My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, August 16, 2011

Andalusia Destinasi Kedua : Pantai Nerja di Costa del Soy

Sebelum nie aku sudahpun sharing dengan korang semua part pertama perjalanan aku dan member aku mengembara sekitar Sepanyol pada bulan April yang lepas. Dalam entri tersebut, aku membebel pasal pengalaman kitorang menjejaki destinasi pertama kitorang yakni Malaga di bumi Andalusia. Selepas seharian penat berada di Malaga, kitorang bermalam di hostel yang telah di check-in. Kebesokan harinya selepas breakfast di hostel, kitorang berjalan-jalan di hentian bas Malaga. Di sana terdapat banyak bas tempatan yang menghubungkan bandar-bandar tempatan di persisiran laut Andalusia : juga dikenali sebagai Costa del Soy.


pelacur sepanyol hot nerja>Gambar intro untuk entri kali nie : macho tul<


pelacur sepanyol hot nerja>Cuaca di Sepanyol memang panas cam korang nampaklah<


pelacur sepanyol hot nerja>Ini merupakan Haziq yang menjadi model sambilan di sini<


pelacur sepanyol hot nerja>Lihatlah kecantikan batu kapur yang disemulajadikan<


pelacur sepanyol hot nerja>Beliau merupakan Amin : turut mendaftar as model sambilan<


Selepas berfikir dan berbincang panjang, kitorang berempat bersetuju untuk membuat day trip ke Nerja yang terletak dalam sejam dua daripada Malaga. Oh ya, cara sebutan Nerja adalah ”Nerha”. Dengan tiket yang berharga kurang daripada 10 Euro setiap seorang, kitorang bertolak ke Nerja. Memandangkan jalan yang menghubungkan Nerja dan Malaga adalah berada di persisiran pantai, sempatlah kitorang mencuci mata dengan keindahan pantai-pantai Costa del Soy nie. Pabila sampai di Nerja, kitorang menaiki satu lagi bas untuk menuju ke Gua Batu Kapur yang merupakan tarikan utama bandar Nerja nie. Jalan ke Gua Batu Kapur nie memang bersimpang-piur : macam jalan nak pergi Gua Musang gitu. Ahakz!!


pelacur>Syazwan Harun sebagai pakar photographer<


pelacur sepanyol hot nerja>Awesome kan? Boleh ke korang try ukir jadi camnie gak?<


pelacur sepanyol hot nerja>Lagi dan lagi sekitar pemandangan semulajadi gua batu kapur<


pelacur sepanyol hot nerja>Samada mahu fokus kepada muka ngantuk or baju GAP denim<


pelacur sepanyol hot nerja>Jalan yang telah disediakan untuk para pelancong seperti kami<


Once sampai di sana, kitorang terus beli ticket untuk masuk ke Gua Batu Kapur di Nerja nie. Nama sebenar Gua Batu Kapur nie tak pulak aku ingat tapi aku percaya korang mampu untuk tanya Uncle Google sendiri kan?! *kih3!!* Gua Batu Kapur nie mengandungi pelbagai keindahan batu kapur yang masih lagi dijaga rapi : ala-ala Gua Niah kat Sarawak tu la. Memang ada ramai tourist lain : maka sempatlah jugak kitorang minta tolong diorang untuk ambil gambar kitorang berempat di mana-mana pemandangan yang perlu. Agak memenatkan menerokai gua nie dan ternyata memang gua ini agak luas dan dalam. Namun memandangkan kami berempat memang kurang berminat sedikit bab-bab semulajadi nie, maka cepatlah kitorang habis tour. Adess!!


