My Followers Who Follow My Blog

Friday, June 17, 2011

Korean Variety Shows : Running Man dan Family Outing

Alhamdulillah. Nampaknya longHaffiz.com : Behind the Photo Contest mula mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Aku akan cuba untuk promosi contest nie sekuat yang aku mampu sebelum aku balik Malaysia minggu depan. Harap korang semua janganlah segan-segan untuk join yerk sebab memang contest nie paling simple pernah aku reka. Oh ya, hadiah purse leather FOSSIL itu memang untuk girl tau sebab aku beli dekat ruangan girl punya. Dahla aku hampir berebut dengan awek-awek untuk mendapatkan purse tu. Lagipun saiz dia lagi besar daripada purse biasa dan memang sesuai untuk girl. So, yakinilah saya wahai rakan pembaca! Yeszaa!!


running man family outing eng sub streaming>Kepada sesiapa belum join : marilah pakat ramai-ramai join kontest nie<


running man family outing eng sub streaming>Ini nama dia Kim Jong Kook : bolehlah untuk try youtube lagu dia<


Sementara menunggu nak balik Malaysia nie, banyak jugaklah aku layan Variety Show Korean. Aku sebenarnya memang kurang sedikit dengan drama-drama Korea sebab drama Korea kan selalunya jiwang dan aku tak suka sangat. Dulu aku pernah jugak tulis entri pasal aku Korea dan Jepun nie. And then Cik Asliza Ahmad telah mempromotekan aku dengan Variety Show Running Man. So, despite ego yang tak layan Korea, aku tetap layan jugaklah. End up sekarang aku dah jadi hard core Running Man lak. Ahakz. Ada dua Variety Show Korean yang memang aku hard core fan yakni :

Variety Show Korean : Running Man
Sumber Download dan Streaming : iSubs Website, kShowNow Website dan Google
Running Man Explanation : Inilah dia Variety Show Korean pertama yang aku layan atas desakan Cik Asliza Ahmad. Memula layan memang agak berat hati tapi last-last sekarang aku dah jadi hard core fan Running Man. Kalau ada update episode baru, aku antara yang terawal untuk streaming dan download. Aku pun siap dah jadi VIP Member untuk iSubs Website yakni pembekal utama Running Man. Running Man nie penuh dengan mission dan games : sesiapa yang kalah akan kena hukuman di akhir episode. Sekarang nie Running Man dah sampai episode 47 di Korea dan yang dah di-english sub adalah sampai episode 40. Semuanya aku dah layan dan download untuk simpanan masa depan. Daripada langsung tak tahu apa-apa pasal Korean Artist, aku secara tak langsung mula mengikuti perkembangan ahli-ahli Running Man seperti Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo dan yang paling favourite aku : Kim Jong Kook!!


running man family outing eng sub streaming>Antara hukuman bagi yang kalah dalam Running Man : Pakai hot pant<


running man family outing eng sub streaming>Inilah dia ahli-ahli tetap untuk Running Man<


Variety Show Korean : Family Outing Season 1
Sumber Download dan Streaming : iSubs Website, kShowNow Website dan Google
Family Outing Season 1 Explanation : Sejak aku layan Running Man, aku pun mula jadi hard core fan kepada Kim Jong Kook yakni salah seorang ahli utama dalam Running Man. Sebelum dia masuk Running Man, dia dan Yoo Jae Suk merupakan ahli kepada Variety Show Family Outing. So, aku pun mulalah untuk layan Family Outing pulak starting daripada Episode 19 sebab Kim Jong Kook start join Family Outing daripda episode tu. Aku khatamkan streaming Episode 19 sehingga Episode 85 dalam tempoh seminggu. Gila jugak aku nie kan? Pastu aku download episode-episode yang aku rasa best untuk storage. *kih3* Family Outing nie macam lagi best daripada Running Man sebab lagi banyak sifat kekeluargaan dan lagi gempak. Ahli Family Outing yang lain pun memang popular seperti Lee Hyori, Kim Soo-Ro, Park Ye Jin, Daesung Big Bang, Lee Chun Hee, Yoon Jong Shing, Park Shi Yeon dan Park Hae Jin. Walaupun variety show nie dua tahun lepas tapi still layan gila. Wakakakaaa!


running man family outing eng sub streaming>Family Outing Season 1 : Ahli-ahli dan tetamu yang datang<


running man family outing eng sub streaming>8 orang ahli Family Outing sebelum Ye Jin dan Chun Hee keluar<


running man family outing eng sub streaming>Dua-dua variety show di atas ada Yoo Jae Suk dan Kim Jong Kook<


Itulah dia dua variety show Korean yang aku bebetul layan dan secara tak langsung membawa aku masuk ke dunia Korea. Namun aku still tak layan sangat Korean Drama sebab panjang sangat dan jiwang jugak walaupun member duduk push aku layan. Ahakz!! Running Man dan Family Outing Season 1 : memang confirm aku akan layan sekurang-kurangnya satu part setiap hari. Walaupun mungkin ada lagi banyak variety show Korean lain yang lagi popular tapi aku tak layan sangat sebab aku layan yang ada watak Kim Jong Kook jer. Minat punya pasal : habis wiki dengan google aku geledah nak tahu sejarah dia nie. *wakakakaa!!* Oh ya, jangan lupa korang semua untuk join longHaffiz.com : Behind the Photo Contest tau. Senang, mudah dan hadiah pun gempak!! (^_^)/


