My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, May 26, 2010

Coretan Perantau : Sejarah Penciptaan

Penat yang amat sangat aku rasa sekarang!! Aku baru sahaja menghabiskan sesi merenovate blog dan sekarang masa untuk menulis entri baru pulak. Aku menghabiskan dalam 4 hingga 5 jam untuk mengemaskini semula blog aku dan beginilah hasilnya. Segala segmen-segmen di blog aku telah diupdate entrinya termasuklah segmen-segmen yang korang nampak di atas nie. Kasi tukar sedikit sebanyak apa-apa yang perlu. Oh ya, header blog tu digunakan untuk tempoh masa terdekat jer. Ada masa dan peluang, nak tukar balik nanti. Tengoklah macam mana. Huk3!!


sejarah blog popular>Semasa bercuti winter : Aku buat keputusan terbitkan blog nie<


sejarah blog popular>Blog Coretan Perantau : Satu Sejarah Penciptaan<


Sebelum aku mula start merepek lagi jauh, aku dengan bangganya mengumumkan bahawa exam aku telah berakhir dengan tidak jayanya tengahhari tadi (yakni semalam waktu Malaysia.) Exam penamat yakni Statistics memang seperti yang aku jangkakan : payah betul. Menyusahkan kepala pemikiran aku sahaja untuk berfikir dengan lebih panjang. Tapi tak mengapalah, semuanya sudah tamat. Result akan keluar dalam bulan Julai nanti dan aku harapkan yang terbaiklah untuk seadanya. Aminn~ Meh pakat doa ramai-ramai ^_^

Oh ya, ramai jugak yang terkejut bila aku cakap blog aku nie baru berusia dalam lingkungan lima bulan lebih. Kenapa yerk?! Aku nie ada gaya-gaya pakcik tua yang sudah start blogging berzaman-zaman lampau dulu ker?! *muehehe* Memandangkan aku baru sahaja renovate blog hari ini, maka aku berbesar hati untuk share dengan korang semua sejarah penubuhan sebuah blog yang bernama Coretan Perantau ini. Sebuah blog yang mengisahkan suka duka hidup di London. Jom kita imbau sejarah~!! *tapi sejarah mengantuk -_-"*


sejarah blog popular>Gambar kasi korang jeles : Di Cambridge semasa ini<


sejarah blog popular>Dulu aku tulis blog untuk aku sorang sahaja baca<


Blog Coretan Perantau nie ditubuhkan pada bulan Januari 2010. Ini merupakan blog kedua aku selepas Blog Long Haffiz. Tapi Blog Long Haffiz tu dah ditutup secara rasminya dalam dua bulan lepas untuk membolehkan aku focus sepenuh perhatian kepada Blog Coretan Perantau nie. Aku mula berblog dengan Blog Long Haffiz itu masa August tahun lepas. Kira menulis blog sempena aku dah ready-ready nak datang UK pada waktu tu. Semasa menjaga blog lama aku tu, aku tak pernah blogwalking (dan aku tak tahu pun kena blogwalking.) Aku juga tak pernah kisah pasal followers, tak pernah kisah pasal komen dan so on. Aku bukak blogger untuk check, aku tulis entri dan aku tutup. Habis cerita!! Wakaka!!

Sehinggalah suatu hari tu, aku pergi melepak di tempat member aku, Qama yakni owner Blog Sakayama. Dia bagitahu aku bahawa member dia yang bernama Amer Said (owner Blog Oh Malaysia!) dah pesat dan maju dengan blog dia. Aku memang kenal Amer dan pernah jumpa dia beberapa kali semasa di Malaysia. Sebabnya dia kawan kepada Qama dan Qama tu pulak kawan aku. Mutual friendlah kiranya. Aku pun ke Blog Oh Malaysia! yang banyak memaparkan isu-isu semasa. Pesat tul blog dia masa itu. Sekembalinya daripada tempat Qama dan berada di London, aku pun terfikir : patutkah aku berblog secara lebih serius?! Cam bestlak! *persoalan timbul*


sejarah blog popular>Lagi gambar daripada Cambridge : Aku tahu yang korang jeles<


sejarah blog popular>Inilah Qama : Mutual friend kepada aku dan Amer<


Pastu, Cik Asliza Ahmad selalu cerita pasal kehebatan Hanis Zalikha (Owner Blog IniBelogSaya) yang mempunya beribu-raban followers dan entri-entri dia yang best. Aku masa itu macam kisah tak kisah sangat pasal blog. Busy kut! Last-last, awal bulan January aku pun mereka Blog Coretan Perantau ini dengan niat asal untuk dijadikan bahan bacaan up to date untuk palajar-pelajar di UK. Last-last, lain pulak jadinya yakni aku berkongsi kisah aku di London dengan korang semua. Kira okaylah tu kan?!

