My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, March 13, 2013

4 Perkara Perlu Di-Plan Sebelum ke London

Waktu zaman aku belajar dahulu, selalunya aku akan publish satu entri baru setiap minggu. Namun bila dah start bekerja nie, nak siapkan satu entri sebulan pun ternyata agak payah sebenarnya. Hahahahaa! Papepon memandangkan agak ramai rakan pembaca yang e-mail aku untuk bertanyakan mengenai persediaan yang perlu mereka buat sebelum ke London, United Kingdom; maka aku akan sharekan dengan korang semua beberapa pengetahuan dan tips asas yang confirm akan membantu korang untuk survive di sana. Antara isu yang akan aku cover adalah mengenai transportation, accommodation dan beberapa aspek lain lagi. Harap dapat membantu korang semua yerk!! (^_^)/


>Mudah sahaja nak travel : terus guna Oyster Card di mana-mana<


>Perghhh : memang tube bergerak dengan kelajuan tinggi<


>Ini adalah map tube London : complicated gitu<


Sharing Pertama : Pengangkutan (Transportation)
Apa Perlu Tahu? : Untuk pengetahuan semua, public transport di London adalah teramat-amat efisien dan memang berbeza kalau nak dicomparekan dengan Malaysia. Perkhidmatan bas dan tube di sana memang cover sepenuhnya area Central London dan juga Outer London. Bagi memudahkan korang untuk travel sekitar London, aku strongly advise korang untuk dapatkan Oyster Card. Fungsi Oyster Card nie adalah lebih kurang macam Touch N Go; yakni korang topup dan terus guna. Sekiranya korang plan nak tinggal di London dalam tempoh yang lama, korang boleh guna Oyster Card tersebut dan aktifkan Weekly Pass ataupun Monthly Pass - lagi menjimatkan! Yeayyy!!

Sharing Kedua : Penginapan (Accommodation)
Apa Perlu Tahu? : Selain transportation, accommodation adalah antara isu yang paling utama dan paling memeningkan sekiranya korang nak travel ke London. Untuk long term stay, korang memang kena rent apartment dan selalunya proses ini memerlukan khidmat agen perumahan di sana. Sebaiknya adalah korang minta tolong member di sana untuk carikan agen yang reliable. Bagi short term stay pulak, terdapat banyak hostel dan budget hotel yang korang boleh target. Antaranya adalah Tune Hotel, Travelodge, Hostel World dan banyak lagi. Namun kalau korang hanya nak bermalam untuk semalam dua, aku rekemenkan korang untuk usha hostel Malaysia Hall yang memang murah daripada biasa.


>Details Malaysia Hall di London : boleh overnight sini<


>Travelodge yang terletak di King's Cross<


Sharing Ketiga : Shopping
Apa Perlu Tahu? : Memang tak diragui bahawa terdapat banyak pilihan tempat untuk shopping di high street shops di tengah London; terutamanya area Oxford Street. Namun sekiranya korang mencari deal yang lagi murah dan pelbagai, ada banyak lagi pilihan yang menunggu korang. Selalunya aku akan cadangkan para pelancong yang datang ke London untuk spend at least sehari di Portsmouth Outlet. Perjalanan daripada London ke Portsmouth hanya dua jam menaiki bas dan di sana terdapat banyak factory outlets untuk brand yang terkenal seperti Clarks, Gap, Timberland dan banyak lagi. Selain itu korang jugak boleh travel ke area luar Central London untuk cuba jejaki carboot sales, charity shops dan pilihan-pilihan yang lain. Confirm korang akan jumpa apa yang korang nak! Yeehaaa!! \(^_^)/

Sharing Keempat : Melancong (Travel)
Apa Perlu Tahu? : Sejujur-jujurnya 3 hari 2 malam sudah mengcukupi untuk travel satu London dan adalah amat direkemenkan untuk korang spend hari-hari selebihnya untuk travel ke tempat lain. Ada banyak pilihan tempat pelancongan yang korang boleh pilih untuk buat day trip dari London. Antaranya adalah Portsmouth, Brighton, Oxford, Cambridge, Alton Towers, Greenwich, Bicaster Village, Yale, Wales dan banyak lagi. Sekiranya sempat korang jugak boleh buat road trip pusing satu UK dengan menaiki public transport dan travel hingga ke Manchester, Liverpool dan Newcastle. Oh ya kalau ada duit lebih, korang bolehlah spend semalam dua di Paris dan juga Brussels. Kedua-dua destinasi nie boleh dicapai dengan menaiki Eurostar. Memang ternyata amat best!!


