Malaysian memang suka Paris. Tapi sepanjang tiga tahun aku
di London, hanya dua kali sahaja aku menjejakkan kaki di sana. Bagi aku, Paris sebijik
seperti London – bangunan, architecture, permandangan dan juga attractionnya.
Namun bagi cukupkan syarat sebagai seorang Londoner, aku dan kengkawan aku
membuat keputusan untuk travel ke Paris lebih kurang tiga bulan sebelum
kitorang balik ke Malaysia. Jam 5 pagi 4 April 2012, kami berempat
berangkat ke Paris menaiki Train Eurostar. Asalnya kitorang plan nak bermalam
di Paris tapi akhirnya decide untuk sekadar day trip travel sahaja. Yeehaaa!!
(^_^)/
 |
| >Gambar intro bersama Eiffel Tower< |
 |
| >Inilah dia Sacré-Coeur : sampai terus bergambar< |
 |
| >Cuba teka nama bangunan nie apa?< |
 |
| >Inilah pemandangan pagi Paris dari Sacré-Coeur< |
Kitorang sampai di Paris dalam pukul 8 pagi dan berbekalkan
Paris Map yang diberi oleh Eurostar, kitorang menuju ke attraction yang pertama
yakni Sacré-Coeur. Sacré-Coeur nie terletak tak jauh dari stesen keretapi tapi
yang tak bestnya adalah bangunan nie terletak di atas bukit. Selamatlah waktu
tu musim bunga, so tak berpeluh sangat panjat bukit. Memandangkan masa yang
agak suntuk, maka kitorang just snap-snap gambar dan terus bergerak ke
attractions yang lain – tak sempat nak baca-baca pasal Sacré-Coeur nie. On the
way turun dari bukit, kitorang disapa oleh beberapa orang Parsi tapi dapat
jugak kitorang lepaskan diri. Wakakakaa!!
Selepas settle dengan Sacré-Coeur, kitorang berjalan menuju
ke Louvre Museum dan dalam setengah jam kitorang sampai di kawasan The Louvre. Memandangkan
ramai sangat yang beratur untuk masuk ke Louvre Museum, kitorang decide untuk
bergambar di luar Louvre Pyramid sahaja. Oh ya, lukisan Monalisa disimpan di
dalam Louvre Museum – sebab tu ramai yang datang melawat. Selepas berhenti
makan di Subway, kitorang meneruskan perjalanan berjalan kaki ke attraction
yang berikutnya yakni Notre Dame Cathedral.
 |
| >Raksasa mengganas memijak Louvre Pyramid< |
 |
| >Beberapa kali kitorang sesat sebab berjalan kaki< |
 |
| >Inilah dia ahli rombongan berempat ke Paris< |
 |
| >Tadaaa! Nampak tak Longchamp? Long!< |
Notre Damn Cathedral merupakan sebuah gereja yang terletak
di tengah Bandar Paris. Namun seni binanya adalah lebih kurang sama dengan
gereja-gereja lain di sekitar Eropah yang pernah kitorang lawati. Selepas
bergambar sekadar cukup di Notre Dame Cathedral dan area taman bunga di
sekitarnya, kitorang segera bergerak ke Eiffel Tower yang terletak betul-betul
di hujung dunia Paris sebelah lagi. Lagipun memang plan kitorang untuk spend
lebih banyak masa di area Eiffel Tower. Memandangkan waktu tu hujan dan siang,
kitorang agak kecewa bila sampai di Eiffel Tower sebab menara yang gah nie nampak
seperti besi buruk sahaja. Kalau malam lainlah sebab ada lampu bagai tapi siang
nampak agak kurang menarik. Tapi gambar still snap. LOL XD
Memandangkan cuaca yang agak kurang baik, maka pelancong
tidak dibenarkan untuk naik ke Eiffel Tower tapi bagi kami berempat, dapat
melihat Eiffel Tower dari jarak dekat sudah mengcukupi. Selepas penat bergambar
sakan di Eiffel Tower, kitorang terus berjalan ke Arc de Triomphe yang terletak
tidak jauh dari Eiffel Tower. Ketika di Arc de Triomphe, sempatlah juga aku
merasa croissant chocolate asli daripada Paris. Memang sedap, memang gebu –
amat berbeza dengan yang ada di London.
 |
| >Pernahlah jugak guna gambar nie as DP Facebook< |
 |
| >Arc de Triomphe versi Paris< |
 |
| >Memandangkan spring : so berbunga sikit< |
 |
| >Selfie ketika berada di hadapan Notre Dame Cathedral< |
 |
| >Sempat kitorang snap hasil lukisan pelukis jalanan di Paris< |
Memandangkan agak jauh untuk kitorang berjalan kaki dari Arc
de Triomphe ke Eurostar Train Station, maka kitorang decide untuk menaiki Paris
Metro – sama seperi LRT di Malaysia. Kalau korang nak tahu, Paris nie takdalah
bersih sangat. Once aku masuk ke dalam Paris Metro, terus boleh bau hancing
kencing. Yurkkk! Memandangkan kitorang rushing mengejar train, tak sempat
kitorang nak jejalan lagi jauh. Namun yang penting – Paris sudah ditawan dan
attractions utamanya sudah dicover. Penting tu tau. Settle semua!! XD
*Sedar tak sedar dah nak dekat 5000 orang followers blog nie : dah nak masuk 3 tahun*
[Selamat bercuti dan selamat hari natal diucapkan buat semua : besok kerja balik]