Bila dah start blog Coretan Perantau nie, maka bermulalah zaman aku mula berblogwalking dan menulis entri dengan penuh siasatan yang mendalam. Mood pun secara automatik jadi serius tapi gila-gila pada masa yang sama. Masa tu, aku masih lagi control dua blog sekaligus. Memandangkan aku dah tak larat nak urus dua blog disebabkan study yang menimpa-nimpa, maka aku pun tutup blog aku yang lama dan import segala entri dari sana ke blog nie. Blogwalking masih aku teruskan dan hampir setiap hari, mesti aku akan jumpa orang-orang baru di alam blogging nie. Best jugaklah sebenarnya!!

Dari berblogging, merebak ke GengBlogger dan seterusnya ke alam Twitter. Kalau dulu, aku langsung tak tahu apakah kegunaan Twitter. Eh kejap, sekarang pun tak tahu jugak. *muehehe* Oh ya, aku ingat lagi semasa aku mula-mula nak berblog dengan serius, Cik Lolly baru mencecah 1000 followers. Aku terus jalan-jalan di blog lagi dan jumpa hardcore-hardcore blog macam Cik Epal, JustKhai dan banyak lagilah. Di GengBlogger dan Twitter, aku jumpa Cikgu Zara, Ariff, Joegrimjow, Cikmin, Sis Dahlia empunya Dahlia’s Journal dan bertimbun-timbun lagilah manusia-manusia blogger lain dan juga korang semua. Aku rasa tanpa blog nie, aku tak ada kesempatan untuk jumpa dengan korang yang merupakan pembaca-pembaca setia.


sejarah blog popular>Just a sharing : Apa LSE students fikir pasal muslim friends?!<


sejarah blog popular>Aku semasa duty menjaga dakwah stall LSE Islamic Society<


Jadi, begitulah kisahnya aku mengenal dunia blog dan mula berblog dengan agak serius (disamping study aku) sejak bulan January lepas. Kepada sesiapa yang masih belum percaya, sila-silakanlah untuk percaya yerk. Kalau korang nak tahukan, Cik Asliza Ahmad tu suka betul membaca blog dan pastu dia pun share dengan aku. Yang tak bestnya, dia puji blog orang lain. Tercabar jap. So, aku pun blog jugaklah. Wakaka!! Apa-apapun, exam aku dah habis sekarang. Jadi, bolehlah aku untuk mula supply entri-entri yang lagi bermutu tinggi berbanding ketika di zaman exam period. Selain itu, aku harapkan juga bantuan korang semua untuk terus-menerus sebarkan dakyah blog Coretan Perantau nie. Trimas kepada semua yang terus memberi sokongan!! I Love You All!! (bebellah awek aku nanti)


*So, per pendapat korang selepas aku 5 jam renovate blog?!*
[Mahu tidur tapi lapar : Besok nak makan banyak-banyak : Dah ada Feedburner!!]

Monday, May 24, 2010

Edisi Dua : Beza Belajar di Malaysia dan di UK

Saat aku mula menulis entri nie, jam sudahpun menunjukkan pukul 5.00 pagi. Matahari pun dah cerah kat London nie. Aku masih belum tidur semalaman sebab semangat betul-betul untuk study statistics. Malangnya, satu patah haram pun aku tak faham apa-apa walaupun besok dah nak exam. Tapi tak mengapa, selepas aku bangun tidur nanti, aku akan cuba untuk buat latihan sebanyak mungkin dan hafal semua formula yang perlu. Oh ya, mungkin entri nie akan dipublish selepas aku bangun tidur nanti. Tak laratlah nak publish selepas nie. Buat masa sekarang, karang dulu apa yang patut ^_^/


perbezaan belajar dalam dan luar negara
>Selepas publish entri nie : Aku perlukan tidur<


Sebagimana yang aku janjikan semalam, aku akan sambung pasal entri aku mengenai perbezaan antara study di United Kingdom (luar negara) dengan study di Malysia (dalam negara.) Untuk entri kali nie, aku akan senaraikan empat lagi perbezaan utama antara study di kedua-dua tempat nie. Macam biasa, ini pendapat dan pengalaman peribadi aku. So, sebarang percanggahan maklumat, harap tidak dibahaskan. Selain itu, ada juga yang bertanya : mana lagi bagus antara dalam negara ataupun luar negara?! Itu aku akan jawab di perenggan paling last. Buat masa sekarang, enjoy terlebih dahulu sambungan entri semalam. Ngeh3!!


