My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, September 22, 2010

Generasi Aku & Generasi Adik Aku Edisi Kedua

Kecoh dunia blogger sekarang dengan masalah malware yang timbul daripada blog-blog beriklankan Innity yerk. Sekiranya korang ada linkkan any blog berInnity, korang akan turut menerima tempiasnya. Yang ajaibnya adalah blog aku terselamat walapun ada Innity. Kalau korang nak tahu, program Innity di Indonesia telah diserang malware dan ini menyebabkan Google memblacklist domain Innity.net secara seluruhnya. Sebab itulah publishers iklan Innity turut terkena kesannya. Isyh3!!


zaman kanak-kanak>Adik korang ker nie?! Generasi zaman sekarang kut<


zaman kanak-kanak>Enam generasi berbeza akan menempuh enam peristiwa berbeza<


Papepon, problem tu kini dalam proses penyelesaian dan Google sudah pun memberi lampu hijau : jadi tak perlulah risau yerk!! ^_^ Sekarang : kita kembali ke topic asal!! Sebenarnya aku nak tulis entri lanjutan kepada Entri Generasi Aku & Generasi Adik Aku sebelum nie. Jadi, mari kita semua layan perbezaan lain antara dua generasi tersebut :

Generasi Aku : Masa kecil-kecil dahulu : bila cikgu tanya apakah cita-cita bila besar nanti, mesti kita semua dah boleh agak jawapannya kan. Ada yang nak jadi tentera, ada nak jadi doctor dan yang paling common adalah nak jadi cikgu. Kadang-kadang satu kelas nak jadi cikgu. Aku pun pernah terfikir nak jadi cikgu dulu. *kuikuikui*
Generasi Adik Aku : Kalau ditanya dengan budak-budak zaman sekarang mesti ramai pakat nak jadi macam Mawi dan Siti Nurhaliza. Apa kelas kalau jadi cikgu ataupun askar kan?! Kalau jadi artis ataupun pelakon, lagi cepat nak popular dan boleh masuk TV. Cuba tanya adik korang kalau tak caya!!


zaman kanak-kanak>Masa dulu ramai yang berminat nak jadi askar ataupun cikgu<


zaman kanak-kanak>Tapi generasi adik aku lagi suka jadi artis kut. Ahakz!!<


zaman kanak-kanak>Kekadang aku pun terlayan jugak cerita bebudak kecil nie<


Generasi Aku : Kalau dapat sepasang baju baru setiap tahun pun dah cukup okay : tak kisahlah samada baju sekolah ataupun baju raya. Kadang-kadang pakai baju raya yang sama dengan tahun lepas pun tak kisah. Kasut pakai bertahun-tahun pun macho jer.
Generasi Adik Aku : Baju raya mestilah ada banyak pasang : kadang-kadang sampai tak terpakai langsung pun ada. Selepas tu, baju sekolah kalau boleh nak tukar setiap tahun sebab lasak sangat pakai. Kasut pulak nak kena brand up to date walaupun mahal. Aku tak camtu pun. TT__TT

Generasi Aku : Setiap buku-buku folio yang aku buat dulu, aku kena tulis tangan dan bahan-bahan rujukan ialah kertas-kertas surat khabar dan buku-buku di library. Kalau tak cukup, terpaksa pergi pinjam buku rujukan kawan dan photostat. Kepayahan untuk study tu jelas terasa!!
Generasi Adik Aku : Bak kata iklan popular : semuanya di jari anda. Bila aku tengok adik aku buat buku folio Geografi dia, semuanya dapat ditaip dengan mudah menggunakan komputer. Selain itu, segala bahan rujukan boleh di Google terus. Tapi tak siap gak sebab malas nak study kan?! *kehkehkeh*


zaman kanak-kanak>Kalau nak buat assignments, semunya bertaip : takyah tulis tangan<


zaman kanak-kanak>Aku kenal Friendster masa tingkatan empat : korang pulak camner?!<


Generasi Aku : Aku mengenali Friendster pada umur Tingkatan Empat
Generasi Adik Aku : Adik aku mengenali Facebook pada umur Darjah Enam.

