My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, March 09, 2011

5 Sebab-Musabab Follow Sesuatu Blog

Nampaknya bilangan followers aku akan mencecah 3 000 orang tak lama lagi. Ini pencapaian yang memberangsangkan disebabkan aku baru sahaja mula berblog tahun lepas. Kalau nak dikira otai, takdalah otai sangat memandangkan ramai yang lagi otai, veteran dan expert berbanding aku : ribu-raban followers diorang semua. Aku pulak memang jarang sikit follow blog orang lain : melainkan aku betul-betul minat dan berguna. So, aku harap blog aku nie diminati dan berguna untuk semua. Tapi mengapakah sebenarnya perlu follow blog orang lain?! Berdasarkan survey aku : ada lima sebab utama. Antaranya ialah :


kenapa perlu follow blog>Terdapat lima sebab utama kenapa follow sesuatu blog<


kenapa perlu follow blog>Promo jap : Follow me di Blog, di Twitter dan juga di FB Fan Page<


01. Penulisan menarik dan blog hebat : Daripada 93 undian yang dikutip, 49% berpendapat bahawa gaya penulisan yang menarik serta karisma penulis yang hebat menjadi sebab utama untuk follow sesebuah blog. Memang alasan yang kukuh kerana dengan adanya blog-blog sebegini, lagi banyak idea-idea baru dapat dikeluarkan dan disebarkan. Sebelum aku follow any blog : aku akan pastikan kriteria nie dilengkapi dahulu. (^_^)/

02. I Follow U, U Follow I : Masa aku mula-mula berblog dulu, memang dah wujud virus “I Follow U, U Follow I” nie tapi memang aku tak layan sangat sebab aku tak nak rakan pembaca follow aku dengan niat sebegitu. Kekadang tiap kali aku blogwalking, confirm akan ada statement sewaktu dengannya. Papepon lain orang, lain caranya dan 22% menggunakan teknik nie. Asalkan diorang happy : itu yang penting kan?! *muehehehe*


kenapa perlu follow blog>Blog yang menarik memang punyai ramai followers<


kenapa perlu follow blog>Kalau korang bosan tiada kerja : follow banyak-banyak blog<


03. Sebab aku bosan : Hampir 10% komuniti blog nie follow sesuatu blog sebab diorang bosan dan tak rasa ada pape kerja berfaedah nak buat. Tapi bagus jugak memandangkan once korang dah mula mengikuti sesuatu blog yang korang rasa boleh hilangkan boring korang tu, dapatlah manfaat sedikit kan? Kalau tak, Facebook jer 24 jam!!

04. Lain-lain : Sebenarnya aku pun tak tahu sebab-sebab lain untuk follow sesuatu blog tetapi 10% berpendapat sedemikian. Aku rasa antara sebab-sebab lain adalah nak follow ahli keluarga ataupun teman rapat sebagai cukup syarat, sebab nak stalk ataupun intai seseorang, sebab nak sedapkan hati member ataupun banyak lagi sebab-sebab lain au terfikir yang mungkin tak logic diterima akal. Pape hal pon, korang confirm ada sebab tersendiri kan?! Betul tak??

05. Penulis hensem or cun-melecun : Aku ingatkan takda orang yang follow sebab nie tapi aku silap rupanya. Dalam 7% manusia follow blog sebab penulisnya hensem ataupun cun-melecun. Jadi sesiapa yang rasa dia itu hensem ataupun cun-melecun, silalah berhati-hati dalam menyiarkan gambar-gambar korang kerana mungkin ada yang tengah stalk tanpa korang sedari. Sesiapa yang perasan hensem or cun pun boleh ambil langkah berjaga-jaga jugak kot.


kenapa perlu follow blog>Ada juga yang follow semata-mata nak stalk : Pepandailah korang<


kenapa perlu follow blog>Cer citer..cer citer..kenapa korang follow sesuatu blog?!<