>Kalau nain train : dua jam dah sampai Paris dari London<


>Portsmouth : tempat sesuai untuk travel dan shopping<


>Deal yang terbaik dengan harga yang termurah : cari semua!<


Empat aspek di atas yakni pengangkutan, penginapan, travel dan shopping memang antara benda yang korang kena fikir sewaktu planning untuk datang ke London. Aku percaya korang semua confirm akan buat research yang mendalam sebelum korang mulakan perjalanan. Jadi aku sharekan entri nie dengan harapan agar membantu dalam memudahkan research yang korang semua nak kena buat. Papepon sekiranya ada sebarang keraguan ataupun isi yang tak berapa nak difahami, korang boleh cari aku di Twitter, Facebook Fan Page ataupun di Gmail aku terus. Aku memang akan wujud di ketiga-tiga rangkaian nie; tapi mungkin respons ataupun reply aku untuk Gmail tu agak slowlah – jadi better cari aku di Twitter ataupun Facebook terlebih dahulu. InsyAllah akan aku cuba tolong sebaik yang mungkin. =)


>Memang confirm aku pernah share tips sebegini : share lagi dengan korang<
[Terus-menerus sesi bekerja : memang dah tak dapat blogwalking cam dulu-dulu]

Sunday, February 10, 2013

Coretan Perjalanan Tiga Tahun di Kota London - Summary Part Two

Seperti yang aku janjikan dalam entri “Coretan Perjalanan Tiga Tahun di Kota London - Summary Part One” dua bulan yang lepas, ini adalah summary part kedua kisah aku di Kota London. Untuk second year aku di LSE, aku tinggal bersama Zaki dan dua orang lagi member yang lain di rumah yang kitorang rent. Pada masa yang sama jugak, aku mula berjinak-jinak dengan dunia shopping online; terutamanya Amazon dan eBay. Aku beli agak banyak barang daripada eBay dan Amazon kerana harganya yang jauh lagi murah berbanding di kedai. Selain itu, aku turut shopping pakaian-pakaian daripada Charity Shops dan mulakan jualan di eBay untuk some extra earnings. Aku turut ignore Boxing Day dan lebih fokuskan factory outlets seperti di Portsmouth untuk bershopping sakan.  Wakakakaa!!


>First time keluar UK : menuju ke Brussels, Belgium<


>Saja posing ambil gambar dengan kereta F1 Ferrari<


>Sokong Team Malaysia All England bersama Yasmin Hani<


Sewaktu aku di second year jugak, aku mula travel ke kawasan di luar United Kingdom. Walaupun mahal tapi aku rasa inilah peluang terbaik untuk aku bebetul menikmati kelebihan belajar di luar negara. Sepanjang setahun aku di second year di LSE, aku travel ke Belgium, Germany dan juga Sepanyol – merangkumi bandar-bandar besar seperti Munich, Berlin, Brussels, Andalusia, Barcelona dan banyak lagi. On average; bagi setiap negara yang aku lawati; aku akan spend dalam GBP 500 untuk accommodation, transportation dan pelbagai lagi expenses lain. Selain daripada travel, menghadiri royal wedding, shopping dan eBay; aku juga improve dalam study aku apabila aku berjaya mendapat 1 first class dan 3 lagi second upper untuk 4 modules aku ketika second year. Pada masa yang sama, aku turut menghadiri beberapa perjumpaan or talk yang diadakan di LSE dan Malaysian Student Department di London bersama dengan para menteri dan ahli-ahli politik – antaranya DS Anwar Ibrahim, DS Muhyiddin Yassin dan ramai lagi.


