My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, October 19, 2011

Hallo Blackberry Curve 9360 : Goodbye Blackberry 8900

Ramai jugaklah kiranya rakan pembaca yang bertanya : “Tahun depan graduate taknak apply kerja kat London ker?!” dan sewaktu dengannya. Kalaulah process nak apply kerja adalah semudah seperti di Malaysia, memang confirm aku berkobar-kobar tapi process applying kerja di sini adalah agak complicated dan banyak level. Setakat nie aku plan nak apply kerja dengan 5 audit firm yakni KPMG, Jeffreys Henry, PwC, Ernst and Young dan juga Deloitte. KPMG punya application dah kena rejected dan untuk PwC serta Jeffreys Henry masih lagi pending. Deloitte dan Ernst and Young pulak masih lum start. Tetapi sekiranya nasib tak menyebelahi aku, insyAllah aku kembali ke sponsor aku : PETRONAS (^_^)/


blackberry curve 9360 blackberry curve 8900
>Pape kes pon : kena make sure my sponsor PETRONAS bangga<


Lebih kurang setahun setengah yang lepas, aku tulis entri pasal pengalaman aku membeli Blackberry Curve 8900 dan bila aku rujuk balik entri tu, memang jelas terpancar ciri-ciri tak matured dalam penulisan entri. Ahakz! Papepon Blackberry Curve 8900 yang bernama Si Pinky pada waktu itu dan kini bernama Si Bluey memang menjadi antara gadget paling penting aku sepanjang dua tahun nie. Blackberry Curve 8900 dengan specifications camera 3.2 megapixel, trackball, wifi, bluetooth dan pelbagai specs lain yang korang leh search sendiri : memenuhi keperluan harian aku yang memang suka check mails dan berita. Antara pengalaman bersama Si Bluey nie termasuklah dicaj Vodafone bil bulanan dalam GBP 100.00. Namun selepas dua tahun bersama Si Bluey, dah tiba masanya untuk aku tukar phone lain kut. Setuju tak korang semua?! *wakakakaa!!*


blackberry curve 9360 blackberry curve 8900
>Inilah rupa Blackberry Curve 8900 aku masa mula-mula beli<


blackberry curve 9360 blackberry curve 8900
>Yang nie pulak rupanya selepas dua tahun : yakni sekarang<


Alhamdulillah : berkat rezeki yang murah, aku baru sahaja membeli Blackberry Curve baru yakni Blackberry Curve paling latest : Blackberry Curve 9360. Oleh kerana retail price di kedai bolehlah diconsider agak mahal yakni dalam GBP 285 di UK dan RM 1218 through Digi di Malaysia, maka aku pun beli through eBay sahaja. Kos sepenuhnya untuk Blackberry Curve 9360 baru aku nie yakni termasuk kos delivery, kos phone dan kos unlock adalah dalam GBP 225 yakni dalam RM 1215 sahaja. So, apa yang best sangat pasal Blackberry Curve 9360 yang latest nie sampai harga mahal gitu? Antara yang cambest adalah Blackberry OS 7 yang lebih laju daripada biasa, sizenya yang lagi slim, RAM yang lagi tinggi dan juga camera 5.0 mp. Selain daripada itu, pepandailah korang usha dan search sendiri yerk. Ahakz!!


blackberry curve 9360 blackberry curve 8900
>Blackberry Curve 9360 yang baru masih dalam box<


blackberry curve 9360 blackberry curve 8900
>Ini pulak adalah kotak yang aku baru dapat tengah hari tadi<


blackberry curve 9360 blackberry curve 8900
>Inilah rupa Blackberry Curve 9360 yang baru : slim dan canggih<


Memandangkan dah ada Blackberry Curve 9360 yang baru, apa yang aku nak buat dengan Blackberry Curve 8900 yang lama yerk?! Aku planning nak listkan Blackberry Curve 8900 tu kat eBay : yakni cuba jual di eBay. Dapat dalam GBP 60.00 to GBP 70.00 pun dah cukup okay untuk aku kut. Kalau ada korang-korang yang teringin nak beli, bolehlah try bid di eBay or update aku nanti yerk. Hehehhee!! Papepon aku baru sahaja beli leather case dan silicon case untuk Blackberry Curve 9360 nie semalam dan selagi case-case nie lum sampai, mungkin aku akan still guna Blackberry Curve 8900 aku yang lama tu. Lagipun takut jugak kalau tercalar pape nanti kan. Sayang2!! \(^_^)/


*Tengah tunggu pukul 7.30 malam sebab nak streaming match Arsenal vs Marseille*
[Dah belikan Beg Karrimor, Clark Sandal, Sweater Adidas : Rujuk Tempah Barang dari UK]

Friday, October 14, 2011

Akhirnya Aku Tiba di Barcelona : Perjalanan Diteruskan

Lama jugaklah kiranya last time aku update blog memandangkan aku still tengah struggle nak biasakan diri dengan jadual study third year aku di LSE : kena tahu timing yang sesuai untuk buat assignments, nak buat reading dan so on. Selain itu aku pun tengah agak busy untuk apply placement kerja di London selepas aku grad tahun depan. Entri nie pun aku tulis sambil tengah lepak kat LSE menunggu untuk next kelas dalam masa 2 jam lagi. Oh ya, korang still ingat tak pasal kisah Spain Trip aku yang aku ceritakan dalam beberapa entri sebelum nie termasuklah kisah di Malaga, Nerja, Cordoba, Granada dan juga Sevilla? Ingat tak?! Kalau dah lupa, sila rujuk entri-entri berkenaan. Yeehaaa!!


