My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, March 10, 2010

Kegilaan Shopping di London Bahagian Dua

Sebelum aku memulakan celoteh dan entri aku ini, aku ingin memberitahu kepada semua bahawa tarikh untuk contest poskad London dianjakkan ke depan yakni sehingga 15hb March 2010 yakni hari Isnin ini. Jadi sesiapa yang masih belum join dan berminat untuk join, adalah amat-amat digalakkan. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Sebabnya, aku yang akan belanja korang semua dan bukannya korang yang kena belanja aku. Sebab diawalkan tarikh tutup ialah kerana aku amat sibuk lagi dua minggu dan aku ada dinner penting nanti. Pastu, ada assignments yang bertimbun juga. So, sorry la yerk~!!


pengalaman shopping di london>Berpoyo di depan Harrods<


pengalaman shopping di london>Tengok-tengok : Jeans mahal harga murah<


Selepas itu, ramai yang minta untuk aku tulis bahagian kedua pasal shopping di London nie. Tetapi kalau boleh aku nak cerita benda lain dahulu. Asyik pasal shopping saja. Namun, aku nie seorang yang akur terhadap permintaan peminat (ahakz!!), jadi aku mengambil keputusan untuk menulis or menaip or mengarang or mereka (potong suku kata yang betul!!) part kedua shopping di London. Sesiapa yang masih belum lagi membaca bahagian pertama shopping di London, boleh membuat rujukan tambahan di sini yerk. Jangan risau, takkan ambil masa lama pun untuk baca. Macam biasa, kalau tak nak baca entri, baca tajuk tak per dah. Ngeh3!!

Sekiranya bahagian pertama shopping tu aku menekankan pasal informasi-informasi shopping di London, kali ini aku akan berkongsi pula pasal benda lain pula. Sebelum nie aku ada cerita pasal kisah tempat nak shoping, jenama yang ada, masa per yang sesuai untuk shopping dan macam-macam lagi. Tapi, untuk kali ini, aku akan berkongsi pula bagaimana aku mempraktiskan segala ilmu yang dah dituntut pasal shopping tu. Segala ilmu yang aku dah share dengan korang itu diaplikasikan kepada praktikal. Entri kali ini, aku akan membuat semua korang jeles dengan berkongsi pasal barang-barang yang aku dah beli di sini. Jeles!! Eh, tak jeles?! Jeles la wei~!!


pengalaman shopping di london>Rykiel Man kepunyaan personal aku<


pengalaman shopping di london
>Berlatarbelakangkan plastik bag Harrods<


pengalaman shopping di london>Resit membeli-belah yang aku simpan<


Gift Pertama : Perfume Rykiel Man by Sonia Rykiel Paris
Tempat Beli : Harrods London
Harga Asal : GBP 49.95 (RM 275.75)
Harga Aku Beli : GBP 14.95 (RM 82.25)
Penerangan : Ini adalah gift yang paling aku sayang dan paling aku suka. Eh jap, aku bagi nama gelaran gift sebab ini umpama gift kepada diri aku sendiri. Aku mendapat diskaun setinggi 70% untuk produk ini sebab aku beli semasa Boxing Day ataupun semasa Harrods buat sales potongan harga. Sebab aku punya wangian dah habis, so aku pun belilah yang ini dan ternyata memang aku bebetul berpuas hati dengan benda ini. Biasanya Harrods akan hanya memberi diskaun dalam sesetengah barang seperti anak patung dan wangian. Wangian inipun wangi dan yang paling penting ialah jenama yang popular. -_-"

Gift Kedua : Karrimor Aspen Boot
Tempat Beli : Sports Direct London
Harga Asal : GBP 79.99 (RM 439.95)
Harga Aku Beli : GBP 29.99 (RM 164.95)
Penerangan : Untuk stay di London, aku memerlukan kasut yang kalis air dan selesa serta tahan untuk keempat-empat musim. Asalnya aku hanya bawa kasut kain biasa daripada Malaysia dan aku rasa itu dah lebih dari cukup masa awal-awal. Tetapi, bila sahaja hujan, kasut itu akan basah dan aku punya stocking pun akan basah. Jadi, nak tak nak aku kena beli satu kasut yang tahan dan kalis air. Aku pun pergi ke Sports Direct sebab di sini, akan ada jualan sepanjang tahun dan diskaun saja tiap-tiap masa. Boot Karrimor ini aku dapat dengan diskaun 65% daripada harga asal. Memang produk yang amat bagus dan tahan sepanjang masa. Tak pernah basah pun dan kasut ini lah yang aku pakai dalam apa sahaja cuaca dan ketika. Tahan lasak dan tahan salji juga. Grip pun kuat. Eh, panjang la pulak. Macam jadi salesman lak. *Wink2!!*


