UPSR dan PMR adalah antara peperiksaan awam utama di Malaysia. Aku percaya yang ramai antara rakan pembaca adalah pelajar lepasan UPSR ataupun PMR. Oh ya, baru-baru nie gempar dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan UPSR dan juga PMR daripada sistem pendidikan negara. Cadangan pemansuhan nie telah mendapat pelbagai feedback daripada pelbagai pihak : pro dan juga kontra. Sebenarnyakan, aku pun ada pendapat aku sendiri jugak. Diterima tak agak-agak?! Ngeh3!!
Selain daripada pendapat mengenai pemansuhan exams nie, cadangan-cadangan lain seperti pengenalan exam khas untuk kemasukan ke asrama dan beberapa lagi turut dibangkitkan. Ada antara rakan pembaca yang bertanyakan pendapat aku sebelum nie : wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan?! Jadi, aku pun menulis entri nie untuk menjawab persoalan tersebut. Sekiranya ada yang kurang bersetuju ataupun mempunyai pendapat lain, bolehlah dinyatakan di bahagian komen dan akan aku balas dalam masa terdekat. Perbincangan yang sihat! ^_^
Pada pendapat aku, UPSR dan PMR tidak wajar dimansuhkan. Sebagaimana yang kita semua tahu, kebanyakan urusan akademik adalah berdasarkan kepada keputusan UPSR dan juga PMR. Kemasukan ke asrama, pemilihan course di university, pemilihan aliran di tingkatan empat dan banyak lagi melibatkan result UPSR dan PMR. Selain itu, bagi mereka yang tak mampu untuk belajar tinggi-tinggi, sijil PMR mungkin diperlukan untuk apply kerja. Banyak gunanya UPSR dan PMR nie dalam menentukan hala tuju para pelajar. Agak-agakkan, korang setuju tak dengan statement aku yang last tu?! *kuikuikui*
Aku setuju bila dikatakan bahawa exams UPSR dan PMR mengakibatkan para pelajar lebih mengejar bilangan A yakni menghafal berbanding memahami apa yang dipelajari. Jadi, cara untuk atasi problem nie ialah dengan menaikkan taraf soalan-soalan peperiksaan tersebut. Lebih banyak soalan-soalan yang bertemakan aplikasi kepada pembelajaran wajar ditanya berbanding dengan soalan-soalan yang cedok 100% daripada buku teks. Aku ingat lagi, kalau zaman PMR dulu, jawapan untuk exams Agama Islam boleh digunakan beberapa kali untuk soalan yang berlainan. Jawapan seperti "Mendapat keredehaan Allah" dan "Agar hidup lebih tenteram dan aman" wajib muncul dalam skema jawapan. Aku percaya korang pun sama kan?! Jangan wat-wat tak tahu lak. *muehehehe*
Sekiranya dibandingkan dengan system pendidikan United Kingdom, kebanyakan soalan-soalan yang ditanya di sana adalah berlandaskan kepada kefahaman pelajar dengan apa yang dipelajari. Kalau pelajar tak faham betul-betul dengan apa yang diajar, confirm lingkuplah. Kalau di Malaysia pulak, pelajar-pelajar dah siap boleh agak topic per yang akan keluar exams nanti. So, diorang pun study topik-topik tertentu sahaja. Aku pernah menduduki peperiksaan English O Level UK dan memang taraf soalan agak jauh lebih tinggi berbanding SPM di Malaysia. Oh ya, O Level UK adalah sama seperti SPM Malaysia yakni exams yang diambil di tahun akhir sekolah menengah. Paham semua?! Baguih!!
>Kalau di UK : Pembelajaran lebih melibatkan aplikasi<
So, itulah serba sedikit pendapat aku mengenai wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan ataupun tidak. Aku tahu yang pembaca-pembaca blog aku nie terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang bekerja sebagai cikgu, ada yang dari bidang professional dan ada yang masih lagi belajar. Aku yakin yang setiap daripada korang ada pendapat masing-masing yang berlandaskan sebab-sebab tersendiri yang munasabah. Tapi pada masa yang sama, aku juga percaya bahawa kita semua (YERP!! Semua orang termasuk ANDA!!) inginkan system pendidikan yang lebih baik pada masa yang akan datang. Walau apapun keputusan di akhirnya, itulah yang kita mahukan. InsyAllah. Harap mampu direalisasikan!! (^_^)/
*Besok cuti umum di Terengganu : Maknanya tiada entri baru besok yerk*
[Masalah kewangan yang dihadapi : Aku sekarang membudget duit]


.jpg)


