My Followers Who Follow My Blog

Saturday, July 16, 2011

Projek Kalsom 17 : Pengalaman Pertama as Fasilitator

Aku baru sahaja sampai di Terengganu awal pagi tadi selepas melangsaikan Projek Kalsom 17 di Melaka selama seminggu. Alhamdulillah : Projek Kalsom 17 yang disertai oleh hampir 200 pelajar Tingkatan 4 dari seluruh Melaka dan juga fasilitator seramai 60 orang telah berlangsung dengan yang teramat gemilangnya. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku menjadi fasilitator tau. Masa mula-mula sampai di Melaka Tropical Fruit Farm, memang aku cuak gila sebab takut dengan apa yang akan aku jumpa di sana. Namun semuanya berakhir dengan gembira. Stndard drama korea, kenalah happy endingkan?! Yeszaaaa!!


projek kalsom pelajar melayu>Sue dan Ameer ketika sesi berpakaian seperti orang asli<


projek kalsom pelajar melayu>Lebih kurang camnie lah situasi ketika group discussion<


projek kalsom pelajar melayu>Aku selalunya akan bawa anak-anak buah aku keluar<


projek kalsom pelajar melayu>Yang pakai cermin mata tu adalah pasangan fasi aku : Kak Sara<


projek kalsom pelajar melayu>Group aku ketika diorang tengah present Jam Son Goku diorang<


projek kalsom pelajar melayu
>Semua presentation in English tau : bangga jugak aku rasa<


projek kalsom pelajar melayu>Aku ditengah bersama beberapa fasilitator yang lain<


Projek Kalsom 17; 11 July sehingga 15 July dihandle oleh para pelajar Malaysia yang kebanyakannya berpangkalan di luar negara. Oleh sebab itu jugaklah aku telah terpilih sebagai salah seorang facilitator untuk program nie. Ada ramai lagi facilitator lain dan Aiman Azlan yang popular dengan Vlog dia di YouTube juga salah seorang facilitator tau. Masa mula-mula facilitator berjumpa, memang semua pakat mendiamkan diri tapi last-last semua jadi rapat gila. Begitu juga dengan para pelajar : aku dan seorang lagi facilitator (Akak Sara) telah ditugaskan untuk menjaga pelajar seramai 9 orang daripada pelbagai sekolah. Semua pakat diam dan malu awal-awal tapi last-last pun semuanya jadi kamcing. Ahakz!!


projek kalsom pelajar melayu>Ini pula ketika waktu bersama untuk Mock Interview<


projek kalsom pelajar melayu>Lepak jap bersama bebudak selepas Mock Interview<


projek kalsom pelajar melayu>Ini pula lebih kurang semasa Careers' Fair punya part<


projek kalsom pelajar melayu>Aku menyeru semua bebudak nie supaya masuk team accountant<


projek kalsom pelajar melayu>Inilah dia antara muka-muka fasilitator yang sporting dan poyo<


projek kalsom pelajar melayu>Sesi memberi tazkirah Maghrib : bergambar seketika<


projek kalsom pelajar melayu>Alhamdulillah : aku tak senervous dulu dalam memberi speech<


Kitorang yang dikenali as Group 1 : Kumpulan Son Goku terdiri daripada 9 orang pelajar yakni Zaf,Ameer, Syeikh, Nawwar, Mieda, Nad, Nabila, Pika dan juga Suraya dan dijaga oleh aku dan juga Akak Sara. Sepanjang lima hari di Projek Kalsom 17 di Melaka, memang banyak aktiviti yang kami lakukan bersama-sama memandangkan pelbagai aktiviti adalah dalam group. Contoh yang kitorang buat sama-sama adalah mencipta Lagu Cheer, Explorace, Business Game dan juga pelbagai program motivasi lain. Aku harap aku dah pun memberi yang terbaik kepada diorang semua dan harapkan diorang dapat benefit dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang aku share dengan diorang semua. (^_^)/


projek kalsom pelajar melayu>Selalunya aku akan duduk dalam tengah-tengah bebudak nie<


