My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Hari Bapa Kepada Semua

Beberapa hari lepas, dunia blogger pesat dengan entri-entri yang bertemakan Hari Bapa. Walaupun agak terlambat, aku sendiri pun kalau boleh tak mahu ketinggalan jugak. Papepon, sebelum start apa-apa, aku ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa di luar sana dan juga bakal-bakal bapa di masa yang akan datang. Eh jap, aku pun tergolong jugaklah kan?! Ngeh3!! Ada sesetengah individu yang lebih pentingkan ibu berbanding bapa dan juga sebaliknya. Sebenarnyakan, mereka berdua perlu dilayan equal dan selagi mana arahan mereka tidak melampaui batas agama, kita wajib menurutnya. Kalau tak, memang ada bakat nak jadi anak derhakalah. *muehehehe*


selamat hari bapa>Selamat Hari Bapa diucapakn kepada semua pembaca yerk<


Mari kita semua mengenali ayah aku yerk. Nama beliau adalah Long Hassan bin Long Chik. Kalau korang nak tahu, besar kemungkinan kami nie adalah dari golongan Long Jaafar yang famous dalam buku sejarah sekolah menengah tu. *kuikuikui* Ayah aku dilahirkan pada 12 Februari (tahun dirahsiakan) di Kuala Terengganu. Sekarang merupakan pesara tentera walaupun umur masih dalam 40-an. Ayah aku berkhidmat sebagai tukang masak dalam angkatan tentera dan pangkat terakhir ialah Lans Koperal. Hobinya adalah memasak. Jadi, kalau dia berada di dapur, jangan sama sekali anda memberanikan diri untuk ke dapur jugak!! *warning mode*


selamat hari bapa>Ayah kita yang memimpin kita mengenal kehidupan<


selamat hari bapa>Segala keringat dan bebah ayah kita wajarlah dihargai<


Setiap orang mesti ada pengalaman dengan ayah masing-masing kan?! Selain itu, mesti ada juga pengorbanan mereka terhadap korang kan?! Begitu juga dengan diri aku sendiri. Mungkin ada cerita yang berentak sama dengan korang tapi mungkin ada juga yang berbeza. Yang penting, jom aku sharekan :

01. Ayah aku tak suka marah-marah tapi kalau dia marah, memang merbahaya. Saat yang paling aku ingat adalah ketika dia datang dengan batang kayu untuk "menghukum" aku dan adik aku. Waktu tu, aku dan adik aku bergurau senda di dalam bilik sehinggakan TV di dalam bilik jatuh dan penjurunya pecah. Dahla kami memang bising waktu tu. So, ayah aku datang dengan pedang batang kayunya. Nasib baik sempat dihentikan. Huuu~~

02. Ayah aku nie tak pandai bawak kereta tau. Kalau dia ke mana-mana, dia hanya menggunakan motor Honda dia tu jerlah. Aku pulak takda lesen motor. Jadi, kalau aku nak turun ke bandar, aku terpaksa mintak pertolongan ayah aku untuk hantarkan dengan motor. Kalau aku nak balik ke asrama, ayah aku yang akan datang hantar or ambil aku di stesen bas. Barang-barang yang berat semuanya angkut dengan motor. Kalau hujan ataupun ribut, redah jer segala halangan. >.<


selamat hari bapa>Ayah aku ketika muda : Yang kecik tu aku<


selamat hari bapa>Dari kiri : Ayah, aku dan atuk : 3 generasi berbeza<


03. Aku dan ayah aku ada persamaan yang ketara yakni selagi mana termampu, kami akan lebih pentingkan keperluan berbanding kualiti. Sebelum aku fly ke London, aku kena berjimat duit. Jadi, aku dan ayah aku pergi banyak gaklah kedai bundle ataupun pasar malam di sekitar Kuala Terengganu untuk mencari pakaian. Aku sendiri tak kisah kalau pakai bundle. Kami berdua pergi naik motorlah ke mana-mana sahaja. Jauh pun lantak ah!! Ahakz!!

