A Girl : Sapa lawan sapa bola tu? Siapa menang?
Aku : Germany lawan Australia. Germany mendahului 2-0.
A Girl : Hebat Germany. Malaysia?
Aku : Malaysia dah menang tadi. 2-1 lawan Portugal.
A Girl : Yerker? Malaysia join gak yerk?!
Aku : Yerla. Tak tahu ker?
A Girl : Tak pun. Hebat jugak Malaysia eh.
Entri ini ditulis ketika half time perlawanan antara Germany dan Australia untuk World Cup 2010. Keputusan separuh masa pertama ialah 2-0 dan aku harap Germany boleh score lagi banyak goal dalam second half nanti. Selain daripada Germany, aku turut menyokong beberapa pasukan lain. Antaranya ialah Holland, Denmark, Sweden, North dan South Korea, Japan dan juga Mexico. Banyak tul pasukan aku support kan?! Harap-harap ada satu team yang akan menang World Cup 2010. Korang pulak macam mana?! *_? Memandangkan hampir semua tengah demam bola dan kebanyakan blog pun bercakap pasal World Cup 2010, aku sendiri pun taknak ketinggalan. Tetapi berbeza dengan blogger-blogger lain yang banyak membuat entri rangkuman match World Cup 2010, aku mahu tulis pasal isu bola yang lain. Asalnya aku nak tulis pasal pasukan-pasukan yang aku support tapi takut ada yang tak sekepala kan. Pastu aku ingat nak cerita tentang pengalaman semasa World Cup dulu-dulu tapi risau bosan pulak. Jadi, aku mengambil keputusan untuk tulis pasal "Perempuan dan Bola Sepak"
Pada pendapat aku kan, bola sepak nie sukan yang universal dan sesiapa saja boleh join tanpa mengira jantina. Samada minat ataupun tidak. Kalau si lelaki boleh minat bola jaring, kenapa si perempuan tak boleh minat bola sepak kan?! Yang penting, minat tu pun minat jugak. Jangan sampai dah terlebih masyuk dan benda-benda lain dipinggirkan. Selain tu, sesiapa yang berjaga malam untuk tengok bola tu, korang boleh sambung buat solat sunat dan qiamulail terus sementara menunggu subuh. Tak ke bagus kalau macam tu?!
*Aku nak tahu: Korang sokong siapa?! Cepat cakap!!*
[Entri ditulis semalam tapi dipublish hari nie di Cyber Cafe]
[Entri ditulis semalam tapi dipublish hari nie di Cyber Cafe]





