Kalau aku sebut ataupun ungkapkan perkataan "Birthday" sahaja, mesti korang semua akan teringat pasal pelbagai jenis sambutan birthday dan pada masa yang sama, usia yang dan makin tua : kira kena start untuk tambah amal ibadat yang mungkin tak berapa nak cukup kan?! Ahakz!! Selain itu, korang mesti akan terbayangkan juga pelbagai cara sambutan birthday dan ucapan-ucapan daripada kawan-kawan, ahli keluarga dan semua yang mengenali dan mengetahui diri anda sendiri. Tapi confirm dalam banyak-banyak hal : mestilah hadiah yang perlu diutamakan. (^_^)/
Sebut tentang birthday ini, aku ada beberapa kisah hendak dikongsi bersama korang semua. Semasa zaman aku di MRSM YT Besut, MRSM Kuala Lipis, MRSM Pengkalan Chepa dan Kolej Tuanku Ja'afar, cara sambutan birthday ini macam-macam dan boleh dikatakan pelbagai jenis. Jadi, aku teringin untuk berkongsi dengan korang semua beberapa cara sambutan birthday yang mungkin agak pelik dan jarang didengari. Termasuklah juga yang common-common yerk.

>Tahun nie aku dapat kek Thornton's as birthday cake : terharu rasa!!<
>Birthday card : Birthday present : Sedar-sedar dah 22 tahun aku<
Cara Satu : Suprise Bersama Kek Hari Jadi
Bagaimana? : Semasa aku di KTJ dahulu, kitorang selalu berpakat untuk mengadakan birthday suprise untuk rakan-rakan. Pelbagai rancangan yang berbeza dibentuk untuk individu yang berbeza. Ada plan pergi terjah di kelas, ada plan ajak wat Qiamulai dan pelbagai lagi lah. Aku pun kena juga masa itu. Diorang panggil aku ke surau cakap jam aku tertinggal. Masa sampai, terkejut aku: semua pakat nyanyi lagu birthday. Langsung tiada aku expect ma!! Tapi kalau suprise dengan birthday cake still acceptable lagi : jangan suprise dengan telur dan tepung dah la. Ahahahaha!!
Cara Dua : Nyanyi Lagu Birthday di Dining Hall
Bagaimana? : Ini memang menjadi acara common sambutan birthday di KTJ. Ramai-ramai akan nyanyi lagu birthday untuk si penyambut birthday. Biasanya nyanyian akan dimulakan oleh sekumpulan pelajar dan last-last, satu dining hall nyanyi tanpa tahu pun siapa punya birthday yang sebenar. Kadang-kadang ada juga acara nak kenakan orang lain. Diorang akan nyanyi lagu birthday untuk member yang sama tiap-tiap hari di Dining Hall. Kekadang dah boleh agak siapa muka paling excited dan siapa yang cam malas nak layan bab-bab birthday nie.
>Sambut birthday aku masa Winter 2009 di London<
Cara Tiga : Simbah Air dan Pukul Dengan Bantal
Bagaimana? : Aku yakin sangat yang korang semua mesti biasa dengan cara sambutan ini kan? Cara ini yang paling efisien di MRSM dan sekolah berasrama memandangkan kos yang rendah dan tak perlu susah-susah nak bazir duit pergi beli kek. Just sakit sikit lah. Confirm basah la juga. Kekadang kitorang letak air atas pintu dan bila pintu dibuka, basahlah birthday boy. Pastu sambung tibai guna bantal lak. Pergh~!! Seronok tul. Kekadang hempuk atas katil sampai pernah sekali katil patah. Pastu kena kejar dengan warden. Adess : kenangan silam masa zaman MRSM tu.
Cara Empat : Internet
Bagaimana? : Ini memang common ways gak untuk ucap Birthday Wish dan juga untuk hantar kad birthday. Kalau di Facebook, memang ada diingatkan birthday seseorang itu. So, walaupun tak kenal sangat siapa orangnya itu dan mungkin tak pernah bercakap pun, wish jugalah birthday tu. Guna mail pun leh, guna friendster pun dialu-alukan. Semua cara boleh sekarang. Dah maju kan?! Kekadang jenuh birthday boy nak balas wall post sebab bertimbun-timbun sangat kan. Non-stop 24 jam dapat wall post daripada kengkawan Facebook semua.
>Ucapan kengkawan di atas satu belon<
Jadi itu merupakan beberapa cara sambutan birthday yang pernah diamalkan dan pernah aku sendiri lalui. Aku yakin korang semua mesti ada lagi banyak pengalaman yang pelik-pelik kan? So,kongsilah sikit. Bolehlah aku praktiskan kepada member aku lak nanti. Oh yer, alang-alang bercakap pasal birthday ini, aku nak ucapkan "Selamat Hari Lahir" or bahasa inggerisnya "Happy Birthday" kepada diri aku sendiri dan pada masa yang sama amatlah berterima kasih kepada segala macam jenis ucapan yang dilontarkan menerusi BBM, Facebook, Friendster, Text, SMS dan pelbagai macam cara yang lain. Ucapan korang semua amatlah dihargai seadanya oleh aku. Oh ya, thanks jugak kepada member-member yang wat birthday prank walaupun sehari lambat. Damn ter-suprise aku!! Wakakakaaaa!!
