My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, June 28, 2011

Last Winter Trip ke Warwick Coventry

Dah masuk hari keempat aku pulang dari London dan aku masih lagi dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan di Malaysia : tak kisahlah samada keadaan jalan raya, cuaca, makanan dan pelbagai lagi aspek lain. Kepenatan travel by flight 24 jam daripada London ke Dubai ke Kuala Lumpur dan kemudiannya ke Kuala Terengganu pun masih belum hilang lagi. Papepon aku kena tetap update blog dan online sebab banyak benda yang tertangguh : sekarang aku ada di Public Library Terengganu untuk update semuanya menerusi internet. Oh ya, aku ada janji dengan korang semua nak cerita pasal winter trip aku ke Warwick kan? Jom aku kasi tahu semua!


warwick coventry europe trip>Di dalam transport museum : cuba cari aku kat mana<


warwick coventry europe trip>Nie model kenderaan entah daripada zaman mana tak tahu<


warwick coventry europe trip
>Nie barang antik kalau jual confirm kaya gila aku<


Last year masa mula-mula tulis blog, ada seorang rakan pembaca request aku untuk tulis entri pasal Warwick tapi malangnya masa tu aku tak pernah turun Warwick lagi. Namun February lepas yakni semasa musim sejuk, aku ambil peluang untuk turun ke Warwick sepanjang weekend di penghujung February. Aku memang ada ramai member di Warwick dan senang jer nak turun sana anytime : just tidak berkesempatan. Papepon this time aku dan junior aku, Aiman berdua meneroka Warwick. Kitorang bertolak daripada London pada malam Jumaat selepas habis kelas dan tiba di sana dengan menaiki bas pada waktu tengah malam. Selamatlah member aku, Firdaus dah tunggu dan kitorang terus pergi rumah dia. Lelap terus pastu! Ahakz!!


warwick coventry europe trip>Di depan Coventry Cathedral bersama Lian dan Aiman<


warwick coventry europe trip>Coventry Cathedral nie takda bumbung tau : tu yang special<


warwick coventry europe trip>Great stuff from the great models : LOL<


So, perjalanan kitorang bermula pada pagi Sabtu. Selepas langsai breakfast banjo, housemate Firdaus yang juga member aku, Anuar bawak kitorang berjalan-jalan sekitar bandar Coventry. Sebenarnya Coventry nie kecil sahaja bandarnya tapi kitorang sempat masuk Transport Museum yakni attraction utama di sana. Pelbagai jenis transport terutamanya kereta dipamerkan dan memandangkan masuk pun free, banyak jugaklah aku tangkap gambar. Selepas itu; aku, Anuar dan Aiman berjalan sekitar bandar Coventry dan University of Coventry. Di sana kitorang jumpa seorang lagi member aku bernama Lian. Selepas sembahyang Zuhur di Prayer Room Coventry University, kitorang berempat ke rumah member aku, Bib (dan Pao) untuk lunch dan pada masa yang sama meet up dengan Firdaus. Ramai betul geng-geng aku di sana kan?! Lepas langsai semua benda, kitorang bertujuh bergerak ke luar bandar Coventry untuk jejalan dan shopping. Yeszaaa!!


warwick coventry europe trip>Masih lagi dalam musim sejuk walaupun cuaca tak sejuk<


warwick coventry europe trip>Di belakang tu ada tasik yang ada part air yang beku<


warwick coventry europe trip>Masa nie rambut aku panjang lagi tau : mak ai<


warwick coventry europe trip>Bersama Anuar, Daus dan Bib : jasa warga Warwick dihargai<


Bila dah masuk waktu malam dan dah penat, kitorang bergerak kembali ke rumah Pao (dan Bib) untuk dinner pulak this time. Diorang masak banyak gila dan buat makan-makan sempena kehadiran aku dan Aiman ke Warwick. Ramai jugaklah kengkawan baru yang aku dapat jumpa dan kenal di sana. Makanan yang Pao dan Bib masak pun memang terbaik punya : lagipun diorang memang terror bab-bab masak nie. Kitorang lepak sampai ke tengah malam sebelum aku dan Aiman kembali semula ke rumah Firdaus dan Anuar. Kebesokan harinya yakni Hari Ahad, aku dan Aiman bangun agak lambat memandangkan kepenatan pada hari Sabtu. Kitorang packing bebarang kitorang semua untuk the final trip di Warwick University. First time nak masuk Warwick University kan : cuak la pulak rasa. Wakakakaa!!