pengalaman shopping di london>Boot Karrimor aku yang aku pakai sentiasa 24 jam<


pengalaman shopping di london>Nampak tak logo Karrimor tu?!<


pengalaman shopping di london>Beg jenama River Island aku<


Gift Ketiga : River Island Bag
Tempat Beli : River Island London
Harga Asal : GBP 30.00 (RM 165.00)
Harga Aku Beli : GBP 15.00 (RM 82.50)
Penerangan : Beg lama aku yang aku bawa dari Malaysia dah lusuh dan dah tiga tahun aku gunakan beg itu. So, aku buat keputusan untuk beli beg baru yakni yang branded sedikit. So, aku pun pergi beli beg jenama River Island ini ketika musim mengawan; eh silap, ketika musim Boxing Day. Memang kena betolak-tolak dan bersempit-sempitlah dengan orang yang ramai untuk dapatkan beg ini. Lagipun jenama River Island memang popular untuk para lelaki yang macho..errk..seperti aku kah?! Beg nie diperbuat daripada pelbagai jenis bahan dan memang tahan lasak serta tahan air hujan. So, boleh lah jadi payung part time aku!!

Gift Keempat : Clarks Rock Wall Active Air Shoes
Tempat Beli : Clarks Factory Outlet Portsmouth
Harga Asal : GBP 69.99 (RM 384.95)
Harga Aku Beli : GBP 10.00 (RM 55.00)
Penerangan : Mesti korang terkejutkan melihat betapa jauhnya beza antara harga sebenar dan harga aku beli. Ini adalah kerana aku beli kasut Clarks ini di Factory Outlet. Biasanya barangan yang dijual di factory outlet adalah jauh, jauh lagi murah kalau nak dibandingkan dengan yang dijual di kedai-kedai. Memanglahkan sebab barangan terus dari kilang. Tambahan pula, semasa aku datang situ, diorang sedang buat sales bersempena nak sambut Krismas. Lagilah murah jawabnya kan?! Bersyukur sahaja lah aku. Clarks kut. Kalau di Malaysia, mustahil teramat-amat sangat untuk aku beli. Huuu~~


pengalaman shopping di london>Kasut Clarks yang agak lusuh angkara cuaca<


pengalaman shopping di london>Stylish kan kalau ada gloves macam nie?!<


Gift Kelima : Lonsdale Leather Traning Gloves
Tempat Beli : Sports Direct London
Harga Asal : GBP 9.99 (RM 54.95)
Harga Aku Beli : GBP 4.99 (RM 27.45)
Penerangan : Ada dua tujuan aku membeli gloves yang sebegini rupa. Eh, korang paham tak "sebegini rupa" tu apa maksud aku?! Maksud aku ialah yang fingerless. Dua tujuannya ialah untuk menahan sejuk dan untuk berlagak macho : macho kot pakai gloves yang tak cover part jari. Tapi sejuk sedikitlah jawabnya. Macam biasa, barangan di Sports Direct memang murah dan sales sepanjang tahun. Barang-barang diorang umpama Mydin di Malaysia lah yakni dijual secara borong. Kualiti bukan macam Mydin di Malaysia la yerk. Ini gloves kedua aku mamandangkan gloves sebelum ini hilang sebelah. -_-"

Gift Keenam : Umbro Goalkeeper Gloves
Tempat Beli : Sports Direct London
Harga Asal : GBP 19.99 (RM 109.95)
Harga Aku Beli : GBP 4.99 (RM 27.45)
Penerangan : Aku membeli gloves goalkeeper memandangkan di sini aku biasa main bola sepak atau pun futsal dan posisi asal aku ialah sebagai goalkeeper. Tapi atas sebab-sebab tertentu (korang kena fikir positif sebab-sebabnya!!), aku ditukarkan kepada posisi penyerang belah kiri. Eh, lari tajuk la pulak. Barang-barang di Sports Direct memang original dan murah. Selain daripada itu juga, barang-barang sukan memang banyak dijual di sini dan kalau boleh setiap floor (dalam 7 floor) ada department masing-masing. So, korang boleh bayangkanlah betapa besarnya tempat jual itu!!


pengalaman shopping di london>Pernah digunakan semasa zaman kegemilangan GK<


pengalaman shopping di london
>Gold Arsenal Jersey yang original<

pengalaman shopping di london
>Nampak tak lambang Arsenal tu? Dah tunjuk dekat!!<


