My Followers Who Follow My Blog

Thursday, September 15, 2011

Kurang 2 Minggu Kembali ke London

Seperti mana yang dapat korang saksikan dalam tajuk entri di atas; aku akan kembali ke London dalam tempoh masa kurang daripada dua minggu lagi yakni pada hari Isnin, 26 Sept 2011. Segala persediaan untuk kembali ke London telah aku mulakan secara perlahan-perlahan termasuklah mendapatkan rumah untuk disewa pada next study year. Oh ya, ada kengkawan menasihatkan aku untuk membawa pulang kereta-kereta mewah daripada sana atas AP pelajar. Aku memang dah plan nie daripada awal; namun atas beberapa kesulitan seperti mencari parking murah di tengah bandar London dan kos-kos sampingan yang terlampau tinggi : mungkin aku akan cancelkan plan itu. Selain itu, aku turut mempunyai beberapa update yang nak aku sharekan dengan korang semua yerk!! (^_^)/


london tourist guide tempah barang uk
>Inilah peluang terakhir korang nak tempah barang<


london tourist guide tempah barang uk
>Berminat dengan branded stuff pada harga murah??<


01. Persediaan Awal : Memandangkan tempoh dua minggu bolehlah dikatakan agar singkat, maka aku sudah pun mula mengemas beberapa dokumen penting untuk dibawa ke sana. Selain itu, aku pun try gak untuk mengurangkan pakaian untuk dibawa ke London sebab aku dah ada banyak sangat pakaian di sana. Walaupun sepanjang 3 bulan bercuti summer di Malaysia berat aku sudahpun bertambah lebih daripada 10 kg, tapi aku tetap nak makan anything yang aku mengidam. Adesss! Kalau camnie, berat aku akan terus naiklah!! TT__TT

02. Khidmat Tourist Guide : Aku percaya yang rakyat Malaysia nie memang suka melancong dan antara destinasi utama mereka adalah London. Oleh itu aku sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan any info pasal London ataupun UK dalam sebarang urusan seperti pelancongan dan belajar. Selain itu aku turut menawarkan khidmat tourist guide London untuk sesiapa sahaja yang berminat. Memandangkan aku nie hanya tourist guide amateur; so percayalah bahawa caj dikenakan adalah agak rendah berbanding perkhidmatan tourist guide yang lain. Yeehaaa!!


london tourist guide tempah barang uk
>Perlukan tourist guide kalau datang ke London?<


london tourist guide tempah barang uk
>Aku mampu untuk membantu sedaya upaya aku yerk<


03. Penulis Jemputan : Aku baru sahaja mencipta ruangan baru bertajuk “Penulis Jemputan”yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi pengalaman korang ketika belajar ataupun melancong di luar negara. Ruangan ini dicipta bagi memberi peluang kepada kita semua berkongsi pengalaman berharga tersebut dengan para pembaca yang mungkin tidak berpeluang untuk menikmatinya. Sebarang pertanyaan ataupun persoalan bolehlah dirujuk di ruangan “Penulis Jemputan” tersebut.

04. Tempah Barang Daripada UK!! : Memandangkan tahun 2012 adalah tahun terakhir aku di London, maka aku ingin memberi peluang kepada rakan pembaca ataupun sesiapa sahaja yang berminat untuk menempah sebarang items ataupun barangan daripada London ataupun UK. Sekiranya korang berminat dengan accessories iPaq, iPhone atau Blackberry sehinggalah pelbagai kelengkapan lain seperti jersey bola, baju, kasut, beg dan banyak lagi bebarang branded; Karrimor, Clark, Armani, Lacoste, Diesel, Guess, Adidas, Nike, Umbro dan berpuluh-puluh lagi brand : inilah peluang korang untuk mendapatkannya. Ikuti steps yang telah aku terangkan secara meluas di ruangan “Cara Penempahan Barang dari UK”


london tourist guide tempah barang uk
>Penulis Jemputan diperlukan untuk blog aku nie yerk<


london tourist guide tempah barang uk
>Tengoklah antara bebarang branded yang dijual murah di mana-mana<


