Aku sedang menaip entri baru nie dalam keadaan mata separuh tertutup sebab mengantuk yang teramat. Pagi tadi lecture aku start pukul 9.00 pagi. Nie first time lecture start seawal tu. Jadi, kena biasakan diri untuk bangun awal dan tidur awal jugalah kalau camnie gak. Sekarang baru pukul 6.00 petang dan selepas entri nie, aku nak tidur lah sekejap. Bangun-bangun nanti boleh terus study dalam keadaan segar sedikit. Kalau study dalam keadaan mengantuk dan tak bermaya, memang langsung tak masuk apa-apa lah. Target study : statisctics!!
Untuk pengetahuan semua juga, aku sudahpun mendapat surat offer internship daripada Ernst and Young. So, kalau tiada last minute perubahan ataupun pencancelan, maka aku akan buat internship dengan mereka di Kuala Lumpur nanti dalam awal bulan Julai sehingga akhir Ogos. Jadi, sesiapa yang terasa nak jumpa dan belanja aku, sila buzz yerk. Pastu, tadi aku tandatangani surat perjanjian offer tu dan perlu hantar balik ke Malaysia. Punyalah payah nak cari agent DHL dan FedEx di London nie. Dua jam aku cari. Dah jumpa, mahal cam ntah hapa-hapa. Kena caj dalam GBP 50.00 tadi. Terbang duitku terbang~!!
Sebelum nie korang semua dah tengok dapur hall aku dan macam mana aku masak nasi goreng di dalam dapur yang sekecil tu kan?! Sekarang tiba masanya untuk aku cerita kat korang semua pasal laundry room dan cara-cara serta tips-tips untuk laundry di London. Ada tips jugak ker?! Mestilah ada untuk memastikan kemudahan laundry yang disediakan hall digunakan semaksimun mungkin. Untuk pengetahuan semua, hall aku sediakan bilik laundry untuk digunakan. Di bilik laundry nie ada mesin basuh dan juga drier. Drier tu memang penting. Takkan nak pergi jemur baju di ampaian kan?! Confirm tak kering-kering!! -_-"
Kemudahahan laundry di hall aku nie bukan disediakan dengan kadar percuma tetapi dengan berbayar. Kosnya ialah GBP 2.00 untuk sekali cucian biasa ataupun GBP 2.20 untuk cucian luar biasa (kira bersih dan up sikitlah). Pastu, untuk drier pulak kosnya dalam GBP 1.00. Jadi, biasanya aku akan habiskan dalam GBP 3.20 untuk satu kali cucian. Eh, korang pernah guna laundry tak? Or mengharapkan mak saja yang basuh semua benda?! Jom aku terangkan langkah-langkah untuk laundry. Ini kes aku di sini yerk. Sila rujuk bawah~!!
Langkah Satu : Kumpul semua pakaian kotor untuk di basuh. Sekiranya korang rasa mesin basuh korang tu masih ada ruang kosong, sila manfaatkan dengan membasuh juga pakaian-pakaian yang baru dipakai sekali sahaja.
Langkah Dua : Sediakan bahan-bahan secukupnya. Antara bahan-bahan yang perlu ialah pakaian yang kotor, duit syiling GBP 3.20, pencuci or sabun basuh, mesin basuh dan juga drier sekali yerk.
Langkah Tiga : Masukkan pakaian-pakaian kotor ke dalam mesin basuh dan pilih circle yang paling sesuai dengan pakaian korang. Mungkin ada pilihan colour, soft dan macam-macam lagi. Masukkan sabun pencuci sekali. Tunggu sehingga siap : dalam 40 minit mengambil masa. (Lambatnya!!)
Langkah Empat : Selepas pakaian siap dicuci, ambil pakaian-pakaian yang dalam keadaan basah itu dan masukkan ke dalam drier. Masukkan syiling secukupnya dan tunggu dalam sejam untuk drier siap berfungsi. Selepas sejam, ambil pakaian dan bawak balik bilik.
Langkah Lima : Pakaian yang sudah kering perlulah dilipat. Lipat pakaian dengan kemas dan teratur. Selepas itu, simpan dengan susun dan teratur di dalam almari yerk. Baru nampak comel. Ngeh3!! ^_^
Jadi, itulah langkah-langkah untuk laundry baju di sini. Sama sahaja dengan Malaysia : yang lainnya ialah kadar bayaran yang memang mahal dan saiz mesin basuh tu. Ada kawan-kawan aku yang berada di luar London dapat laundry baju dengan harga yang jauh-jauh lagi murah. Jeles pun ada. So, untuk memastikan kita betul-betul efisien dalam laundry baju, ada beberapa tips yang aku wajar kongsi di sini :-
1. Kalau boleh, simpan pakaian-pakaian yang belum dibasuh banyak-banyak supaya boleh sumbat sekaligus sahaja dalam mesin basuh dan tak perlu basuh berulang kali.
2. Elakkan menggunakan bahan cucian serbuk sebab mesin basuh di London tak berkualiti dan ini mengakibatkan pakaian korang jadi putih nanti. Errkk, aku pernah kena masa first time dulu!!
3. Kalau korang rasa pakaian yang korang nak basuh tu terlalu sedikit, cuba untuk ajak kawan join untuk kongsi satu cucian. Boleh jimat duit dan boleh jimat masa juga. Cintailah bumi kita~~
4. Beli bahan cucian yang memang betul-betul wangi. Ini bertujuan mengelakkan korang daripada membeli detergen ataupun pewangi untuk membuatkan pakaian korang berbau wangi.
5. Laundry apabila betul-betul rasa perlu sahaja dan pastikan korang berfikir sebelum guna. Jadilah pengguna yang bijak.
>Selepas dah basuh dan kering : Lipat baju dengan kemas<
Sebenarnya aku sedang tunggu baju aku dalam drier. Jadi, tergerak hati untuk buat satu entri pasal laundry di London. Dua kali lima sahaja dengan Malaysia pun. Oh ya, kalau aku ada masa dan kelapangan, aku akan cuba untuk luangkan masa bagi mengambil gambar-gambar bunga yang terdapat di taman : sebab ramai yang mintak. Sekarang belum lagi, tunggu betul-betul bunga lebat nanti lagi lawa. Tapi, tak janji tau? tau? tau?
*Mengantuk dan rasa kenyang : Buncitlah perutku nanti*
[Lagi tiga minggu menuju Final exam. Siapa nak tolong countdown for me?!]


