Kalau aku sebut ataupun ungkapkan perkataan "Birthday" sahaja, mesti korang semua akan teringat pasal pelbagai jenis sambutan birthday dan pada masa yang sama, usia yang dan makin tua : kira kena start untuk tambah amal ibadat yang mungkin tak berapa nak cukup kan?! Ahakz!! Selain itu, korang mesti akan terbayangkan juga pelbagai cara sambutan birthday dan ucapan-ucapan daripada kawan-kawan, ahli keluarga dan semua yang mengenali dan mengetahui diri anda sendiri. Tapi confirm dalam banyak-banyak hal : mestilah hadiah yang perlu diutamakan. (^_^)/
Sebut tentang birthday ini, aku ada beberapa kisah hendak dikongsi bersama korang semua. Semasa zaman aku di MRSM YT Besut, MRSM Kuala Lipis, MRSM Pengkalan Chepa dan Kolej Tuanku Ja'afar, cara sambutan birthday ini macam-macam dan boleh dikatakan pelbagai jenis. Jadi, aku teringin untuk berkongsi dengan korang semua beberapa cara sambutan birthday yang mungkin agak pelik dan jarang didengari. Termasuklah juga yang common-common yerk.

>Tahun nie aku dapat kek Thornton's as birthday cake : terharu rasa!!<
>Birthday card : Birthday present : Sedar-sedar dah 22 tahun aku<
Cara Satu : Suprise Bersama Kek Hari Jadi
Bagaimana? : Semasa aku di KTJ dahulu, kitorang selalu berpakat untuk mengadakan birthday suprise untuk rakan-rakan. Pelbagai rancangan yang berbeza dibentuk untuk individu yang berbeza. Ada plan pergi terjah di kelas, ada plan ajak wat Qiamulai dan pelbagai lagi lah. Aku pun kena juga masa itu. Diorang panggil aku ke surau cakap jam aku tertinggal. Masa sampai, terkejut aku: semua pakat nyanyi lagu birthday. Langsung tiada aku expect ma!! Tapi kalau suprise dengan birthday cake still acceptable lagi : jangan suprise dengan telur dan tepung dah la. Ahahahaha!!
Cara Dua : Nyanyi Lagu Birthday di Dining Hall
Bagaimana? : Ini memang menjadi acara common sambutan birthday di KTJ. Ramai-ramai akan nyanyi lagu birthday untuk si penyambut birthday. Biasanya nyanyian akan dimulakan oleh sekumpulan pelajar dan last-last, satu dining hall nyanyi tanpa tahu pun siapa punya birthday yang sebenar. Kadang-kadang ada juga acara nak kenakan orang lain. Diorang akan nyanyi lagu birthday untuk member yang sama tiap-tiap hari di Dining Hall. Kekadang dah boleh agak siapa muka paling excited dan siapa yang cam malas nak layan bab-bab birthday nie.
>Sambut birthday aku masa Winter 2009 di London<
Cara Tiga : Simbah Air dan Pukul Dengan Bantal
Bagaimana? : Aku yakin sangat yang korang semua mesti biasa dengan cara sambutan ini kan? Cara ini yang paling efisien di MRSM dan sekolah berasrama memandangkan kos yang rendah dan tak perlu susah-susah nak bazir duit pergi beli kek. Just sakit sikit lah. Confirm basah la juga. Kekadang kitorang letak air atas pintu dan bila pintu dibuka, basahlah birthday boy. Pastu sambung tibai guna bantal lak. Pergh~!! Seronok tul. Kekadang hempuk atas katil sampai pernah sekali katil patah. Pastu kena kejar dengan warden. Adess : kenangan silam masa zaman MRSM tu.
Cara Empat : Internet
Bagaimana? : Ini memang common ways gak untuk ucap Birthday Wish dan juga untuk hantar kad birthday. Kalau di Facebook, memang ada diingatkan birthday seseorang itu. So, walaupun tak kenal sangat siapa orangnya itu dan mungkin tak pernah bercakap pun, wish jugalah birthday tu. Guna mail pun leh, guna friendster pun dialu-alukan. Semua cara boleh sekarang. Dah maju kan?! Kekadang jenuh birthday boy nak balas wall post sebab bertimbun-timbun sangat kan. Non-stop 24 jam dapat wall post daripada kengkawan Facebook semua.
>Ucapan kengkawan di atas satu belon<
Jadi itu merupakan beberapa cara sambutan birthday yang pernah diamalkan dan pernah aku sendiri lalui. Aku yakin korang semua mesti ada lagi banyak pengalaman yang pelik-pelik kan? So,kongsilah sikit. Bolehlah aku praktiskan kepada member aku lak nanti. Oh yer, alang-alang bercakap pasal birthday ini, aku nak ucapkan "Selamat Hari Lahir" or bahasa inggerisnya "Happy Birthday" kepada diri aku sendiri dan pada masa yang sama amatlah berterima kasih kepada segala macam jenis ucapan yang dilontarkan menerusi BBM, Facebook, Friendster, Text, SMS dan pelbagai macam cara yang lain. Ucapan korang semua amatlah dihargai seadanya oleh aku. Oh ya, thanks jugak kepada member-member yang wat birthday prank walaupun sehari lambat. Damn ter-suprise aku!! Wakakakaaaa!!
*Salam Aidiladha dan Salam Qorban dari London buat rakan pembaca di Malaysia*
[Entri nie entri lama diperbaharui sempena birthday ke-22 aku pada 1/11/11 semalam]
