Pening! Sakit kepala! Nak muntah! Adakah aku dah mengandung sebab itu menunjukkan simpton-simpton aku dah ada baby?! Tidak!! Aku lelaki la wei. Aku sekarang duduk tengah pening dengan banyak nota yang nak kena cover. Mathematics, Accounting dan Economics sudah dicover untuk kali pertama. Sekarang ini aku sedang untuk cover ketiga-tiganya untuk kali kedua dengan agak mendalam. Selepas itu, baru aku akan cover Statistics yakni subjek terpayah sebab aku selalu tidur di dalam lecture. Eh bukan, selalu terponteng lecture. Huuu~~
Selain itu, aku juga pening memikirkan bab-bab self hosting dan juga domain. Entah macam mana semalam, aku tetiba teringin nak ada domain dan self hosting aku sendiri. Selepas duduk fikir dan research berjam-jam, memang aku sedar yang aku tak pandai nak control self-hosting sendiri. Ada banyak sangat bahasa IT yang aku tak reti langsung. So, aku decide maybe aku akan ambil domain sahaja dan teruskan guna blogger sebagai hosting. Nak guna wordpress?! Malas juga nak belajar walaupun korang cakap senang. Aku takda masa nak belajar. Terima kasih kepada diorang ini sebab sudi menjawab berjuta soalan-soalan aku semalam : Amir, Bluedianthus, Areev, Cikmin dan Ieyra. Mungkin aku akan beli domain sendiri melalui blogger untuk menyenangkan hidup aku. Jadi, anyone ada cadangan nama web baru aku?! Anyone bagi idea please~!!
Seperti yang dijanjikan, kali nie aku akan tulis entri pasal Greenwich. Siapa tahu pasal Greenwich?! Kalau tak tahu, meh aku story serba sedikit mengenai Greenwich ini. Greenwich terletak di London dan boleh diconsider di dalam Zone 3 ataupun Zone 4. Senang cerita, ia berada di agak hujung-hujung Greater London. Kalau korang ingat, aku ada tulis entri pasal naik boat sebelum nie kan?! Naik boat itu adalah bertujuan untuk ke Greenwich la. Kalau korang tanya aku, apa yang menarik di Greenwich : jawapannya ialah tiada apa-apa yang menarik. Seriously, aku sendiri pun tak tahu kenapa ramai sangat yang nak pergi Greenwich. Tapi, ada satu benda special pasal Greenwich. Nak tahu?! Teruskan baca. Ngeh2!!
Di Greenwich, ada garisan Greenwich Meridian. Di sini terletaknya garisan yang mana longitud adalah 0. Maknanya garisan itu yang menentukan waktu dan masa korang. Contoh di Malaysia ialah +8 kan?! Biasa korang tengok benda ini kalau nak set masa international. Jadi, zon waktu adalah berlandaskan kepada garisan Greenwich Meridian ini. Maknanya, di sebelah garisan ini adalah pm dan di sebelah lagi adalah am. Paham tak? Contoh kalau di sebelah kanan garisan adalah pm (past meridian), maka di sebelah kiri garisan ialah am (ante meridian). Kira macam tu lah perkiraannya. Senang dan mudah nak paham penjelasan aku kan?! Apapon, aku bukan nak tulis pasal theori meridian yerk. Aku hanya nak share pengalaman 2 jam di sana.
Sebenarnya, itu sahaja benda yang menarik di Greenwich. Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi memandangkan di situ memang tiada apa-apa. Muzium memang banyak tapi not my taste. Aku pergi sana hanya untuk sejam lebih dan terus balik. Aku post entri ini pun memandangkan aku sudah berjanji nak kasi cerita pasal Greenwich kan?! Seriously aku cakap : memang entri ini akan menjadi agak pendek. Walaubagaimanapun, aku berkongsi beberapa gambar yang aku tangkap dan berposing poyo di sana. Yang penting, kalau ada orang tanya samada aku pernah sampai Greenwich ataupun belum, aku boleh dengan bangganya menjawab yang aku sudah sampai ke sana. Hanya untuk cukup syarat seorang yang stay di London. ^_^
>Di depan bangunan The Observatory Greenwich<
Sebelum aku minta diri, aku mahu berkongsi satu cerita mengarut dengan korang semua. Camnie kisahnya : Di dalam keretapi, ada tiga orang pemuda yakni seorang Melayu, seorang British dan seorang Indon. Si British nie makan epal dan selepas gigit sekali, dia terus buang epal itu ke luar tingkap. Si Melayu dan Si Indon pun bertanya kenapa. Dia menjawab "Di negara saya ada banyak epal. Jadi, saya tak kisah". Kemudian, Si Indon itu pula hisap rokok dan selepas hisap beberapa kepul, dia buang rokok itu. Si Melayu dan Si British pun bertanya kenapa. Dia menjawab "Di negara saya pula ada banyak rokok. Jadi saya pun tak kisah". Selepas itu, Si Melayu pun angkat Si Indon dan buang dia melalui tingkap. Si British kehairanan dan bertanya kenapa. Si Melayu menjawab "Di negara saya ada terlalu ramai Indon. Saya tak kisah kalau kehilangan seorang."
Ayat dan soalan terakhir : Siapa mahu join aku makan nasi putih dan kicap SAHAJA?! Tiada ayam, tiada daging, tiada ikan dan tiada sayur. Hanya nasi putih dan kicap untuk makanan aku hari ini. T___T Lagi satu, minta maaf juga sebab entri ini ditulis dalam keadaan emosi tidak stabil. If you can see it from my point of view, you're going to understand my situation, dear. T___T (Jangan sesiapa berani komen dan tanya aku pasal dua ayat terahir. Aku sekeh kepala kan! Wakaka!!)
*Sorry entri yang agak pendek dan kurang menarik kali ini*
[Idea untuk domain baru diperlukan : Bagi cadangan yang ganas-ganas skit]