barcelona attractions
>Wan dan Haziq di hadapan Sagrada Familia<


barcelona attractions
>Inilah dia ciri-ciri keindahan binaan Sagrada Familia<


barcelona attractions
>Bergambar dekat luar Sagrada Familia sahaja sebab penuh<


barcelona attractions
>Jeng! Jeng! Jeng!! Inilah dia isi dalam FC Barcelona Store<


barcelona attractions
>Memandangkan aku sorang fanatik bola : gambar aku banyak sikit<


Selepas kitorang berempat bermalam di Sevilla Airport, kitorang bertolak ke destinasi seterusnya yakni Barcelona pada pagi kebesokan harinya. Perjalanan yang hanya mengambil masa sejam lebih memang ternyata amat memenatkan. Lagi memenatkan dan memeningkan once kitorang sampai di Barcelona Airport. Luckily kitorang ternampak kiosk Tourist Guide dan terus beli Daily Pass for Three Days yang membolehkan kitorang bergerak menaiki public transport di Barcelona selama tiga hari secara percuma. Daripada Barcelona Airport, kitorang terus ke hostel kitorang di Central Barcelona dengan menaiki train dan selepas agak sesat, kitorang berjaya menemui hostel tersebut. Malangnya kitorang tak dapat nak check-in, jadi kitorang buat keputusan untuk tinggalkan bebarang kitorang dan teroka Barcelona terlebih dahulu. Oh ya, dalam keadaan belum mandi tau. Wakakaaa!!


barcelona attractions
>Masa mula-mula sampai : inilah korang nampak<


barcelona attractions
>Sekitar isi dalaman Nou Camp Store punya isi<


barcelona attractions
>Tak dapat masuk stadium, masuk store pun orait dah!<


barcelona attractions
>Tadi turn diorang dan sekarang turn aku pulak<


barcelona attractions
>Bas mini nie terletak di depan Stadium Nou Camp<


Memandangkan stesen train hostel kitorang terletak tidak jauh daripada stesen train Sagrada Familia, maka kitorang target untuk ke Sagrada Familia dulu. Sagrada Familia merupakan sebuah temple yang dibina oleh Arkitek Antonio Gaudi pada 1882 dan pembinaan masih terus dijalankan sekarang. Masa kitorang dating, memang ramai tengah beratur untuk masuk ke dalam dan terdapat upacara sembahyang jugak dalam tu. Memandangkan minat yang kurang, kitorang berempat just ambil gambar daripada luar dan anything yang sewaktu dengannya. Pas settle dengan Sagrada Familia dan didesak oleh kehendak aku yang tinggi, next destination adalah Nou Camp : Stadium FC Barcelona. Memandangkan ticket untuk masuk ke stadium agak mahal, maka kitorang bergambar di sekitar stadium dan tak dilupakan untuk singgah dan membeli di Nou Camp Souvenirs Shop. Puas hati aku dapat jajah Nou Camp akhirnya!!


barcelona attractions
>Antara persembahan jalanan yang korang dapat lihat<


barcelona attractions
>Sesiapa fanatik FC Barcelona patut minta aku shopping sini<


barcelona attractions
>Budget terhad : so angkut FC Barcelona punya key-chain dah cukup<


barcelona attractions
>Poyo nak masuk dalam office Nou Camp sahaja nie<


barcelona attractions
>Black and white version pantai di Barcelona<


Dah settle dengan dua attractions utama Barcelona yakni Sagrada Familia dan Nou Camp, kitorang kembali semula ke hostel untuk check-in. Kitorang settlekan urusan check-in dan pastu rehat seketika, bersihkan diri dan juga sembahyang. Dalam lewat tengahari, kitorang berempat ready untuk keluar meneroka Barcelona kembali dan kali nie kitorang nak try gie lepak pantai Barcelona pulak. Memandangkan pantai adalah berdekatan dengan Las Ramblas, kitorang pun berjalan-jalan sekitar Las Ramblas jugak. Oh ya, Las Ramblas nie lebih kurang cam Oxford Street di London ataupun Petaling Street di Malaysia. Faham korang semua? Bagus3!! Dah habis cover secara tak langsung area pantai dan Las Ramblas, kitorang terus gerak ke Barcelona Cathedral yang terletak di hujung Las Ramblas. Kitorang berjalan sampai nak patah kaki rasanya!!


barcelona attractions
>Ini adalah cathedral utama Barcelona yang di tengah bandar<


barcelona attractions
>Ini pulak adalah isi dalam Barcelona Cathedral nie<


barcelona attractions
>Pasar basah utama di Barcelona : nanti aku story panjang tau<

barcelona attractions
>Nampak tangan aku tengah duk tunjuk stesen tak?!<


barcelona attractions
>Sekitar persisiran pantai di sini<


barcelona attractions
>Ini pulak adalah permandangan sebelah malam daripada hostel aku<


Sudah cover area Central Barcelona dan kaki pun rasa macam nak tercabut, kitorang pun beransur pulang kembali ke hostel. Lagipun hari dah mula gelap dan kitorang bukannya berani sangat nak lepak unknown area macam Barcelona nie. So, on the way kembali ke hostel, kitorang singgah di sebuah kedai muslim untuk beli bekalan makanan. Oh ya, popularity muslim dan bilangan kedai-kedai muslim di Barcelona bolehlah dikira agak banyak. Sesampainya kitorang di hostel, kitorang terus masak apa-apa yang termampu dan terus kenyangkan perut yang tak makan seharian. Aku, Wan, Amin dan Haziq terus tidur selepas langsai mandi, sembahyang dan makan sebab kepenatan pada hari pertama kitorang di Barcelona. Nanti aku sambung hari kedua dan ketiga pulak yerk. Yeeehaaa!!


*Aku masih lagi dalam proses untuk apply placement kerja di London : struggle tul!!*
[Tadi aku dan Zaki buat kek coklat dan proses penyejukan sekarang : besok makan]
    Related Posts with Thumbnails