My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, May 18, 2010

Galeri Gambar Retro Satu : Potrait Zaman Muda

Kebelakangan nie bila sahaja aku menulis pasal entri baru, mesti entri aku ada kaitan dengan exam dan study kan?! Untuk meredakan sedikit ketegangan aku nak exam subjek killer besok yakni Economics, entri kali ini aku takkan berbicara pasal exam aku. Kita lari daripada tajuk common sedikit sekali sekala. Untuk kali nie, aku nak share beberapa gambar aku semasa zaman retro masa muda-muda dulu. Semua gambar nie aku bahagikan kepada dua galeri yakni galeri berkisarkan dengan gambar potrait dan galeri berkisarkan student life. So, untuk galeri gambar potrait, inilah entrinya!! ^_^


gambar retro menarik>Gambar Potrait pada tahun 1950<


gambar retro menarik>Yang nie pulak semasa aku di tahun 1960<


gambar retro menarik>Gambar skema sedikit : Tahun 1966<


gambar retro menarik>Zaman Pop Yeh Yeh : Waktu nie tahun 1970<


gambar retro menarik>Memang hensem tul aku semasa tahun 1976 nie<


So, macam mana selepas tengok separuh daripada gambar-gambar itu semua?! Terpegun dengan kehenseman aku semasa zaman retro dahulu kala ker?! Biasalah. Masa itu gambar-gambar semua masih lagi dalam keadaan hitam putih dan takda gambar kaler-kaler macam korang semua sekarang. Dahulu guna kamera yang besar tu tapi sekarang dah ada kamera digital lagi. Semua gambar-gambar ini aku tangkap masa nak ambil gambar untuk potrait buku tahunan sekolah. Alright!! Aku tipu sahaja!! Semua gambar ini aku ambil dengan menggunakan pengeditan internet dan komputer. Ngeh3!! Teringin mahu tahu?! Baca last perenggan!!


gambar retro menarik>Gambar nie memang agak lawak : Tahun 1978<


gambar retro menarik>Dua tahun selepas gambar sebelum nie : Tahun 1980<


gambar retro menarik>Yang nie pulak style rambut panjang di belakang : 1988<


gambar retro menarik>Ala-ala gaya hip-hop negro pada tahun 1992<


gambar retro menarik>Dah makin dekat dengan tahun 1996 : Rambut gaya kemas<


gambar retro menarik>Aku di Era Millenium : Nie gambar yang paling aku suka<


Aku yakin yang mesti ramai antara pembaca semua tahu bagaimana aku boleh menghasilkan gambar-gambar sebegitu?! Menggunakan Adobe Photoshop?! Tidak! Aku tak pandai guna Adobe tapi aku buat semua ini dengan hanya menggunakan satu website di internet. Aku amat yakin yang korang semua mesti tahu apakah website tersebut kan?! Sekiranya tidak tahu, nanti aku bagitahu besok yakni segmen kedua galeri gambar retro : berorientasikan kehidupan sudent pulak. Apa-apapon, aku nak kena sambung study nie. Teruskan menikmati gambar-gambar zaman retro aku masa muda-muda nie. *muehehe*


*Sekali sekala share gambar zaman muda-muda dengan korang*
[Aku nak kena sambung study : Sorry for the short entri : Tinggalkan komen yerk!!]

Hidup di London : Langsai Hari Pertama Exam

Alhamdulillah. Exam pertama aku (Accounting) sudah pun lepas dengan agak okay pagi tadi. Waktu sekarang adalah tengah malam di London dan exam yang seterusnya adalah lusa. Maksudnya aku ada satu hari yakni besok untuk study betul-betul untuk peperiksaan lusa : modul economics. InsyAllah aku cuba untuk buat yang terbaik dan buat preparation di paras yang aku termampu sedaya upaya. Aku harap korang semua akan terus-menerus mendoakan kejayaan aku di dalam musim exam nie. Oh ya, jom aku cerita pengalaman exam hari ini. Ada yang suka dan ada yang duka!! -_-"


persediaan menghadapi exam
>InsyAllah : Aku akan cuba maintain di jalan yang boleh success<


Aku bangun tidur pada pagi tadi dalam pukul 5.15 pagi dan terus sembahyang subuh. Selepas itu, aku golek-golek kejap atas katil sampailah pukul 6.00 pagi. Aku mandi lama jugak pagi tadi dan terus bersarapan dengan nasi putih. Sementara tunggu pukul 8.30 pagi untuk pergi ke LSE, sempatlah aku membuat revision yang ringan-ringan dan layan kartun nasyid jap. Apabila tiba waktunya, aku bertolak ke LSE dengan member aku, Zaki. Sesampainya di dewan peperiksaan, aku tengok ramai betul orang dan most of them semuanya dalam keadaan cuak. Aku yang dah memang cuba untuk tenangkan diri daripada pagi pun menjadi cuak jugak. Ada yang tanya aku a bit about accounting dan aku jawab seadanya. InsyAllah aku mampu~!!


