My Followers Who Follow My Blog

Sunday, April 17, 2011

5 Tips Interview Scholarship

Memandangkan hari nie aku rasa malas nak study, maka aku terfikir nak update blog yang confirm dah berhabuk nie. Sambil tu bolehlah aku tunggu match Arsenal lawan Liverpool dalam 2 jam lebih lagi. Ahakz! Aku ada lebih kurang sebulan lagi sebelum final exam dan memang kena push kuat-kuat this time. Korang semua yang rasa murah hati untuk tambah pahala : bolehlah includekan aku dalam doa korang yerk. Oh ya, ada beberapa pembaca dah contact aku bagi mendapatkan tips interview scholarship dan dengan nie, aku akan cuba summarizekan apa yang aku tahu dalam entri ini. Harap membantu sebaiknya yerk!! (^_^)/


interview scholarship>Here are some interviewing tips : harap membantu<


Zaman aku interview scholarship dulu yakni 5 tahun lepas, ada macam-macam jenis interview. Petronas dengan EduCamp, Bank Negara dengan the whole day interview termasuk project presentation, Khazanah dengan pelbagai peringkat dan MARA, KPM serta JPA dengan ragamnya sendiri. Namun semuanya ada satu persamaan : korang akan face individual interview dan group interview. Maka tips-tips yang akan aku sharekan bolehlah digunakan dalam sebarang jenis interview yakni :

1. First impression memang penting. Korang yang nak pergi interview tu pakailah kemas-kemas : jambang dan misai tu cukur or kemaskan, kasut kasi kilat, rambut kasi basah dan sewaktu dengannya. Ada penceramah cadangkan pakai kemeja putih kerana melambangkan kesucian. Aku setuju tapi pada masa yang sama : aku rasa korang boleh pakai anything yang korang rasa selesa. Yeehaaa!!


interview scholarship>Khas buat para lelaki : jangan kasi nampak cool sangat berjambang<


interview scholarship>Isi benda yang korang rasa perlu sahaja dalam resume tu<


2. Resume ataupun CV. Ini memang benda yang agak pentinglah. Resume ataupun CV yang terbaik selalunya dalam dua muka surat sahaja yakni sehelai kertas. Semua benda kena kasi mampat dalam tu. Sesiapa yang rasa memerlukan bantuan dalam mengasilkan CV or structure CV yang terbaik, boleh mail aku di llonghaffiz@gmail.com. Aku menyediakan perkhidmatan menaip dan men-draft CV untuk semua tujuan (kerja, scholarship dan lain-lain) dengan harga serendah RM 20.00 sahaja.

3. Kalau interview scholarship, masa first time interview individual, soalan skema yang ditanya adalah “Tell us about yourself” ataupun sewaktu dengannya. Jadi korang boleh siap sediakan skema jawapan awal-awal dan hafal sampai fasih. Pendapat aku, masa nie korang cerita pasal diri korang, hobi dan terus sambung kepada penglibatan dan jawatan-jawatan yang pernah dipegang semasa sekolah dulu. Pastikan setiap jawatan or penglibatan yang korang cerita, selitkan sekali apa moral yang korang belajar. Semua untuk menjawab soalan first itu. Hafal sampai fluent gila sebelum masuk interview. Penting nie!!


interview scholarship>Hafal semua benda yang aku suruh korang hafal tadi sampai fluent<


interview scholarship>Kalau group discussion : pastikan korang tidak terlampau conquer<


4. Kalau group interview, pastikan korang jangan conquer the group tau. Cakap idea korang dan pada masa yang sama cuba untuk kasi peluang kepada orang lain. Nak nampak lagi terror, buat-buat tanya orang lain apa pendapat diorang. Cuba untuk mendengar, digest dan membalas kembali. Terima pendapat orang lain. Tak semestinya kena menang tau. Oh ya, sebelum interview habis, interviewer akan tanya : “Do you have any question?” Korang tanya terus soalan pape pon. Aku biasanya akan tanya bila result interview akan keluarlah. *kehkehkeh*