Gift Ketujuh : Gold Arsenal Jersey
Tempat Beli : Amoury Shops, Arsenal Emirates Stadium
Harga Asal : GBP 40.00 (RM 220.00)
Harga Aku Beli : GBP 15.00 (RM 82.50)
Penerangan : Untuk pengetahuan semua, jersey ini adalah original!! Mesti korang hairan kan macam mana aku boleh dapat dengan harga yang murah?! Aku dapat dengan harga yang murah sebab jersey Arsenal yang ini adalah yang last season punya. Jadi, untuk season ini diorang dah jual yang baru. Maka, jersey yang last season dijual dengan cut price. Aku langsung tak kisah season mana-yang penting aku ada jersey Arsenal yang original yang dibeli dari kedai di stadium Arsenal. Tapi, hari itu aku tak sempat nak letak nama kat belakang jersey. Tapi tak mengapa. Itu bisa diatur di Malaysia sih!!

Jadi, itulah sebahagian daripada great deals yang aku dapat sepanjang aku duduk di London. Kalau nak shopping dengan bijak, kena pastikan masa, waktu dan tempat yang sesuai. Sebenarnya banyak lagi barang-barang lain tetapi takkan aku nak list kan semua kan?! Coat yang aku pakai semasa pergi Manchester itu berharga GBP 31.35 dan baju yang aku pakai di profile picture aku adalah jenama Next dengan harga GBP 15.00 (harga asal ialah GBP 30.00). Kalau nak cakap pasal shopping nie, memang takkan habiskan sebab semua orang suka shopping. Aku pun dah banyak gila habis duit semasa shopping, terutamanya masa Boxing Day tahun lepas.


pengalaman shopping di london>Lihatlah berapa banyak shopping bag aku ada<


pengalaman shopping di london>Bersedia untuk berperang semasa Boxing Day<


Oh yer, kepada semua yang pergi mengambil result SPM, aku ucapkan selamat berjaya. Kalau ada antara korang yang nak tahu bagaimana aku semasa SPM dulu, bolehlah rujuk blog aku yang sebiji lagi. Selain itu, sesiapa yang ingin meminta tolong aku untuk nyatakan pendapat atau cadangan arah tujuan selepas SPM, juga boleh rujuk blog aku yang sebiji lagi sebab aku dah bagitahu bagaimana cara untuk korang contact aku. Silalah rujuk untuk kejayaan kita bersama. Eh, lupa nak bagi URL blog. Kat sini yerk!!


*Duit dah nak habis. Bila nak masuk elaun nie?!*
[Aku rasa dah lama aku tak perg membeli dan membelah~!!]

Sebelum, Semasa dan Selepas SPM

Sejak aku tulis pasal cerita seram semasa last entri, makin bertambah yerk follower aku dan sekarang dah mencecah angka 300 nampaknya. Aku hargai dan terima kasih bebanyak sebab sudi mengikuti blog aku yang tak seberapa ini. Aku hanya insan yang lemah (eh,ayat sastera skema lak~~) Ada yang minta aku untuk tulis kisah seram lain tapi mungkin lain kali kut dan bukan untuk kali ini. Lagipun, blog aku ini bukan sepenuhnya untuk koleksi-koleksi kisah seram yerk. Ngeh2!!

Aku dengar cerita yang besok result SPM akan keluar yerk?! Mesti ramai antara korang semua yang sedang cuak menunggu result SPM yang akan keluar itu kan. Takut tak?! Takut tak?! Wahaha!! Errrkk~~!! Mesti ada yang tak tidur malam dan mesti ada juga yang macam dah berserah dah. Walau apapon jadi, jangan buat perkara bodoh dahla. Mana tahu tertekan sebab result tak okay- ambil keputusan untuk makan tanpa henti di McD kan?! Jangan!! Anda ditegah. Tapi kalau belanja aku makan, anda digalakkan!!



pilihan selepas SPM>Logo MRSM Pengkalan Chepa<


pilihan selepas SPM>Pintu pagar depan MRSM Pengkalan Chepa<

Sebut pasal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukannya Syarikat Permainan Malaysia (SPM), aku teringat zaman muda-muda aku dulu. Eh kejap, tahun ini umur aku ialah 21 tahun. So, kira muda lagilah kan?! Aku ambil SPM aku di MRSM Pengkalan Chepa pada tahun 2006 yakni 4 tahun yang lepas. Result tu boleh la kata cukup-cukup makan dan akan aku bagitahu last-last nanti. Tapi, aku teringin nak berkongsi dengan korang semua pasal tiga situasi yang berbeza pasal SPM. Ini adalah pengalaman aku. So, pengalaman orang lain tu aku tak tahu lah macam mana. Tiga situasi itu ialah Sebelum SPM, Semasa SPM dan Selepas SPM. Jom kita scroll down~!!