persediaan menghadapi exam>Inilah kertas soalan AC100 Accounting tadi<


persediaan menghadapi exam>Accounting sudah pun langsai : Ada tiga lagi menunggu<


Peperiksaan bermula pada jam 10.00 pagi : 3 jam peperiksaan dan 15 minit reading time. Reading time ini adalah masa diperuntukkan untuk students tengok-tengok soalan dan draft apa-apa yang patut di atas kertas soalan. Tetapi tidak dibenarkan untuk menjawab. Aku isi nombor angka giliran aku, nombor meja dan subjek or modul peperiksaan di atas kertas jawapan. Masa dia bacakan arahan, aku follow dan turuti perlahan-lahan. Phone kena off dan letak di bawah meja. Aku tengok soalan exam accounting aku tahun nie, most of them adalah yang berkaitan dengan teori, perbincangan dan juga explanation. Maknanya kena banyak menulislah dan aku memang tak suka ini!! TT__TT

Kebanyakan soalan yang aku pilih untuk jawab adalah yang berorinetasikan pengiraan dan bukannya yang berorientasikan teori sebab aku memang lemah bab-bab teori nie. Lagipun penat nak menulis. Aku jawab enam soalan Section A (soalan pendek), 1 soalan Section B (soalan panjang) dan 2 soalan Section C (soalan semi-panjang). Seriously, 3 jam yang diperuntukkan memang langsung tidak mengcukupi. Aku menulis, menekan kalkulator dan mengira non-stop dan hanya berhenti sekali-sekala untuk regangkan urat-urat tangan yang keletihan. Aku yang rasa nak kencing dalam sejam sebelum exam nak habis sanggup tahan kencing sebab taknak terlepas masa walaupun seminit untuk menjawab. Non-stop dan amat penat : padahal pagi tu aku dah minum satu botol minuman energy untuk memberi stamina. Namun, aku push juga. Push! Push!!


persediaan menghadapi exam>Pandangan depan : Pakaian aku untuk pergi exam tadi<


persediaan menghadapi exam>Pandangan Belakang : Gaya macam model la pulak<


Nak dijadikan ceritanya, semasa tengah exam, phone member aku berbunyi alarmnya. Lama jugaklah berbunyi dan terus kena rampas dengan pemeriksa. Kesian jugak aku tengok. Entah dia dah dapat belum balik handphone dia tu. Oh ya, aku jawab hampir semua soalan yang aku pilih tetapi untuk soalan-soalan yang teori ataupun perbincangan, most of it aku just reka-reka ataupun tulis apa sahaja yang bermain di minda. Tak sempat nak berfikir langsung, tangan terus-menerus menulis sambil otak berjalan dengan rancak. Bebetul penat kan kalau korang bayangkan?! Aku percaya korang boleh bayangkan keadaan aku waktu tu. Ngeh3!!

Selepas exam habis, aku belek-belek kertas jawapan untuk pastikan tidak tertinggal mana-mana part kosong. Kalau ada part kosong, aku tulis apa sahaja yang aku rasa logik. Aku ikat kertas jawapan dan serah kepada pengawas peperiksaan. Pastu, baru aku sedar yang aku terlupa nak tulis nombor soalan yang aku jawab di hadapan kertas jawapan aku. Aku cuba untuk minta paper aku balik tetapi aku pulak yang kena tengking. Cuak jugak takut-takut effect markah kalau tak tulis nombor soalan tu. Nasib baik di dalam kertas jawapan, setiap soalan aku tulis dengan jelas. Selepas balik hall, aku terus maill Course Assistant aku untuk bertanya mengenai kes nie dan jawapan beliau aku print screen di sini :


persediaan menghadapi exam>LSE NAB : Tempat aku menduduki peperiksaan tadi<


persediaan menghadapi exam>Feedback daripada course assistant aku : Tekan untuk pembesaran<


Kiranya tiada effect apa-apalah dari segi permakahan. Harap semuanya berjalan dengan lancar daripada pemeriksaan sehinggalah result keluar. Aku harap examiners yang periksa paper aku tu adalah yang jenis lembut hati dan tak kisah sangat. (Aminn~~) Kalau dapat yang tegas, mahunya naya aku. Dahla tulisan aku dah macam hampeh pada saat-saat akhir sebab dah betul-betul penat dan nak kejar masa lagi. Seriously amat exhausted. Selepas aku balik hall dan sembahyang Zuhur, aku terus tidur. Tiga jam aku tidur dan bangun-bangun, dah pukul enam petang. Selamat tak terlajak jer. Sekarang aku masih lagi dalam proses untuk recover myself dan bersedia untuk next exam. Doakan aku korang semua yerk!! ^_^


*Satu sudah langsai : Three more to go!!*
[Aku sudah berusaha sedaya upaya : Kepada Ya Allah aku berserah seadanya]
    Related Posts with Thumbnails