Ngantuknya aku rasa walaupun aku dah tidur sekejap petang tadi. Memandangkan cuaca makin panas dan siang nampaknya dah makin panjang, aku mula untuk membuat aktiviti aku semasa zaman aku di Malaysia dulu yakni tidur petang. Memang best tul tidur petang tapi kalau lama sangat memang melampaulah. Kadang-kadang kepala boleh jadi nenong jap. Oh yer, last entri aku cakap nak tulis pasal Greenwich kan? Tetapi atas sebab-sebab tertentu, entri itu ditangguhkan dahulu memandangkan aku tak berapa nak sihat sekarang nie. Huuu~~
Sekarang nie aku sudah mula usaha-usaha murni aku untuk study. Tapi kekadang memang langsung tiada mood nak study. Bila nak start study jer, mesti akan datang rasa mengantuk. Nak start study jer, terus rasa macam sakit perut. Dan yang paling tak bestnya, bila nak start study sahaja, terus rasa lapar. Nak tak nak, still kena keluar pergi beli makanan. Adoi! Entah bilalah aku nak betul-betul start study nie. Apapon, entri kali ini aku akan membuat korang berasa bangga dengan Malaysia. Kadang-kadang benda yang best di Malaysia tetapi benda tu takda pon di London. Apakah ia?! Jom layan~!!
1. Kedai Mamak : Kalau di Malaysia, aku memang selalu pergi lepak di Kedai Mamak. Kadang-kadang, sampaikan mamak tu dah boleh hafal aku nak order apa. Menu biasa aku di kedai mamak ialah nasi goreng mamak, teh o ais dengan teh tarik. Pergh!! Masyuk siot! Aku target memang aku balik nanti, aku akan pergi kedai mamak on the spot. Kalau di London, mana ada kedai makan yang bukak sampai lewat malam. Yang buka hanyalah bar sahaja. Takkan aku nak pergi bar tu dan cakap kat dia "Bai, nasi goreng mamak satu!" Mahunya jadi pelik pula kan nanti. Apa-apapon, memang aku rindu sama itu mamak!! T___T
>Baju ada. Kasut ada. Macam-macam ada!!<
2. CD Cetak Rompak : Ini pun aku amat respek dengan Malaysia. Kadang-kadang cerita baru nak tayang di panggung wayang tapi CD dah ada dijual di pasar malam. Dengan harga RM 5.00 sekeping dan aku boleh simpan untuk selama mana yang mungkin, itu memang amat berbaloi. Kalau di London, mana nak ada CD pirate nie. Nak tak nak, kena tengok kat wayang kalau cerita baru. Nak tunggu DVD keluar, dalam beberapa minggu pula. Harga DVD pun boleh tahan mahal juga. Memang sah aku takkan layan any movie di sini. Tapi tak mengapa. Tunggu aku balik Malaysia nanti, aku borong semua CD pirate movie-movie baru di pasar malam. Tunggu aku abang pasar malam!! Ngeh3!!
3. Harga yang murah : Memang obvious yang teramat sangat bahawa barang-barang di Malaysia adalah jauh lagi murah berbanding di London. Kalau korang nak tahu, aku di London kena bayar cukai television memandangkan aku selalu layan bola menggunakan internet. Sampai macam tu sekali kan?! Kalau di Malaysia, mana ada cukai-cukai benda macam nie. Korang semua patut bersyukur dengan harga yang boleh diconsider murah di Malayia -berbanding aku yang berada di sini. Kadang-kadang tu, nak pergi beli kebab yang harga dalam GBP 3.40 pun fikir panjang-panjang dan hanya beli kalau betul-betul lapar. Laparnya!! -_-"

>Ayam goreng pasar malam berharga RM1.00 memang yang terbaik<
4. Barang Bundle : Kalau di London, jangan harap nak jumpa pakaian-pakaian bundle ataupun barang-barang yang terpakai. Memang ada wujudnya car boot sales yang menjual pakaian-pakaian terpakai tapi tak sebesar di Malaysia. Kalau aku di Malaysia, memang aku selalu pergi beli pakaian-pakaian yang cantik di bundle dan harga pun boleh tahan. Tapi kalau di sini, nak tak nak kena pergi beli pakaian-pakaian yang berjenama sebab itu sahaja pilihan yang ada. Kalau korang datang melancong, memanglah tak mengapa tetapi aku yang duduk di sini memang terseksa dengan living cost yang tinggi.
5. Indon : Aku akui yang kalau di London nie memang banyak masyarakat-masyarakat antarabangsa. Ada Pakistan, Bangla, India dan macam-macam lagilah. Tetapi berbeza dengan Malaysia, di sini tiada Indon. Kadang-kadang aku pun boleh rindu kat Indon ini semua. Kalau di Malaysia, keluar sahaja ke Masjid Jamek dan Pasar Seni, terus aku terasa seperti aku berada di Jakarta ataupun Bandung. Tetapi di sini aku tak pernah pun jumpa Indon. Kenapakah Malaysia menjadi tempat tumpuan Indon? Adakah kerana terlalu banyak pilihan pekerjaan sebab rakyat Malaysia tak nak?! Korang ada jawapannya!!
Bercerita tentang Malaysia nie, memang aku rasa bebetul rindu dengan Malaysia lah. Nanti balik Malaysia, benda pertama yang aku confirm target ialah kedai mamak dengan pasar malam. Kalau boleh, nak borong semua makanan yang ada di pasar malam memandangkan menahan lapar di London selama setahun kan?! Apapun, sebelum aku balik ini, ada cabaran dan dugaan yang kena aku hadapi dulu yakni exam. Argh2!! Siapa nak tolong aku jawab exam?! Cepat angkat tangan. Cepat!!
*Segmen Exchange Link dan Iklan di Blog sudah diupdate setiap masa : sila check!*
[Baru sahaja langsai membeli beg kulit Lorenz untuk ibu yang tersayang]