Berdasarkan research sambil lewa aku, didapati lima sebab diatas menjadi punca utama kenapa seseorang follow blog orang lain. Oh ya, sebab-sebab diatas disusun mengikit popularity : maka sesiapa yang rasa nak attract lagi ramai followers, aku nasihatkan supaya amalkan lima step tersebut. Improvekan gaya penulisan dan bahan blog korang supaya lagi ramai yang sudi untuk follow. Kalau tak dapat, bolehlah amalkan step “I Follow U, U Follow I” dan juga buat facial muka untuk tambah kehenseman or kecunnan . Ahakz!! Gurauan semata-mata. Korang pulak : kenapa follow?! \(^_^)/


*Sindrom Hantu Kak Limah Balik Rumah : Teman rasa kita bakor aje rumah Kak Limah!*
[Rasa-rasanya frekuensi entri blog aku menurun : terima kasih kepada pembaca setia]

Wednesday, March 02, 2011

Europe Trip 2010 : Hari Kelima Menyusuri Salji Lebat di Freiburg

Agak lama aku menyepikan diri dilanda assignments yang bertimbun-timbun. Kalau dikumpulkan semua assignments itu dan dibakar : confirm aman hidup aku sekejap. Apa-apa kes pon, aku baru sahaja langsai melayan match Man U vs Chelsea yang dimenangi Chelsea 2-1. Sebagai penyokong fanatic Arsenal, aku menyambut baik keputusan nie! *wakakakaka*Oh ya, aku ada benda nak kasi promote korang semua. Sesiapa yang mempunyai akaun Facebook : bolehlah untuk like Fan Page aku dan sesiapa yang ada Twitter : dialu-alukan untuk follow Twitter aku. Senang untuk berinteraksi!! (^_*)/


salji tour di jerman germany eropah>Gambar sebelum memanjat bukit bersalji di Freiburg<


salji tour di jerman germany eropah>The main attraction di Freiburg<


salji tour di jerman germany eropah>Di tengah-tengah bandar Freiburg yang penuh salji<


salji tour di jerman germany eropah>Salji di mana sahaja meliputi semuanya<


salji tour di jerman germany eropah>Salji memutih membasahi hari sebelum Hari Krismas<


salji tour di jerman germany eropah>Inilah dia bukit yang akan didaki : dengan gangguan salji<


Aku teringin untuk sambung kisah Europe Trip aku selepas empat hari merantau di Paris, Berlin, Konstanz serta Basel dan juga Zurich. Memandangkan pangkalan kami di Konstanz berada di selatan Germany dan agak jauh daripada bandar besar lain seperti Stuggart dan Frankfurt : maka aku, Zaki dan Nabilah membuat keputusan untuk turun ke Freiburg bersama member-member Germany kami. Freiburg nie terletak agak jauh jugaklah daripada Konstanz : dalam 2-3 perjalanan menaiki train. Namun yang bestnya adalah kami boleh guna regional group ticket berharga 29 Euro untuk 5 orang. *murah tu!!*


salji tour di jerman germany eropah>Peringatan salib berada di mana sahaja : lebat saljikan?!<


salji tour di jerman germany eropah>Sebelum mendaki Bukit Freiburg : bandar dilitupi salji<


salji tour di jerman germany eropah>Putih melepak dengan salji di mana sahaja : sejuk tak?!<


salji tour di jerman germany eropah>Lihat kesan tapak boot kitorang : tebal salji kan?<


salji tour di jerman germany eropah>Freiburg yang dipenuhi dan diselubungi salji<


salji tour di jerman germany eropah>Jalan masa awal-awal nak mendaki bukit bersalji lebat<


salji tour di jerman germany eropah>Sempatlah jugak berposing berlatar-belakangkan Freiburg<