5. Nie last tips untuk korang semua kot. Pastikan duduk dengan selesa : tak ke depan sangat dan tak chillax sangat. Jangan cakap terlampau banyak dan terlampau sedikit. Grammar tunggang langgang takpa asalkan confident tu ada tapi janganlah kasi nampak obvious sangat. Pastu gerak tangan tu buat-buatlah ada. Masuk dengan cermat dan jangan kurang ajar. Kalau diorang suruh diskusi pasal topic sesuatu, sila lihat daripada big picture dan jangan focus solely dengan apa yang dikemukan. Oh ya, pastikan korang tahu secara mendalam apa yang korang apply : sebab, latar belakang dan lain-lain lagi.


interview scholarship>Sila tanya soalan yang relevant semasa di akhir interview<


interview scholarship>Last but not least : all the best for you guys semua<



Aku rasa itulah dia lima tips ringkas tapi padat aku bersempena dengan musim interview scholarship. Sebenarnya ada banyak lagi tips dan amalan-amalan lain tapi kalau banyak sangat, nanti jadi skema pulak. Pastikan korang enjoy dan relax sebab korang akan perform better tanpa pressure. Kalau tetiba tak jumpa vocab English yang nak kena pakai, selamba derk sahaja terus guna bahasa melayu tapi sekali sekala dahla. (-.-”) Ini tips yang aku terfikir : mungkin pembaca-pembaca lain ada tips yang lagi perfect, bolehlah untuk dikongsi bersama. Oh ya, perlukan bantuan dengan CV, email aku seperti mana di atas yerk. All the best then!! Chaiyokkk!!


*Perlukan bantuan dalam specific interview : boleh buzz aku menerusi mail or FB yerk*
[Minta tolong korang untuk sebar-sebarkan tips interview scholarship kepada semua]

Thursday, April 07, 2011

Europe Trip 2010 : Episode Terakhir di Munchen, Germany

Aku baru sahaja kembali dari Spain kelmarin tapi dah ramai mula bertanya bila aku akan menulis mengenainya. Seriously aku sendiri pun tak tahu memandangkan aku ada final exam tak lama lagi. Lagipun kisah trip aku ke Germany last December pun masih belum habis untuk dicover : last entri mengenainya adalah pasal kitorang menjelajah bukit salji di Freiburg, Germany. InsyAllah akan aku cuba rangkumkan dalam entri nie. Kalau rasa nak tengok gambar, boleh terus stalk Facebook aku. *senang dan mudah kan?!* Selepas bermain salji seharian di Freiburg, kitorang planning nak bersnowboarding pada Hari Krismas (yakni kebesokan harinya).


trip ke munchen munich germany>Berada di sempadan Swiss-Germany : Side Germany<


trip ke munchen munich germany>Berada di sempadan Swiss-Germany : Side Swiss<


trip ke munchen munich germany>Segala penghargaan kepada Idayu sepanjang di Konstanz<


trip ke munchen munich germany>Inilah dia menu untuk Christmas Dinner kitorang : Nasi Lemak!!<


trip ke munchen munich germany>Keputihan salji yang memang indah di bumi Konstanz<


trip ke munchen munich germany
>Selamat Datang ke Munchen : Destinasi Terakhir<


Malangnya, angkara penat yang melampau-lampau, maka plan itu terpaksa untuk dicancel dan kitorang rehat seharian. Sepanjang Hari Krismas, kitorang lepak di bilik untuk tidur dan online. Kemudian pada petangnya, Idayu ada masakkan kitorang makanan : ala-ala Christmas Dinner gitu. So, kitorang lepak dengan dia dan kengkawan Konstanz yang lain : makan-makan dan jugak layan movies. Kitorang lepak sampai ke malam. Selepas hari keenam yang santai, hari ketujuh kitorang mula bersiap-sedia untuk bergerak ke destinasi terakhir yakni Munich ataupun Munchen, Germany. Namun sebelum naik train, sempat jugak kami pergi ke sempadan Switzerland-Germany dan bergambar sekadar yang perlu. Ahakz!!


trip ke munchen munich germany>Factory Audi sebelah rumah member aku jer tau<


trip ke munchen munich germany>Di tengah City Centre Munchen<


trip ke munchen munich germany>Munchen Cathedral di tengah-tengah Marienplatz<


trip ke munchen munich germany>Ini pulak aku tak ingat pekebenda : City Hall kut<


trip ke munchen munich germany>Cuba korang tengok betul-betul : Manakah lukisan dan benar?<