projek kalsom pelajar melayu>Sempat lagi diorang nak tunjuk PEACE tu yerk<


projek kalsom pelajar melayu>Inilah dia anak-anak buah yang aku dah influence masuk accounting<


projek kalsom pelajar melayu>Lagi-lagi gambar diorang semasa dalam aktiviti<


projek kalsom pelajar melayu>Ini pula gambar bebudak girl yang lagi ramai dari lelaki<


projek kalsom pelajar melayu>Aku bersama Sara dan ahli-ahli kumpulan satu aku<


>Memberi tandatangan untuk peminat?!<


Selain daripada handle Group 1, aku juga terlibat dengan pelbagai aktiviti umum lain. Sebagai contoh, aku dan geng-geng lain bertanggungjawab untuk handle Accounting Booth semasa Careers’ Fair. Jadi banyak jugaklah yang aku share pasal Accounting dengan diorang semua. Selain itu, aku turut menjadi ahli panel untuk tazkirah Maghrib : berkongsi pengalaman ketika berada di London. Memandangkan aku nie jenis yang memang banyak pengalaman, so memang tak jadi masalah. Selamatlah diorang pun excited nak dengar kisah-kisah aku. Masa mock interview, banyak jugaklah benda yang aku share pasal interview. Aku juga bolehlah diconsider as seorang yang paling semangat kalau ada program nyanyian pape ker or sewaktu dengannya : sampai naik atas kerusi untuk menyanyi tau. Bila fikir balik, segan lak pulak rasa. Suara pun habis serak semua tau. Wakaakakaa!!


projek kalsom pelajar melayu>Aku bersama Zaf yang merupakan leader Group 1<


projek kalsom pelajar melayu>Inilah dia Award yang akan diberikan kepada para peserta<


projek kalsom pelajar melayu>Hari terakhir : hensem dan cun anak-anak buah aku nie<


projek kalsom pelajar melayu>Tadi tanpa fasi tapi sekarang bergambar fasi pulak<


projek kalsom pelajar melayu>Dari kiri : Sharif, Aku dan Aiman<


projek kalsom pelajar melayu>Okay! Kami akui yang kami bertiga memang hensem dan poyo<


projek kalsom pelajar melayu>YEEHAA!! Inilah dia gambar berkumpulan yang penuh<



>Ini pula adalah Group Cheer Son Goku daripada Group 1<


Semalam masa aku dalam bas on the way balik Terengganu, aku sempatlah untuk online Facebook dan approve friend request daripada bebudak yang join Projek Kalsom 17 nie. Sepanjang aku survey, aku tengok reaksi diorang memang terbaiklah. Semuanya amat excited dan ternyata Projek Kalsom 17 memberi sepenuh harapan dan juga kebaikan kepada mereka semua. Aku sebagai facilitator turut berpuas hati dengan respons mereka dan aku percaya aku sudahpun cuba memberi yang terbaik sepanjang Projek Kalsom 17 nie. Lagipun ini adalah first time aku menjadi fasilitator dan perasaan cuak tu masih lagi ada dalam diri nie tau. Oh ya, kalau korang semua nak tahu, aku mendapat pelbagai gelaran ketika berada di sana. Antaranya ialah Abang Long, Along, Abang Akaun dan yang paling best adalah Abang KFC : sebab aku angkut kotak KFC ke hulu, hilir semasa Projek Kalsom 17 tu. *wakakaaaa!!*


*Sampai di Kuala Terengganu pagi tadi : aku terus tidur dalam keadaan kepenatan*
[Next week, journey aku untuk meneruskan perjalan tour Malaysia akan bersambung]

