My Followers Who Follow My Blog

Friday, April 29, 2011

A Malaysian in Royal Wedding Prince William & Kate Middleton

Kate Middleton? Prince William? Royal wedding?? Mesti first benda yang terlintas dalam kepala korang adalah pasal siaran langsung royal wedding Kate Middleton dan Prince William yang agak bosan kan? Aku tengok tweet-tweet kengkawan di Malaysia pun semuanya lesu dan cakap bosan. Memanglah bosan sebab dengar kuthbah diorang jer. Yang best pun confirm part masa kiss tu jer kan? Ahakz!! Tapi bagi aku yang berada di tempat kejadian yakni betul-betul di luar church diorang kahwin, aku jelas dapat rasa betapa excitednya royal wedding nie. Angkara local yang excited sangatlah : dengan aku sekali terasa excitednya. (^_^)/


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Makcik nie memang semangat betul nak pergi royal wedding<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Nampak banyak jugak banner nak kahwin dengan Prince Harry<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Ambil daripada member aku : gambar diorang semasa di balkoni Palace<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Masa aku mula-mula sampai memang dah penuh Westminster Abbey<


Sebelum aku cerita pengalaman aku yang berada di Westminster Abbey dan juga Buckingham Palace hari ini untuk majlis royal wedding, jom kita tengok latar belakang kisah diorang. Prince William dan juga Kate Middleton berjumpa semasa diorang sama-sama belajar di University St Andrews dan selepas itu, diorang pun couple. Oh ya, Prince William ini adalah anak kepada Prince Charles dan Princess Diana. Kos royal wedding kali nie ditanggung sepenuhnya oleh royal family dan juga keluarga Kate Middleton. Duit tax rakyat just digunakan untuk lantik polis security. Kalau korang nak tahu, gaun kahwin Kate Middleton didesign oleh Sarah Burton. Bak kata Wikipedia : workers washed their hands every 30 minutes to keep the lace and threads pristine, and the needles were renewed every three hours, to keep them sharp and clean. Pergh!!


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Tengok budak itu : semangat kibarkan bendera<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Pancaragam tentera menandakan bahawa tak lama lagi sampailah<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Abaikan rambu itu : Tengok Queen Elizabeth dalam kereta baju kuning<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Ini gambar semasa diorang semua dalam church : aku lepak kat luar<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Memandangkan aku sengsorang : terpaksalah tangkap gambar sendiri<


Aku sebenarnya agak malas nak pergi royal wedding nie sebab confirm ramai orang punya. Tetapi memandangkan ada kengkawan dan rakan pembaca di Malaysia minta aku buat liputan serba sedikit, maka aku pun pergilah. Namun aku terbangun tidur agak lewat pagi tadi. Selepas dah siap-siap semua, aku bergegas ke Westminster Abbey : church tempat diorang kahwin. Aku sampai dalampukul 9.30 pagi dan dah penuh pun area tu. Selepas cari-cari tempat yang dikira strategic, aku pun bersama-sama rakyat local menunggu ketibaaan Prince William, Kate Middleton, royal family dan sewaktu dengannya. Nak ambil gambar kereta diorang tapi makcik depan aku semangat punya pasal, dia lambai-lambai guna rambu. Habis rosak semua gambar aku. Damnit!!


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Tentera berkuda saja datang berjalan-jalan<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Kuda yang lead perarakan Kate Middleton dan Prince William<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Kate Middleton dan Prince William : gambar kabur sebab tangkap video<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Ini aku tak tahu siapa tapi kereta mereka belakang Prince dan Princess<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Sekarang rushing nak pergi Buckingham Palace pulak<


Selepas semuanya dah masuk Westminster Abbey untuk process perkahwinan, aku duduk lepak kat luar sahaja memandangkan tempat strategic semua dah kena conquer. Once aku agak-agak diorang dah ready untuk keluar dan majlis dalam church tu dah settle, aku pun terus cari tempat yang lagi strategic : jauh dari makcik rambu tadi. Luckily aku dapat tempat yang agak okay dan bila Prince William dan Kate Middleton keluar menaiki kereta kuda, aku dapat rakam video dengan jelas walaupun banyak gangguan. Di belakang aku ada dalam 4-5 lapis manusia lagi : lapis tau, bukannya orang. Maksudnya memang ramai gila orang di tempat kejadian. Kaki aku cram dan lenguh gila berdiri lama. TT__TT


