My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, September 14, 2010

4 Masalah Timbul Selepas Raya

Aku perasan yang beberapa hari kebelakangan nie traffic blog tak serancak di bulan Ramadhan. Mungkin korang semua masih sibuk beraya sakan kut. Papepon, blog still perlu dijaga dengan rapi dan entri baru masih perlu ditulis. Dua entri terdahulu : 3 golongan yang terbebas masa 1 Syawal dan 5 golongan yang beraya selepas Hari Raya : mungkin korang masih belum check lagi. Jadi, ringan-ringankanlah tulang korang untuk mengkahatamkan dua entri tersebut. Ahakz!! ^_^


tips kuruskan badan mudah>Macam-macam masalah leh timbul lepas raya tau<


Sekarang masih lagi di dalam mood beraya dan kita semua mungkin tak sedar dengan masalah-masalah yang akan timbul selepas musim Hari Raya. Selepas bergembira, mestilah ada saat kesusahan pulak kan?! *kuikuikui* Papepon, antara masalah yang mungkin timbul selepas musim Hari Raya ialah :

1. Hutang yang bertimbun : Golongan yang sibuk beraya sakan dengan budget yang rendah mesti akan berhutang untuk berbangga di Hari Raya. Selepas itu, semua hutang-hutang tersebut kenalah dibayar semula. Tambah pulak dengan perbelanjaan harian seperti bil-bil yang bertimbun, belanja family dan macam-macam lagi : boleh botak kepala nanti. *muehehehehe*


tips kuruskan badan mudah>Korang rasa nak dibebani hutang?! Selepas raya terasalah<


tips kuruskan badan mudah>Setiap kali balik beraya mesti macam nie lah kesnya<


2. Traffic jam & kereta breakdown : Bagi yang beraya jauh di kampung halaman, mestilah kena travel dengan menggunakan kereta kan?! Kadang-kadang kereta tu boleh breakdown di atas highway dan mencetuskan masalah lain pulak. Masalah jam pulak memang sudah sebati dengan musim raya. Kadang-kadang boleh gila sebab stuck dalam jam lama sangat. TT__TT

3. Mengejar dateline : Sekiranya korang apply cuti yang panjang sepanjang raya nie, mesti korang mempunyai waktu yang sedikit untuk siapkan kerja-kerja di pejabat. Pastu, bagi students yang ada exam atau assignments kena hantar selepas raya, confirm masa study korang makin singkat. Jadi, pada masa inilah korang give all out untuk siapkan tugasan yang ada. Wakakaka!! Padan muka korang!!

4. Perselisihan faham : Seperti mana yang aku cakap dalan entri tiga golongan terbebas 1 Syawal, mesti ada yang akan sibuk mengumpat di Hari Raya. Kalau umpatan tu melampau sangat, mungkin akan timbul perselisihan faham selepas Hari Raya. Standardlah Hari Raya nanti semua akan sibuk untuk bermaaf-maafan tetapi selepas Hari Raya, entah apa yang akan jadi. Aku tak tahu!!


tips kuruskan badan mudah>Assignments, homeworks dan memacam lagi menunggu<


tips kuruskan badan mudah>Semasa raya sibuk bergosip. Selepas raya?!!<


Empat masalah di atas merupakan masalah yang mungkin akan timbul selepas musim perayaan habis. Sekiranya korang rasa korang ada risiko untuk menghadapi masalah-masalah di atas, ambillah jalan penyelesaian seawal mungkin. Oh ya, sekiranya korang ada terfikir masalah-masalah lain yang turut akan timbul : sharelah sebab aku pun nak tahu buah fikiran korang semua jugak. Papepon, jangan lupa check dua entri sebelum nie dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!! (^_^)/


*Less than dua minggu kembali ke London, UK : Kena makan bebanyak nie!!*
[Bagaimana nak pro Adobe nie?! Payah tulla..sobs..]

Wednesday, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri : Khas Dari Blog Coretan Perantau

Sebenarnya aku nak tulis entri mengenai kuih-muih lagi sebab aku ada bahan yang mengcukupi tapi aku cancel sebab takut korang dah bosan kan. Ahakz!! Papepon, sedar tak sedar malam nie merupakan malam terakhir Ramadhan dan peluang terakhir untuk beribadah dan berterawih semaksimun mungkin. Selepas sebulan berpuasa dan beribadat sepanjang Ramadhan nie, kita semua dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Jumaat nie. So, camner?! Excited tak?! Ke rasa rugi sebab Ramadhan dah nak habis?! *hukhukhuk*

ucapan selamat hari raya perantau>Kad ucapan raya pertama : Seribu kemaafan dipohoni atas segala kesilapan<


ucapan selamat hari raya perantau>Korang boleh baca sendiri sajak yang ditulis di situ yerk<


Aku tengok kebanyakan bloggers dan member-member Facebook aku mula untuk tulis entri pasal Hari Raya dan tag gambar di kad-kad raya vitual mereka. Sebenarnya aku sendiri takda kad hari raya virtual aku memandangkan pakar IT aku sedang sibuk membuat biskut raya. Namun aku ingin membuat sedikit ucapan di bawah :

1. Ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang blogger. Jadi, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan pembaca dan kepada sesiapa sahaja yang melawat Blog Coretan Perantau dan mengenali diriku nie. Mohon dihalalkan semua benda yerk!! ^_^


ucapan selamat hari raya perantau>Pekena sirap bandung semasa Hari Raya pun best jugak nie<


ucapan selamat hari raya perantau>Time korang makan lemang tu : ingatilah Blog Coretan Perantau yerk<


2. Aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca sekiranya ada entri aku yang mungkin menimbulkan ketidaksenangan dalam hati korang. Selain itu, bagi award-award yang tak terbalas, request “I Follow U, U Follow I” yang memang tak terjawab dan pelbagai lagi kesalahan lain : seribu kemaafan aku pohon mewakili Blog Coretan Perantau. Sesungguhnya aku manusia yang lemah : penuh dengan kesilapan. Sob3!! TT__TT

3. Bagi semua yang beraya bersama keluarga, hargailah quality time korang bersama keluarga nie. Walaupun Ramadhan lagi tidak bersama kita, bukannya bermakna setakat itu sahaja amalan kita. Nanti masa Hari Raya jugak, jangan makan banyak sangat sehingga tak larat nak buat benda lain. Layan tetamu dengan teratur kalau ada yang datang beraya : jangan pergi tutup rumah pulak tau. Ingat yerk!!



>Video ucapan Hari Raya daripada anak-anak rantau<


Aku rasa setakat itu sahaja ucapan aku bersempena dengan raya tahun nie. Pokoknya, aku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya kami melakukan sebarang kesalahan dan menimbulkan sebarang ketidakselesaan sewaktu kami di dunia blog nie dan juga sepanjang korang mengenali kami berdua. Apa yang baik daripada Allah SWT dan apa yang buruk adalah kelemahan kami sendiri. Raya tetap raya tapi pastikan tidak terlampau-lampau. Last but not least : SELAMAT TINGGAL RAMADHAN. SELAMAT DATANG SYAWAL. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!! Yeehaaa~~


*Aku lebih sayangkan Ramadhan berbanding Syawal : Aci tak?!*
[Setiap kali korang makan lemang dan minum sirap : ingat Blog Coretan Perantau selalu yerk!!]
    Related Posts with Thumbnails