My Followers Who Follow My Blog

Sunday, May 20, 2012

A Day in Chelsea UEFA Champions League and FA Cup Parade

Lama benar rasanya aku tak update blog nie. Rasanya dalam sebulan aku hanya sempat update dalam dua or tiga kali sahaja. Untuk pengetahuan korang semua, aku sekarang dalam musim final exam. Aku baru sahaja langsai tiga papers beberapa hari lepas dan insyAllah ada satu lagi paper hari Khamis nie. Nak cakap awesome : takdalah sangat sebab salah satu paper tu yakni Corporate Finance memang teruk yang amatlah. Rasa-rasanya ada chance untuk fail kut tapi harap pass lah kan?! *hik3!!* Aku nie jenis yang setiap kali exam mesti mengidam nak shopping. So, dalam dua minggu lepas aku angkut kamera DSLR baru. Nak kata DSLR sepenuhnya takdalah sangat sebab nie jenis kamera mirrorless interchange lens. Nak tahu lagi banyak? Pepandailah korang Google sendiri yerk. Ahakz!!











Oh ya walapun aku amat busy dengan exam tapi match Champions League antara Chelsea dan Bayern Munich semalam memang confirm aku tak terlepaslah. Walaupun aku bolehlah diconsider sebagai hardcore team bola sepak yang lain tapi memandangkan Chelsea nie mewakili London dan juga United Kingdom; maka sokongan aku adalah bersama Chelsea semalam. Selepas match yang berlangsung sehingga waktu tambahan dan sepakan penalti, akhirnya Chelsea berjaya tumpaskan Bayern Munich. Aku rasa boleh kata Chelsea menang nasib jugaklah. *huk3!!* Memandangkan Chelsea menang UEFA Champions League dan juga FA Cup, maka diorang mesti akan buat parade untuk arak piala kan?! Maka aku pun terus siap-sediakan Olympus Pen E-PL1 untuk Chelsea Parade hari nie. Yeehaaa!!












Chelsea Parade tu bermula dalam jam 4.00 petang dan dijangka berakhir dalam pukul 5.00 petang mengikut jalan or path yang sudah ditetapkan. Namun memandangkan aku memang plan nak tangkap gambar di area Chelsea dan Stamford Bridge tu, maka aku keluar dari rumah agak awal daripada yang sepatutnya : yakni dalam pukul 11.00 pagi. Pukul 12.30 tengahari aku dah sampai di Stamford Bridge dan memang ramai orang dah ada kat tempat parade tu. Ada sellers yang jual souvenirs seperti bendera, baju, scarf, banner dan sebagainya. Namun memandangkan aku takda cash sangat dan aku pun kurang minat; maka aku tak beli pape pon. Dalam pukul 2.00 petang, member aku yakni Shahid datang follow aku untuk parade tersebut. So sekurang-kurangnya ada member nak tolong tangkapkan gambar aku pulak kan?! (*_*)/











Kitorang lepak kat tempat parade tu sehinggalah perarakan itu selesai. Sepanjang parade itu berlangsung, dapatlah kitorang usha pemain-pemain Chelsea yang kat atas bas. Kitorang memang bernasib baik sebab bas itu berhenti sekejap depan tempat kitorang lepak; maka dapatlah snap photo bebanyak. Alhamdulillah jugak sebab cuaca hari nie tak hujan seperti kebiasaannya. Memandangkan aku amat mementingkan kualiti gambar yang aku tangkap, banyak juga gambar yang aku delete dan hanya tinggal sedikit sahaja : bagi aku adalah yang terbaik. So, kalau korang mengidam nak usha persekitaran Chelsea Parade tu, korang bolehlah klik album photo di sini yerk. Harap enjoy semuanya!! (^_^)/


*Getting back to study lepas nie : banyak reading nak kena buat nie*
[Sesiapa yang nak usha gambar Chelsea Parade lagi : bolehlah buka album photo nie]

Wednesday, April 25, 2012

Small Firm di London Atau Big Firm di Malaysia?

Lama benar rasanya aku tak update blog memandangkan sebulan lebih aku sibuk dengan urusan career. Kalau korang nak tahu, aku akan habis degree aku dalam Accounting and Finance di London School of Economics (LSE) Julai nanti. So, aku dah pun belikan ticket flight untuk mak aku dan kawan aku bagi membolehkan diorang datang Julai nanti. Ahakz!! Papepon aku minta maaf sesangat sebab lama tak update cerita baru kat korang semua yerk. Sepanjang sebulan lebih aku mendiamkan diri nie, banyak jugaklah interview yang aku pergi : accounting firms di UK dan juga di Malaysia. Aku sempat pergi interview dengan PwC UK, PwC Malaysia, Ernst and Young Malaysia, Flemmings UK dan juga beberapa firm lain. Memang banyak yang aku apply memandangkan aku plan nak buat Chartered Accountancy (CA) dan sponsor aku yakni PETRONAS pun highly recommend program nie tau (^_^)/


