isu ataupun kes Ismail Ariffin atau Ismail Lepat nie : Fikirkan!]
    Related Posts with Thumbnails