Itulah dia beberapa perkara penting yang nak aku sharekan dengan korang semua; terutamanya tiga perkara terakhir itu. Sekiranya korang tahu sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat tourist guide di London ataupun sudi berkongsi pengalaman di luar negara, bolehlah diforwardkan entri nie kepada mereka semua. Selain itu, step-step yang lengkap telah aku senaraikan sekiranya korang nak menempah sebarang barangan daripada UK. Aku harapkan bantuan korang untuk sharekan dan forwardkan entri nie kepada sesiapa sahaja yang korang rasa berminat. Yeszaaa!! *wakakakaaa!!*


*Doakan agar masa untuk kembali ke London nie berjalan dengan amat perlahan*
[Sebar-sebarkan dan spreadkan entri nie kepada sesiapa yang korang rasa perlu]

Thursday, September 08, 2011

Seharian Penuh di Daerah Andalusia Bernama Cordoba

Kisah perjalanan aku dan tiga lagi member yang diceritakan sebelum ini dalam usaha untuk menjelajah bumi Sepanyol masih lagi belum berakhir. Setelah menerokai pantai di Malaga, mengkaji gua batu kapur di Nerja dan menjejaki keagungan Alhambra di Granada; kami berempat meneruskan perjalanan ke Cordoba. Kitorang bertolak ke Stesen Bas Granada dengan menggunakan taxi selepas kenyang breakfast di hostel dan ambil bas daripada sana untuk ke Cordoba. Perjalanan selama 3 jam itu memang memenatkan. So, aku just lepak menikmati keindahan matahari terbit ketika itu; manakala member-member aku lak semuanya tidur mati.


spain cordoba mezquieta cathedral>Di hadapan Cordoba Mezquieta : tarikan utama<


spain cordoba mezquieta cathedral>Yang nie pulak adalah gambar di dalam Mezquieta<


spain cordoba mezquieta cathedral>Empat perantau tengah sharing meggi beramai-ramai<


spain cordoba mezquieta cathedral>Tengah mengkaji peta Cordoba ketika yang lain berrgambar<


spain cordoba mezquieta cathedral>Antara peninggalam kristian yang terdapat di dalam Mezuieta nie<


spain cordoba mezquieta cathedral>Misteri peninggalan kitab-kitab Islam yang lama<


Sesampainya di Cordoba, kitorang terus ke Tourist Centre dan aku terus grab Cordoba Map untuk dipadankan dengan Peta Cordoba yang telah aku bawa daripada London sebelum nie. Memandangkan penempatan hostel kitorang di Cordoba bolehlah dikira as walking distance, kitorang terus bergegas untuk check-in dan simpan bebarang kitorang bebaik. Perut pun dah lapar, kitorang berempat ke hostel bersebelahan untuk masak meggi. Kitorang gunakan mangkuk or geleng untuk masak 4 bungkus meggi menggunakan microwave : survivor punya style gitu! Sementara lepak makan meggi, aku sempat berbual dengan 2 orang pelancong New Zealand yang pernah datang Malaysia dan sempatlah jugak aku exchange mail dengan diorang. Ahakz!!


spain cordoba mezquieta cathedral>Part gereja yang menjadi tumpuan utama di sini<


spain cordoba mezquieta cathedral>Yang bercorak di atas tu merupakan senibina Islam<


spain cordoba mezquieta cathedral>Ini pulak adalah tinggalan kesenian Kristian di bahagian lain<


spain cordoba mezquieta cathedral>Bukti kukuh bahawa aku sudahpun menjejaki Cordoba<


spain cordoba mezquieta cathedral>Sila jangan fokus kepada design rambut aku yang dah hancur<


