Aku baru sahaja kembali dari Spain kelmarin tapi dah ramai mula bertanya bila aku akan menulis mengenainya. Seriously aku sendiri pun tak tahu memandangkan aku ada final exam tak lama lagi. Lagipun kisah trip aku ke Germany last December pun masih belum habis untuk dicover : last entri mengenainya adalah pasal kitorang menjelajah bukit salji di Freiburg, Germany. InsyAllah akan aku cuba rangkumkan dalam entri nie. Kalau rasa nak tengok gambar, boleh terus stalk Facebook aku. *senang dan mudah kan?!* Selepas bermain salji seharian di Freiburg, kitorang planning nak bersnowboarding pada Hari Krismas (yakni kebesokan harinya).
>Selamat Datang ke Munchen : Destinasi Terakhir<
Malangnya, angkara penat yang melampau-lampau, maka plan itu terpaksa untuk dicancel dan kitorang rehat seharian. Sepanjang Hari Krismas, kitorang lepak di bilik untuk tidur dan online. Kemudian pada petangnya, Idayu ada masakkan kitorang makanan : ala-ala Christmas Dinner gitu. So, kitorang lepak dengan dia dan kengkawan Konstanz yang lain : makan-makan dan jugak layan movies. Kitorang lepak sampai ke malam. Selepas hari keenam yang santai, hari ketujuh kitorang mula bersiap-sedia untuk bergerak ke destinasi terakhir yakni Munich ataupun Munchen, Germany. Namun sebelum naik train, sempat jugak kami pergi ke sempadan Switzerland-Germany dan bergambar sekadar yang perlu. Ahakz!!
Hari ketujuh dan hari kelapan (hari teakhir) dikhaskan untuk meneroka Munchen. Namun memandangkan kitorang sampai agak lewat petang di Munchen, maka tak sempat untuk berjalan-jalan di sana. Lagipun waktu itu train kitorang mengalami delay yang agak teruk. Di Munchen, kitorang stay di rumah member aku yang belajar di sana. Selamatlah ada beliau : kalau tak mesti kena bermalam di hostel. Pada pagi hari kelapan yakni hari teakhir; aku, Zaki dan Nabilah keluar daripada rumah member aku itu agak awal memandangkan kitorang nak kena manfaatkan semaksimun mungkin masa yang ada. Kitorang terus ambil train ke Central Munchen dengan menggunakan Group Ticket yang sama seperti sebelum nie. And now : the mission begin!! (^_^)/
Di Munchen, kitorang pergi ke mana-mana sahaja attractions yang kitorang sempat gapai. Antara yang sempat adalah Marienplatz dan kawasan City Centre. Namun tempat yang paling utama kitorang pergi adalah Allienz Arena Stadium dan BMW Museum. Kalau sesiapa yang minat bola, confirm kenal team Bayern Munich kan? Allienz Arena merupakan stadium utama untuk Bayern Munich. Memandangkan aku nie memang kepingin bola, maka bergambar sakan di sana sambil membeli souvenirs yang perlu. Sebelum kitorang ke Allienz Arena, kitorang sempat singgah di BMW Museum. Yang bestnya adabanyak kenderaan keluaran BMW yang dipamerkan. Ada kereta sports, kereta mewah, motorsikal dan pelbagai lagi. So, hampir setiap jenis kenderaan kitorang bergambar. Mana-mana yang boleh try masuk : aku try untuk posing dalam kereta. *mueheheheee*
Namun sedar tak sedar, cuaca dah hampir malam. Memandangkan hanya ada seharian penuh di Munchen, maka kitorang hanya target attractions utama seperti aku cerita di atas. Sebelum bertolak ke airport, kitorang sempatlah untuk lepak di KFC Munchen. Yang bestnya KFC di sini adalah halal dan aku rasa mampu untuk beli. Kalau di London, confirm-confirmlah aku takkan beli. *kehkehkeh* Lepas dah makan sampai perut full, kitorang bertolak ke Munchen Airport : juga dengan menggunakan train dan terbang pulang ke London Stanstead. Memang memenatkan kitorang punya Germany Trip tapi puas hati memandangkan banyak town dapat discover dan still within the budget. Kalau tak silap aku, semua kos perbelanjaan termasuk flight, makan, travel dan semua jenis aspek : dalam 400 pound sahaja. Jimat kan?! Yeehaaaa!! Wakakakaaaa!!
*Pasnie bercerita Spain Trip pulak : ada dalam 3000 photos ditangkap seminggu*
[Exam dah tak lama dah : tapi banyak benda yang tertangguh sekarang nie]
