My Followers Who Follow My Blog

Thursday, October 06, 2011

5 Benda di London Yang Ingin Aku Bawa Pulang

Lebih kurang seminggu lebih dah aku sampai ke London dan seminggu lebih jugaklah blog aku berada dalam keadaan silent mode : harap tak vibrate jer. Aku baru sahaja move in ke rumah baru aku di Turnpike Lane, London hari Sabtu yang lepas dan memang sibuk dengan segala macam urusan. Lagipun kitorang baru sahaja dapat internet connection semalam : so struggle jugaklah hidup nie. Bila difikirkan balik, aku ada setahun lagi untuk tamatkan degree aku di LSE dan pulang ke Malaysia. Confirm once aku balik ke Malaysia, mesti aku akan rindukan London nie. Ahakz!! Kalau diikutkan hati, mahu jer aku bawa balik beberapa benda ke Malaysia. Antara yang terlintas ialah :

01. Transport dan Pedestrian : Antara benda paling awesome pasal London adalah system transportnya yang lengkap dan teratur. Walaupun aku tau KTM dan RapidKL nampaknya makin maju sekarang tapi kita mungkin masih lagi ketinggalan jauh berbanding mereka. Selain itu ruang yang disediakan khas kepada pejalan kaki dan juga pengayuh basikal memudahkan urusan kehidupan seharian. Walaupun London memang amat padat dan sibuk tetapi confirm korang takkan mengambil masa yang lama untuk bergerak ke mana-mana sahaja.


london zone 3
>Di London, pengemis kena jual The Big Issue untuk dapat bantuan<


02. Peminta sedekah : Semalam masa aku tengah lepak-lepak depan Sainsbury, aku ternampak seorang peminta sedekah yang menjual majalah The Big Issue menggulung kertas kosong, bakar dan terus isap cam hisap rokok. Memandangkan aku tak smoking, tak dapatlah nak offer rokok kat dia. Kalau aku dapat angkut para peminta sedekah nie semua kembali ke Malaysia, insyAllah diorang punya kehidupan dan pendapatan seharian mereka will get better. Malaysian kan antara manusia paling pemurah? (^_^)/

03. Cuaca : Yang nie aku tak sure samada nak bawak balik Malaysia or tak sebabnya aku tak suka dengan panas terik di Malaysia tapi pada masa yang sama, aku pun tak suka jugak dengan kesejukan melampau semasa winter di London. Tapi seriously, kalaulah aku dapat exchange cuaca Malaysia ke cuaca di London, confirm korang semua enjoy dengan 4 musim di sini. Kalau nak main salji, tak perlulah bayar mahal-mahal pergi iCity kan?! Ahakz!!


london zone 3
>Inilah antara kejadah paling akan dirindui nanti kan?!<


london zone 3
>Sejak berlakunya riot hari itu, aku rasa cam takut nak jejalan<


04. Damage Safety : On the way aku ke LSE semalam, aku melalui kawasan pembinaan yang memang terletak betul-betul di tepi jalan. Kalau di Malaysia, selalunya kawasan sekitar akan dikosongkan tapi berbeza dengan London yang padat, kawasan pembinaan mungkin terletak di tengah-tengah tempat orang ramai. Yang bestnya, semua buat tak kisah sahaja memandangkan safety memang diutamakan berbanding dengan Malaysia yang lebih utamakan cost saving kut. Riot hari tu punya damage pun dah siap clean up semua semasa aku gie usha. Wonderful tul eh!!

05. Komuniti UK : Semasa aku borak-borak dengan member-member aku yang origin daripada London, antara benda yang diorang jeles pasal Malaysia adalah pasal cuaca Malaysia yang panas dan banyak pantai-pantai yang cantik lagi awesome. Diorang semua nie memang minat betul-betul dengan pantai sebab diorang semua boleh berjemur dan Malaysia pun lagi murah living cost berbanding London. Tapi bahaya jugak kalau bawak balik orang-orang London ke Malaysia : semua pakat turun pantai nak gie usha diorang berjemur kan?! *wakakakaa!!*


london zone 3
>Tengok diorang semua duk terkejar-kejarkan pantai : kesian tul!!<


london zone 3
>Turnpike Lane : Tumpat tempat aku stay sekarang : Zone 3 London<


Itulah dia lima perkara (benda??) di London yang aku teringin untuk bawa pulang ke Malaysia. Tapi memang confirm agak mustahilla untuk berlaku : logic ker aku nak wujudkan cuaca macam London di Malaysia?! *kah3!!* Oh ya, aku nak share something dengan korang semua nie. Semalam semasa member aku bernama Zaki Adan on the way pulang ke rumah kitorang di Turnpike Lane, dia hampir dirompak oleh tiga orang adults dalam tube. Selamatlah dapat lepaskan diri : bahaya tul kalau duduk kawasan yang agak luar London nie. Alhamdulillah selamatlah semuanya dalam keadaan yang baik. Yeehaaaa!!