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Di luar negara ada peluang untuk mendengar talk sebegini<


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Satu-satunya yang masih dibukak selepas 10.00 am : Bar & Pub<


Kelainan 04. Praktikal dan Aplikasi : Terus terang aku cakap yang system pembelajaran di Malaysia lebih kepada belajar apa yang terkandung di dalam buku teks dan buku rujukan. Selain itu, soalan-soalan exam pun lebih kepada pengisian ilmu dan bukannya aplikasi. Berbeza dengan di luar negara, kebanyakkan exam adalah berdasarkan kepada aplikasi yang dipelajari. Sebagai contoh, aku semasa exam economics hari itu, aku dah hafal semua formula-formula dan info-info penting. Last-last, soalan yang keluar betul-betul aplikasi yang mendalam. Dengan wujudnya aplikasi dalam pembelajaran, pelajar dapat faham dengan lebih mendalam apa yang dipelajari. Aku harap Malaysia dapat tingkatkan lagi aplikasi dalam pelajaran.

Kelainan 05. Budaya dan Masyarakat : Aku rasa sewaktu zaman SPM dahulu, sekiranya kalau ada tajuk karangan pasal beza study di dalam dan luar negara, mesti isu nie menjadi antara point utama. Yup!! Memang betul!! Di luar negara, aku ada peluang untuk berjumpa dengan lebih banyak masyarakat luar berbanding yang aku jumpa semasa di Malaysia. Ingin aku tegaskan di sini bahawa bukan aku cakap tiada student foreigner di universiti-universiti tempatan tetapi adalah lebih ramai kalau di UK nie. Dengan adanya classmate dan coursemate yang berbilang kaum dari serata dunia nie, pelbagai idea yang mungkin tak pernah terlintas di fikiran pun kita akan dapat perolehi dan berdiskusi. Nie memang peluang keemasan untuk students improve diri mereka sendiri. *thumbs up!!*


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Pelajaran wajar kurangkan buku & banyakkan aplikasi<


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Banyak masa di Malaysia dihabiskan menonton TV<


Kelainan 06. Gangguan dan Hiburan : Orang selalu cakap, kalau study di luar negara (terutamanya UK), kita akan mudah lalai. Sebabnya ada konsert-konsert hiburan, ada match bola dan so on. Itu memang aku setuju dengan fact tu tapi kalau konsert dan match bola pun, itu hanya seminggu sekali (lagipun aku tak pernah pergi.) Berbanding di Malaysia, tiap-tiap hari mesti ada rancangan hiburan di televisyen. Dah habis Mentor, ada rancangan Akademi Fantasia pulak. Dah habis AF, ada rancangan Muzik-Muzik pulak dan berterusan sepanjang minggu. Jadi, plan nak study pun cancel sebab nak menonton rancangan-rancangan ini. Berbeza di UK, aku hanya layan bola sekali seminggu jer dan itu sahajalah hiburan yang aku ada. Selain itu, youtube jer. Tiada televisyen untuk tengok rancangan dan kalau nak streaming internet untuk tengok tv di Malaysia pun, hall aku ada limit internet. Secara tidak langsung, kuranglah gangguan dan hiburan for me untuk study berbanding ketika di Malaysia dahulu. Betul tak aku cakap agak-agak korang?! Ahakz!!

Kelainan 07. Peluang Kerjaya : Selain daripada peluang untuk menempuh pelbagai budaya seperti aku cakap di atas, study di luar negara pun akan ada lebih banyak peluang kerjaya : lebih-lebih lagi kalau korang study di top university. Aku sebagai contoh study di LSE yakni antara top ten social science university di dunia. Banyak company-company besar datang untuk bagi talk kerjaya dan so on. Selain itu, ramai juga pemimpin-pemimpin negara yang tersohor dari seluruh dunia datang untuk bagi ceramah. Inilah peluang untuk aku mewujudkan networking dan pada masa yang sama untuk merancang path kerjaya aku pada masa yang akan datang. Bukannya aku ingin merendahkan status di Malaysia tetapi ternyata di sini, ada lagi banyak peluang untuk aku grab sahaja!!


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Ada lebih banyak peluang dan talk kerjaya di luar negara<


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Pelbagai bangsa : Pelbagai Budaya : Pelbagai Ilmu<


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Mungkin tak berbaloi habiskan limit internet streaming nie<


Jadi, itulah ketujuh-tujuh perbezaan utama antara study di Malaysia dan study di United Kingdom. Lagi sekali aku tegaskan bahawa ini semua adalah pendapat peribadi aku berdasarkan pemerhatian diri aku sendiri dan juga pengalaman yang telah aku tempuhi. Sekiranya ada yang bertanya : mana lagi bagus?! Study di Malaysia ataupun luar negara?! Dan jawapan aku adalah : Terpulang kepada diri sendiri. Sekiranya mental dan fizikal bersedia untuk menempuh dunia baru, aku strongly cadangkan untuk sambung belajar di luar negara. Just pastikan tidak terpesong daripada apa yang kita ingin gapaikan~!!


*Aku ada kurang daripada 24 jam untuk statistics : Tapi kena tidur!!*
[Keletihan yang amat. Di luar dah cerah yang amat walaupun baru 6.00 pagi]
    Related Posts with Thumbnails