Sebelum SPM

Semasa SPM, aku ambil sebelas subjek. Nak kena senaraikan ker?! Takyah lah kut. Korang boleh tanya aku personally kalau nak tahu. Di MRSM, tak boleh ambil banyak-banyak subjek dan paling maksimun pun adalah 12 subjek. Biasanya, orang normal akan ambil 9 or 10. So, akuboleh diconsider abnormal waktu itu. Jawapan skema sebelum SPM mestilah study, buat kerja rumah dan macam-macam lagilah. Aku pernah bertanding dengan kawan aku study daripada selepas isyak sampai Subuh non-stop selain daripada stop men kad terup jer. Selain itu, sebelum SPM gak, kitorang selalu buat solah hajat berjemaah. Yang hairannya, kalau tiada SPM, confirm wak wujudlah solat hajat tu. -_-"


pilihan selepas SPM>Fly semata-mata untuk roti canai<

Walaupun nak SPM, aktiviti seperti “Fly” pada waktu malam untuk pergi membeli roti canai dan berjaga tengah malam untuk tengok bola masih dipraktiskan. Barulah seimbang study dan social kan?! Mana boleh study sahaja. Nanti jadi gila lak!! Oh yer, sebelum SPM yang sebenar, mesti ada trial SPM kan?! Trial SPM MARA boleh diconsider antara yang tersusah tetapi ada kelemahannya jua pada masa itu. Kelemahannya ialah setiap subjek soalan adalah dibuat oleh setiap MRSM dari satu Malaysia yang dah ditetapkan. Jadi, masa inilah untuk berhubung dengan kawan-kawan MRSM lain untuk dapatkan soalan spot or bocor untuk Trial SPM MARA. Aku pernah buat satu list bab-bab yang akan keluar trial SPM MARA dan list tu sampai ke tangan Pengetua dan HEA. Selamat gak aku tidak tertangkap. Jangan bagitahu sesiapa tau~~

Alhamdulillah. Trial SPM aku dapat 7 A1 3A2 dan 1B4. So, aku bolehlah untuk apply temuduga beberapa agensi. Tapi semua tak lepas sebab aku main-main masa interview. Siap boleh buat lawak bodoh dengan tukang interview tu. Mesti dia frust aku rasa. Sebelum SPM juga, aku pergi meminta maaf dengan cikgu-cikgu semua dan minta dihalalkan ilmu semualah. Yang tak tahannya, contohnya; Pagi hari ini minta maaf, petang besok confirm dah start mengumpat dan memangkah cikgu semula. Macam manalah nak berkat ilmu kan. Cikgu, minta maaf semua yerk. Nanti saya belanja makan tom yam kat kedai saya selalu pergi “fly”. Eh, korang tahu tak istilah “Fly” nie?! Kalau tak tahu, nanti tanya aku. Aku akan tolong jawabkan~!!.


pilihan selepas SPMpilihan selepas SPM>Dua-dua cilok dari Google : Good luck everyone!!<

Semasa SPM

Biasalah semasa SPM, mestilah kena jawab soalan kan?! Tetapi yang paling aku ingat pasal semasa aku jawab SPM ialah ketika peperiksaan Matematiks Kertas 2 yang kalau tidak silap aku, masa yang diperuntukkan ialah 2 jam. Tetapi, aku menggemparkan dewan peperiksaan dengan menyiapkannya dalam masa 25 minit dan tempoh masa 25 minit itu juga adalah termasuk sekali dengan aku check beberapa kali. Aku pun angkat tangan dan yang tukang jaga peperiksaan tu datang kearah aku. Aku pun bagitahu dia yang aku dah siap dan nak hantar. Dia macam terkejut dan betul ker awak nie?! Aku cakap “Betullah!!” Dia ingat aku buat lawak bodoh ker. Aku pun hantar kertas peperiksaan itu. Tempat duduk aku adalah yang paling depan. So, aku berjalan daripada depan dewan sampai pintu keluar kat belakang. Semua pakat tengok saja. Bangga pun ada, poyo pun ada. Aku balik bilik dan terus rivise untuk kimia selepas itu.