*Tiap-tiap hari ada kelas : Alhamdulillah elaun PETRONAS dah dimasukkan*
[Study dah pun bermula dan nampaknya pilihan subjek aku tahun nie banyak essay-based]

Thursday, September 22, 2011

4 Perkara Best Tentang London Bagi Aku

Hari Isnin nie bersamaan dengan 26th September 2011, aku akan kembali ke London untuk melangsaikan tahun terakhir aku di London School of Economics (LSE) dalam Degree Accounting and Finance. Kalau ikutkan hati, memang aku lagi suka lepak-lepak kat Malaysia sambil menggemukkan badan tapi tu la. *Ahahahaa* Ramai jugak rakan pembaca tanya : apakah yang best kat London? Aku sendiri pun tak sure sangat apa yang menarik pasal London sebab aku dah terbiasa dengannya dalam kehidupan seharian. Tapi korang boleh jer untuk search entri-entri aku sebelum nie yang banyak bercerita pasal London, UK dan juga Eropah. Oh ya, bagi aku ada empat benda yang cambest pasal London or UK nie yakni :


london best carboot sales
>Mari pulang ke LSE untuk sambung belajar kembali : Yeehaa!!<


No.01 Pasal London Aku Suka : London School of Economics (LSE)
Perkembangan Idea : Ada seorang pembaca yang identiti dirahsiakan pernah bertanya soalan di shoutbox : Ko study aner? Tak pernah dengar pun nama universiti ko tu! : gitulah lebih kurang soalannya. Walaupun universiti aku kurang dikenali tapi aku tetap sayang LSE. Berdasarkan University World Rank this year, LSE berada tempat ke-64 seluruh dunia. Selain itu, LSE jugak antara leading university untuk social science punya bidang and untuk course aku yakni Accounting and Finance, LSE adalah yang keenam terbaik di dunia. Tapi sebenarnya aku tak kisah sangat ranking sebab yang penting, aku just ada 8 jam lecture dan 4 jam kelas sahaja per week. Jeles tak korang?! *wakakakaaa!!*

No.02 Pasal London Aku Suka : Internet Speed Laju
Perkembangan Idea : Bagi korang yang di rumah guna servis Unifi daripada TM, begitulah lebih kurang kelajuan internet di London. Bagi aku yang takda perkhidmatan internet di rumah dan selalu pergi online di Public Library Kuala Terengganu, aku memang berpuas hati dengan internet nie. Lagipun aku selalu jugak download movies, layan Variety Shows Korean, bukak YouTube dan anything bermanfaat dengan internet nie. Kalau takda internet, memang aku confirm tak tahu nak buat apa : masa pun membazir. Ahakz!!


london best carboot sales
>Suasana carboot sales di St Augustine yang biasa aku gie lepak<


london best carboot sales
>Ada banyak pilihan charity shops yang tunggu untuk dijejaki semua<


No.03 Pasal London Aku Suka : Carboot Sales dan Charity Shops
Perkembangan Idea : Sesiapa yang tinggal di UK ataupun datang melawat UK memang patut kena singgah carboot sales nie. Walaupun carboot sales di tengah bandar London tidak sebesar dan semeriah seperti di luar London, aku still akan spend weekend aku di sana mencari bebarang murah. Yang bestnya pasal carboot sales adalah korang confirm akan jumpa banyak bebarang branded dengan harga yang okay. Selain carboot sales, charity shops pun bertimbun-timbun di London nie dan aku selalu gak usha-usha : kut-kut dapat jumpa good deals. Contohnya kasut Adidas aku hanya 2 pound sahaja yakni RM10. Murah kan?! (^_^)/

No.04 Pasal London Aku Suka : Ebay.co.uk
Perkembangan Idea : Selain daripada carboot sales dan charity shops, eBay.co.uk merupakan sumber bebarang branded murah aku jugak. Terdapat banyak pilihan barangan di website nie dan hampir semua keperluan seharian aku dapatkan di sini termasuklah buku, pakaian, kasut dan bermacam-macam lagi. Kekadang aku jual bebarang ataupun pakaian yang aku dah tak nak kat eBay.co.uk nie dan dapatlah sedikit keuntungan sambil clear bebarang tak perlu. Oh ya, selalu jugak aku beli items di carboot sales dan charity shops dan pastu aku jual di eBay nie. Untung lah jugak!!


london best carboot sales
>Hasil daripada carboot sales : 33 CD PS2 Ori pada harga 45 pound<


london best carboot sales
>Tapi pape kes pon : favret aku tetap eBay.co.uk<


Inilah antara perkara-perkara best yang aku dapat fikirkan pasal London buat masa sekarang. Mungkin ada banyak lagi perkara-perkara, peristiwa-peristiwa dan anything yang best pasal London telah aku sharekan dalam entri-entri sebelum nie. Bagi sesiapa yang rasa nak datang ke London ataupun UK, pastikan korang tak lupa untuk menyerbu any carboot sales yang ada yerk. Papepon aku meminta jasa baik rakan pembaca semua untuk doakan agar aku dapat sampai ke London dengan selamatnya dan segala urusan di sana akan berjalan dengan lancar. Aminnn!!


*Tadi aku pergi melawat empat open house : TNB, Polis, Muzeum dan juga PAS*
[Tinggal saki-baki beberapa hari lagi sebelum balik London : kena start packing nie]
    Related Posts with Thumbnails