*Salam Aidiladha dan Salam Qorban dari London buat rakan pembaca di Malaysia*
[Entri nie entri lama diperbaharui sempena birthday ke-22 aku pada 1/11/11 semalam]
35 comments:
tapi kalau bab baling air loji kumbahan.tu yg hardcore
bday eca tahun ne kena telur dua biji,tepung,air..lgsg xexpect housemate wat camtu.lepas tu makan kek ramai-ramai + nasi lemak ayam goreng!...selepas acara,kena marah pihak sekuriti sebab wat bising dekat apartment.Nasiblah badan tahun depan bday jatuh ngam2 cuti semester!.selamat *-*
rendam dalam kolam.pastu baling ngan tepung+telur..
biasanya buat orang je.diri sendiri setakat ni tak pernah kena lagi..hehe
hahahaa.. mmg best.. tp anis xajim kena ag bb besday hujung tahun.. cuti. hahhaaa... :)
saangat sama...saya kat sains sabah pun camtu gak. dan yang part nyanyi lagu kat dining hall tuu memang paling terok kalau kawan yang sama je kene nyanyii...memang nak sekat kawan lah katakan...
anyway, happy birthday ek!!! happy belated bufday. memang dah tengok entri, kompom pasal bufday. tahniah dah 22! Alhamdulillah...
assalamualaikum...best nyer kek tu rasa nak mkn plak...:)
untung Lah..CG paLing takut nak hadap birthday masa bLaja kat uni skang...time birthday, akan dimandikan air beLacan + budu + teLur + tanah dan tepung tak terkecuaLi...Lepas tuh baru dapat makan kek...wuuu...bau beLacan meLekat sebuLan okayy...pegi jawab exam dengan rambut bau beLacan~
Happy belated birthday dude;)
Ex-mrsm kuala lipis an?
me too.which batch ea?
Junior;) hohoho
bestnye dpt wish mcm nie..kak rose x pena g merasa ada org nyanyi ramai2x kat dining hall ke..memane ke.. tpi xpe.. family jugak yang nyanyi..ekeke!
sambut birthday dengan kol orang yang melahirkan kita- MAK, yang patut kot..
hepi belated birthday
HEPI BESDAY en Lon(g)don. :)) smoga bahagia selalu. dh 22 ek? muda ag, enjoy. haks.
aku pun besday bulan ni jugak. *saje kan nak bgtau* hehe.
nape makin lame makin kurang update? ke tak?
nice one !.. ohh ex mrsm lipis ke.. kg ku.. hahaha :)
oh..epi belated :)
penglmn, birthdy sy ke 20 laa kena baling tepong, simbh air, curik bj, uwaaaa ter-nangis, pastu terpaksa la. baru dorang takut..sy tanak kawan.ha ha, tu memori
aha smbutn bfday el pling bse2 je
sbb org nye pon bse2 jep -.-
Besday sy tak pernah org buat suprise..
sob3..
mcm takde kawan je rase..
hahaha..:)
tapi tiap2 tahun sy sambut ngan family..:) anyway, happy birthday!
selamat hari lahir incik haffiz..
smoga murah rezeki , good luck n take care :)
moga kegembiraan sntiasa bertandang dlm keidupan ..
^_^ mawar
epy belated bufday!!..
dulu celebrate kt asrama seghonok..
heeee~..
kite mandy bedak smpay 2 botol kot..hehee..>.<
terasa ingin sekali pergi sana
jelesnyer...meriah tul sambut besday...huhuhuhu
happy belated besday haffiz...semoga seronok2 disana...awwwww .jeles nyah..hihi
sy ada few idea utk dishare kt sini, tak taula sesuai ke x utk diapklikasikan sekali lagi..
1. ni masa lowerform, ada sorg member ni birthday dia jatuh pada 14 feb. dia sebenarnya ramai je kawan, tpi masa birthday dia tu xde sorg pun yg wish! semua buat2 lupa.. tpi bkn kawan2 dia yg rapat je.. 1 batch buat mcm tu kt dia.. dia pun sedihla sbb xde org yg ingat birthday dia.. 30 minit b4 14 februari habis, kitorg bawak dia ke prep dan buat kejutan kt dia.. bila dia bkk lampu prep, satu batch klua dr tmpt sorok masing2 n nyanyi lagu happy birthday ramai2.,. dia dapat 1 kad birthday yg sgt besar ditandatangani oleh 1 batch.. bnda yg buat dia lagi terharu sbb org yg dia minat pun tinggalkan ucapan n tndatgn kt kad tu.. hehe
2. ada sorg member ni suka makan meggi.. biasala, duduk kt asrama.. so, masa birthday dia, mcm2 cara kitorg kenakan dia.. tpi last2 kitorg hidangkan dia meggi yg baru je dimasak.. dia terharu sgt sbb dapat makan meggi..
3. masa birthday housemate., b4 menjelang pukul 12 tu, sorg demi sorg tinggalkan dia kt rumah tanpa dia sedari yg dia sorg je tinggal kt rumah tu..mmg dia xsedar la yg kami semua buat surprise kt dia.. tepat pukul 12, kitorg ketuk pintu rumah sekuat hati mcm nk roboh n bila dia bkk, kitorg pun nyanyi lgu happy birthday sambil suro dia tiup birthday kek dia tu..
itu je, harap membantu!
time raye cite bday yek? hoho!
apsal banyak sgt MRSM tu? every year tukar ke bro??
HAPPY BELATED BIRTHDAY ^^
happy belated birthday boy!!! =)
ehhh hampir semua perkara kat atas , dila penah kena jugak .
HAPPY BIRTHDAY , bro :)
wa gempak!!
HAPPY BIRTHDAY!!
waaa...dap nye cake !
hehehe
hepi besday !
Hepy Belated Bday :)
menanti entri seterusnya!!!
happy birthday ^_____^
hepi belated besday ! ^^
wahhh
hepy belated buvdey
slalu nyee org akn celebrate nan simbah aer yg di cmp0r dgn plbagai perencahh , eeeeeee
happy belated besday ye .
sekarang punye cara dah macam macam .
denngan telornye , dengan tepungnye :)
silaturahmi.. mudah-mudahan bisa terus silaturahmi, salam kenal :)
Post a Comment