Aku tahu dan yakin sangat yang semasa korang menjawab soalan SPM itu, mesti ada aktiviti sampingan yang korang buat kan?! Antaranya ialah meniru jawapan orang lain, memberi tiru jawapan kepada orang lain, tidur, makan?!, minum air, lukis kartun, nyanyi dan macam-macam lagilah. Banyak sangat free time masa jawab exam tu. Kalau nak keluar awalkan, takut orang cakap poyo dan takut banyak lagi jawapan salah. Last-last, buatlah segala aktiviti sampingan itu. Aku pun selalu juga macam itu. Kalau terasa bosan menjaab soalan, aku akan tengok ke luar. Fikir nak pergi mana selepas ini. Nak tidur or apa?! Nak makan or fly ker?!!


pilihan selepas SPM>Sony Ericsson 750i yang kena cilok masa hari result SPM<

Selepas SPM

Selepas SPM, confirmlah disambut dengan riang ria umpama result dah dapat kan?! Terus duk kutuk cikgu, terus bakar sekolah (erk??!!), terus buat macam-macam lah lagi. Padahal result tak keluar lagi dan macam-macam boleh berlaku. Aku selepas SPM memang bersorak gak la. Selain daripada itu, aku melakukan satu benda yang bebudak baik macam aku ini tidak patut buat. Itu ialah melukis grafiti di bangunan sekolah. Dah lama aku tak pergi MRSM Pengkalan Chepa. Entah ada or tidak lagi hasil karya aku itu. Dahla lukisan grafiti aku itu menghala or memandang ke arah rumah ketua warden. Tapi tak per, aku tahu dia tak kisah sangat dengan aku nie!! o.O

Aku dapat result pada bulan Februari 2007. Aku bertolak pagi dari Kuala Terengganu dengan menaiki bas dan sampai ke sana pada jam 10 pagi. Aku dapat keputusan 9 A1 dan 2 A2. Kira okaylah sebab takda B langsungkan?! Selepas dapat result dan sibuk compare dengan kawan-kawan, aku pergi lepak Kota Bharu. Yang sedihnya, semasa aku pergi ambil wuduk untuk sembahyang, aku punya phone baru yang hanya berusia 3 bulan kena curi. Spoil tullah!! Dahla hari happy terus jadi sedih. Balik rumah aku di Kuala Terengganu, aku kena bebel dengan parents dulu. Pastu barulah diorang tanya macam mana result aku. Adoi2!! Selamat dapat phone baru 5 bulan selepas itu hasil daripada duit kejayaan SPM.


pilihan selepas SPM>Cari aku untuk pertanyaan di Gmail yerk<



pilihan selepas SPM>Penaja aku sekarang dan akan datang<

Arah Tujuan Selepas SPM

Selepas dapat result, aku pun applylah beberapa scholarship dan tajaan untuk sambung belajar. Alhamdulillah lagi sekali, aku ditawarkan untuk sambung dalam bidang Accounting and Finance di luar Negara di bawah tajaan PETRONAS. Kisah pasal aku di luar negara, macam biasa, boleh rujuk blog aku yang lagi satu yerk. Tapi yang penting, aku terasa yang segala usaha dan lelah keringat aku berbaloi selama ini. Masa itu memang tiada arah tujuan dan tak tahu nak buat apa-apa langsung. Tak tahu mana nak rujuk, tak tahu mana nak buat pilhan, tak tahu mana yang terbaik dan tak tahu banyak benda lagilah. Semuanya aku usaha dan cari sendiri. Dahlah budak kampong kan!! ^..^

Aku tahu yang apabila result SPM keluar besok, korang akan tertanya-tanya mana pilihan yang terbaik. Mana nak sambung study. Mana nak apply. Apa yang terbaik dan apa yang patut dielakkan. Bagaimana untuk mengarang CV. Bagaimana untuk berjaya di dalam interview dan macam-macam lagilah. JADI, aku tampil di sini untuk membantu sekadar termampu aku bagi sesiapa yang mungkin ada persoalan ataupun rungsing pasal result SPM ini. Korang boleh tanya sahaja apa yang korang nak dan aku berlapang dada untuk menjawab dan membantu korang sebaik dan seadanya. Aku akan cuba untuk tolong korang mencari jalan terbaik untuk semua. Korang samada boleh tinggalkan komen di entri ini ataupun cara yang lagi baik yakni mail jer aku terus di llonghaffiz@gmail.com Tanggungjawab aku untuk membantu anak bangsa!! [Chewah!! Poyo jer lebih!!]

    Related Posts with Thumbnails