pelacur sepanyol hot nerja>Betapa seninya gua ini : ini yang dapat dilihat<


pelacur sepanyol hot nerja>Apa-apa yang nampak cantik : semua SNAP sahaja<


pelacur sepanyol hot nerja>Gambar berempat : tak nampak kecantikan di belakang<


pelacur sepanyol hot nerja>WARGHH!! Cuaca memang panas : itu yang nampak letih<


pelacur sepanyol hot nerja>Gambar vibrate sedikit sebab self timer punya pasal<


Sementara menunggu bas untuk kembali ke Nerja, kitorang sempat untuk lunch yakni bekalan biskut, roti dan air yang memang telah siap-siap dibawa daripada Malaga. Kitorang juga sempat sembahyang jamak Zuhur dan Asar di sebuah taman yang terletak berdekatan dengan gua tersebut. Memang camnielah kitorang : selamba derk jer sembahyang di kawasan yang dikira agak public. Selepas bas sampai, kitorang bertolak kembali ke Nerja. Di Nerja, kitorang spend dalam sejam dua untuk meneroka bandar Nerja dan juga keindahan pantai-pantai sekeliling. Masa kitorang berjalan-jalan di pantai di Nerja, sempat jugaklah kitorang usha-usha tourist-tourist dan orang tempatan yang berjemur. Astaghfirullah. *Isyh3!!* Memandangkan dah agak lewat petang dan fizikal pun dah lemah, kitorang pun bertolak pulang ke Malaga kembali.


pelacur sepanyol hot nerja>Berpoyo di hadapan stadium laga lembu<


pelacur sepanyol hot nerja>Kalau korang dapat faham apa dia tulis : kasi tahu yerk<


pelacur sepanyol hot nerja>Pandangan pantai daripada jauh : nampak apa-apa tak?!<


pelacur sepanyol hot nerja>Memandangkan London payah jumpa laut : tu yang jadi camnie<


pelacur sepanyol hot nerja>Lari! Lari! Sebab taknak seluar jadi basah!!<


Sesampainya di Malaga, kitorang terus bergegas ke Stesen Bas Utama Malaga untuk membeli ticket ke Granada memandangkan kebesokan harinya, kitorang akan ke Granada pula. Selepas dah siap-siap beli ticket dan bekalan makanan untuk dinner, kitorang tour beberapa attraction lain di Malaga seperti tempat lawan lembu, pantai Malaga dan lain-lain yang sempat dijejaki semasa on the way pulang ke hostel. Haziq dan Amin terus beristirehat di hostel; manakala aku dan Syazwan pula keluar kembali untuk mendapatkan beberapa souvenirs untuk dibawa pulang. Aku memang akan angkut Fridge Magnet dan Key Chain : dah menjadi kebiasaan setiap bandar aku lawati. Oh ya, sebelum aku pulang ke hostel memandangkan hari dah mula malam dan kedai pun dah start tutup, aku ditegur seorang lelaki tempatan. Tanya dia kepada aku : “Awak mahukan pelacur tak?!” Respons pantas aku : “It’s okay!!” (^_^)/


*Seterusnya kita akan menjejaki tinggalan Islam di Alhambra di bumi Granada*
[Ada ker patut tawarkan aku pelacur : tahulah awek-awek Spain nie hot semuanya]

Wednesday, August 10, 2011

4 Punca Seorang Blogger Boleh Tidak Disukai

Aku yakin bahawa korang semua mesti tahu bahawa bandar London sekarang berada dalam huru-hara disebabkan rusuhan. Walaupun aku selamat kerana kini berada di Malaysia namun aku masih risaukan kengkawan aku yang tidak pulang untuk summer holidays. Pada mulanya rusuhan itu hanya melibatkan London Zone 3 dan 4 tetapi kini ia mula merebak ke Central London : Zone 1 dan 2. Aku harapkan agar member-member aku di sana selamat semuanya walaupun ada beberapa berita kurang enak yang aku dapat daripada diorang. InsyAllah!! Oh ya, pernah tak korang rasa kurang menggemari ataupun tidak menyukai sesetengah blog yang korang lawati? Daripada sedikit sebanyak research yang aku lakukan, aku dapati ada empat sebab utama yang boleh menyebabkan sesebuah blog ataupun blogger tidak disukai. Yeehaaa!!


london riot blogger dibenci>London sekarang : Alhamdulillah aku berada di Malaysia now<


london riot blogger dibenci
>Kawasan riot dan bulatan hitam adalah area aku selalu lepak<


