Dalam entri aku yang sebelum nie, aku ada letakkan foot note yang berbunyi : “dua pasang sandal Timberland, satu kasut futsal Umbro : nantikan entri seterusnya.” dan entri kali nie aku nak bercerita mengenainya. Khamis lepas aku takda kelas dan aku bersama Zaki planning untuk ke Portsmouth. Perjalanan hanya mengambil masa dalam dua jam sahaja dan kitorang pun buat day trip ke sana. Tapi kenapa Portsmouth yerk?! *muehehehe*
Kitorang pilih Portsmouth sebab jaraknya yang amat dekat dengan London dan bandar nie jugak terletak di tepi laut. Di sana ada banyak kapal-kapal perang navy UK yang dipamerkan kepada pelawat. Papepon, tujuan utama yang sebenar ialah untuk shopping sebab di sana memang ada banyak factory outlets dan harga memang amat reasonable. Seharian di sana aku sempat membeli beberapa pasang kasut. Antaranya ialah :
Kasut Pertama : Sandal coklat Timberland
Harga Asal : GBP 65.00 (RM325.00)
Harga Timberland Selepas Diskaun : GBP12.00 (RM60.00)
Komen Sedikit : Memang murah gila aku beli sandal coklat Timberland nie kan?! Kalau di Malaysia, memang mustahil untuk dapatkan produk Timberland semurah itu. Aku berjaya membeli Timberland dengan harga tersebut sebab diorang tengah clearance. Dahla clearance, pastu harga factory outlet lak dan pastu dapat pulak 20% diskaun : confirm murah sandal Timberland nie. Ahakz!! Ini sandal coklat Timberland untuk emak yerk!!
>Bersama-sama dengan beg kertas Timberland<
Kasut Kedua : Kasut futsal Umbro
Harga Asal : GBP45.00 (RM225.00)
Harga Umbro Selepas Diskaun : GBP16.00 (RM80.00)
Komen sedikit : Sebelum aku berlepas ke UK bulan lepas, adik lelaki aku di tingkatan empat ada order kasut futsal dengan aku. Memandangkan kasut futsal berjenama yang original dan berkualiti di Malaysia memang agak mahal, maka aku belikan dia kasut futsal Umbro nie. Aku tak tahu samada ini taste dia or tak : yang penting memang selesa dan best kasut tu. *kuikuikui*
>Aku tak boleh nak budget berapa harga kasut nie di Malaysia<
Kasut Ketiga : Kasut Jeans Lee Cooper
Harga Asal : GBP30.00 (RM150.00)
Harga Lee Cooper Selepas Diskaun : GBP10.00 (RM50.00)
Komen sedikit : Berapa harga kasut Lee Cooper yang pernah korang jumpa di Malaysia?! Mungkin mencecah sehingga ratusan ringgit kan?! Tapi aku berjaya menyambar kasut Lee Cooper original ini dengan harga serendah RM50.00 di Portsmouth. Kasut nie merupakan permintaan daripada adik aku yang keempat yang berada di darjah tiga tapi kaki saiz dewasa. Bolehlah dia pakai untuk raya tahun depan!! *wakakaka*
Itulah tiga pasang kasut yang aku “borong” di Portsmouth pada hari Khamis lepas. Sebenarnya banyak lagi barang yang aku plan nak beli : beg sekolah dan minyak wangi untuk adik perempuan aku, jam tangan untuk kedua-dua adik lelaki bongsu aku dan juga dompet kulit untuk mak aku. Mungkin aku akan tunggu sehingga Boxing Day or New Year Sales untuk dapatkan harga yang terbaik!! Oh ya, in case kalau ada sesiapa yang nak minta aku belikan apa-apa, silalah untuk tempah semasa bulan Mac nanti yerk : sebab delivery cost ke Malaysia mahal sangat. Ingat tau!!
*Sedang menaip blog sambil melayan X Factor : Bila aku nak start study nie?!*
[Mata sudahpun kayu dan penat : Aku kena habiskan study sedikit selepas nie : Chayok!!]