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Semasa aku berada di Buckingham Palace : View depan aku<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Ini pulak view belakang aku : cam gila punya ramai<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>On the way out : aku memang stuck di tengah. Entah lepas ke tak?<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>Gambar royal family ketika berada di balkoni Buckingham Palace<


malaysian royal wedding prince william kate middleton>The best maybe : The kiss ketika diorang berada di Buckingham Palace<


Once diorang dah lepas berarak depan aku, aku terus rushing ke Buckingham Palace memandangkan pasangan couple dan royal family akan melambai-lambai di balkoni dan Prince William akan kiss Kate tu dari balkoni Buckingham Palace. Malangnya masa aku dah sampai di Palace, memang dah penuh gila dengan lautan manusia. Aku cuba untuk patah balik tapi belakang aku pun macam beribu orang. Aku stuck kat tengah-tengah. Lebih kurang setengah jam selepas itu, aku rushing untuk keluar daripada tempat ramai orang memandangkan dah nak masuk waktu sembahyang Jumaat. Tapi aku tak berjaya lepaskan diri dan termiss sembahyang Jumaat. Sedih gila sih!!




>Inilah video yang aku sempat rakam : HD kalau tengok di Youtube<


Aku sempatlah jugak borak dengan local. Memang diorang cakap “This is AMAZING! WONDERFUL” dan so on. Ada jugak yang sibuk duk bergosip nak tahu siapa designer baju. Manalah aku nak tahu. =.=” Selepas itu, aku pergi ke tube station terdekat untuk balik tapi semua dah full gila. Aku kena berjalan dalam 2-3 km untuk ke tube yang clear dan takda orang. Bila aku dah sampai rumah, terus terbaring keletihan. Oh ya, video aku dah upload di youtube dan aku sharekan di entri ini. Video HD daripada kamera baru tu. Lain punya gambar aku dah upload di Facebook *kih3!!* Walaupun penat gila dan pada masa yang sama aku tercicir cover leather camera aku, tapi pengalaman nie memang amat berguna. Sekurang-kurangnya boleh aku kasi tahu anak aku nanti : "Dulu masa Raja London kahwin, ayah ada kat depan church diorang kahwinlah. Ngeh3!!"


*Ini gambar perjalanan aku masa royal wedding : Leh google kalau nak better punya*
[Masa diorang berarak : Tangan sebelah guna BB dan sebelah lagi guna kamera ambil pic]

Sunday, April 24, 2011

11 Sindrom Utama Pre-Exam

29 April : hari Jumaat nie ada majlis gilang-gemilang di London yakni perkahwinan Prince William dan Kate Middleton. Maka sebagai blogger berpangkalan di London, insyAllah aku akan mengorbankan study aku untuk pergi usha apa yang menarik. Ahakz! Padahal exam dah tak lama dan study pun tunggang-langgang semuanya. Tapi takpa memandangkan aku pun nak kena ambil cuti off-study kejap. Oh ya, kisah Spain kita tolak tepi dahulu memandangkan sekarang nie kita focus kepada benda lebih penting : musim exam! *grrrrr~~* Once musim exam dah nak masuk, confirm muncul pelbagai ragam pelik. Ada yang study cam orang gila, ada yang teguk kopi setiap malam dan pelbagai lagi.


sindrom gejala sebelum exam>Kalau exam sahaja : mesti pasal stress kan? Memang tak boleh lari<


sindrom gejala sebelum exam>Exam is short : Read faster than you do now!<


Maka aku ingin kongsikan beberapa sindrom pra-exam yang aku terjumpa di internet dan dari pemerhatian aku sendiri : kut-kut ada sindrom yang korang kena kan?! Antaranya ialah :

1. Membaca setiap masa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kekadang orang tanya pun, jawab macam tak nak jawab jer. Pastu kalau terlanggar or terjatuh, lambat sedikit respons. Fokus punya pasal.

2. Membaca dengan kadar yang confirm amat pantas walaupun tak faham apa-apa. Saat nie kuantiti ditekankan berbanding kualiti. Nak cover semua benda walaupun dah tak ingat semua benda pastu.

3. Makin dekat dengan exam, makin full jadinya waktu sembahyang. Mungkin sebelum nie kekadang ada yang tertinggal tapi this time, full jer memanjang. Sembahyang sunat pun dah jadi makin rajin buat : solat hajat dan sewaktu dengannya.