>Sedang berfikir apakah yang terbaik yerk!<


Untuk buat Program CA, aku perlu dapatkan placement kerja di accounting firm. Pastu aku kena bekerja dan juga belajar pada masa yang sama untuk dapat kelulusan CA nie. Selepas dah dapat CA, barulah aku akan kembali ke sponsor aku yakni PETRONAS semula. Faham korang semua?! *kih3!!* So, pendekkan cerita yang panjang, aku dah pun ditawarkan dengan dua placement kerja yakni Ernst & Young Malaysia dan Flemmings UK. Namun aku still tak dapat buat keputusan antara small firm di UK ataupun big firm di Malaysia. Kalau tanya aku directly, aku rasa nak balik Malaysia jer terus tapi mungkin kengkawan pembaca ada idea lain kan? So, aku sharekan details pasal kedua-dua firm nie kat bawah yerk!!


>Inilah logo audit firm Flemmings<


Flemmings UK – A Small Firm di Hujung London
Details : Firm nie kecil jer sizenya yakni dalam 50 to 70 orang pekerja dan ada cawangan di Chennai, India. Kebanyakan urusan dalam firm adalah menguruskan kewangan company kecil dan professional seperti doctor, dentist, lawyer dan sebagainya.
Working Life : Waktu bekerja adalah standard yakni dari pukul 8.15 pagi sampai 5.45 petang. Memang agak jarang untuk ada overtime. Pastu firm ada sediakan lunch vegetarian free setiap hari dan yang specialnya adalah korang tak boleh on handphone or tablet or ipad dan sewaktu dengannya langsung waktu kerja. Kerja sepenuhnya dan memang takda nak lepak-lepak or hang around sekeliling. Senyap : sunyi sepi. TT__TT
Contract : Contract kerja adalah 4 tahun dan nie buat aku rasa berat sikit. Gaji yang ditawarkan adalah dalam GBP 18,000 setahun yakni agak rendah berbanding gaji standard di UK. So, lepas tolak tax, bayar rumah dan sewaktu dengannya : maximum leh save adalah GBP 400 sebulan kot. Alright la kan?!


>Menara Milenum : Terletaknya office Ernst and Young Malaysia<


>Ernst and Young (EY) Firm<


Ernst and Young Malaysia – A Big Firm di Kuala Lumpur
Details : Ernst and Young merupakan salah satu daripada empat accounting firm terbesar di dunia dan ada puluhan ribu pekerja dan cawangan di seluruh dunia. So, memandangkan nie antara the Big 4, maka clients pun besar-besarlah semua kan?!
Working Life : Aku rasa korang pun mesti dah familiar dengan working life di Malaysia kan? Kekadang kena bekerja sampai lewat malam kalau ada dateline. Bukan sahaja kerja sampai lewat malam tapi kekadang weekend pun angkut sekali. TT__TT
Contract : Berbanding dengan Flemmings UK yang contractnya adalah 4 tahun, Ernst and Young pula menawarkan kontrak hanya selama 3 tahun. Gaji starting adalah RM 2,800 dan insyAllah PETRONAS yakni my sponsor akan topup sikit lagi. Tapi hidup bujang cukuplah nie kan?!


>Nanti kena sembahyang istikharah insyAllah<


So itulah sedikit sebanyak pasal dua tawaran kerja yang aku dapat; yang lain-lain aku dah tolak tepi awal-awal. Flemmings dah pun hantar formal letter tapi Ernst and Young still pending bab formal letter tu. Kalau ikutkan hati aku, aku lebih berminat untuk balik dan sambung kerja di Malaysia sebab kontrak kerja yang lagi pendek yakni hanya 3 tahun dan boleh belajar lagi banyak sebab Ernst and Young nie adalah firm yang amat besar. Tapi pada masa yang sama, kalau compare gaji secara direct, kerja di London lagi masyuk walaupun tak boleh guna phone langsung the whole time masa kerja. Lagipun kerja di London bolehlah kita balik on time kan? Ahakz!! Papepon aku nak tahu pendapat dan idea korang yerk. InsyAllah malam sebelum aku kena buat keputusan, aku akan sembahyang Istikharah untuk dapatkan petunjuk yang paling terbaik : yakni dari Allah SWT. (^_^)/


>Kasar-kasarnya tinggal lagi 2 minggu lebih sebelum final exam : cuak!!<
[Aku baru jer lepas beli Kamera Baru : Olympus Pen E-PL1 untuk bergambar sakan]
    Related Posts with Thumbnails