Memang gempak tul Germany semalam. Tak sia-sia aku support. Puas tul hati aku semalam. Wakakaka!! *tukar topik* Oh ya, aku semakin hari semakin dekat untuk mendapatkan modem dan broadband aku sendiri : hanya menunggu stock modem baru untuk sampai jer sekarang. Kalau belum sampai gak by aku ke Kuala Lumpur rabu nie, mungkin aku akan dapatkannya di Kuala Lumpur kut. Kalau takda gak, maka akan sunyilah aku dan blog nie untuk dua bulan yang akan datang. Confirm korang akan rindukan aku kan?! Or tak rindu?! Papepon, aku pasti akan mencuba yang terbaik!! ^_^
Untuk hari nie, aku nak share dengan korang semua tiga quotes yang aku terfikir ataupun yang biasa aku jadikan status di Facebook ataupun Twitter. Selain itu, aku juga akan sertakan sekali kenapa aku boleh terfikir mengenainya.Kalau ada grammar errors, ignorekan yerk. Ahakz!! Papepon, jom layan :
Quote Satu : The Best Decision is The Decision Made On That Moment.
Penerangan : Aku percaya yang kita semua selalu merenung kembali keputusan-keputusan yang pernah dibuat dahulu dan kadang kala menyesal dengan keputusan tersebut. Pada pendapat aku, walaupun pilihan-pilihan lain yang ada pada ketika itu mungkin memberikan lebih banyak kebaikan, namun, keputusan yang dibuat mungkin adalah yang terbaik berdasarkan kepada situasi dan juga keadaan sekeliling pada ketika itu. So, janganlah menyesal dengan sebarang keputusan yang dibuat tapi cuba untuk lihat from the good side of it. (^_^)/
Quote Dua : In coming years, nobody will look on the effort. Just the winners gonna be part of the histories.
Penerangan : Quote nie aku terfikir semasa aku tengok match-match World Cup 2010. Walaupun sesebuah pasukan memberi usaha yang 120% dan bermain dengan permainan yang amat menarik : namun, hanya pemenang yang akan menjadi sebahagian daripada sejarah. Orang akan bercakap mengenai effort dalam satu atau dua tahun sahaja dan kemudiannya : hanya pemenang yang akan dikenang. Mungkin agak tidak adil tetapi itulah dunia yang sebenar. Mungkin ada yang tidak bersetuju tapi aku rasa majoritinya adalah sebegitu. Sorry kalau tak setuju yerk!! TT__TT
Quote Tiga : Memang masyarakat kita : Pelbagai komen dengan hanya satu pandangan.
Penerangan : Untuk quote yang nie, aku rasa tak perlu untuk komen panjang-panjang kut sebab korang sendiri pun sedar dengan “masalah utama” masyarakat kita nie. Kalau aku keluar ke bandar ataupun pergi ke kenduri, aku selalu tengok sekumpulan orang yang duduk bersama dan sibuk mengusha orang lain. Selepas itu, pelbagai pendapat akan dikemukakan. Kalau nampak orang tu kurang kemas : komennya ialah penganggur yang menyusahkan mak bapak. Kalau nampak orang tu berbini muda : komennya ialah guna sihir or bomoh. Ada pelbagai lagilah komen-komen lain yang aku yakin korang pun tahu kan?! Harap-harap tiada lagilah sikap macam nie di masa akan datang. InsyAllah : beringat-ingat sesama kita.
Jadi, itulah tiga quotes yang aku terfikir dan dah lama ingin aku share dengan korang semua. Aku memang selalu terfikir quotes yang menarik bila aku membaca ataupun melihat suasana di dalam masyarakat kita. Kalau ada quotes menarik lain yang aku terfikir, aku akan kumpul banyak-banyak dan akan aku share dengan korang semua lagi. Aku tak tahulah samada korang fikir nie quotes yang menarik ataupun tidak : tapi silalah nyatakan pendapat dan komen ikhlas korang yerk. *kuikuikui*
*Besok aku mahu menulis mengenai World Cup 2010 : Sorry England!!*
[Hari rabu nie aku akan turun ke Kuala Lumpur : Anyone nak jumpa?!]







.jpg)