04. Memandangkan ayah aku dah bersara sekarang, jadi dia tolong memasak untuk warung atuk aku di Bandar. Setiap hari dia kena bangun dalam pukul 2.30 pagi untuk memasak nasi lemak dan mee goreng sampailah ke waktu Subuh. Dahla dia selalunya tidur dalam pukul 12.00 malam. Maknanya dia hanya tidur dalam tiga jam jer setiap malam. Aku yang selalu berjaga malam akan tolong kejutkan dia jam 2.30 pagi tu. Ngeh3!!

05. Sedikit fakta menarik mengenai ayah aku. Dia tak layan sangat bola sepak. Match stadium yang dia pernah pergi masa muda-muda dulu pun sekejap jer and then keluar balik. Dia jugak terror dalam urusan melibatkan duit nie. Selain itu, dia juga pernah memanjat tiang lampu Telekom untuk mencuri link telefon masa dia dalam pasukan askar dulu. Sebabnya adalah dia nak telefon mak semasa itu. Pergh!! Sweet tul diorang kan?!


selamat hari bapa>Ayah aku pada tahun lepas : Masa hantar aku di KLIA<


selamat hari bapa>Oh ya, ayah aku merupakan tukang masak : Sebab tu aku besar<


Jadi, inilah yang ingin aku kongsikan sempena Hari Bapa untuk tahun nie. Kalau boleh, aku ingin ubah sedikit tema entri Hari Bapa yang biasanya agak sedih dan pilu. Selagi mana ayah korang berada di sini, hargailah seadanya. Dah banyak iklan PETRONAS yang bertemakan Hari Bapa disiarkan di television kan? Maka, ambillah iktibar daripadanya. Pengorbanan ibu bapa memang banyak. Waktu kita berada di tempat mereka nanti, barulah kita akan sedar betapa payah dan beratnya tugas yang dipikul. Leh bayang tak?! ^_^


*Tidur yang tak cukup memandangkan setiap malam asyik main game jer*
["Anak-anak ni tak tau yang kita ni sebenarnya sayang kat depa...'' ~Selamat Hari Bapa!]

Monday, June 21, 2010

Cabaran Pelajar di London Tak Balik Cuti Summer

Semalam ada rakan pembaca yang bertanya macam mana aku buat application Facebook Like dan Facebook Share tu. Sebenarnya kedua-duanya aku hanya Google ataupun cari tutorial di blog penulis yang lain. Kepada sesiapa yang nak tahu, bolehlah rujuk Entri Facebook Share yang nie. Yang Facebook Like pulak, aku dah tak ingat kat mana aku rujuk. Sorry yerk. Harap ada rakan pembaca yang sudi share link di bahagian komen : boleh sharing ideas yang bergunakan?! Apa-apapun, any issues akan aku tolong sekadar termampu. ^_^


musim panas di london>Petikan karikatur LAT : Jom balik kampung!!<


Sedar tak sedar, agak lama jugaklah aku tak menulis mengenai London. Bukannya tiada bahan ataupun idea tetapi just sibuk tulis pasal benda lain jer. Jadi, jangan risau sebab kisah kehidupan di London tetap akan aku tampilkan. Oh ya, tak semua pelajar-pelajar di luar negara balik ke Malaysia tau. Ada jer member-member aku yang tak pulang. Diorang cakap nak enjoy summer holidays di sana dan nak travel sepuas-puasnya. Aku pulak lebih suka balik ke Malaysia dan menikmati Cuti-Cuti Malaysia. Jimat sikit duit aku!! *muehehehe*


musim panas di london>Suhu yang makin panas dan cuaca yang kering di London<


musim panas di london>Cabaran berpuasa di London memang penuh dugaan<


Kalau korang nak tahu, pelajar-pelajar di London yang tak balik ke Malaysia waktu summer nie akan menghadapi cabaran-cabaran di sana tau. Antara cabarannya ialah :

