My Followers Who Follow My Blog

Monday, May 31, 2010

Eksklusif : Gambar & Video di Sekitar Demonstrasi Terhadap Israel di London!!

Pagi tadi aku dikejutkan dengan mesej daripada Presiden Islamic Society LSE (Talha Ghannam) yang berbunyi "Israel has attacked the ships carrying humanitarian aid to Gaza, killing at least 10 activists and injuring more than 60. EMERGENCY DEMO : 2pm Monday 31st, outside 10 Downing Street (Westminster Station)" Aku pun on the spot terus bukak laptop dan sebarkan berita ini kepada rakan-rakan aku di Twitter dan Facebook. Sekurang-kurangnya aku membuat sedikit contribution terhadap penentangan kepada tindakan kejam Israel terhadap activists.


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Saat aku mula-mula sampai sini<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Semua orang memegang banner masing-masing<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Semuanya diadakan dengan aman dan tanpa kekerasan<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Ada polis yang berkawal ketenteraman<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Media berada di mana-mana sahaja<


Demonstrasi Terhadap Israel di London
>Perlu ker menutup muka?! Banggala wei!!<


Untuk sesiapa yang belum tahu, tentera rejim Zionis telah menyerang kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa 10 ribu tan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Konvoi yang mula berlayar dari Cyprus semalam itu terdiri dari lebih 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah. Setakat jam 3.00 petang tadi waktu London, aku mendapat tahu bahawa hampir 20 orang telah terbunuh. Selain itu, ada dua belas orang Malaysian menyertai gerakan nie. Aku mengambil tindakan pantas dengan menyebarkan semua events, fan page, group dan segala macam jenis cara dalam usaha memberitahu dunia mengenai kekejaman Israel nie. Penuh Facebook dan Twitter dengan muka aku hari ini. -_-"


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Laki dan perempuan semua ada<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Nampak tak apa yang ditulis tu?! Sila baca!!<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Di sekitar demonstrasi di London<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Lagi gambar disekitar kawasan demonstrasi<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Arab-English-Bangla-Melayu : Semua ada!!<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Pelbagai society dan NGO mengambil bahagian<


Aku dengan pantas sembahyang Zuhur tadi dan terus bergerak ke House of Parliament yang mana terletaknya tempat demonstrasi itu di adakan. Aku rasa hampir mencecah ribuan orang dan kebanyakan mereka juga adalah terdiri daripada pihak media. Jeritan "Free Gaza!", "Free Palestine!", "We Want Freedom!" dan "Viva Viva Palestine!!" kedengaran memenjakkan bumi London. Dijangkakan jeritan dan sahutan itu boleh didengari dalam radius 2-3 kilometer. Semasa di sana, aku terjumpa dengan ramai Malaysian. Salah seorangnya adalah pelajar PhD di Reading University. Menurut beliau, sepupu beliau adalah salah seorang yang menyertai konvoi kemanusiaan ke Gaza.


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Tentangan, sahutan dan jeritan terus-menerus<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Cameron dan Clegg diminta bertindak segera<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Eh, itu aku!! Nampak rambut sahaja<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Penat berada di centre : Aku keluar ke bahagian luar<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Ucapan oleh salah seorang pemimpin NGO<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Aku cuba untuk menyeludup ikut belakang pentas<


Selepas itu, pelbagai ahli-ahli politik dan wakil-wakil NGO berucap mengatakan ataupun berkongsi kencaman mereka terhadap tindakan kejam Israel nie. Mereka meminta Kerajaan Gabungan David Cameroon dan juga Nick Clegg melakukan sesuatu untuk membanteras tindakan-tindakan nie. Media-media antarabangsa memenuhi ruang legar House of Parliament sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas. Pelbagai bangsa dan kaum bersatu padu termasuklah warga Yahudi sendiri bersatu padu menyatakan kencaman mereka.


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Gambar dari atas pentas<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Betapa ramainya yang melakukan kecaman<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Bersiap sedia untuk menyediakan banner<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Golongan Yahudi turut mengambil bahagian<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Mereka turut menyuarakan pendapat mereka<


Demonstrasi Terhadap Israel di London>Dapat tak korang baca apa yang ditulis di situ?!<


Demonstrasi Terhadap Israel di London
>Aku mula beransur-ansur untuk mengundur diri<


Dipercayai mereka akan berarak ke Kedutaan Israel untuk menyerahkan referendum. Aku terpaksa bertolak balik awal kerana ada benda yang lebih penting untuk disettlekan. Aku juga ada merakam beberapa gambar dan video dengan menggunakan blackberry aku untuk perkongsian dengan korang semua. Inilah hasilnya ketika demonstrasi menentang kekejaman Israel di Gaza. Oh ya, sekiranya tidak silap aku, besok akan diadakan demonstrasi besar-besaran di Malaysia. Ini aku tidak pasti. InsyAllah korang boleh Google. Sebarkan kisah nie. Bekalkan saudara-saudara kita di dalam konvoi itu dengan segala jenis ibadah dan doa yang mampu kita lakukan. Ya Allah, berikanlah mereka kejayaan!!