Saturday, July 02, 2011

Tempahan Biskut Raya Bersama Festive Cookies House

Sekarang nie dah pun masuk bulan Syaaban dan lagi sebulan nak masuk Ramadhan. Selepas habis Ramadhan, bolehlah pakat ramai-ramai sambut Syawal pulak. Yeszaa! Walaupun sebenarnya ada lebih kurang dua bulan lagi nak ber-Hari Raya Aidilfitri tapi aku yakin yang segala persiapan nak raya memang semua orang dah start kan? Contohnya kain nak buat baju raya mesti dah siap beli dan dah dihantar untuk dijahit. Selain itu, mungkin ada jugak yang dah start untuk buat biskut raya sebab taknak kepenatan masa bulan Ramadhan nanti. *kihkihkih*


tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya


Namun aku rasa zaman sekarang nie tak ramai yang rajin nak buat biskut raya sebab memang agak rumit dan leceh nak buat biskut raya. Masa aku zaman sekolah menengah dulu, aku selalu tolong makcik aku buat biskut raya. Tapi kalau satu petang tu just sempat buat satu jenis sahaja : itu pun favourite aku yakni Almond London. Sebab itulah ramai sekarang suka tempah biskut raya yang dah siap awal-awal ataupun terus beli di supermarket. Aku tanya mak aku tadi pun, dia cakap selalunya dia akan habiskan dalam RM100 lebih untuk biskut raya.


tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya

Memandangkan mungkin macam dah jadi trend zaman sekarang untuk buat tempahan biskut raya, aku nak recommend kepada korang semua salah seorang supplier utama biskut raya untuk tahun nie. Nama pembekalnya adalah Festive Cookies House yang diketuai oleh Akak Nurazza Abdullah. Diorang selalu mengambil tempahan untuk membuat biskut raya nie. Korang cakap sahaja biskut raya apa yang korang nak : Almond London, Tart Nenas, Mini Popia, Cornflakes Madu dan pelbagai jenis biskut raya yang lain : diorang bersedia untuk mengambil tempahan dan menyediakan biskut raya yang terbaik untuk korang semua.


tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya


Sebenarnya Akak Nurazza dah kasi aku satu set sample biskut raya untuk aku test dan memang aku cakap “Thumbs UP!!” dengan kualiti, kesedapan dan kerangupan biskut raya diorang nie. So, kalau korang rasa nak membuat sebarang tempahan biskut raya, confirm Festive Cookies House menjadi jaminan utama. Tetapi ada jugak antara kita yang tak berapa kisah dengan rasa tapi lebih risaukan harga tempahan biskut raya kan? Korang jangan risau memandangkan harga tempahan biskut raya diorang memang terbaik daripada dapur. Bagi agent Akak Nurazza, diorang kenakan caj serendah RM18 untuk hampir kesemua cookies kecuali Chocolate Praline,Blueberry Tart,Pineapple Cheese Tart yakni RM20. Bagi non-agent pulak, diorang caj serendah RM26 dan RM28 untuk selebihnya : yakni RM8 lebih mahal berbanding harga agent. Murah kan?! (^_^)/


tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya
tempahan biskut raya kuih raya

Bagi korang yang berminat untuk menjadi agent tempahan biskut raya Akak Nurazza ataupun just nak membuat tempahan terus, bolehlah contact Akak Nurazza di Facebook : Festive Cookies House ataupun phone number : 0126870684 ataupun menerusi e-mail : cutiescuppies@gmail.com. Sebarang pertanyaan turut boleh dibawa terus kepada pihak yang berkuasa : Akak Nurazza. Ahakz! Oh ya, tarikh paling akhir untuk membuat sebarang tempahan biskut raya adalah seminggu selepas bermulanya Ramadhan dan pada tahun nie, diorang menyediakan 13 jenis biskut raya untuk ditempah. Then, kos penghantaran untuk 3 kg adalah dalam RM8 tapi kalau nak pickup sendiri, bolehlah rujuk Akak Nurazza kembali. So, apa korang tunggu lagi? Mari mulakan tempahan biskut raya!! Wakakakaaa!!


*Marilah kita ramai-ramai rakyat Malaysia mula melakukan tempahan biskut raya best*
[Next week insyAllah aku akan turun Kuala Lumpur : ada sesiapa nak kasi bermalam?]
    Related Posts with Thumbnails