Masa makin berlalu dan semua di generasi lalu mungkin makin dilupakan. Walaupun dulu tak seperfect dan secanggih sekarang tapi aku rasa aku lagi lepak, lagi bahagia dan lagi indah ketika di generasi aku dulu. Takda nak rushing-rushing kut. Korang pulak rasa camner?! Any perbezaan antara dua generasi yang mungkin aku tertinggal?! Sharelah dengan semua!!


*Semalam aku full scan laptop sebab banyak masuk website bermalware*
[Besok ada rumah terbuka di library : wajarlah aku datang lagi ke sini]

Tuesday, September 21, 2010

Kurang Seminggu Kembali ke London

Semalam aku sibuk dengan usaha untuk upgrade blog aku dan hasilnya wujudlah page baru : Page Formspring & Exchange Banner FoC. Jadi, sesiapa yang mahu exchange banner Free of Charge, korang bolehlah untuk rujuk page tersebut. Selain daripada itu, aku turut menghabiskan dalam RM50 untuk usaha pengiklanan jangka panjang di blog-blog lain. Sekiranya korang ada pakej iklan jangka panjang yang menarik : sila mail aku di llonghaffiz@gmail.com yerk. *muehehehe*


london>Kembali ke London bermakna kembali kepada kehidupan sebegini<


london>Banyaknya barang nak kena packing : Siapa mahu tolong??<

Sedar tak sedar cuti empat bulan aku di Malaysia hampir sampai ke penghujungnya. Hari Ahad nie bersamaan 26 September, aku akan menaiki flight pulang ke London, United Kingdom pada sebelah malam. Jadi, kurang daripada seminggu untuk pulang, aku nak share beberapa statement di sini. Antaranya ialah :


01. Yang Ingin Dibuat : Aku ingin iklankan blog aku di mana-mana blog yang sudi memandangkan aku nak settlekan payment sebelum aku kembali ke UK. Selain itu, aku jugak nak makan any jenis makanan yang masih belum aku cuba sepanjang di Malaysia : korang ada cadangan apa-apa tak?! Ahakz!! Bebarang yang perlu dibawa balik ke London turut perlu disettlekan kesemuanya supaya tiada yang tertinggal. Segala dokumen pun mesti dipastikan terurus. *kuikuikui*


02. Yang Dirindui : Aku akui memanglah London best tapi tetap jauh bezanya dengan Malaysia. Kalau di sana, mesti aku akan rasa lonely sebab ramai member kamcing ada di sini. Selamatlah wujudnya blog nie dan internet sebagai peneman dengan korang semua. Selain itu, aku mesti akan rindukan family : tiada lagi peluang untuk lepak bersama sampai tahun depan. Sobs2!! TT__TT


london>Memandangkan payah nak cari McD & KFC halal : kena makan bebanyak<


london>Lauk-pauk semua tetap kena punggah jugak nie<



03. Yang Diharapkan : Aku harapkan agak my second year akan jadi better berbanding tahun pertama. Aku ingin luangkan lebih banyak masa untuk focus study dan pada masa yang sama nak cari part time di sana. Jadi, aku kena kurangkan join aktiviti yang kurang berfaedah. Selain itu, aku nak improve skill memasak dan terus memajukan blog aku nie. Harap korang semua dapat beri sokongan yerk!!


04. Ucapan penutup : Doakan agar aku selamat sampai di London pada pagi Isnin, 27 September tu dan segala urusan sepanjang aku berada di UK dipermudahkan. Harapnya semua berjalan lancar sepanjang aku di sana sebelum aku balik ke Malaysia semasa cuti summer tahun depan. Amin~!!


london>Gambar potret keluarga selepas diedit semasa Hari Raya<



Aku akui yang memang cepat tul masa berlalu dan aku dah nak ready untuk balik ke UK dah. Sepanjang aku berada di Malaysia, macam-macam benda berlaku dan yang paling latest adalah pasal tiga watak utama yang sudah meninggalkan kita semua. Takziah kepada keluarga Sosilawati, M.Rajoli dan blogger TTT atas kehilangan mereka bertiga. Sesungguhnya mereka adalah permata dalam hidup kita semua dan moga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah!! InsyAllah : sama-sama kita semua doakan kesejahteraan mereka dan kita semua yerk!! ^_^



*Sesiapa yang exchange banner tu : aku selalu buat spot check tau*
[Mari membeli kelengkapan yang belum cukup : Mari mencari di merata tempat]
    Related Posts with Thumbnails