Hari ketujuh dan hari kelapan (hari teakhir) dikhaskan untuk meneroka Munchen. Namun memandangkan kitorang sampai agak lewat petang di Munchen, maka tak sempat untuk berjalan-jalan di sana. Lagipun waktu itu train kitorang mengalami delay yang agak teruk. Di Munchen, kitorang stay di rumah member aku yang belajar di sana. Selamatlah ada beliau : kalau tak mesti kena bermalam di hostel. Pada pagi hari kelapan yakni hari teakhir; aku, Zaki dan Nabilah keluar daripada rumah member aku itu agak awal memandangkan kitorang nak kena manfaatkan semaksimun mungkin masa yang ada. Kitorang terus ambil train ke Central Munchen dengan menggunakan Group Ticket yang sama seperti sebelum nie. And now : the mission begin!! (^_^)/


trip ke munchen munich germany>Di tepi Museum Science Munchen : Antara terbesar di Eropah<


trip ke munchen munich germany>Yeehaa! Posing happy sebab dah nak balik ke London<


trip ke munchen munich germany>Bila lagi nak posing maut dengan kereta BMW kan?!<


trip ke munchen munich germany>Aku perasan aku amat hot dalam gambar nie<


trip ke munchen munich germany>Diorang pun nak posing bersama kereta BMW jugak<


trip ke munchen munich germany>Saya baru nak masuk ke dalam kereta BMW saya<


trip ke munchen munich germany>Get ready untuk test drive : kalau best, boleh beli sebijik<


Di Munchen, kitorang pergi ke mana-mana sahaja attractions yang kitorang sempat gapai. Antara yang sempat adalah Marienplatz dan kawasan City Centre. Namun tempat yang paling utama kitorang pergi adalah Allienz Arena Stadium dan BMW Museum. Kalau sesiapa yang minat bola, confirm kenal team Bayern Munich kan? Allienz Arena merupakan stadium utama untuk Bayern Munich. Memandangkan aku nie memang kepingin bola, maka bergambar sakan di sana sambil membeli souvenirs yang perlu. Sebelum kitorang ke Allienz Arena, kitorang sempat singgah di BMW Museum. Yang bestnya adabanyak kenderaan keluaran BMW yang dipamerkan. Ada kereta sports, kereta mewah, motorsikal dan pelbagai lagi. So, hampir setiap jenis kenderaan kitorang bergambar. Mana-mana yang boleh try masuk : aku try untuk posing dalam kereta. *mueheheheee*


trip ke munchen munich germany>Menarik tak gambar nie? Menunggu train di stesen<


trip ke munchen munich germany>Hidangan KFC di bumi Munchen : Sedapnya tau<


trip ke munchen munich germany>Buat peminat Bayern Munich : sila jeles dengan gambarku<


trip ke munchen munich germany>Dari kiri : Bastian Schweinsteiger, Philip Lahm, Long Haffiz<



trip ke munchen munich germany>Sedang menunggu train untuk ke airport<


trip ke munchen munich germany>Munchen Airport : Papai Germany, See You Later Then!!<


Namun sedar tak sedar, cuaca dah hampir malam. Memandangkan hanya ada seharian penuh di Munchen, maka kitorang hanya target attractions utama seperti aku cerita di atas. Sebelum bertolak ke airport, kitorang sempatlah untuk lepak di KFC Munchen. Yang bestnya KFC di sini adalah halal dan aku rasa mampu untuk beli. Kalau di London, confirm-confirmlah aku takkan beli. *kehkehkeh* Lepas dah makan sampai perut full, kitorang bertolak ke Munchen Airport : juga dengan menggunakan train dan terbang pulang ke London Stanstead. Memang memenatkan kitorang punya Germany Trip tapi puas hati memandangkan banyak town dapat discover dan still within the budget. Kalau tak silap aku, semua kos perbelanjaan termasuk flight, makan, travel dan semua jenis aspek : dalam 400 pound sahaja. Jimat kan?! Yeehaaaa!! Wakakakaaaa!!


*Pasnie bercerita Spain Trip pulak : ada dalam 3000 photos ditangkap seminggu*
[Exam dah tak lama dah : tapi banyak benda yang tertangguh sekarang nie]
    Related Posts with Thumbnails