>Video Rakaman Satu<


>Video Rakaman Dua<


>Video Rakaman Tiga<



*First time aku menulis entri dengan penuh keseriusan*
[Seribu kemaafan sekiranya entri ini tidak semenarik sebelum nie]

Sunday, May 30, 2010

Duit Dua Juta Percuma

Pagi tadi secara tidak sengajanya aku terbangun lambat yakni pada jam pukul 10.30 pagi. Asalnya plan nak hantar member aku tiga orang balik Malaysia dan nyaris-nyaris aku terlepas nak jumpa diorang. Luckily aku sempat jugak untuk jumpa dan hantar diorang di Heathrow tadi. Melihat kengkawan semua dah mula berdusun-dusun balik ke Malaysia, bilakah pulak turn aku yerk?! Mungkin lambat lagi rasanya sebab ticket yang agak lambat. Sabar sahajalah menuggu tarikhnya tiba. Kita countdown ramai-ramai : but still tarikh itu tetap dirahsiakan. Ngeh3!! Taknak bagitahu korang!! *muehehe*


Duit Dua Juta Percuma>Dua juta?! Takderlah. Jumlah yang nie RM 12k<


Sepanjang aku dalam musim exam hari itu, aku menerima berpuluh-puluh tag dan award. Tapi macam keterlaluan lah pulak sekiranya aku ingin buat satu entri untuk setiap tag itu semua. Untuk tidak menunjukkan bahawa aku lupa dengan janji aku, maka aku akan cuba untuk langsaikan semua tag itu. Kepada member-member semua yang memberi aku tag dan award itu, segala nama korang sudah dicatatkan di entri sebelum nie. Ini bagi membolehkan aku tidak terlepas pandang nama korang yang bersemangat memberi "hadiah" ini kepada aku. Syukran Jazilan dan Jazakallah Khair kepada semua yerk. Jom kita tengok : tag mana yang aku pilih yerk?! ^_^


Duit Dua Juta Percuma>Sekolah rendah ku tiada padang<


Duit Dua Juta Percuma>Kalau dapat dua juta, mahu tingkatkan hidup family<

Antara banyak-banyak wasiat, tag dan juga award yang aku dapat, aku memilih untuk menulis mengenai satu tag yang diberi nama tag dua juta. Sebab aku yang menulis entri nie, maka aku nak ubah sedikit syaratnya yerk. Di dalam tag nie, aku kena senaraikan apa yang ingin aku buat ataupun aimkan sekiranya aku berjaya mendapat duit sebanyak RM 2 juta nie (kan best kalau dapat 2 juta pound.) Memandangkan korang semua tak tahu mengenai impian jangka pendek dan panjang aku, maka ini merupakan salah satu cara untuk share impian aku dengan korang semua. Kalau dapat dua juta ringgit, aku mahu :

1. Aku teringin untuk membeli tanah aku sendiri di Terengganu. Mungkin dalam ukuran satu or dua ekar. Di atas tanah itu, aku ingin membangunkan satu servis yakni servis futsal. Aku ingin jadikan itu sebagai sumber pendapatan sampingan aku selain daripada bekerja di Petronas. Ini memang impian aku sejak daripada aku di Form Three tau dan aku dah draft segala plan dan selalu check price tanah dari masa ke semasa untuk langsaikan impian nie. InsyAllah.

2. Sebagaimana yang pernah aku cerita dahulu, sekolah rendah aku tiada padang untuk diorang brsukan. Jadi, dengan dua juta ini, aku ingin hadiahkan kepada sekolah rendah aku untuk mereka membeli padang baru. Bolehlah budak-budak untuk bersukan dan tak menerima nasib seperti aku dulu-dulu.


Duit Dua Juta Percuma>Mahu bawak family berjalan-jalan di London<


Duit Dua Juta Percuma>Impian dari dahulu sampai sekarang : Miliki futsal centre<


3. Antara impian yang turut aku ingin gapai sekiranya aku ada duit lebih adalah aku ingin tingkatkan taraf kehidupan family aku dan diri aku sendiri. Aku taknak naikkan dengan mendadak sangat sebab itu boleh melalaikan. Sekurang-kurangnya better sedikit daripada sekarang nie. *thumbs up!!*

4. Dengan duit dua juta itu juga, aku ingin membawa family aku dan Cik Asliza Ahmad ke London. Aku ingin mereka semua tengok aku graduate daripada LSE yang merupakan antara university terbaik di dunia dan aku ingin mereka jalan-jalan di London. Aku ingin berkongsi dengan mereka semua kehidupan yang aku lalui ketika di sini. Aku ingin membuat mereka semua bangga!!

5. Last but not least, aku mahu berkongsi kebaikan ataupun rezeki yang aku terima itu dengan rakan-rakan yang tidak bernasib baik. Sesiapa yang memerlukan, aku akan tolong. Investment di dunia sudahpun wujud, maka investment di akhirat perlu juga dibuat kan?! Sabda Rasulullah SAW : "Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".


Duit Dua Juta Percuma>Sharing : Gambar di hadapan London Attractions<


Duit Dua Juta Percuma>Berpoyo seketika di hadapan House of Parliament<


Alright! Langsai sudah satu entri mengenai tag yang sudah dijawab. Oh ya, semuanya lima perkara di atas yang aku share ialah memang harapan yang akan aku bina satu demi satu : melainkan kalau dua juta ringgit ataupun dua juta pound tu jatuh bebetul daripada langit. *tapi cam takkan jer. Ahakz!!* Sepatutnya, aku kena share tag ini dengan sesiapa yang aku mahu. Tapi tak mengapa. Aku bukak tag ini untuk kepada sesiapa yang nak. Sekurang-kurangnya korang ada idea untuk tulis entri baru kan?! Tul tak?! InsyAllah! Aku akan berusaha keras untuk menggapai impian aku nie! Amin~~!!


*Besok cuti umum di London : Malam nie bolehlah aku all out blog*
[Kepada member semua yang ada idea pasal rumah sewa, harap dapat dishare]
    Related Posts with Thumbnails