warwick coventry europe trip>Cheese cake yang Pao buat : dia memang terror bab baking nie<


warwick coventry europe trip>Geng-geng yang lepak sekali masa tengah duk makan-makan<


warwick coventry europe trip>Muka sorang-sorang cam kelaparan gila<


warwick coventry europe trip>Last pic sebelum balik London : Bersama Aiman, Pao dan Lian<


Kitorang keluar rumah waktu tengahhari dan bas aku untuk balik ke London adalah pada waktu lewat petang. So, sementara menunggu untuk naik bas, kitorang spend masa dengan cara pusing-pusing Warwick University. Memang besar dan mewah : baru dapat dirasakan suasana university berbanding dengan LSE aku. Isyhh! Oh ya, rupa-rupanya bas yang kitorang tunggu lewat sejam : kesian kat member-member aku yang hantar kitorang balik. Dahla winter, kesejukan mereka semua tu. Papepon, aku memang amat-amat hargai pertolongan diorang walaupun aku dengar bebudak Warwick University nie memang kuat study. Ahakz! Thanks yerk Firdaus, Anuar, Lian, Pao, Bib dan juga rakan trip aku yakni Aiman. Yeehaaa!!


*Daripada 15 hb July onwards aku nak gie jejalan skit : siapa ada cadangan best?*
[Sekarang aku duduk online di Public Library Terengganu : pembekal utama interner free]

Monday, June 20, 2011

Goodbye London : Hallo Malaysia

Planning asal aku adalah nak tulis entri pasal trip aku ke Warwick semasa musim sejuk yang lepas tapi entah kenapa aku rasa penat gila. Mungkin sebab aku busy kemas bebarang sepanjang hari kut : lagipun mood dah nak balik Malaysia kan? *muehehehee* Besok yakni hari Selasa aku akan kembali ke Malaysia untuk cuti musim panas. Sebagai mana tahun lepas, cuti musim panas aku kali nie adalah agak panjang yakni sehingga selepas raya. Namun berbeza dengan tahun lepas : aku bekerja selama dua bulan di Ernst and Young, kali nie aku akan lebih banyak melibatkan diri dengan volunteering program dan juga backpacking expedition kalau ada duit lebih. So, tahun nie nak chillax dan lepak-lepak sikitlah. Ahakz!!


emirates airlines>Tiga biji beg untuk dibawa balik : harap lepas baggage check-in<


emirates airlines>This time rasa macam kaya sikit : so naik Emirates Airlines<


Once aku dah balik ke Malaysia nanti, payah jugaklah aku nak update blog memandangkan rumah aku di Terengganu takda internet connection dan kena pergi public library untuk update blog. Tapi jangan risau sebab aku akan cuba taip entri kat rumah dan update di library pastu. Lagipun banyak gila entri-entri yang aku berhutang dengan korang semua. Antaranya ialah entri trip Warwick di atas, entri aku pergi jejalan di Spain dan macam-macam lagilah. Harap korang sudilah membaca nanti yerk. Walaupun aku tak dapat nak online sangat, korang jangan lupa untuk join contest aku di atas tau. Ingat yerk!!



>Aku suka layan video dan lagu nie sebelum balik : lirik meaningful<


Memandangkan aku pun dah penat gila, so aku pun taknak berceloteh panjang sangat walaupun tengok-tengok entri aku macam dah panjang dah. Aku harap korang semua doakan aku yang akan kembali ke Malaysia pada besok hari dengan menggunakan Emirates Airlines. Doakan agar kitorang dapat depart dari London dan sampai ke Malaysia tanpa ada sebarang masalah dan lancar semuanya : termasuklah masa nak check in, baggage, transit di Dubai dan juga di emigresen. Amin. InsyAllah. Last but not least, majulah longHaffiz.com : Behind the Photo Contest 2011 untuk semua. Pakat join ramai-ramai tau. Hadiah gempak tu kot!! Yeszaaa!!


*Risau pasal berat baggage nie : harap lepas segalanya dengan yang teramat lancar*
[Dah setahun tak balik Malaysia nie : tak dapat jalan London, jalan Malaysia pulak]
    Related Posts with Thumbnails