>Nie second time aku pergi Emirates Stadium vs Man City<


>Saat dan ketika lepak di Zurich, Switzerland<


>Of course; time raya confirm kena pergi Open House Petronas<


Ketika Summer Break 2011, aku spend masa yang terluang untuk mengikuti Projek Kalsom yakni satu projek bagi membantu pelajar tingkatan 4 yang datang daripada keluarga susah di Melaka. Aku merupakan salah seorang facilitator untuk Projek Kalsom tersebut.  (^_^)/ Kembalinya ke London, aku sudah pun berada di tahun terakhir aku di London School of Economics dan baru aku sedar bahawa aku hanya memaksimunkan hanya setahun daripada dua tahun yang telah berlalu. Dengan itu tersemat di fikiran; aku target untuk memastikan tahun ketiga aku di London adalah yang terbaik. Memandangkan elaun Petronas yang mula bertukar; aku mengambil inisiatif untuk pindah ke rumah yang lagi murah bersama beberapa rakan LSE yang lain. Di samping menulis blog; aku juga mula menyediakan perkhidmatan tourist guide untuk pelancong-pelancong yang datang daripada Malaysia.


>Sedang memilih seafood untuk dibuat makan di Barcelona<


>Fast forward kejap : nie adalah saat dan ketika graduasi<


>Neelofa dan Aziz M Osman datang London untuk penggambaran<


Selain itu, aku turut menggiatkan bisnes eBay aku dengan mula menjual kepada pembeli-pembeli di luar negara dan pada masa yang sama aku turut cover lagi banyak Charity Shops dan Carboot Sales untuk mendapatkan deal termurah supaya dapat dijual dengan lebih banyak untung di eBay. Ketika final year aku jugak; aku cover banyak negara dan destinasi baru. Antaranya adalah Perancis, Wales, Scotland, Portugal, Turkey, Denmark dan Sweden – merangkumi Cardiff, Paris, Porto, Braga, Istanbul, Copenhagen, Christianhavn dan Malmo. Lagi jauh perjalanan aku; lagi luas pengalaman yang dapat aku nikmati dan tempuhi. Selain daripada eBay dan travel, aku turut focus study aku. Oh ya, kalau korang nak tahu, semasa aku berada di third year, memang aku tak spend pape untuk buku rujukan tambahan. Kebanyakannya aku berbekalkan lecture text and supplement serta buku-buku yang dipinjam daripada library. Jimat wooO!! \(*_*)/


>Siapa layan bola confirm kenal Alex Chamberlain nie<


>Memandangkan entri pergi Cardiff tak keluar lagi : nie gambar<


>Wakakakaa : sila jealous! Aku dah jejak kaki di Nou Camp<


Sekiranya korang perasan, kebanyakan kisah yang aku cover di atas adalah berkenaan dengan apa yang aku buat ketika masa lapang ataupun cuti. Tak banyak aku sentuh mengenai kehidupan study aku di LSE kerana study di LSE adalah amat independent. Berbeza dengan style university-universiti lain; local ataupun di UK, LSE mewajibkan pelajarnya hanya mengambil 4 modules setiap tahun. Bagi setiap module, dua jam lectures dan satu jam tutorial class diperuntukkan. Jadi setiap minggu hanya ada 12 jam untuk formal learning bersama lecturers dan juga tutors – selebihnya adalah berdasarkan kepada usaha dan inisiatif sendiri. Walaupun course aku di LSE adalah Accounting and Finance tetapi kami turut diajar dengan Economics, Statistics, Organizational Behaviour dan banyak lagi modul-modul lain yang tidak berkaitan. Bagi aku ini adalah amat bagus kerana LSE mahu meng-improve thinking skills para pelajarnya dan tidak hanya focus kepada bidang tertentu sahaja. Selain itu; study groups, past year exams, smart notes, online research dan pada masa yang sama kerap membaca material-material seperti Financial Times, The Economics, Business Times, City AM dan sewaktu dengannya amat membantu kitorang dalam final exams. Papepon pada hari Jumaat, 13 July 2012– aku graduate daripada London School of Economics dengan result akhir Second Class Upper. Alhamdulillah memandangkan aku berjaya mencapai target yang telah aku tetapkan dan pada masa yang sama; ibuku dapat datang dari Malaysia untuk bersama-sama aku ketika Majlis Konvokesyen tersebut. Yeehaaa!!  \(^_^)/ 


>Happy Chinese New Year and Happy Holidays to all friends out there!!<
[Nak bertanya pasal travel di London ataupun Europe? : boleh e-mail aku cam biasa]
    Related Posts with Thumbnails