4. Kekadang apa yang dibaca terbawa-bawa sampai ke tempat tidur. Letak nota tepi kepala sebelum tidur : once bangun nanti, boleh baca terus. Ada yang sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi dan mulalah meracau-racau masa tidur. Ahakz!!


sindrom gejala sebelum exam>Housemate aku hampir setiap malam mesti secawan kopi pekat<


sindrom gejala sebelum exam>Ciri pelajar cemerlang : preparation sebelum bertempur<


sindrom gejala sebelum exam>Masa mandi pun kalau boleh nak baca buku camnie jugak<


5. Kalau borak dengan member, confirm ada topic pasal pelajaran yang nak dibicarakan. Kekadang masa mandi ataupun masak pun bincang pasal topic study.

6. Masa jadi makin penting. Kalau main SMS, reply confirm jadi makin pendek terus. Makin dekat dengan exam, makin pendek jadinya SMS tu. Kekadang malas nak turun café untuk makan dan pakat minta member tapau jer. Rasa cam tak cukup masa nak study nih!

7. Stok makanan lengkap di bilik sebab kalau boleh tak nak keluar bilik langsung nak study. Biskut Hup Seng, meggi, roti dengan kaya dan pelbagai lagi memang prepare awal-awal.Bertapa terus dalam bilik dan tak keluar-keluar. Sekali keluar, dah tak nampak macam manusia normal dah; dengan janggut dan rambut yang serabai. *kreh3*

8. Masa nie la nak buka Facebook pun rasa tak tenang. Kekadang status di Twitter, Facebook ataupun Blog mesti berbunyi camnie: “Saya nak exam tak lama lagi. Doakan saya. Saya nak off9 sekarang nie” Pastu tak sampai dalam sejam, confirm mesej sama akan diulang lagi. Hajat hati taknak buka laptop tapi laptop dah depan mata, terpaksalah on9 kejap kan?! *wakakakaaa!*


sindrom gejala sebelum exam>Meja aku dulu pun camnie jugak : Sekarang ada laptop sebiji sahaja<


sindrom gejala sebelum exam>Sebelum, selepas dan semasa tidur : buku di mana-mana<


9. Stok-stok kopi, Nescafe, tongkat ali, kacip Fatimah, red bull dan semua yang sewaktu dengannya memang penuh satu locker. Preparation tenaga tambahan dan untuk jadi bahan untuk kekal stay up.

10. Meja penuh dengan bahan-bahan bacaan, highlighter, pen dan alat-alat tulis lain : memang confirm serabai. Kekadang ada buku yang tak pernah buka sebelum nie pun, semuanya buka. Sekurang-kurangnya nampak usaha nak study kan?!

11. Masa nie jugaklah terfikir “Kenapalah aku tak study awal-awal?! Kan senang sekarang. *sigh*” Pastu kalau boleh siap ada azam next year untuk study awal-awal dan study lagi kuat. Tapi aku rasa macam benda sama jugak yang jadi masa nak exam next year kan?! Duk ulang benda sama jah. (^_^)/


sindrom gejala sebelum exam>Inilah dia cermin mata hitam Guess untuk kontest tak lama lagi<


sindrom gejala sebelum exam>Untuk kita semua : moga cemerlang dalam exam yerk<


Itulah antara sindrom-sindrom utama bebudak yang nak ambil exam. Aku rasa aku tak sampai ke tahap camtu lagi buat masa sekarang tapi dulu memang banyaklah yang aku lalui camnie. Korang yang ada ternampak sindrom pre-exam lain, bolehlah untuk share dengan kitorang semua. Mana tahu ada sindrom pre-exam yang aku terlepas kan?! Oh ya, selepas aku habis exam nanti, insyAllah aku akan buat Blog Contest. Hadiah dah ada tapi belum ada idea untuk buat contest apa. Korang yang ada idea : bolehlah untuk disharekan bersama. Hadiahnya apa?! Hadiahnya adalah : Cermin Mata Hitam Genuine Jenama Guess, Tali Leher Hugo Boss dan juga tali leher Calvin Klein. Gempak hadiah dia kan?!(^_^)/


*Menarik hadiah untuk Blog Contest aku this time kan? Bolehlah korang sebarkan!*
[Makin panas cuaca di London nie : Rasa dah nak jadi macam cuaca di Malaysia]
    Related Posts with Thumbnails