*Lambatnya nak keluar episode baru Running Man yang ada English Subs*
[X Man pun aku layan jugak tapi part yang ada watak Kim Jong Kook sahaja aku fokus]

Saturday, June 04, 2011

A Day di UEFA Champions League Football Festival

Alhamdulillah : aku telah pun berjaya mendaftarkan domain longHaffiz.com semalam dan berhijrah daripada coretanperantau.blogspot.com yakni url aku sebelum nie. Selain itu aku melakukan sedikit rombakan di blog nie untuk memastikan blog dah nampak lebih matured. Hari Khamis lepas aku jugak dah langsaikan exam aku yang mungkin aku rasa dapat buat better kut. Ahakz! Papepon kita tawakal sahajalah sebab usaha telah dilakukan. Oh ya, hari Sabtu lepas ada match Champions League Final antara Barcelona dan Manchester United kan? Best tul match tu kan?! *kihkihkih*


>Mungkin peluang sekali seumur hidup : Bersama trophy Champions League<


>Pemain Man U paling aku suka : Park Ji Sung<


>Jersey captain teams yang bertanding Champions League 2011<


UEFA Champions League Final tahun nie diadakan di Wembley yakni terletak hanya 30 minit daripada rumah aku kalau naik tube. Hari Sabtu lepas memang penuh dengan peminat bola yang pakai jersey Manchester United dengan Barcelona. Tapi aku relax jer pakai jersey Arsenal. Nak dijadikan ceritanya, memandangkan Champions League Final tahun nie diadakan di London, maka UEFA Champions League Football Festival telah diadakan di Hyde Park selama seminggu. Kalau kiranya Hyde Park nie tepi rumah aku jer tetapi sebab aku sibuk nak exam, aku langsung terlupa pasal festival tu. Namun petang Jumaat selepas sembahyang Jumaat, aku dengan member aku sempat ke sana.


>UEFA Champions League Football Festival<


>Kalau Barcelona mesti terus target Lionel Messi kan?!<


>Ramai betul penyokong Barcelona that day<


Sesampainya di sana, memang agak terkejut jugaklah kitorang memandangkan penuh dengan orang ramai dan semua orang sibuk nak bergambar dengan Trophy Champions League. Dahla barisan untuk ambil gambar tu panjang gila. Isyhh! Papepon kitorang pergi ke booth-booth lain yang telah dibuka seperti booth MasterCard, Sony, UEFA dan banyak lagi booth-booth penaja lain. Sambil pergi ke booth tu, kitorang kumpul cop stamp untuk diredeem dengan goodies bag Barcelona ataupun Manchester. Selain itu, di festival tu jugak aku dengan member aku sempat tengok tayangan movie pasal Champions League dan masuk ke Muzeum UEFA dan pelbagai lagi. Sempatlah jugak kumpul free goodies yang available. Ahakz!!


>Jersey dan boot Messi masa Champions League 2009<


>Tandatangan dekat dengan Messi punya board kejap<


>Aku dan member aku : hasil pendapatan seharian di Hyde Park<


By petang, kitorang berdua dah berjaya kumpul dalm 15 stamp dan perlukan satu lagi stamp untuk dapatkan goodies bag Barcelona ataupun Manchester United. Memandangkan barisan untuk ambil gambar dengan trophy Champions League panjang gila dan menyukarkan kitorang untuk ambil stamp terakhir, maka aku dan member aku planning untuk datang kebesokan paginya. So, pagi sabtu pukul 8.30 pagi, kitorang sudahpun berada di Hyde Park walaupun trophy just dibuka jam 9.00 pagi. Waktu kitorang sampai, diorang tengah buat tayangan live untuk opening penayangan trophy tu. So, sempatlah aku untuk masuk tv live. Just in case kalau korang ada tengok SkySport live, confirm nampak aku punya.


>As penyokong Arsenal : maka perlulah ada jersey Fabregas<


>Kena score a hatrick dalam 3 trial : terlepas sebijik<


>Gambar sebelum blah balik rumah : preview match malam tu<


>Dapat kad MastedCard free jugak pada masa yang sama<


Selepas langsai ambil gambar bersama trophy Champions League dan dapatkan stamp yang terakhir, kitorang berdua terus pergi redeem hadiah kitorang. Aku dapatkan goodies bag Manchester United yang di dalam tu ada pelbagai bebarang official Manchester United. Memandangkan masih awal pagi waktu tu, maka aku ambil peluang untuk pergi try bebarapa game yang ada di festival. Sempat jugaklah tunjuk skill free kick aku dalam beberapa game walaupun dah berzaman tak main bola sepak. Bila orang dah makin ramai, aku dengan member aku meneruskan misi untuk mengambil gambar dan mengumpul beberang free goodies sekadar yang termampu. Banyak jugaklah yang kitorang dapat : siap dapat back pack sebiji lagi tau. By afternoon, aku jumpa member aku yang lain dan lepak sampai petang. Malam tu lak semua pakat lepak rumah aku tengok match Manchester United lawan Barcelona. Selamatlah Barcelona tak main kotor this time. Yeszaa!!


*Sekarang exam dah habis : banyak duk shopping bebarang di ebay jer tau*
[Dalam beberapa hari lagi ada contest : cermin mata hitam Guess untuk dimenangi]
    Related Posts with Thumbnails