Sebab No.01 Blogger Tidak Disukai : Mencuri Idea Ataupun Entri Blogger Lain
Penerangan : Kekadang dalam dunia berblogging nie ada blogger yang merasakan bahawa entri mereka biasa-biasa sahaja. Mereka merasakan bahawa entri blogger lain jauh lagi gempak dan dapat menarik lebih banyak perhatian pembaca berbanding entri mereka sendiri. Jadi mereka mengambil jalan mudah dengan menyalin sebulat-bulatnya entri tersebut. Sekiranya dijadikan rujukan ataupun diberi kebenaran : it’s still okay tapi kalau tiru sepenuhnya, memang wajar tak disukailah kan?! Adesss!!

Sebab No.02 Blogger Tidak Disukai : Menulis Fitnah dan Fakta Yang Salah
Penerangan : Semasa berblogwalking, aku selalu jugak terjumpa entri yang ditulis berdasarkan fakta yang salah dan juga berunsurkan fitnah : selalunya dalam blog berunsurkan politik. Itu kira okaylah memandangkan aku jenis tak kisah tapi kalau keterlaluan yang amat, aku pun rasa geram. Selain itu ada juga aku terserempak dengan entri-entri yang berbaur cemburu dan mulalah “menyerang” sesetengah blogger ataupun pihak lain. Ini aku paling tak suka! Rezeki masing-masing kan?! (^_^)/


london riot blogger dibenci>Janganlah tulis pasal benda yang tak benar tau<

london riot blogger dibenci
>Mencuri idea memang takkan disukai manusia sejagat<


Sebab No.03 Blogger Tidak Disukai : Blogger Yang Annoying
Penerangan : Sebenarnya sebab ini bergantung sepenuhnya kepada cita rasa para pembaca. Sebagai contoh, aku kurang menggemari dengan sikap “I Follow U, U Follow I”. Member aku pulak ada yang tak gemar dengan sikap sesetengah blogger yang suka share entri baru mereka di semua FB fan page diorang join sehingga penuh ruangan news feed Facebook. Memacam situasi kan dan ianya bergantung mana satu kita boleh tahan dan mana satu yang kita tak suka. Lain orang, lain taste. *kih3!!*

Sebab No.04 Blogger Tidak Disukai : Blog Elements Yang Annoying
Penerangan : Ini juga merupakan isu yang agak subjektif kerana ini turut bergantung kepada cita rasa para pembaca sendiri. Contohnya, aku kurang suka dengan blog yang mempunyai background music yang menyerabutkan. Selain itu, pengunaan short form yang melampau-lampau memang menambah ketidaksukaan aku itu. Ada banyak lagi unsur lain seperti terlampau banyak widget, blog page yang berat, terlampau banyak banner iklan dan lain-lain. Tapi cam aku cakap tadi : ini sepenuhnya bergantung kepada cita rasa pembaca itu sendiri yerk!!


london riot blogger dibenci>Stress jugak kalau keempat-empat punca nie terjadi<


london riot blogger dibenci>SO : What do you think? Your opinions?<


london riot blogger dibenci>Be Aware : Take Care : My Second Home London<


Itulah dia empat sebab utama kenapa sesebuah blog ataupun seseorang blogger boleh jadi tidak disukai ataupun kurang digemari. Empat sebab di atas adalah hasil kajian secara random aku dalam kalangan rakan blogger sendiri. Namun tak semestinya apa yang aku kurang gemari adalah sama dengan korang kan?! Sekiranya korang rasa ada sebab-sebab lain yang menyebabkan korang kurang menyukai sesuatu blog ataupun blogger, bolehlah share dengan rakan pembaca semua di sini : mana tahu ada yang sama buah fikiran. Papepon, apa yang baik kita jadikan iktibar dan terus improve juga apa yang kurang baik!! Yeszaaa!!


*Take care London : I'm gonna come back there within a month : Stay strong!!*
[Dear friends in London : please take a good care and beware of any extreme riots]
    Related Posts with Thumbnails