My Followers Who Follow My Blog

Sunday, January 05, 2014

Happy New Year 2014 : Close Up Fireworks Video

Happy New Year 2014 to all friends and readers out there!
Hopefully this year will get even better compared to last year!! XD

Due to slow internet connection, now I managed to upload this
Sharing dengan kengkawan semua rakaman bunga api malam tahun baru dari pejabat aku
Close Up Fireworks New Year 2014 from PETRONAS Twin Towers



p/s : Sorry for too much noise and disturbance shouting background sounds..lol XD
Location : Level 57, Tower 1, PETRONAS Twin Tower, Kuala Lumpur, Malaysia.
Time : 20131231 235954

Wednesday, December 25, 2013

Trip to Paris : Satu Hari Cukup Kasi Settle Semua

Malaysian memang suka Paris. Tapi sepanjang tiga tahun aku di London, hanya dua kali sahaja aku menjejakkan kaki di sana. Bagi aku, Paris sebijik seperti London – bangunan, architecture, permandangan dan juga attractionnya. Namun bagi cukupkan syarat sebagai seorang Londoner, aku dan kengkawan aku membuat keputusan untuk travel ke Paris lebih kurang tiga bulan sebelum kitorang balik ke Malaysia. Jam 5 pagi 4 April 2012, kami berempat berangkat ke Paris menaiki Train Eurostar. Asalnya kitorang plan nak bermalam di Paris tapi akhirnya decide untuk sekadar day trip travel sahaja. Yeehaaa!! (^_^)/


>Gambar intro bersama Eiffel Tower<


>Inilah dia Sacré-Coeur : sampai terus bergambar<


>Cuba teka nama bangunan nie apa?<


>Inilah pemandangan pagi Paris dari Sacré-Coeur<


Kitorang sampai di Paris dalam pukul 8 pagi dan berbekalkan Paris Map yang diberi oleh Eurostar, kitorang menuju ke attraction yang pertama yakni Sacré-Coeur. Sacré-Coeur nie terletak tak jauh dari stesen keretapi tapi yang tak bestnya adalah bangunan nie terletak di atas bukit. Selamatlah waktu tu musim bunga, so tak berpeluh sangat panjat bukit. Memandangkan masa yang agak suntuk, maka kitorang just snap-snap gambar dan terus bergerak ke attractions yang lain – tak sempat nak baca-baca pasal Sacré-Coeur nie. On the way turun dari bukit, kitorang disapa oleh beberapa orang Parsi tapi dapat jugak kitorang lepaskan diri. Wakakakaa!!

Selepas settle dengan Sacré-Coeur, kitorang berjalan menuju ke Louvre Museum dan dalam setengah jam kitorang sampai di kawasan The Louvre. Memandangkan ramai sangat yang beratur untuk masuk ke Louvre Museum, kitorang decide untuk bergambar di luar Louvre Pyramid sahaja. Oh ya, lukisan Monalisa disimpan di dalam Louvre Museum – sebab tu ramai yang datang melawat. Selepas berhenti makan di Subway, kitorang meneruskan perjalanan berjalan kaki ke attraction yang berikutnya yakni Notre Dame Cathedral.


>Raksasa mengganas memijak Louvre Pyramid<


>Beberapa kali kitorang sesat sebab berjalan kaki<


>Inilah dia ahli rombongan berempat ke Paris<


>Tadaaa! Nampak tak Longchamp? Long!<


Notre Damn Cathedral merupakan sebuah gereja yang terletak di tengah Bandar Paris. Namun seni binanya adalah lebih kurang sama dengan gereja-gereja lain di sekitar Eropah yang pernah kitorang lawati. Selepas bergambar sekadar cukup di Notre Dame Cathedral dan area taman bunga di sekitarnya, kitorang segera bergerak ke Eiffel Tower yang terletak betul-betul di hujung dunia Paris sebelah lagi. Lagipun memang plan kitorang untuk spend lebih banyak masa di area Eiffel Tower. Memandangkan waktu tu hujan dan siang, kitorang agak kecewa bila sampai di Eiffel Tower sebab menara yang gah nie nampak seperti besi buruk sahaja. Kalau malam lainlah sebab ada lampu bagai tapi siang nampak agak kurang menarik. Tapi gambar still snap. LOL XD

Memandangkan cuaca yang agak kurang baik, maka pelancong tidak dibenarkan untuk naik ke Eiffel Tower tapi bagi kami berempat, dapat melihat Eiffel Tower dari jarak dekat sudah mengcukupi. Selepas penat bergambar sakan di Eiffel Tower, kitorang terus berjalan ke Arc de Triomphe yang terletak tidak jauh dari Eiffel Tower. Ketika di Arc de Triomphe, sempatlah juga aku merasa croissant chocolate asli daripada Paris. Memang sedap, memang gebu – amat berbeza dengan yang ada di London.


>Pernahlah jugak guna gambar nie as DP Facebook<


>Arc de Triomphe versi Paris<


>Memandangkan spring : so berbunga sikit<


>Selfie ketika berada di hadapan Notre Dame Cathedral<


>Sempat kitorang snap hasil lukisan pelukis jalanan di Paris<


Memandangkan agak jauh untuk kitorang berjalan kaki dari Arc de Triomphe ke Eurostar Train Station, maka kitorang decide untuk menaiki Paris Metro – sama seperi LRT di Malaysia. Kalau korang nak tahu, Paris nie takdalah bersih sangat. Once aku masuk ke dalam Paris Metro, terus boleh bau hancing kencing. Yurkkk! Memandangkan kitorang rushing mengejar train, tak sempat kitorang nak jejalan lagi jauh. Namun yang penting – Paris sudah ditawan dan attractions utamanya sudah dicover. Penting tu tau. Settle semua!! XD


*Sedar tak sedar dah nak dekat 5000 orang followers blog nie : dah nak masuk 3 tahun*
[Selamat bercuti dan selamat hari natal diucapkan buat semua : besok kerja balik]
    Related Posts with Thumbnails