Selalunya semasa hujan, orang akan stay di rumah dan tidur kan?! Tapi aku, Zaki dan Nabilah tetap berkeras untuk tour Freiburg walaupun salji turun dengan seamat-amat lebatnya manakala member Germany kami pula pergi makan sushi. Aku planning untuk dapatkan peta Freiburg namun tourist centre tutup memandangkan kebesokan harinya adalah Hari Krismas. Maka, kami bertiga hanya berjalan tanpa arah tujuan : apa-apa bangunan ataupun binaan yang cantik, kami akan stop untuk ambil gambar. Kami terus berjalan hinggalah tiba di gereja terbesar di Freiburg dan mendapati bahawa ada laluan untuk ke bukit tertinggi di sana. Laluan itu bukanlah laluan jalan raya tapi jalan tanah yang diselaputi salji yang tebal. So?!!


salji tour di jerman germany eropah>Angkara salji yang lebat : gambar menjadi agak rosak<


salji tour di jerman germany eropah>Inilah aku semasa makin hampir dengan puncak<


salji tour di jerman germany eropah>Fokus kepada bentuk LOVE ataupun bandar diseliputi salji?!<


salji tour di jerman germany eropah>Inilah dia winter di Eropah : kalau di Malaysia mustahil camnie<


salji tour di jerman germany eropah>Freiburg diselaputi dengan ais yang memutih tapi makin lebat<


salji tour di jerman germany eropah>Hasil karya grafiti yang berada di mana sahaja bila-bila masa<


salji tour di jerman germany eropah>Menggelongsor jatuh disebabkan jalan yang licin sangat<


So, aku dan Zaki amat excited untuk menawan bukit tersebut : Nabilah terpaksa menurut sahaja. Kitorang bertiga memanjat bukit itu dalam keadaan salji yang amat lebat dan jalan yang amat licin angkara diselaputi salji. Kami berjalan sehingga ke kemuncak tertinggi dan sempat untuk melihat permandangan bandar Freiburg yang dipenuhi dengan salji. Selepas penat bergambar dan mendapati salji makin lebat, kami mengambil keputusan untuk turun dan teruskan perjalanan tanpa arah tujuan di sekitar Freiburg. Yang bestnya, kami sampai ke kedai kebab orang Turki. Memandangkan memang dah lapar, kitorang stop untuk makan kebab yang besar gila. Orang Turki tu belanja kitorang minum teh panas jugak. Nyum3!!


salji tour di jerman germany eropah>Dalam proses menuruti bukit : tergelincir tu perkara biasa<


salji tour di jerman germany eropah>Gaya sudah sampai ke kemuncak<


salji tour di jerman germany eropah>Antara gambar dari kemuncak : salji di seluruh bandar<


salji tour di jerman germany eropah>Di mana ada permandangan camnie?! Di ruang beku peti ais korang!<


salji tour di jerman germany eropah>Memang tak nampak apa-apa sebab kabus dan salji yang lebat<


salji tour di jerman germany eropah>Sharing dengan semua Freiburg yang dilitupi salji memutih dari puncak<


salji tour di jerman germany eropah>Last but not least : promote kedai kebab orang Turki nie! Nyum3!!<


Selepas dah penat berjalan-jalan, kitorang meet up dengan member Germany kitorang tu dan terus bersiap-siap untuk pulang ke Konstanz semula. Memang ternyata amat letih waktu itu dan kitorang terus berehat panjang selepas tiba di bilik. Then, bukannya kitorang masuk tidur tapi sempat bermovie marathon pulak. Ahakz!! Besoknya adalah 25 December yakni Hari Krismas maka malam tu lewat jugaklah tidur. Plan asal untuk 25 December adalah nak pergi main snowboarding tapi memandangkan suhu yang terlampau sejuk sehingga mencecah -25 degree dan letih yang amat, maka kitorang lepak rumah sahaja masa Hari Krismas tu. Ada makan-makan dan jamuan jer. Makan lagi!!


*Weekend lepas aku berjalan-jalan sampai ke Warwick berjuma rakan-rakan lama*
[Best of luck to Cik Asliza Ahmad yang akan menduduki exam tak lama lagi : besok yerk]
    Related Posts with Thumbnails