Perut dah kenyang, urusan check-in pun dah langsai : maka kami berempat memulakan ekspedisi meneroka Cordoba. Tempat pertama yang menjadi tumpuan adalah Mezquieta yang mengandungi pelbagai tinggalan kesenian Islam. Di luar Mezquieta, kitorang terserempak dengan perempuan Gipsi tetapi sempat kami larikan diri sebelum diapproach mereka. Selepas langsai beli ticket, kitorang terus menjejalajah sekitar Mezquieta yang terdapat beberapa bahagian utama di dalamnya : yang utamanya adalah kawasan kesenian Islam dan Kristian yang ternyata jauh berbeza. Selepas dah penat bergambar di dalam Mezquieta, kami menjelajah ke beberapa kawasan lain seperti Cordoba Bridge, pusat Bandar Cordoba dan banyak lagi sehinggalah dah penat berjalan. So, kitorang terus balik hostel untuk tidur seketika pada lewat petang.


spain cordoba mezquieta cathedral>Masih wujud kesan binaan Kristian yang banyak<


spain cordoba mezquieta cathedral>Ini pulak patung yang terdapat di persekitaran Istana Lama<


spain cordoba mezquieta cathedral>Plaza yang terdapat di tengah bandar Cordoba : tempat lepak<


spain cordoba mezquieta cathedral>Banyaklah pulak aku rasa peninggalan Kristian nie<


spain cordoba mezquieta cathedral>Inilah dia Mezquieta Cathedral daripada belakang<


spain cordoba mezquieta cathedral
>Pemandangan malam ketika meneroka Istana Lama di Cordoba<


Once bangun hari dah pun gelap. Selepas mengalas perut dan bersiap-siap, kitorang ready untuk sambung perjalanan meneroka Cordoba. Kitorang ke sebuah istana lama yang terletak tidak jauh daripada hostel kitorang. Istana lama ini dibuka pada setiap malam untuk tatapan umum dan memang ramai pelancong sedang menunggu turn memasuki istana tersebut. Yang speselnya pasal istana ini adalah terdapatnya kawasan taman yang amat cantik dan disinari dengan lampu cahaya yang menambahkan lagi keindahannya. Walaupun malam tu terdapat ramai pelancong, nasib menyebelahi kitorang memandangkan berpeluang untuk masuk ke istana tersebut dan juga taman yang aku katakan tadi. Yeehaaaa! Sila jeles tau korang!!



spain cordoba mezquieta cathedral>Ini adalah antara tulisan khat peniggalan Islam di sini<


spain cordoba mezquieta cathedral>Lihatlah air pancut bewarna biru di belakang kitorang<


spain cordoba mezquieta cathedral>Sinaran lampu bewarna hijau semasa pertunjukan sejarah Cordoba<


spain cordoba mezquieta cathedral>Yang nie padalah sinaran bebunga yang bermaksud kemakmuran<


spain cordoba mezquieta cathedral>Yeehaa! Antara pemandangan yang melegakan keletihan seharian<


spain cordoba mezquieta cathedral>Ini pulak air pancut warna putih : cantik kan?!<


spain cordoba mezquieta cathedral>Cuba teka ini apa : ini adalah daging babi tau!!<


On the way pulang ke hostel untuk berehat, kitorang ternampak banyak daging-daging babi yang tergantung di restaurant-restaurant dan bar-bar sekitar Cordoba. Sebenarnya pemandangan ini jugak dapat dilihat di Malaga dan Granada yang kami lawati sebelum nie : memang menabjukkan mungkin?! Papepon kitorang terus lepak-lepak kat luar hostel menikmati udara segar di waktu malam sehinggalah semuanya dah mula start mengantuk. Lagipun kebesokan harinya kitorang akan bergerak ke Sevilla pulak untuk meneroka last destinasi di Daerah Andalusia, Sepanyol. Dari sana kitorang akan ambil flight untuk ke somewhere pulak. Ke mana?! Teruskan mengikuti kisah ini! Yeszaaaa!!


*Mengira detik untuk kembali ke London : nak turun London atau tak yerk?!*
[Hampir setiap hari jumpa Ustaz Azhar Idrus dan Marzuki Yussof di Warung Pok Man]
    Related Posts with Thumbnails