01. Suhu dan Cuaca : Ketika musim summer, suhu di London boleh mencecah 35 degree yakni hampir sama di Malaysia. Tapi bezanya ialah cuaca di London adalah kering dan cuaca di Malaysia pula adalah lembap. Jadi, keterikan matahari di London akan lebih dapat dirasai. Selain itu, hujan yang turun bagai "malu-malu kucing" juga boleh menyukarkan kehidupan seharian di sana. But still, suhu di Malaysia confirm lagi panaslah -_-"

02. Duit : Agak-agak korang berapakah sewa bulanan secara average untuk seorang di London?! Jawapannya ialah GBP 520.00 sebulan. Sekiranya korang plan untuk stay for the whole summer yakni lebih kurang empat bulan, jumlah sewa (per person) boleh mencecah GBP 2000.00. Ini jauh lagi mahal berbanding dengan harga ticket kapal terbang untuk balik ke Malaysia yakni GBP 500.00. Lagi menguntungkan kalau aku balik ke Malaysia kan?!


musim panas di london>Klik untuk pembesaran : Waktu sembahyang bulan June di London<


musim panas di london>Waktu Solat bulan Julai di London : Klik untuk pembesaran<


musim panas di london>Kos sara hidup yang tinggi tetap menjadi masalah<


03. Waktu Sembahyang : Waktu sembahyang di London memang agak fluctuate ketika musim summer sebab siang lagi panjang daripada malam. Sebelum aku balik ke Malaysia hari itu, Isyak masuk pukul 11.00 malam dan Subuh pulak masuk dalam pukul 3.00 pagi. Ketika musim summer, Isyak mungkin akan menjadi lagi lewat dan Subuh menjadi makin awal. Jadi, confirm kena tidur selepas Subuhlah. Kalau tak, terlepaslah Subuh tu. Taknak ketinggalan yang wajib kan?! -_-*

04. Puasa : Puasa Ramadhan dijangka bermula pertengahan Ogos yakni ketika musim summer. Waktu Subuh dalam bulan Ogos di London biasanya pukul 4.30 pagi dan Maghrib pula pada jam 8.30 malam. So, dijangka mereka akan berpuasa selama 16 jam. Kalau waktu klimaks summer, aku dengar-dengar yang tempoh berpuasa boleh meningkat kepada 20 jam. Jadi, memang agak mencabar untuk tahan selama tu : walaupun dengan keadaan cuaca di London. InsyAllah mereka semua mampu.

05. Sesak Dengan Orang Ramai : Waktu summer merupakan waktu kemuncak di London memandangkan ramai orang yang datang bercuti. So, London mungkin akan sesak dengan ramai pelancong. Nak pergi jalan-jalan pun mesti tak selesa. Selain itu, diorang juga akan pakai pakaian yang nipis dan pendek sebab panas kan. Aku pernah jumpa seorang laki yang berjalan-jalan di tengah Bandar London tanpa memakai baju. Agak-agakkan, kalau buat di Malaysia camtu, per jadi yerk?! Ahakz!!


musim panas di london>Yang nie pulak waktu sembahyang untuk bulan Ogos<


musim panas di london>Dan juga bulan September : Klik untuk besar yerk<


musim panas di london>Nanti ramai pelancong dan sesak : Tak best nak jalan-jalan<


Lima sebab di atas adalah antara sebab utama aku memilih untuk balik ke Malaysia dan tak stay di London. Papepon, Islam itu mudah untuk dipraktiskan walau di mana pun berada. Lagipun bukan senang nak cari rumah sewa for the short term di London : tiada landlord yang nak sewakan untuk tempoh sebulan dua. Kalau nak sewa, sekurang-kurangnya untuk temph 9 bulan. Yang nie akan aku cerita next time yerk. Selain itu, di Malaysia juga aku dapat makan pelbagai makanan-makanan yang best, jumpa keluarga dan rakan-rakan dan banyak lagi. Tapi ada gakla kelemahannya : internet dan public transport. TT__TT


*Wishing kengkawan yang tak balik ke Malaysia : Jimatlah duit tu wei*
[Entah macam mana aku boleh tertidur semasa match Brazil vs Ivory Coast semalam]
    Related Posts with Thumbnails